Friday, November 30, 2012

HADIS : BANYAK TERTAWA, FADHILAT DAN KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS, MUTIARA KATA IBNU QAYYIM AL-JAUZI


Tazkirah Jumaat
30 Nov 2012 (16 Muharram 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
BANYAK TERTAWA 

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi  Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Janganlah kamu banyak tertawa kerana ia mematikan hati kamu.” (Riwayat Ibn Majah)

Pengajaran : Berpada-padalah dalam kegembiraan dunia. Berlebih-lebihlah dalam mengingat hari akhirat.

(Sumber: Buat diri ku yang musah lupa 101 rekreasi hati oleh  Zahazan Mohamed, Nik wafdi Nik Jaafar)


FADHILAT DAN KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, "Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!"

Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, "Wajiblah." Saya bertanya kepadanya, "Apa ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Syurga" (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

Sabda-Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an" (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

Dari Abu Hurairah r.a. – Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". "Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya". (Hadith Riwayat Al'ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) "Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

Dari Ubay Ibn Ka'ab – Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya – dari – pahala seperti pahala syuhada". Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguh
nya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."

Kita dah baca betapa besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Namun, kalau kita sekadar tahu saja perkara ini tetapi tidak amalkan, maka apalah gunanya. Tersangat rugi besar lah diri kita. Jadi, apa tunggu lagi? Marilah kita memperbanyakkan membaca surah ini. Tapi jangan pula kita hanya membaca surah ini, sedangkan surah-surah lain kita abaikan.

Sekian, selamat beramal.

http://respeksgroup.blogspot.com/2012/08/rg2011-rahsia-kelebihan-dan-hikmah-sujud.html


MUTIARA KATA IBNU QAYYIM AL-JAUZI

Imam Ibnu Qayyim Al- Jauzi berkata :

1) Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.

2) Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.

3) Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.

4) Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5) Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemui Allah SWT.

6) Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Beristiqomah dengan berzikir kepada Allah SWT adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . .

Andai dunia dan segala isinya diberikan kepada manusia pasti ianya masih lagi tidak dapat memenuhi dan membendung hajat hati si hamba tersebut.

http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/01/mutiara-kata-ibnu-qayyim-al-jauzi/

HADIS : CIRI-CIRI SEORANG MUKMIN, 16 PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA


Tazkirah Jumaat
23 Nov 2012 (9 Muharram 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
CIRI-CIRI SEORANG MUKMIN 

Daripada Abu Umamah al-Bahili R.A., Nabi  Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bersukacita dengan kebaikannya dan berdukacita dengan keburukannya, ia adalah Mukmin.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Pengajaran: Bertahmid ketika membuat sesuatu yang menggembirakan, beristighfar apabila melakukan kesalahan, menyesali dengan bersungguh-sungguh.

(Sumber: Buat diri ku yang musah lupa 101 rekreasi hati oleh  Zahazan Mohamed, Nik wafdi Nik Jaafar)


TABUNG KECEMASAN BANTUAN PERUBATAN GAZA (16 Nov 2012)

BANGI – Islamic Relief Malaysia (IRM) menyeru rakyat Malaysia menyumbang kepada Tabung Kecemasan Bantuan Perubatan Gaza (GEMA) yang dilancarkan hari ini bagi menyalur bantuan perubatan kecemasan secara terus kepada mangsa serangan terbaharu Israel di Gaza.

Pengarah Negara IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, sejumlah AS$1 juta (RM3.07 juta) sedang dikumpulkan oleh rangkaian Islamic Relief di seluruh dunia melalui tabung seumpama itu bagi penyediaan bekalan ubat-ubatan dan bahan guna pakai harian.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kementerian Kesihatan di sana bergantung kepada bantuan yang diberikan melalui organisasi kemanusiaan yang beroperasi di Gaza.

“Sebelum operasi ketenteraan sekarang, mereka sudah pun berhadapan dengan kekurangan bekalan ubatan dan bahan guna pakai melibatkan 167 jenis ubatan keperluan dan 319 jenis bahan guna pakai yang digunakan setiap hari.

"Hospital-hospital utama di Gaza juga berhadapan dengan kekurangan bahan makanan dan bukan makanan yang meruncing kerana kes kecederaan mendadak, jabatan kecemasan yang sesak ditambah pula dengan kakitangan hospital yang bertugas hampir 24 jam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sumbangan boleh disalur di atas nama Islamic Relief Malaysia ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 1202 90100 6564 3, Malayan Banking Berhad (MBB) 5621 4270 8704 dan CIMB 1259 0000 804 058. – BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm


16 PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA

1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150732085302955&set=a.82029397954.80127.754992954&type=1&permPage=1

Saturday, November 17, 2012

ANTARA RUPA DAN HATI, KELEBIHAN PUASA 9 & 10 MUHARRAM, PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA


Tazkirah Jumaat
16 Nov 2012 (2 Muharram 1434H)


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
ANTARA RUPA DAN HATI 

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi  Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.” (Riwayat Muslim)

Pengajaran: Jika hati dan jiwa bersih dan tidak berpenyakit, maka dengan sendirinya wajah menjadi berseri-seri.

(Sumber: Buat diri ku yang musah lupa 101 rekreasi hati oleh  Zahazan Mohamed, Nik wafdi Nik Jaafar)


KELEBIHAN PUASA 9 & 10 MUHARRAM

Fadhilat Puasa Hari ‘Asyura

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)

Puasa Tasu’a (hari ke-9 Muharram)

Selain daripada berpuasa pada hari ‘Asyura ini, kita juga digalakkan untuk berpuasa pada hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih, antaranya ialah: Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: "Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9". Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". (Riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi (wafat 676H) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulamak di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi SAW berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya). Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulamak berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10”. (Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, ( Beirut : Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254).

Justeru, marilah kita merebut peluang pada kesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat. Renungilah saranan yang diberikan oleh Rasulullah SAW seperti mana yang diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram".

(Hadis riwayat Imam al-Nasa’ie dengan sanad yang sahih).

http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kelebihan-puasa-9-a-10-muharram.html


PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA

1. Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar Islam. Antaranya :

2. Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

3. Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakrawala.

4. Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

5. Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

6. Allah menjadikan Siti Hawa.

7. Allah menjadikan Syurga.

8. Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

9. Taubat Nabi Adam diterima Allah.

10. Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

11. Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.

12. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

13. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

14. Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

15. Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

16. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

17. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.

18. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

19. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

20. Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

http://familiazam.com/hari_asyura.htm

Friday, November 9, 2012

TIGA AMALAN YANG KEKAL, PEMUSNAH SIFAT BAIK, KELEBIHAN KALIMAH ALLAH, 5 PERKARA ORANG ISLAM PATUT TAHU BERKENAAN DENGAN KESIHATAN

Tazkirah Jumaat
9 Nov 2012 (24 Zulhijjah 1433H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
TIGA AMALAN YANG KEKAL

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang mati terputuslah daripadanya amalan melainkan tiga; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat at-Tirmizi)

Pengajaran: peringatan untuk kita yang masih hidup iaitu perbuat dan amalkan sesuatu yang mempunyai manfaat yang kekal.

PEMUSNAH SIFAT BAIK

Daripada Jabir R.A., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Takutilah sifat bakhil dan haloba. Sesungguhnya sifat bakhil dan haloba memusnahkan golongan sebelum kamu. Ianya mendorong mereka menumpahkan darah dan menghalalkan perkara yang diharamkan. (Riwayat Muslim)

Pengajaran: Mata  dan hati kita akan didustakan dengan harta yang banyak. Sekiranya kita tidak beringat, harta yang banyak akan membawa kepada kekufuran.

(Sumber: Buat diri ku yang musah lupa 101 rekreasi hati oleh  Zahazan Mohamed, Nik wafdi Nik Jaafar )


KELEBIHAN KALIMAH ALLAH

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakbar.

"Maha Suci Allah,segala pujian bagi Allah, dan tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar"

Berikut adalah beberapa kelebihan yg dipetik dari beberapa hadith yang bermaksud:

1. Keempat-empat kalimah ini sangat dicintai oleh Allah. Seseorang boleh memulakan bacaan mengikut mana yang disukainya.

2. Keempat-empat kalimah ini adalah ucapan-ucapan yang terbaik selepas pembacaan Al-Quran dan pada hakikatnya kalimah-kalimah ini adalah perkataan-perkataan Al-Quran.

3. Sesiapa yang mengucapkan keempat-empat kalimah ini,Allah akan memberikannya ganjaran 10 kebajikan untuk setiap huruf yang dilafazkannya.

4. Rasulullah SAW mengatakan bahawa beliau mencintai keempat-empat kalimah ini melebihi daripada apa yang disinari matahari.

5. Tanah atau bumi syurga adalah amat suci dan airnya tersangat manis. Bumi syurga itu lapang dan tanaman-tanamannya adalah keempat-empat kalimah ini.

6. Bagi setiap kalimah,sebatang pohon ditanam untuk pembacanya.

7. Baginda SAW bersabda yang bermaksud; Pertahankanlah dirimu dengan keempat-empat kalimah ini,semoga kamu dilindungi daripada jahannam. Kerana kalimah-kalimah ini akan melindungi pembacanya daripada kanan,kiri,belakang dan bahagian hadapan. Dan kalimah-kalimah ini adalah kebajikan-kebajikan yang kekal selama-lamanya.

8. " Setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah dan setiap tahlil ialah sedekah dan setiap lafaz takbir adalah merupakan sedekah. "

Semoga pengisian jiwa ini boleh dimanfaati oleh kita bersama.. InsyaAllah..

http://nadiadania.blogspot.com/2009/06/kelebihan-kalimah-allah.html


5 PERKARA ORANG ISLAM PATUT TAHU BERKENAAN DENGAN KESIHATAN

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150732589327955&set=a.82029397954.80127.754992954&type=1&permPage=1

Sunday, November 4, 2012

KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-BAQARAH, HADITH: SI PEMURAH DAN SI BAKHIL, HADITH : BERBELANJA DI JALAN ALLAH


Tazkirah Jumaat
2 Nov 2012 (17 Zulhijjah 1433H)

KEUTAMAAN MEMBACA SURAH AL-BAQARAH

Hadith: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah. (Riwayat Muslim).

Huraian Hadith: Rumah adalah sebahagian daripada kesempurnaan nikmat pemberian Allah SWT kepada manusia. Rumah menjadi tempat tinggal, tempat berehat dan banyak lagi manfaat lain yang boleh diperoleh daripadanya. Itulah yang dikatakan Ibnu Katsir ketika mentafsirkan surat An Nahl ayat 80 Dan Allah menjadikan bagi mu rumah-rumah mu sebagai tempat tinggal. Justeru mereka yang dikurniakan kemampuan memiliki rumah sendiri tidak kira besar mahupun kecil perlu mensyukurinya.

Islam mengajarkan kita tata cara tertentu dalam mendirikan rumah atau menduduki rumah baru iaitu membanyakkan membaca surat Al Baqarah dari ayat pertama sehingga ayat terakhir. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: Bacalah surat al- Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah Surah al-Baqarah menceritakan asal usul kejadian manusia, serta asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Hakikat inilah yang melemahkan syaitan apabila kita membaca surah tersebut. Ia mendedahkan kelemahan mereka dan kehormatan kita yang dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di dunia. Dengan membacakan surah al-Baqarah suasana rumah akan menjadi lebih tenang dan akan dijauhi daripada gangguan syaitan. Jangan pula ketika memasuki rumah baru kita membawa masuk segala perkara baru yang bercanggah dengan agama seperti mengamalkan perkara khurafat dan ritual-ritual seperti memanggil dukun dan paranormal agar rumah terhindar daripada gangguan syaitan atau perkara-perkara ghaib. Semua ini jelas merupakan perbuatan syirik dan mengundang kemurkaan Allah! Ketika di rumah sama ada rumah baru atau yang sudah lama didiami jangan sekali-kali kita melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang syaitan untuk masuk dan tinggal di dalamnya seperti membawa masuk perkara-perkara haram dan maksiat, menyimpan patung berhala dan sebagainya. Mahukah kita mendiami rumah bersama-sama syaitan? Ketahuilah bahawa syaitan sekali-kali tidak akan pernah berhenti berusaha untuk memasuki rumah orang-orang yang beriman dengan tujuan untuk menyesatkannya.

http://www.islam.gov.my/e-hadith/keutamaan-membaca-surah-al-baqarah-0


HADITH: SI PEMURAH DAN SI BAKHIL

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Tidak berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, “Ya Allah, berikan ganti kepada orang yang berbelanja”, dan seorang lagi pula berdoa dengan katanya, “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 

1. Islam menggalakkan umatnya supaya gemar membelanjakan harta dan membenci sifat kedekut (bakhil).

2. Harta yang dibekukan oleh seseorang akan dimusnahkan oleh Allah.

3. Islam melatih umatnya supaya menjadi manusia yang pemurah dan tidak menjadi manusia yang bakhil.

4. Berbelanja atau tidak adalah hak seseorang sedangkan pembalasannya adalah hak Allah.

5. Harus berdoa untuk orang yang pemurah supaya digantikan apa yang dibelanjakan dengan yang lebih baik daripada apa yang telah dibelanjakan, dan harus berdoa ke atas orang yang bakhil dengan dibinasakan hartanya yang ditahan daripada berbelanja pada jalan yang diwajibkan.

Sumber : Kitab Riyadh as-Solihin

http://www.islam.gov.my/e-hadith/si-pemurah-dan-si-bakhil


HADITH : BERBELANJA DI JALAN ALLAH

Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sanda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah”.  (Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 

1. Islam menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu: 1)Perbelanjaan kerana kaum keluarga. 2) Berbelanja untuk binatang-binatang tunggangan pada jalan Allah, dan 3) berbelanja untuk kawan-kawan pada jalan Allah (menegakkan Agama Islam).

2. Islam mengingatkan umatnya supaya mengambil faedah daripada berbelanja kerana perbelanjaan yang tidak dikehendaki oleh Islam adalah sia-sia dan membazir.

3. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mencari keredhaan Allah akan mendapat pembalasan yang setimpal.

4. Tiga perkara yang disebut dalam hadis adalah penting dan perlu didahulukan daripada yang lain dalam berbelanja.

http://www.islam.gov.my/e-hadith/berbelanja-di-jalan-allah

HADIS : GOLONGAN YANG DIBENCI, FADHILAT DAN HIKMAH KORBAN, DUGAAN MENGHAPUSKAN DOSA, ORANG YANG BERBUDI MULIA

Tazkirah Jumaat
26 Okt. 2012 (10 Zulhijjah 1433H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
HADIS : GOLONGAN YANG DIBENCI
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

Daripada Abdullah bin Umar r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat;  penderhaka ibu, penagih arak dan orang yang suka menyebut pemberiannya.” (Riwayat al-Hakim)

Pengajaran: Untuk menjadi orang yang beriman, elakkan perbuatan yang tidak disukai Allah SWT.

(Sumber: Buat diri ku yang mudah lupa 101 rekreasi hati, Zahazan Mohamad, Nik Wafdi Nik Jaafar)


HADIS : FADHILAT DAN HIKMAH KORBAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian :

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a. Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b. Sebagai penebus dosa - Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

http://dakwah2u.blogspot.com/


HADIS : DUGAAN MENGHAPUSKAN DOSA

Dari Abdullah r.a katanya:"Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:"Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda,"Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda:"Semoga!" Kemudian sabda baginda pula:"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." (Muslim)

Huraian : Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

http://dakwah2u.blogspot.com/


HADIS : ORANG YANG BERBUDI MULIA

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut" Riwayat Ahmad

Pengajaran Hadis

i) Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.

ii) Ii) Islam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.

iii) Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.

http://dakwah2u.blogspot.com/

Makluman : Risalah Tazkirah minggu lepas dikeluarkan minggu ini kerana minggu lepas bekalan elektrik terputus menyebabkan risalah ini tidak dapat dikeluarkan. Harap maklum.

KESAN DARIPADA WUDUK, KEBERKATAN MEMBERI SALAM, BERSABARLAH, PERTANDINGAN NASYID DUSUN PERINGKAT NEGERI SABAH 2012


Tazkirah Jumaat
19 Okt. 2012 (3 Zulhijjah 1433H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
KESAN DARIPADA WUDUK
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran : Jagalah wuduk sepertimana kita menjaga aurat kita daripada pandangan orang lain.

(Sumber: Buat diri ku yang mudah lupa 101 rekreasi hati, Zahazan Mohamad, Nik Wafdi Nik Jaafar)


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
KEBERKATAN MEMBERI SALAM
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan. (Riwayat at-Tirmizi)

Pengajaran : Ucapan salam adalah satu doa untuk kesejahteraan sesame Muslim. Silaturrahim sesame kita juga akan bertambah kukuh.

(Sumber: Buat diri ku yang mudah lupa 101 rekreasi hati, Zahazan Mohamad, Nik Wafdi Nik Jaafar)


BERSABARLAH

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (Baqarah:153)

Sabar ialah tetap pendirian di atas kebaikan. Salah satu daripada nama Allah ialah As-Sobur. Allah paling banyak bersabar. Walaupun ramai manusia yang derhaka, namun Allah tidak membinasakannya serta merta.

Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dan pertolongan Allah datang beserta dengan kesabaran.

Al-Baqarah [249] ….dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.

Oleh itu bersabarlah dalam beribadat, menyampaikan Islam, menghadapi kesusahan dan apa jua ujian daripada Allah swt. Pelbagai ujian didatangkan oleh Allah swt, hanya untuk membanyakkan pahala kita. Bersabar itu memberikan kita keuntungan dunia dan akhirat. Bersabarlah dalam apa jua keputusan Allah kerana besar ganjaran orang yang bersabar dan tidak terhitung pahalanya:

Az-Zumar [10] …Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/10/13/bersabarlah-2/


DOA YANG HEBAT

Ingatlah, aku akan mengajarkan kepada kamu beberapa kalimah, sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah nescaya dia mengajarkan kepadanya kalimah-kalimah tersebut lalu Dia mengamalkannya serta tidak akan melupakannya buat selama-lamanya; katakanlah “Ya Allah, sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah kelemahanku ini dalam keredhaanmu, dan jadikan diriku selalu melakukan kebaikan, serta jadikan Islam sebagai penghabisanku. Ya Allah sesungguhnya aku lemah, maka kuatkanlah aku, sesungguhnya aku hina maka muliakanlah aku, sesungguhnya aku miskin maka berikanlah aku rezeki, dan cukupkanlah aku dengan rezekimu yang halal daripada rezeki yang haram, serta cukupkanlah aku dengan kemurahanMu daripada selainMu (Riwayat Hakim)

Dalam doa ini Baginda Mulia mengajar kita agar memohon beberapa perkara seperti:

1) Dikuatkan kedudukan kita yang lemah supaya berada dalam keadaan yang diredhai (disukai) Allah.

2) Meminta agar berada dalam penghabisan yang baik iaitu dalam agama Islam.

3) Meminta agar merasa cukup cukup dengan rezeki yang halal (walaupun sedikit) dan tidak memerlukan rezeki yang haram. Rezeki itu meliputi banyak perkara seperti ilmu, anak, isteri dan sebagainya.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/10/11/doa-yang-hebat/


PERTANDINGAN NASYID DUSUN PERINGKAT NEGERI SABAH 2012

Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan Pertandingan Nasyid Dusun Peringkat Negeri Sabah pada

Tarikh : 20 Oktober 2012 bersamaan 4 Zulhijjah 1433H (Sabtu)
Tempat : Pentas Budaya Pekan Kundasang.
Masa : 8.00 pagi

Perasmi : YB. Datuk Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.

AMALAN PUASA BULAN ZULHIJJAH


Tazkirah Jumaat
12 Okt. 2012 (26 Zulkaedah 1433H)

AMALAN PUASA BULAN ZULHIJJAH

Kita perlu menghayati ‘Roh Haji’ walaupun tidak ke Tanah Suci supaya beroleh ganjaran yang disarankan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Allah Yang Maha adil dan Maha Penyayang tetap mahu seluruh umat Islam dapat manfaat di atas keutamaan jemaah yang telah dijemput khusus di Tanah Suci.

Kepada yang tidak dapat ke sana, Allah tidak pernah melupakan. Kita tetap diberi keutamaan. Kita masih tetap dituntut oleh Allah SWT supaya menghayati ‘Roh Haji’, kerana Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Pada sepuluh hari pertama Zulhijjah disamping memperbanyakkan berzikir, istighfar, doa dan sedekah, digalakkan juga mengerjakan puasa. Berpuasa setiap hari daripada 10 Zulhijjah seolah-olah berpuasa setahun dan berdiri mengerjakan solat setiap malam daripadanya sebanding dengan solat di malam Lailatulqadar.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada sebarang hari pun yang lebih disukai Allah dimana seorang hamba beribadat di dalam hari-hari itu daripada ibadat yang dilakukannya di dalam 10 hari Zulhijah. Puasa sehari di dalam hari itu menyamai puasa setahun dan qiamulail (menghidupkan malam) di dalam hari itu seumpama qiamulail setahun.”

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a.,  Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:  “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.”(Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (Riwayat Abu Dardaa.)

PUASA 1 – 10 ZULHIJJAH

1 Zulhijjah : Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya. Peristiwa : Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.

2 Zulhijjah : Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat. Peristiwa : Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.

3 Zulhijjah : Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya. Peristiwa : Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah.

4 Zulhijjah : Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat. Peristiwa : Nabi Isa dilahirkan.

5 Zulhijjah : Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. Peristiwa : Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.

6 Zulhijjah : Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab. Peristiwa : Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.

7 Zulhijjah : Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan. Peristiwa : Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.

8 Zulhijjah : Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah. Peristiwa : Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.

9 Zulhijjah : Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Peristiwa : Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami. 1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya. 2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan. 3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.

10 Zulhijjah : Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini. Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya. Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.

http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/28/amalan-puasa-bulan-zulhijjah/

GANJARAN KEBAIKAN, 12 PENYEBAB TERBINALAH ISTANA KITA DI SYURGA, KELEBIHAN QULHUWALLAH (SURAH AL-IKHLAS), Tak Pernah Solat? Dah lama tinggal Solat?


Tazkirah Jumaat
5 Okt. 2012 (19 Zulkaedah 1433H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
GANJARAN KEBAIKAN
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

Daripada Abu mas’ud al Ansari r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, dia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya.”
(Riwayat Muslim)

Pengajaran : Tunjukkan teladan yang baik supaya teladan itu diikuti oleh orang yang melihatnya.

(Sumber: Buat diri ku yang mudah lupa 101 rekreasi hati, Zahazan Mohamad, Nik Wafdi Nik Jaafar)


12 PENYEBAB TERBINALAH ISTANA KITA DI SYURGA

1- Sesiapa membina masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT, Allah akan membalasinya sebagaimana pengorbanannya terhadap Allah SWT.

2- Sesiapa memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Allah SWT, Allah SWT akan membina sebuah rumah untuknya didalam Syurga.

3- Sesiapa menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardhu, Allah SWT akan membina sebuah rumah didalam Syurga.

4- Sesiapa memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan, Allah membina sebuah Rumah untuknya di dalam syurga.

5- Melalui zikruallah terbinalah mahligai disyurga. Apabila seseorang hamba berhenti dari berzikir maka malaikat berhenti membina mahligai itu. Dan apabila ditanya "Mengapa kamu berhenti membina mahligai sifulan itu?" Mereka menjawab "Perbelanjaan belum tiba lagi"

6- Sesiapa mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar maka Allah membina untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.

7- Sesiapa bergurau dengan cara benar maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah Rumah ditempat yang paling tinggi di dalam Syurga.

8- Sesiapa memasuki pasar lalu membaca doa di atas, Allah SWT akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapus sejuta dosa serta membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

9- Disyurga mereka yang menghafal al-quran akan membaca hafalan mereka,setiap satu ayat yang mereka hafal mereka akan menaiki satu tingkat syurga, dan apabila habis hafalan mereka maka ada yang berkata "Jika kamu menghafal lebih lagi nescaya kami akan membenarkan kamu menaiki ke tingkat yang lebih tinggi."

10- Sesiapa berada di dalam majlis yang berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat sepuluh ganjaran, Rasulullah akan mengunjungi setiap orang di dalam Syurga dan akan membalas setiap hamba yang berselawat ke atasnya yang berada dalam majlis.

11- Sesiapa membaca tahlil di atas setiap pagi maka nilainya lebih baik daripada menderma dengan emas dan wang ringgit, dan akan mendapat pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis untuknya 100 pahala, dihapuskan 100 dosa dan akan dibina untuknya tembok yang menghalang baginya daripada gangguan syaitan.

12- Sesiapa menziarahi kawannya yang sakit Allah SWT akan membina untuknya rumah di dalam Syurga yang dilengkapi dengan bilik yang amat indah, sepanjang perjalanan pulang dari rumah yang diziarahi Malaikat sentiasa memujinya.

http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/03/20/13-cara-membina-mahligai-di-dalam-syurga/


KELEBIHAN QULHUWALLAH (SURAH AL-IKHLAS)

Satu ketika Rasulullah SAW melihat jenazah seorang sahabat. Sebelum bergegas melakukan sembahyang jenazah, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat: “Apakah dia mempunyai tanggungan hutang?”.

“Ya, sebanyak empat dirham,” jawab sahabat.

“ Saya tidak akan sembahyang seseorang yang mati membawa hutang empat dirham,” perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat.

Selang tidak berapa lama, Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah SAW. “Muhammad, Allah SWT menyampaikan salam kepadamu dan berfirman, ’Aku telah mengutus Mikail dalam rupa bentuk manusia dan membayarkan hutangnya’. Jadi, sembahyangkanlah jenazah itu, orang ini telah diampuni. Dan, sesiapa yang menyembahyangkannya, maka dia akan diampuni”.

Nabi akhirnya bertanya kepada Malaikat Jibril: ”Bagaimanakah dia mendapatkan penghormatan ini?”. Kerana keistikamahannya (berkekalan) membaca surah Al-Ikhlas seratus kali setiap hari.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/10/04/kelebihan-qulhuwallah-2/


Tak Pernah Solat? Dah lama tinggal Solat?

Tak Pernah Menunaikan Solat?.. Sudah lama meninggalkan solat?

Di sini terdapat 'panduan' mengerjakan solat, jika setelah lama meninggalkannya..

1. Kesedaran - penting, sbg mukaddimah utk kembali mengerjakan solat secara konsisten.

2. Azam - sebaik kesedaran wujud, tanamkan azam yang kuat, bulatkan tekad utk mengerjakan solat scr konsisten.

3. Solat sekali dahulu, baru akan ada solat yang kedua - Ini langkah pertama. Ingatlah, tiada solat kedua melainkan solat yang pertama dan seterusnya.

4. Nota Motivasi - buat satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat untuk terus bersemangat dn bermotivasi..

5. Fahami maksud dan bacaan dalam solat - Ini penting bagi merasakan kemanisan dlm solat. kemanisa yang diharapkan menjadi ketagihan (menjadi seronok dn cinta untuk beribadah).

6. Jangan tergesa-gesa dalam solat - Bersederhanalah dan ambil masa sedikit utk menghayati bacaan dan merasai nikmat sujud dan rukuk dalam solat.

7. Tingkatkan imaginasi - kosongkan minda, tenangkan fikiran dan merasakan bahawa persembahan solat yang kita lakukan ini adalah yang terbaik dan juga merupakan tempat kita berinteraksi dan berhubung dengan Allah s.w.t..

8. Usaha dan doa perlu seiring - Kita sering terdedah dgn pelbagai ujian dan godaan, maka berdoalah agar diberikan kekuatan utk melawannya dan konsisten dlm solat..

9. Rasai ketenangan - Cuba perhati hari-hari yang anda lalui dengan mengerjakan solat. Dapatkah anda merasakan satu ketenangan?

10. Rasakan keajaiban panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Lantas bangun dan berwudhuk. Berbahagialah dengan panggilan solat tersebut.

11. Berfikir secara positif- jangan fikir sekali2 bahawa solat akan menghadkan masa anda bekerja, menghalang anda daripada bersosial dgn kawan dn sbgnya. Sebaliknya ia merupakan faktor kejayaan anda. Marilah Menuju kejayaan.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani - beritahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten. Moga mereka dpat menyumbang ke arah satu perubahan yang diidamkan.

13. Setiap perkara pasti ada musuhnya - Musuhnya ialah nafsu dan syaitan. Oleh itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dn godaan syaitan terkutuk.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat - bg memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu..

Anda inginkan perubahan?
Pilihan di tangan anda,
Anda inginkan ketenangan yang abadi,
Tunaikanlah solat..

Walau resah dan gelisahnya diri,
Walau serabut dan kacau bilaunya fikiran,
Ketenangan itulah ubat dan penawarnya,
Solat itulah penyelesaiannya..
Dekatkanlah diri kepada Allah s.w.t..

Wallahua'lam..

http://www.facebook.com/harlina399

DOA-DOA SELEPAS WUDUK, ALLAH SWT TANGGUHKAN AZAB DI BUMI KERANA DUA AMALAN PARA HAMBA-NYA, MANUSIA BERISTIGHFAR DI WAKTU FAJAR

Tazkirah Jumaat
28 Sept 2012 (12 Zulkaedah 1433H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
DOA-DOA SELEPAS WUDUK
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)


Maksudnya: “ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah yang maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.
(Riwayat Muslim)


Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku dalam kalangan orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dalam kalangan orang (yang selalu) bersuci.”
(Riwayat at-Tirmizi no.55, lihat Sahih at-Tirmizi no. 48)

Keterangan dan petua beramal: Lanjutan daripada hadis riwayat al-Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda: “Barang siapa yang membaca doa itu (selepas berwuduk), nescaya dibukakan kelapan-lapan pintu syurga itu baginya, untuk dipilih dari manakah dia akan memasukinya.”

Justeru, mudah-mudahan kita dapat beramal dengan lafaz yang pendek diatas, bagi memperolehi ganjaran tersebut.

Alangkah baiknya, jika dapat gantungkan doa ini dan khasiatnya di tempat-tempat wuduk agar diamalkan orang lain selain kita. Natijahnya apa yang dilakukan oleh orang lain, kita turut beroleh manfaat kerana Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Setiap orang yang menganjurkan kebaikan itu akan mendapat pahala orang melakukan kebaikan itu, tanpa kurang sedikit pun.”

(Sumber: Doa dan zikir harian, Ust. Hj. Zahazan Mohamed)


ALLAH SWT TANGGUHKAN AZAB DI BUMI KERANA DUA AMALAN PARA HAMBA-NYA

Anas ra berkata: Nabi SAW bersabda; Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku merencanakan azab dan seksa bagi penghuni bumi namun bila Aku melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumah-Ku (masjid-masjid) dan mereka yang beristighfar di waktu fajar Aku elakkan azab-Ku yang Kurencanakan itu." (Hadis Riwayat Baihaqi) - Hadis Qudsi.

Berdasarkan hadis qudsi di atas bahawa apabila Allah SWT ingin menurunkan azab seksanya dibumi di sebabkan maksiat dan kederhakaan manusia kepada Allah SWT tetapi Dia menangguhkannya disebabkan terdapat dua amalan hamba-Nya di muka bumi iaitu :

Pertama : Manusia yang memakmurkan masjid-masjid Allah SWT

Kedua : Manusia beristighfar di waktu fajar.

http://www.facebook.com/harlina399


MANUSIA BERISTIGHFAR DI WAKTU FAJAR

Jadikanlah istighfar kepada Allah SWT amalan setiap hari yang tidak kita tinggalkan.

Istighfar sebagai penebus dosa, dalam satu riwayat Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam pernah bersabda:

"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

Jelaslah bahwa dengan beristighfar kepada Allah SWT bahawa Dia akan mengampunkan dosa para-hamba-Nya, sekalipun seperti buih di lautan, atau sebanyak tumpukan pasir, atau dedaunan pohon, atau hari-hari di dunia. Waktu yang paling afdal beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT adalah waktu dua pertiga malam sebelum masuk waktu subuh.

Dalam al-Quran Allah SWT menceritakan bahawa sifat-sifat ahli syurga adalah mereka yang di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)”. (Surah al-Dzaariyaat ayat15-18)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Jika telah lewat setengah malam atau sepertiganya, Allah Tabaroka Wata'ala turun ke langit dunia dan berkata: “Bagi mereka yang meminta akan Aku beri, bagi mereka yang berdoa akan Aku kabulkan, dan bagi mereka yang meminta ampun akan Aku ampuni dia” hingga masuk waktu subuh. (Hadis Riwayat Muslim)

Betapa cinta dan kasihnya Allah SWT kepada para hamba-Nya yang bertaubat dan beristighfar di waktu sahur sebelum fajar hinggakan Dia menangguhkan azab yang hendak diturunkan-Nya kepada manusia.

http://www.facebook.com/harlina399