7 kelebihan Lailatul Qadar



Setiap umat Islam pasti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam penuh rahmat dan kemuliaan. Malam yang mempunyai 7 keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan.

Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah سبحانه وتعالى:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢ 

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?”
(Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 2)
.
.
7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~
.

1. Waktu Diturunkan Al-Quran

.
Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.
.
Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhansekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah  tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”
.
.

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

.
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.
Allah سبحانه وتعالى berfirman;

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
.
An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan, “Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
.
.

3. Malam Penuh Keberkatan

.
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى,

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
.
‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’ dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
.
.

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

.
Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم

“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
.
Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)
.
.

5. Malam Kesejahteraan

.
Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.
Firman Allah سبحانه وتعالى;

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر

“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Surah Al-Qadar; Ayat 5)
.
Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah سبحانه وتعالى (pada malam tersebut).
.
.

6. Dicatatkan Takdir Tahunan

.
Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah سبحانه وتعالى. Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 4)
.
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,

يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُ ۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ

Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).
(Surah Ar Ra’d; Ayat 39)
.
.

7. Dosa Diampunkan

.
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah سبحانه وتعالى.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
.
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman)adalah membenarkan janji Allah سبحانه وتعالى iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah سبحانه وتعالى, bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)
.
.
‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah سبحانه وتعالى melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.
“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”
Aaminnn Yaa Rabbal Alamin…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Read More

Tazkirah Jumaat 17 Oktober 2014 / 22 Zulhijjah 1435 : JAUHI KEZALIMAN DAN KEBAKHILAN, CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH, SEDEKAH SECARA TERANG-TERANGAN ATAU SEMBUNYI

Tazkirah Jumaat
17 Oktober 2014 / 22 Zulhijjah 1435


JAUHI KEZALIMAN DAN KEBAKHILAN

Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka.

Huraian Hadith: Kezaliman adalah antara dosa besar yang akan menyebabkan pelakunya dikenakan azab seksa yang berat di akhirat nanti.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya;bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”

Jauhilah sifat bakhil kerana bakhil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan yang boleh mendatangkan kerugian. Rasulullah SAW memberi ingat kepada umatnya supaya mengeluarkan sedeqah dan membelanjakan ke jalan yang halal. Tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjuruskan mereka kepada perbuatan keji dan kemungkaran.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/08/21/


CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH

Rasulullah s.a.w. bersabda “Menyebut-nyebut nikmat Allah adalah bersyukur, meninggalkannya bererti ingkar. Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit bererti dia tidak mensyukuri nikmat yang banyak; dan sesiapa yang tidak bersyukur terhadap orang lain bererti dia tidak bersyukur kepada Allah (Riwayat Baihaqi).

Menyebut-nyebut Nikmat Allah

Ad-Dhuha [11] : Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukurkepadaNya.

Sebutlah ”Ini semua pemberian Allah” atau “Alhamdulillah, Allah telah beri saya….”

Berterima Kasih

Berterima kasihlah pada orang yang menolong kita kerana sesiapa yang tidak terima kasih kepada orang yang menolongnya samalah seperti dia tidak bersyukur kepada Allah kerana Allah jualah yang buka hati orang itu untuk menolong kita.

Bersyukurlah Walaupun Sedikit

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesiapa yang redha dengan rezekinya yang sedikit, Allah akan redha dengan amalannya yang sedikit”. (Riwayat Baihaqi dari pada Sayyidina Ali).

Amalan yang sedikit di sini bermakna yang amalan yang wajib dilakukan dan tidak ditinggalkan, cuma sedikit atau tidak dilakukan amalan sunat. Kemewahan dan kekayaan yang diberikan sepatutnya disyukuri dengan menambahkan lagi amalan dan aktiviti selain amalan fardhu seperti mengembangkan Islam.

Menzahirkan Nikmat Kurniaan Allah

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah s.w.t. suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah). A’raf [31] : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)

Sekiranya diberi rezeki yang lebih, belanjalah untuk membeli pakaian dan makanan yang baik sebagai tanda untuk menunjukkan bahawa Allah telah memberi nikmat kepada kita. Ia sebagai memperakui kurniaan Allah dan bukannya untuk menunjukkan kesombongan. Janganlah terlalu bakhil untuk berbelanja setelah diberikan rezeki yang banyak.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/08/21/


SEDEKAH SECARA TERANG-TERANGAN ATAU SEMBUNYI

Dari Jabir r.a. katanya: “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan hubungkan apa yang ada di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Sedekah Menghapuskan Kesalahan

Kesalahan ialah sesuatu yang dilakukan tetapi tidaklah sampat tahap dosa (perkara yang diharamkan). Kesalahan boleh dihapuskan dengan ibadah seperti sedekah, wuduk dan solat. Manakala dosa pula hanya terhapus dengan taubat, istigfar iaitu meminta keampunan dan menyesalinya.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/08/16/

Read More

Tazkirah Jumaat 10 Oktober 2014 / 15 Zulhijjah 1435

akan diupdate...
Read More

Tazkirah Jumaat 3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435 : DISEBALIK KESEDIHAN MENGHADAPI MUSIBAH

Tazkirah Jumaat
3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435

DISEBALIK KESEDIHAN MENGHADAPI MUSIBAH

Kesedihan yang disebabkan oleh sesuatu musibah itu menghapuskan dosa seseorang. Ada dosa yang hanya terhapus dengan kesedihan. Rasulullah SAW juga turut mengalami kesedihan. Ubatilah kesedihan dengan zikir, istigfar dan doa serta bersabarlah menghadapi musibah. Berdoalah agar Allah gantikan kehilangan itu dengan perkara yang lebih baik.

Kesedihan itu menghapuskan dosa seseorang

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mana-mana Muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)

Ada dosa yang hanya terhapus dengan kesedihan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila Allah melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.)

Rasulullah juga mengalami kesedihan

Rasulullah s.a.w mempunyai dua orang putera iaitu Qassim dan Abdullah. Setelah kematian kedua-dua puteranya, orang-orang Arab mengatakan bahawa keturunan Baginda sial dan telah terputus (bagi mereka nasab keturunan adalah melalui anak lelaki). Lalu Allah s.w.t menurunkan Surah Al-Kautsar untuk menenangkan hati Baginda supaya “buat tak tahu apa orang kata”.

Rasulullah s.a.w. juga mengalami kesedihan setelah kematian dua insan yang amat disayanginya iaitu isteri Baginda Siti Khadijah r.a. dan bapa saudaranya Abu Talib. Kemudian Baginda berhijrah ke Taif untuk meneruskan dakwah tetapi tidak diterima penduduk Taif pada ketika itu sehingga berdarah kaki Baginda dilontar batu. Akhirnya, Allah SWT mengubat kesedihan Rasulullah dengan memperjalankan Baginda Mulia dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Ubati Kesedihan Dengan Zikir, Istigfar, Doa & Solah

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila kamu terlibat dengan kesusahan atau kedukacitaan, maka katakanlah “Allahu-Rabbuna-La-Syariikalahu” (Allah tuhan kami, kami tidak syirik) [RiwayatBaihaki]. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.).

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada rasa dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat penakut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang..”(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w bersabda, Sesiapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar (kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar (kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka. Riwayat Ahmad.

Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ini sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati. Solah merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w.

Bersabar

Hairan sungguh urusan orang mukmin iu, bahawa semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila ia mendapat kebahagiaan maka ia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya; apabila ia tertimpa musibah maka ia bersabar dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya. (Riwayat Ahmad)

Digantikan Dengan Yang Lebih Baik

Ummu Salamah berkata, “Saya mendengan Rasulullah bersabda, ‘tidak ada seorang muslimpun yang ditimpa suatu musibah lalu mengucapkan apa yang diperintahkan oleh Allah, ‘Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada-Nyalah kita kembali, ya Allah berikanlah kepadaku atas musibah ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik darinya’, kecuali Allah akan menggantikannya yang lebih baik darinya’. Maka ketika Abu Salamah (suamiku) wafat, aku bergumam, siapa di kalangan kaum muslimin yang lebih baik dari Abu Salamah, sebuah keluarga yang pertama kali berhijrah kepada Rasulullah? Tetapi aku lalu mengucapkan do’a tersebut. Allah pun menggantikanku dengan Rasulullah . (HR. Muslim)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/08/22/disebalik-kesedihan-menghadapi-musibah/

Read More

Tazkirah Jumaat 26 Sept. 2014 / 1 Zulhijjah 1435 : DERAJAT HADITS PUASA HARI TARWIYAH, MALU DAN TAKUTLAHLAH UNTUK MELAKUKAN DOSA DI HADAPAN ALLAH, WAKAF AL-QURAN KEBANGSAAN 2014

Tazkirah Jumaat
26 Sept. 2014 / 1 Zulhijjah 1435

DERAJAT HADITS PUASA HARI TARWIYAH

Oleh: Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

Sudah terlalu sering saya ditanya tentang puasa pada hari tarwiyah (tanggal delapan Dzulhijjah) yang biasa diamalkan oleh umumnya kaum muslimin. Mereka berpuasa selama dua hari yaitu pada tanggal delapan dan sembilan Dzulhijjah (hari Arafah). Dan selalu pertanyaan itu saya jawab : Saya tidak tahu! Karena memang saya belum mendapatkan haditsnya yang mereka jadikan sandaran untuk berpuasa pada hari tarwiyah tersebut.

Alhamdulillah, saya telah menemukan haditsnya yang lafadznya sebagai berikut.

“Artinya : Puasa pada hari tarwiyah menghapuskan (dosa) satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun”.

Diriwayatkan oleh Imam Dailami di kitabnya Musnad Firdaus (2/248) dari jalan :

[1]. Abu Syaikh dari :

[2]. Ali bin Ali Al-Himyari dari :

[3]. Kalbiy dari :

[4]. Abi Shaalih dari :

[5]. Ibnu Abbas marfu’ (yaitu sanadnya sampai kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam)

Saya berkata : Hadits ini derajatnya maudhu’ (موضوع). Sanad hadits ini mempunyai dua penyakit.

Pertama: Kalbi (no. 3) yang namanya : Muhammad bin Saaib Al-Kalbi. Dia ini seorang rawi pendusta. Dia pernah mengatakan kepada Sufyan Ats-Tsauri, “Apa-apa hadits yang engkau dengar dariku dari jalan Abi Shaalih dari Ibnu Abbas, maka hadits ini dusta” (Sedangkan hadits di atas Kalbiy meriwayatkan dari jalan Abi Shaalih dari Ibnu Abbas).

Imam Hakim berkata : “Ia meriwayatkan dari Abi Shaalih hadits-hadits yang maudlu’ (palsu)” Tentang Kalbi ini dapatlah dibaca lebih lanjut di kitab-kitab Jarh Wat Ta’dil:

[1]. At-Taqrib 2/163 oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar

[2]. Adl-Dlu’afaa 2/253, 254, 255, 256 oleh Imam Ibnu Hibban

[3]. Adl-Dlu’afaa wal Matruukin no. 467 oleh Imam Daruquthni

[4]. Al-Jarh Wat Ta’dil 7/721 oleh Imam Ibnu Abi Hatim

[5]. Tahdzibut Tahdzib 9/5178 oleh Al-Hafizd Ibnu Hajar

Kedua : Ali bin Ali Al-Himyari (no. 2) adalah seorang rawi yang majhul (tidak dikenal).

Kesimpulan:

[1]. Puasa pada hari tarwiyah (8 Dzulhijjah) adalah bid’ah. Karena hadits yang mereka jadikan sandaran adalah hadits palsu/maudhu’ yang sama sekali tidak boleh dibuat sebagai dalil. Jangankan dijadikan dalil, bahkan membawakan hadits maudlu’ bukan dengan maksud menerangkan kepalsuannya kepada umat, adalah hukumnya haram dengan kesepakatan para ulama.

[2]. Puasa pada hari Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah) adalah hukumnya sunat sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di bawah ini.

 “Artinya : … Dan puasa pada hari Arafah –aku mengharap dari Allah- menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa pada hari ‘Asyura’ (tanggal 10 Muharram) –aku mengharap dari Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu”. [Shahih riwayat Imam Muslim (3/168), Abu Dawud (no. 2425), Ahmad (5/297, 308, 311), Baihaqi (4/286) dan lain-lain]

Kata ulama : Dosa-dosa yang dihapuskan di sini adalah dosa-dosa yang kecil. Wallahu a’lam!

Disalin dari kitab Al-Masaa’il Jilid 2 (Masalah 48) hal. 176-178 , oleh guru kami Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat ~semoga Allah menjaganya~. (Pustaka Darus Sunnah – Jakarta, Cetakan 4, Th. 1427H/2007M)

http://moslemsunnah.wordpress.com/2011/11/03/puasa-hari-tarwiyah-8-dzulhijjah-oleh-al-ustadz-abdul-hakim-bin-amir-abdat/


MALU DAN TAKUTLAHLAH UNTUK MELAKUKAN DOSA DI HADAPAN ALLAH

Bahkan manusia sentiasa suka hendak meneruskan dosa (perbuatan kufur dan maksiat) dihadapan Allah (Qiyamah:6).

Hadid [4] ……Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Malulah untuk melakukan kejahatan atau sesuatu yang tidak senonoh walaupun tidak dilihat orang kerana Allah SWT melihat apa yang kita lakukan. Latihlah diri agar malu kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda “Allah lebih berhak seseorang itu malu padaNya daripada manusia” (Hadith Riwayat Abu Daud).

Hanya dengan takut kepada Allah sahajalah, seseorang itu dapat melakukan segala ibadah. Semakin bertakwa, semakin rajinlah seseorang itu beribadah. Kadangkala kita terlepas takut sehingga melakukan dosa dan apabila longgar rasa takut maka rosaklah dunia. Takutlah kepada Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa, barulah diberi keberkatan. Takut kepada Allah perlu rapat dengannya. Takutlah kepada Allah samada secara zahir atau batin (di hadapan atau belakang manusia).

Allah mengetahui segala dosa kita yang dilakukan dihadapannya, bahkan ia direkod oleh malaikat Kiraman Katibin.

Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/09/24/malu-dan-takutlahlah-untuk-melakukan-dosa-di-hadapan-allah/


WAKAF AL-QURAN KEBANGSAAN 2014

1. Deposit Terus ke Bank Islam (M) Berhad – 1403-201002-1452.

2. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), taip WAKAF10 dan hantar ke 33080

Keterangan lanjut : http://new.restu-art.com/wakaf-al-quran-peringkat-kebangsaan-2014-2/

Read More

Tazkirah Jumaat 19 Sept. 2014 / 24 Zulkaedah 1435 : KEBERKATAN MEMBERI SALAM, KERANA MULUT BADAN BINASA, UMUR DAN HARTA, WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tazkirah Jumaat
19 Sept. 2014 / 24 Zulkaedah 1435


MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W
KEBERKATAN MEMBERI SALAM

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan. (Riwayat at-Tirmizi)

Pengajaran : Ucapan salam adalah satu doa untuk kesejahteraan sesama Muslim. Silaturrahim sesama kita juga akan bertambah kukuh.

(Sumber: Buat diri ku yang mudah lupa 101 rekreasi hati, Zahazan Mohamad, Nik Wafdi Nik Jaafar)

Kiriman Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur


KERANA MULUT BADAN BINASA

Banyak dosa yang bermula dengan kata-kata yang keluar dari mulut dan lidah yang tidak bertulang. Antaranya ialah mungkir janji, cakap besar, menipu, sumpah dusta, berbohong, mencaci maki, fitnah, mengumpat, gurauan melampau dan melaknat. Akibatnya si pelaku akan disiksa di Akhirat nanti. Oleh itu fikirlah dahulu sebelum berkata-kata. Kata orang tua, masukkan kata-kata itu ke dalam minda sebelum dikeluarkan dari mulut.

Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas’ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya(Riwayat Bukhari Dan Muslim).

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7)Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/09/18/kerana-mulut-badan-binasa/


UMUR DAN HARTA

Dua perkara yang dibenci anak Adam iaitu membenci mati, padahal mati lebih baik daripada fitnah, dan dia membenci sedikit harta benda, padahal sedikit harta meringankan hisab (Riwayat Ahmad melalui Mahmud Ibnu Lubaid)

Daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya. (Bukhari).

Dalam satu hadis yang lain pula, manusia akan ditanya tentang umur dan hartanya: Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?

Manusia membenci kematian sedangkan adakalanya kematian itu lebih baik untuk seseorang kerana ia lebih baik daripada difitnah (ditimpa ujian). Kata orang kampung lebih baik mati dari hidup menambahkan dosa (dalam kekafiran) dan tidak beribadat kepada Allah SWT.

Begitu juga halnya dengan harta. Manusia tidak suka jika hartanya sedikit sedangkan itulah yang mempercepatkan hitungan amalnya di Padang Mahsyar nanti.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/09/18/umur-dan-harta/


WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 merupakan program bersifat kebajikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu bagi tahun kedua sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai penerbitan Al-Quran Wakaf.

Mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukannya baik di Malaysia mahupun dunia khususnya negera minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.

Empat Mekanisma Wakaf Al-Quran pada tahun ini ialah :

1. Deposit Terus ke Bank Islam (M) Berhad – 1403-201002-1452

2. Wakaf Tunai di semua cawangan Yayasan Restu

3. Wakaf melalui atas talian di CIMB Clicks atau CIMB Clicks Shoppe (bagi pengguna bank lain seperti Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank & RHB Bank)

4. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), taip WAKAF10 dan hantar ke 33080

http://new.restu-art.com/wakaf-al-quran-peringkat-kebangsaan-2014-2/

Read More

Tazkirah Jumaat 12 Sept. 2014 / 17 Zulkaedah 1435 : KELEBIHAN – FADHILAT ISTIGHFAR (MINTA AMPUN KEPADA ALLAH), REHAT YANG SEBENAR, WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tazkirah Jumaat
12 Sept. 2014 / 17 Zulkaedah 1435

KELEBIHAN – FADHILAT ISTIGHFAR (MINTA AMPUN KEPADA ALLAH)

Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri rahimahullah mengenai langit tidak hujan.

Hasan al-Basri lantas berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah.”

Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya.

Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang seorang lelaki berkata: Isteri aku mandul, tidak dapat melahirkan anak.

Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah”.

Berkata seseorang: Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!

Hasan al-Basri menjawab: “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

Ertinya: “Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” [Surah Nuh: ayat 10-12].

Firman Allah swt : Maksudnya: “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” [surah al-Anfaal : 33].

1. Allah menjelaskan nikmat keberadaan Nabi Muhammad SAW, sehinggakan azab secara umum dapat dicegah. Tidak seperti kaum-kaum lain yang Allah turunkan azab terus kepada mereka.

2. Istighfar dapat menyelamatkan manusia dari azab didunia dan di akhirat.

Maka, janganlah sekali-kali kita lupa beristighfar (memohon ampun) kepada Allah swt… Astaghfirullah…Astaghfirullah…. Astaghfirullah….

Dan jangan lupa bahawa anda merupakan orang yang mendapat ganjaran orang yang beristigfar disebabkan peringatan anda.

Moga-moga Allah mengampunku dan kamu, dan seluruh orang-orang Islam.

http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/09/tazkirah-motivasi-tips-ringkas.html


REHAT YANG SEBENAR

Jadilah orang yang baik di dunia. Hidup dengan ikhlas beribadah kepada Allah dengan mengikut Sunnah.

Jangan jadi ahli syirik yang menjadi penyokong bid'ah, kebatilan dan kezaliman.

Suatu hari ada seorang jenazah lalu di depan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Baginda bersabda:

"Orang itu berehat ataupun yang lain rehat daripadanya".

 Sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan wahai Rasulullah?

Baginda menjawab: "Seorang hamba yang beriman akan berehat (disebabkan kematiannya) daripada kepenatan dan gangguan dunia menuju kepada rahmat Allah.

Manakala, hamba yang jahat, maka semua manusia, negeri, pohonan dan binatang akan berehat (disebabkan kematiannya)." [Muttafaqun Alaihi]

http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/09/tazkirah-motivasi-tips-ringkas.html


WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 merupakan program bersifat kebajikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu bagi tahun kedua sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai penerbitan Al-Quran Wakaf.

Mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukannya baik di Malaysia mahupun dunia khususnya negera minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.

Empat Mekanisma Wakaf Al-Quran pada tahun ini ialah :

1. Deposit Terus ke Bank Islam (M) Berhad – 1403-201002-1452

2. Wakaf Tunai di semua cawangan Yayasan Restu

3. Wakaf melalui atas talian di CIMB Clicks atau CIMB Clicks Shoppe (bagi pengguna bank lain seperti Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank & RHB Bank)

4. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), taip WAKAF10 dan hantar ke 33080

http://new.restu-art.com/wakaf-al-quran-peringkat-kebangsaan-2014-2/

Read More