Saturday, June 28, 2008

TJ : Roh yg keluar dr jasad, Fadhilat Zikrullah

Tazkirah Jumaat : 27 Jun 2008

ROH YANG KELUAR DARI JASAD

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata: "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".

"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung alahanku".

"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati Sekian, wassalam.

FADHILAT ZIKRULLAH

Dilapurkan dalam sebuah hadis lagi bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: " Telah berjayalah mereka yang unggul sendiri." Para sahabat bertanya: "Siapakah yang unggul sendiri ya Rasulullah?" baginda Rasulullah s. a. w bersabda:" Ialah mereka yang menyebut nama ALLAH sebanyak-banyaknya (yakni orang-orang yang senantiasa sibuk dengan zikrullah)."

Dengan memandangkan hadis ini ulama-ualama tasauf menulis bahawa tidaklah harus seorang pemerintah dan para hartawan ditegah daripada zikrullah kerana dengan zikrullah itu mungkin mereka mencapai ketinggian martabat (pada sisi ALLAH). Hazrat Abu Darda r. a berkata:" Kamu hendaklah mengingati ALLAH dalam kesenangan dan kelapangan nescaya ALLAH akan mengingati kamu dalam kesusahan dan kesempitan."

Abu Musa r.a memberitahukan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika sekiranya orang yang mempunyai wang yang banyak lalu membahagi-bahagikan (kerana ALLAH) dan seorang lagi sedang sibuk dengan berzikir maka yang berzikir itu lebih utama (daripada orang yang membelanjakan wangnya kepada jalan ALLAH).

"Sungguhpun membelanjakan harta pada jalan ALLAH adalah satu amalan yang terafdal sekali namun zikrullah itu lebih utama lagi jika dibandingkan dengannya. Alangkah berbahagianya para hartawan yang membelanjakan harta kekayaanya pada jalan ALLAH dan disamping itu mendapat taufik pula untuk mengingati ALLAH s.w.t.

Di dalam sebuah hadis telah diberitakan bahawa ALLAH s.w.t juga mensedekahkan (nikmat-nikmatNya) kepada hamba-hambaNya pada setiap hari dan mengurniakan sesuatu pada mereka menurut keadaan mereka itu. Namun begitu tidak ada kekurniaan yang lebih besar daripada taufik utk berzikir. []

Friday, June 20, 2008

TJ : Selembar bulu mata, Hadis kelebihan Zikrullah, Fadhilat Al-Kursi

Tazkirah Jumaat : 20 Jun 2008

SELEMBAR BULU MATA

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu, ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka.

Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

HADIS KELEBIHAN ZIKRULLAH

Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s. a. w bertanya kepada para sahabatnya r.a. "Mahukah aku khabarkan kepada kamu mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci di sisi ALLAH yang meninggikan darjatmu keperingkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkah emas dan perak (di jalan ALLAH) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat berkata bahkan: "Apakah itu Ya Rasulullah?" Sabdanya:"Zikrullah."

Fadilat dan keutamaan zikrullah yang diterangkan oleh Baginda Rasulullah s. a. w adalah berkaitan dengan keadaan dan masa sebagai keseluruhannya, kerana terkadang-kadang dengan memandangkan keadaan yang tertentu maka sedekah, jihad dan urusan-urusan yang lain dipandang lebih utama daripada segala amalan. Lantaran fadilat dan kelebihan amalan-amalan itu pun diterangkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihan amalan-amalan itu adalah berkaitan dengan keadaan yang tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan zikrullah adalah berkaitan dengan seluruh masa (iaitu pada setiap masa).

FADHILAT AYAT AL-KURSI

Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.

  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya."
  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

SEDEKAH IKHLAS MENGELAKKAN BALA

Sebuku roti mungkin menyelamatkan satu nyawa mangsa gempa bumi China. Sedekah ikhlas amat dianjurkan dan sangat besar timbangannya di sisi Allah SWT. Taipkan : Tabung2 untuk derma rm2 dan sms ke 32776. Hari ini mereka, esok mungkin kita memerlukan. []

Wednesday, June 18, 2008

TJ : Sebuku roti penebus dosa, Hikmat 7 ayat, Fadhilat Zikrullah

Tazkirah Jumaat : 13 Jun 2008

SEBUKU ROTI PENEBUS DOSA

Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.

Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.

Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti.

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.” Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”

HIKMAT 7 AYAT

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

  1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
  4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

HADIS KELEBIHAN ZIKRULLAH

Abu Musa r. a memberitakan bahawa Rasulullah s. a. w bersabda: "Perbandingan oarang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti oarang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati."

Setiap manusia mencintai kehidupannya dan setiap orang pula takut mati. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa tidak mengingati ALLAH s.w.t sungguhpun ia hidup namun keadaanya tidak berbeza dengan keadaan orang yang mati, kehidupannya adalah sia-sia belaka."

Seorang pujangga berbangsa Persia berkata: "Kehidupanku itu bukanlah kehidupan pada hakikatnya tetapi kehidupan yang sebenarnya ialah orang yang dapat mencintai kekasihnya."

SEDEKAH IKHLAS MENGELAKKAN BALA

  • Sebuku roti mungkin menyelamatkan satu nyawa mangsa gempa bumi China. Sedekah ikhlas amat dianjurkan dan sangat besar timbangannya di sisi Allah SWT.
  • Taipkan : Tabung2 untuk derma rm2 dan sms ke 32776. Hari ini mereka, esok mungkin kita memerlukan. []

Tuesday, June 17, 2008

TJ : Fadhilat Zikir, Sedekah Ikhlas

TJ : 06 Jun 2008

FADHILAT ZIKIR

Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

  1. Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya.

  2. Zikir menyebabkan Allah redha.

  3. zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

  4. zikir menggembirakan hati.

  5. zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari.

  6. zikir memurahkan rezeki.

  7. zikir adalah sinaran hati dan muka.

  8. zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar.

  9. zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

  10. zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya.

  11. Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

  12. Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

  13. Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.

  14. Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.

  15. Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 151) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".

HADIS 1 (KELEBIHAN ZIKRULLAH)

  • Abu Hurairah r. a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ALLAH s.w.t berfirman: Sesungguhnya, Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat Aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati Aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari. Hadith ini mengandungi berbagai-bagai keterangan. ALLAh berfirman: "Aku bertindak terhadap hambaKu sebagaimana yang disangkakan olehnya." maksudnya hendaklah senantiasa mengharapkan kurnia dan rahmat dari ALLAH s.w.t. Janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmatNya. Walaupun kita berdosa dan telah melampaui batas yang kita percaya bahawa segala dosa dan kesalahan kita itu pasti akan dibalas namun janganlah sekali-kali berputus harap dari rahmat ALLAH s.w.t. Kemungkinan besar ALLAH s.w.t mengampuni dosa kita semata-mata dengan rahmat kurniaNya.

HADIS 2

  • Adalah dilaporkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah." Hazrat Abu Darda r.a berkata:" Kamu hendaklah mengingati ALLAH dalam kesenangan dan kelapangan nescaya ALLAH akan mengingati kamu dalam kesusahan dan kesempitan."

HADIS 3

  • Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R. Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapanya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjaranya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).
    Keterangan : Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa. (Mutakhab Ahadith Hazrat Maulana Muhammad Yusuff Al-Kandahlawi).

SEDEKAH IKHLAS MENGELAKKAN BALA

  • Sesuap nasi mungkin menyelamatkan satu nyawa mangsa gempa bumi China. Taipkan : Tabung2 untuk derma rm2 dan sms ke 32776. Hari ini mereka, esok mungkin kita memerlukan. []

TJ : As Sobur, Husnulghatimah, Sedekah Ikhlas

Tazkirah Jumaat : 30 Mei 2008

ASMA’UL HUSNA

  • 99 AS-SOBUR Ertinya Sangat Sabar.
  • Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.

ALAMAT MATI DALAM HUSNULGHATHIMAH (KEADAAN BAIK)

  1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah: "Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan kelaurnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.
  3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.
  4. Mati di medan perang keran membela agama Allah.
  5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
    a. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
    b. Diselamatkan dari seksa kubur.
    c. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
    d. Diperhiasi dengan iman.
    e. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
    f. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
  6. Mati kerana melahirkan anak.
  7. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalah ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim.
  8. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim.
  9. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
  10. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.
  11. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.
  12. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.
  13. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa- apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.
  14. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.
  15. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barang siapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu Daud.
  16. Mati dalam bersiap-siap untuk berperang dijalan Allah.
  17. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.
  18. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:
    a. Menjaga sembahyang 5 waktu.
    b. Banyak bersedekah.
    c. Banyak membaca Al Quran.
    d. Banyak bertasbih.
    Dan hendaklah ia meninggalkan:
    e. Meninggalkan dusta.
    f. Meninggalakan sifat khianat.
    g. Meninggalkan sifat mengadu-domba.
    h. Menjaga Kencing.

SEDEKAH YANG IKHLAS

  • Setelah bumi diciptakan Allah, bumi terus bergegar, lalu Allah ciptakan gunung-ganang sebagai pasak, maka tenteramlah bumi. Malaikat merasa kagum lalu bertanya kepada Allah adakah lebih kuat daripada itu, lalu Allah menjawab ada iaitulah besi. Malaikat bertanya lagi adakah lebih kuat daripada itu besi, Allah menjawab ada iaitu api. Malaikat bertanya lagi adakah lebih kuat daripada itu, Allah menjawab ada iaitulah air. Malaikat bertanya lagi adakah lebih kuat daripada itu, Allah menjawab ada iaitu angin. Malaikat bertanya lagi adakah lebih kuat daripada itu, Allah menjawab ada iaitu sedekah dari hambaku yang beriman. (Maksud Hadis)
  • Oleh itu marilah kita mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut dengan membuat sedekah ikhlas kepada rakyat China dan Mynmar.
  • Setelah Mynmar kini China dilanda bencana gempa bumi yang dahsyat. Hampir 80 ribu orang terbunuh, puluhan ribu masih hilang, lebih 100 ribu orang tercedera dan jutaan rumah yang musnah.
  • Mari kita segera membantu mereka dengan menyumbang ke tabung bencana gempa bumi China. Mari sumbangkan dengan tiga bentuk sumbangan. DERMA2 untuk rm2, DERMA5 untuk rm5 dan DERMA10 untuk rm10.
  • SMSkan ke 32776 atau 33533, semoga setiap sen yang kita sumbangkan boleh menghasilkan sesuap nasi bagi menyelamatkan nyawa yang mungkin melayang akibat kebuluran. Allah juga akan membalas kebajikan anda. Mudah-mudahan asbab perbuatan kita ini Allah jauhkan negara kita dari segala bentuk bencana alam. []

TJ : Asmaul Husna, Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

TJ : 30 Mei 2008

ASMA’UL HUSNA

99 AS-SOBUR Ertinya Sangat Sabar.

Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.

Alamat mati dalam Husnulghathimah (keadaan baik)

1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah: "Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan kelaurnya peluh didahi", Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.

3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

4. Mati di medan perang keran membela agama Allah.

5. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

a. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
b. Diselamatkan dari seksa kubur.
c. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
d. Diperhiasi dengan iman.
e. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
f. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.

6. Mati kerana melahirkan anak.

7. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, "taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin". (Hendakalah ia sabar dan redha menganggungnya). Riwayat oleh Muslim.

8. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid". Riwayat oleh Muslim.

9. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.

10. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.

11. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.

12. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, "orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.

13. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah "Barang siapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa- apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga". Riwayat Daud.

14. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.

15. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah "Barang siapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu Daud.

16. Mati dalam bersiap-siap untuk berperang dijalan Allah.

17. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.

18. Berkata Abu Laith, "Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:
a. Menjaga sembahyang 5 waktu.
b. Banyak bersedekah.
c. Banyak membaca Al Quran.
d. Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalkan:
e. Meninggalkan dusta.
f. Meninggalakan sifat khianat.
g. Meninggalkan sifat mengadu-domba.
h. Menjaga Kencing.

SEDEKAH YANG IKHLAS

Setelah bumi diciptakan Allah, bumi terus bergegar, lalu Allah ciptakan gunung-ganang sebagai pasak, maka tenteramlah bumi. Malaikat merasa kagum lalu bertanya kepada Allah adakah lebih kuat daripada itu, lalu Allah menjawab ada iaitulah besi. Malaikat bertanya lagi adakah lebih kuat daripada itu besi, Allah menjawab ada iaitu api. Malaikat bertanya lagi adakah lebih kuat daripada itu, Allah menjawab ada iaitulah air. Malaikat bertanya lagi adakah lebih kuat daripada itu, Allah menjawab ada iaitu angin. Malaikat bertanya lagi adakah lebih kuat daripada itu, Allah menjawab ada iaitu sedekah dari hambaku yang beriman. (Maksud Hadis)

Oleh itu marilah kita mengambil pengajaran dari peristiwa tersebut dengan membuat sedekah ikhlas kepada rakyat China dan Mynmar.

Setelah Mynmar kini China dilanda bencana gempa bumi yang dahsyat. Hampir 80 ribu orang terbunuh, puluhan ribu masih hilang, lebih 100 ribu orang tercedera dan jutaan rumah yang musnah. Mari kita segera membantu mereka dengan menyumbang ke tabung bencana gempa bumi China.

Mari sumbangkan dengan tiga bentuk sumbangan. DERMA2 untuk rm2, DERMA5 untuk rm5 dan DERMA10 untuk rm10. SMSkan ke 32776 atau 33533, semoga setiap sen yang kita sumbangkan boleh menghasilkan sesuap nasi bagi menyelamatkan nyawa yang mungkin melayang akibat kebuluran. Allah juga akan membalas kebajikan anda. Mudah-mudahan asbab perbuatan kita ini Allah jauhkan negara kita dari segala bentuk bencana alam. []

TJ : Ar-Raasyid, Tanda2 kematian org islam

Tazkirah Jumaat : 23 Mei 2008

ASMA’UL HUSNA

  • 98 AR RAASYID (Yang Memberi Petunjuk).
  • Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca sebanyak mungkin setiap pagi dan petang.

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

  • Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI. Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan" (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
  • Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
  • Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
  • Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
  • Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.
  • Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
  • Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati

  • Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
  • Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
  • Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
  • Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
  • Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

  • Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
  • Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
  • Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

  • Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

  • Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
  • Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

  • Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

  • Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup

Setiap hari kubur Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

  1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
  2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
  3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
  4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
  5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

TABUNG BENCANA MYNMAR

  • Rakyat Mynmar menderita akibat bencana taufan Nargis membunuh 80 ribu orang dan dikhuatiri mencecah 135 ribu orang. Kita bantulah mereka dengan ikhlas dengan menyumbang ke Tabung Bencana Mynmar.
  • Derma1 utk Rm1, Derma3 utk Rm3 dan Derma 10 utk Rm10 dan hantar ke 32776. Bantuan anda amat diperlukan. []

TJ : Al Waarits, Alam Kubur, Wasiat Imam Syafie

Tazkirah Jumaat : 09 Mei 2008

ASMA’UL HUSNA

  • 97 AL WAARITS Ertinya Yang kembali kepadaNya sekalian makhluk.
  • Baca 707 kali setiap malam agar diberi petunjuk sehingga berhasil sewaktu menjalankan perniagaan atau pun pekerjaan.

ALAM KUBUR

  1. Setelah segala urusan dunia selesai, mayat akan dikebumikankan dan setelah setelah selesai dikebumikan maka rohnya akan dikembalikan ke jasadnya untuk MENJAWAB SOALAN dari malaikat.
  2. Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam ra, sebelum malaikat Munkar dan Nakir masuk, ada seorang malaikat lain masuk dahulu yang mukanya bersinar bagai matahari, namanya Roman.
  3. Dia masuk kepada mayat dan berkata: "Tulislah apa yang kamu perbuat dari kebaikan dan keburukan semasa hidup di dunia dahulu." Mayat menjawab: "Dengan apa aku menulis? Mana penaku, mana dakwatku dan kertasku?" Sahut malaikat Roman: "LUDAHmu sebagai DAKWAT, JARImu sebagai PENA." Mayat bertanya: "Di atas apa aku menulis?" Sabda Rasulullah saw: "Maka malaikat itu memotong tali kapan dan dicarikkan kain kapan dan diberikan kepada mayat dan katanya: inilah bukumu dan tulislah sekarang".
  4. Maka MAYAT itu MENULIS apa yang telah dilakukan semasa hidupnya dengan KEBAIKAN. Maka bila sampai pula untuk menulis kejahatan, mayat itu merasa malu untuk menulisnya. Kata malaikat: "Wahai orang salah, sekarang ENGKAU merasa MALU untuk MENULIS KESALAHAN yang kamu lakukan dahulu. Kenapa kamu tidak malu terhadap Tuhan yang menciptakan akan kamu waktu kamu melakukan kesalahan dahulu, hingga kamu merasa malu kepada aku?"
  5. Maka malaikat itu mengangkat tongkat hendak memukulnya. Lalu berkata si hamba tadi: "Angkatlah saya dan saya akan menulisnya." Diapun menulis semua sekali kejahatan hingga habis, lalu malaikat itu memerintahkan supaya dia melipat catitannya itu dan memberinya cop mohor. Tanya si mayat: "Dengan apa cop?" Jawab malaikat: "Kamu COP dengan KUKUmu itu." Lalu diberikan cop kuku dan DIKALUNG di lehernya HINGGA ke hari QIAMAT.
  6. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 13 bermaksud: "Dan tiap-tiap manusia itu kami telah tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap kalong) pada lehernya dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat sebuah kitab yang dijumpai dalam keadaan terbuka."
  7. Lalu masuklah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Jika yang mati ahli maksiat, maka pada hari qiamat diwaktu Allah memerintahkan untuk membaca kitabnya sendiri, maka dia pun membaca sehingga habislah kebaikan yang dilakukan. Tetapi bila sampai kepada keburukan dia pun berhenti. Maka firman Allah: "Mengapa kamu tidak baca?" Maka jawab si hamba: "Aku malu kepada Mu ya Allah." Firman Tuhan lagi: "Mengapa kamu tidak malu di dunia dahulu? Mengapa sekarang baru malu?" Akhirnya hamba tadi merasa sungguh menyesal tetapi sesalan yang tidak berguna lagi.
  8. Kemudian datang firman Tuhan lagi dalam surah Al-Haqqah ayat 30 dan 31 bermaksud: "Peganglah dia dan belenggulah dia, belenggu tangan ke lehernya. Kemudian masukkan dia ke dalam api neraka yang bernyala-nyala"

WASIAT IMAM SYAFIE

  • Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut :
  1. Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  2. Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengaqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah
  3. Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
  4. Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
  5. Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan
  6. Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
  7. Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.
  8. Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
  9. Hak Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.
  10. Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

SEDEKAH TIDAK AKAN MENGURANGKAN HARTA (MAKSUD HADIS)

  • Syukurilah nikmat Tuhan yang kita perolehi selama ini dengan membantu mereka yang hidup derita dan sengsara dengan menyumbang ke Tabung Bersamamu TV3. Tabung2 untuk RM2, tabung5 untuk RM5, tabung10 untuk RM10. SMS ke 33533. Bantuan anda amat diperlukan. Pahala melimpah ruah semoga bahagia dunia dan akhirat. []

TJ : Al Baaqii, Keadaan di Padang Mashyar

Tazkirah Jumaat : 02 Mei 2008

ASMA’UL HUSNA

  • 96. AL BAAQII Ertinya Maha Kekal
  • Baca sebanyak mungkin agar perkerjaan yang menjadi sumber kehidupan tidak akan tergugat dan andainya berniaga; keuntungan akan berganda.

KEADAAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

  • Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati. Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya: “Wahai nyawa yang telah keluar dari badan, tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah s.w.t. yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!”.
  • Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu. Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya.
  • Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata: “Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul.” Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran: “Mereka berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, Lalu dikatakan kepada mereka: “Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul !” (Yassin, Ayat: 52).
  • Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam-macam rupa.
  1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera karena di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
  2. Ada yang berupa khinzir karena suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
  3. Ada yang buta mata karena keterlaluan pada menghukum manusia.
  4. Ada yang pekak dan bisu karena mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
  5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
  6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan karena suka menjadi saksi bohong.
  7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama).
  8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
  9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
  10. Ada yang berupa khinzir karena suka makan harta riba.
  11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
  12. Ada yang berupa khinzir karena mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang)
  13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
  14. Ada yang berkeadaan dimana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
  15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat karena takutkan manusia, tidak takut pada Allah.
  16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
  17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengali darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
  18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
  19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
  20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
  21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia. []

TJ : Al Badii, Seorg muslim yg sempurna, Allah tidak suka sikap menampakkan kemiskinan

Tazkirah Jumaat : 18 April 2008

ASMA’UL HUSNA

  • 95 AL BADII’ Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
  • Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.

SEORANG MUSLIM YANG SEMPURNA

  1. Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah s.a.w. dengan perkataannya: Saya ingin menjadi orang yang alim. Baginda s.a.w. menjawab: Takutlah kepada Allah, maka engkau akan menjadi orang yang alim. Sahabat itu berkata lagi: Saya ingin menjadi orang yang paling kaya. Baginda s.a.w. menjawab: Jadilah engkau orang yang yakin kepada diri sendiri, maka engkau akan menjadi orang yang paling kaya.
  2. Seterusnya sahabat berkata lagi: Saya ingin menjadi orang yang adil. Baginda s.a.w. menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih kepada dirimu sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
  3. Kemudian sahabat itu berkata lagi: Saya ingin menjadi orang yang paling baik. Baginda s.a.w. menjawab: Jadilah engkau orang yang bermanfaat kepada masyarakat, maka engkau akan menjadi sebaik-baik manusia.
  4. Sahabat itu terus lagi berkata: Saya ingin menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. Baginda s.a.w. menjawab: Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling istimewa di sisi Allah.
  5. Sahabat itu berkata lagi: Saya ingin disempurnakan iman saya. Baginda s.a.w. menjawab: Baikkanlah akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna.
  6. Kemudian sahabat itu berkata lagi: Saya ingin termasuk dalam golongan orang-orang yang taat. Baginda s.a.w. menjawab: Tunaikanlah segala kewajipan yang difardhukan, maka engkau akan termasuk dalam golongan orang-orang yang taat.
  7. Terus sahabat itu berkata lagi: Saya ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa. Baginda s.a.w. menjawab: Bersihkanlah dirimu daripada dosa, nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.
  8. Sahabat itu terus lagi berkata: Saya ingin dihapuskan segala dosa saya. Baginda s.a.w. menjawab: Banyaklah beristighfar, nescaya akan dihapuskan atau dikurangkan segala dosamu.
  9. Sahabat itu terus lagi berkata: Saya ingin menjadi semulia-mulia manusia. Baginda s.a.w. menjawab: Jangan berprasangka kepada orang lain, nescaya engkau akan menjadi semulia-mulia manusia.
  10. Seterusnya sahabat itu berkata lagi: Saya ingin menjadi segagah-gagah manusia. Baginda s.a.w. menjawab: Sentiasa berserah dirilah (tawakkal) kepada Allah, nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia.
  11. Sahabat itu terus sahaja berkata lagi: Saya ingin dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. menjawab: Sentiasa beradalah dalam keadaan bersih daripada hadas, nescaya Allah akan memurahkan rezekimu.
  12. Kemudian dia berkata lagi: Saya ingin termasuk dalam golongan orang-orang yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya. Baginda s.a.w. menjawab: Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya, maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.
  13. Sahabat itu terus berkata lagi: Saya ingin diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat. Baginda s.a.w. menjawab: Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan selamat dari kemurkaan Allah dan rasulNya.
  14. Seterusnya dia terus berkata: Saya ingin diterima segala permohonan saya. Baginda s.a.w. menjawab: Jauhilah makanan yang haram, nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
  15. Sahabat ini berkata lagi: Saya ingin supaya Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat. Baginda s.a.w. menjawab: Tutupilah keburukan orang lain, nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari kiamat.
  16. Kemudian dia berkata lagi: Siapa yang terselamat daripada dosa? Baginda s.a.w. menjawab: Orang yang sentiasa mengalirkan air mata penyesalan, mereka yang tunduk kepada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
  17. Kemudian dia berkata lagi: Apakah kebaikan yang terbesar di sisi Allah? Baginda s.a.w. menjawab: Baik budi pekerti, rendah diri dan sabar menghadapi cubaan Allah.
  18. Sahabat itu berkata lagi: Apakah kejahatan terbesar di sisi Allah? Baginda s.a.w. menjawab: Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
  19. Sahabat itu terus lagi berkata: Apakah yang akan meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat? Baginda s.a.w. menjawab: Sedekah dalam keadaan sembunyi dan menghubungkan persaudaraan.
  20. Sahabat itu berkata lagi: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat? Baginda s.a.w. menjawab: Sabar di dunia daripada bala dan musibah.

ALLAH TIDAK MENYUKAI SIKAP "MENAMPAKKAN KEMISKINAN"

  • Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah membenci kesengsaraan dan kemiskinan." (Shahih Al Jami': 1742) Dalam riwayat lain disebutkan, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai kesengsaraan dan kemiskinan." (Shahih Ai Jami': 1711)
  • Yang dimaksudkan di sini adalah menampakkan kemiskinan dan mengenakan pakaian-pakaian kotor, basah, robek dan kusut. Menampakan kesengsaraan, dengan mengeluh, dan meminta kepada selain Allah. Allah benci kepada semua sikap ini, kerana Allah indah dan menyukai keindahan juga Allah suka jika diperlihatkan kepada-Nya nikmat-Nya yang telah diberikan kepada hamba-Nya iaitu dengan berpakaian yang baik, menginfakkan hartanya serta mensyukuri nikmat-Nya. Yang demikian itu dapat dilakukan dengan ucapan, keadaan atau dengan perbuatan. []

TJ : Logiknya solat dlm sudut sains, Matematik Allah

Tazkirah Jumaat : 11 April 2008

Sambutan Maulidur Rasul 1429H/2008M Peringkat Mukim Kundasang

  • Tarikh : 12 April 2008 (Sabtu), 7 pagi : Berkumpul SMK Kundasang kemudian berarak ke Perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang.

  • Perasmi : Y.B. Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

  1. Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

  2. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

  3. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

  4. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan diminda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

  5. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.

  6. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
    Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

  7. Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

  8. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

  9. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

  10. Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

  11. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

  12. Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
    Sekian untuk renungan kita bersama

Matematik Allah

  • “kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh yg ma’ruf dan mencegah yg mungkar dan beriman kepada Allah…” (Al-Imran:110)

  • Bertepatan dengan ayat di atas, Islam mengajar penganutnya membuat sebanyak kebaikan sewaktu hidup di dunia ini. Tidak kiralah samada kebaikan yang dikerjakan itu berupa amalan wajib mahupun amalan-amalan sunat. Dan Allah pasti akan membalas setiap kebaikan yang dikerjakan itu dengan diberikan pahala walaupun sebesar zarah sekalipun.

  • Setiap satu kebaikan akan dibalas 10 hingga 700 manakala satu kejahatan pula akan dibalas satu. Persoalannya berapakan nilai 10 yang dimaksudkan itu? Adakah RM10 atau USD10 atau EURO10? Tiada siapa mampu menjawabnya. Kerana di sisi Allah 10 mungkin bermakna USD1juta atau mungkin USD100 billion atau mungkin USD1,000 trillion atau mungkin tak ternilai dengan keseluruhan alam ciptaanNya. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

  • Apa yang penting semasa hayat di kandung badan buatlah kebajikan sebanyak mungkin kerana sebaik sahaja nyawa dicabut dari jasad maka tiada apa lagi yang penting ketika itu melainkan pahala. Di akhirat nanti masing-masing akan menuntut pahala yang telah dikerjakan semasa di dunia dulu walaupun sebesar zarah sahaja kerana ia amat bernilai di sana.

  • Jadi tekadkan di dalam hati muai hari ini jika anda nampak apa-apa sahaja peluang berupa kebaikan, rebutlah secepat mungkin tak kiralah samada ianya berupa membuang sampah, menolong orang tua melintas jalan atau memberi senyuman, lakukanlah… kerana masa sebenarnya sudah singkat!

  • Renung-renung dan fikir-fikirkanlah…

ASMA’UL HUSNA

  • 94 AL HAADIY (The Guide)
  • Baca sebanyak mungkin agar diberi petunjuk jalan ketika sesat.

Mutiara Kata

  • Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci; lidahnya selalu basah dengan Zikrullah; matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa); sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia. []

TJ : Bagaimana berinteraksi dgn Al Quran, Al Quran adalah benteng, Bisyr Al-Hafi dan selembar kertas Al Quran

Tazkirah Jumaat : 04 April 2008

BAGAIMANA ANDA BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN?

  1. Al-Quran memperkenalkan dirinya sebagai Kitab yang tiada keraguan di dalamnya. la merupakan petunjuk bagi orang yang bertakwa (Surah 2: 2). Ertinya, kitab suci Al-Quran merupakan petunjuk dan pegangan hidup kita. Persoalannya sekarang, bagaimana sebenarnya kita memperlakukan Al-Quran dalam hidup kita?

  2. Bagi segolongan kecil daripada kita, memandang Al-Quran seolah-olah sebagai jimat yang kalau ayat tertentu dibaca maka akan menimbulkan perkara yang luar biasa. Bagi segolongan yang lain pula Al-Quran hanyalah merupakan objek ilmiah yang ayatnya dianggap layak untuk ditelaah satu demi satu.

  3. Bagi sebahagian yang lain pula Al-Quran merupakan sumber legitimasi atau pembenaran. Dengan erti kata lain ianya digunakan melalui akal fikiran untuk menerangkan atau menjelaskan masalah lalu mereka mencari justifikasinya dalam ayat Al-Quran.

  4. Apakah cukup Al-Quran kita perlakukan demikian? Bukankah ia merupakan kitab petunjuk? Sebagai kitab petunjuk bermakna Al-Quran merupakan sumber inspirasi dan sumber hukum-hakam dalam hidup kita.

  5. Pernahkah kita menyelesaikan sesuatu masalah yang kita hadapi dengan membaca Quran? Sudikah kita mensyukuri rezeki yang banyak dengan membaca Al-Quran? Dapatkah kita membaca al-Quran setiap hari sepertimana kita membaca akhbar dan email setiap hari?

  6. Pernahkah kita mengkaji perjalanan hidup kita dengan melihat kandungan ayat suci Al-Quran sebagai hakimnya? Pada umur berapa kita mulai tertarik dengan Al-Quran dan bersedia menelaah ayat demi ayatnya?

  7. Saya percaya kerana Al-Quran merupakan kitab petunjuk bagi kita, siapa pun kita dan apa pun asas pendidikan kita, kita memiliki hak yang sama untuk mengakses kitab suci Al-Quran. Sudahkah kita gunakan hak kita itu dengan sebaik-baiknya? Membaca Al-Quran merupakan syarat pertama untuk menjadikan kitab suci ini sebagai petunjuk hidup kita.

  8. Bolehkah kita menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk? Mengapa amat jarang kita membacanya?

  9. Satu riwayat menyebutkan bahawa semasa Iqbal kecil, ia dibisikan oleh Ayahnya: Bacalah Al-Quran seakan-akan ia diturunkan untukmu. Sejak saat itu Muhammad Iqbal cendekiawan besar yang be-rasal dari India mengatakan: setiap membaca Al-Quran saya merasa seakan-akan Al-Quran tersebut berbicara kepadaku! Maukah kita meningkatkan kedudukan kita, daripada sekadar membaca Al-Quran hingga berbicara dengan Al-Quran? Maha Benar Allah dengan Segala Firman-Nya.

AL-QURAN ADALAH BENTENG

  • AYAH saya rahimahullah mengisahkan bahawa ada seseorang yang hafal Al-Quran (hafiz). Pada suatu hari, ketika "hafiz" itu sedang berjalan di padang pasir, dia dilihat oleh seorang pemburu yang menyangkanya seekor binatang.

  • Maka, pemburu itu terus menghalakan senapang buruannya kepadanya. Namun, ketika pemburu itu menarik pemetik senapang, ajaibnya pelurunya tidak dapat keluar. Maka, pemburu itu pun kehairanan. Lalu dia mencuba menembakkan senapangnya ke arah kanan. Ternyata dengan mudah dia dapat menembakkan pelurunya. Demikian juga halnya ketika dia mencuba menembakkan ke arah kiri dan atasnya. Namun, ketika dia mengarahkan lagi senapangnya ke arah buruannya itu, senapangnya itu kembali tersekat.

  • Ketika pemburu itu mendekati buruannya, alangkah hairannya dia kerana ternyata ia adalah seorang manusia. Lalu pemburu itu menceritakan kisah itu kepadanya. Maka dia berkata kepada pemburu itu, "Sesungguhnya aku ini seorang "hafiz". Ketika kamu hendak menembakku, aku dalam keadaan sedang membaca Al-Quran." Saya (Muhammad asy-Syirazi) menduga "hafiz" yang dia ceritakan itu sebenarnya dirinya sendiri iaitu ayah saya. Namun, dia sengaja tidak menyebutkan dirinya kerana sikapnya yang tawadhuk.

BISYR AL-HAFI DAN SELEMBAR KERTAS AL-QURAN



  • BISYR al-Hafi dahulunya adalah seorang kaki judi, peminum arak dan peniup seruling. Dia biasa melakukan dosa-dosa besar dan pekerjaan-pekerjaan mungkar lainnya.

  • Pada suatu hari, dia melihat selembar kertas Al-Quran di suatu jalan di kota Baghdad. Dia terus mengambilnya. Kemudian dia membeli minyak wangi berharga dua dirham. Dia mengoleskan minyak wangi itu pada lembar kertas Al-Quran itu dan meletakkannya di salah satu sudut tembok rumahnya.

  • Pada malam harinya, ketika sudah tidur, dia melihat seseorang yang berkata kepadanya, "Kami akan menjadikanmu sebagai seorang yang terhormat di kalangan manusia kerana penghormatanmu pada Al-Quran."

  • Setelah itu, dia mendapat "hidayah Allah. Lewat pertemuannya dengan Imam Musa bin Ja'far a.s, sebagaimana disebutkan di dalam riwayat terkenal. Bisyr al-Hafi bertaubat di tangan Imam Musa al-Kazhim. Kemudian dia menjadi tokoh ahli ibadah yang terkenal pada zamannya. Sampai sekarang pun kuburannya banyak diziarahi orang ramai.

ASMA’UL HUSNA

  • 93 AN NUUR Ertinya Yang menerangi.

  • Baca sebanyak mungkin agar diberikan kemuliaan dan memperolehi apa yang dihajati baik di dunia mahupun di akhirat. Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya. []

TJ : Kisah Thabit Bin Ibrahim, An-Naafi'

Tazkirah Jumaat : 28 Mac 2008

KISAH THABIT BIN IBRAHIM

  1. Seorang lelaki yang soleh bernama Thabit bin Ibrahim. la sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba ia melihat sebuah epal jatuh di luar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat buah epal yang merah ranum yang terletak di tanah, membuat air liur Thabit meleleh, apatah lagi hari itu kebetulan panas dan ia sedang dahaga. Tidak berfikir panjang ia ambil buah itu dan dimakannya.

  2. Bagaimanapun baru setengah ia makan, ia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan ia belum mendapat izin daripada pemiliknya. Dalam keadaan bimbang, ia segera pergi ke kebun buah-buahan itu. la hendak menemui pemiliknya agar menghalalkan buah yang telah ia makan.

  3. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. la langsung sahaja berkata: Aku sudah makan setengah daripada buah epal ini. Aku berharap tuan dapat menghalalkannya. Orang itu menjawab: Aku bukan pemilik kebun ini. Aku hanya khadam yang ditugaskan merawat dan mengurusi kebun ini.

  4. Dengan rasa menyesal Thabit bertanya lagi: Di mana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta supaya dihalalkannya epal yang telah ku makan ini. Pengurus kebun itu memberitahu: Apabila engkau ingin pergi ke sana, engkau mesti menempuh perjalanan sehari semalam.

  5. Thabit bin Ibrahim pun bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu sambil berkata kepada penjaga kebun itu: Tidak mengapa, aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah Saw sudah memperingatkan kita melaui sabdanya: Sesiapa yang tubuhnya tumbuh daripada makanan yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka.

  6. Thabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, setibanya ia di sana, ia langsung mengetuk pintu. Si pemilik rumah membukakan pintu, Thabit langsung memberi salam dengan sopan sambil berkata: Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah daripada buah epal tuan yang jatuh di luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah kumakan itu?

  7. Lelaki tua yang ada di hadapan Thabit memerhatikannya dengan cermat. Lalu ia berkata dengan tiba-tiba: Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat. Mendengar itu, Thabit merasa bimbang dengan syarat itu, kerana takut ia tidak boleh memenuhinya. Thabit segera bertanya: Apa syaratnya itu tuan? Orang itu menjawab: "Engkau mesti mengahwini puteriku! Thabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan perkataan lelaki itu.

  8. Thabit berkata lagi: Apakah kerana aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu, aku mesti mengahwini puterimu? Tetapi pemilik kebun itu tidak melayan soalan Thabit. Ia malah menambahkan katanya: Sebelum pernikahan dimulakan, engkau mesti tahu dulu kekurangan-kekurangan puteriku itu. Ia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh.

  9. Thabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. la berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut ia jadikan isteri? Gara-gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan baginya? Setelah itu pemilik kebun menyatakan lagi: Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah engkau makan! Namun Thabit kemudian menjawab dengan tenang: Aku menerima syarat dan perkahwinannya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin. Aku akan memenuhi kewajipan-kewajipan dan hak-hakku kepadanya sebab aku sangat berharap kepada Allah semoga la selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah s.w.t.

  10. Pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah anaknya. Sesudah perkahwinan selesai, Thabit dipersilakan masuk menemui isterinya.

  11. Sewaktu Thabit hendak masuk bilik pengantin, ia berniat akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu. sebab bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga.

  12. la pun mengucapkan salam: Assalamu 'alaikum... Tidak disangka-sangka, wanita iaitu isterinya yang di hadapannya yang sudah rasmi jadi isterinya, menjawab salamnya dengan baik. Ketika Thabit masuk mahu menghampiri wanita itu, wanita itu menghulurkan tangannya menyambut tangan suaminya. Sekali lagi Thabit terkejut, sebab wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut huluran tangannya. Thabit sempat terpegun menyaksikan kejadian ini. Kata ayahnya ia wanita tuli dan bisu, tetapi ternyata ia membalas salamku dengan baik. Jika demikian, bermakna wanita yang ada di hadapanku ini dapat mendengar, ia juga tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa ia buta dan lumpuh, tetapi ternyata ia menyambut kedatanganku dengan ramah dan menghulurkan tangan dengan mesra pula. Kata Thabit dalam hatinya.

  13. Thabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya? Setelah Thabit duduk di samping isterinya, ia bertanya, Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta, mengapa? Wanita itu kemudian menjawab: Ayahku benar, sebab aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah. Thabit bertanya lagi: Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa? Wanita itu menjawab lagi: Ayahku benar, sebab aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah.

  14. Ayahku juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan? Tanya wanita itu kepada Thabit yang kini telah sah menjadi suaminya. Thabit mengangguk perlahan mengiyakan soalan isterinya. Kemudian wanita itu berkata: aku dikatakan bisu sebab dalam banyak perkara, aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah s.w.t. sahaja. Aku juga dikatakan lumpuh, sebab kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t.

  15. Thabit sangat bahagia mendapati isterinya yang ternyata amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, ketika kulihat wajahnya... Subhanallah, ia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap.Thabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu, hidup rukun dan berbahagia.

  16. Tidak lama kemudian mereka dianugerahi seorang lelaki. Lelaki inilah yang memancarkan ilmu dan hikmahnya ke seluruh penjuru dunia. la itu ialah al-Imam Abu Hanifah an-Nu'man bin Thabit.

ASMA’UL HUSNA

  • 92 AN NAAFI’ Ertinya Yang memberi manfaat.

  • Untuk menyembuhkan penyakit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh. []

TJ : Malaikat Harut dan Marut, Adh Dhaar, Mutiara kata hikmah

Tazkirah Jumaat : 21 Mac 2008

MALAIKAT HARUT DAN MARUT

  1. IBNU UMAR R.A telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ketika Nabi Adam a.s diturunkan ke bumi, maka malaikat bertanya: "Mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi ini orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"
    "Sungguh Aku Maha Mengetahui apa yang tak kau ketahui," jawab Allah. "Kami lebih taat kepadaMu daripada anak Adam," kata malaikat.
  2. Maka Allah berfirman kepada para malaikat: "Silakan kamu pilih dua malaikat untuk kami uji bagaimana mereka akan lakukan." Para malaikat berkata: "Ya Tuhan, ini kedua malaikat, Harut dan Marut." Maka Allah berfirman: "Turunlah kalian berdua ke bumi," iaitu dengan dilengkapi syahwat yang ada pada anak Adam.
  3. Pada suatu hari keduanya (Harut dan Marut) ternampak seorang wanita bernama Azzahrah yang sangat cantik. Maka kedua malaikat itu merayu Azzahrah, tetapi ditolak olehnya, kecuali jika keduanya bersedia memenuhi syarat yang dia ajukan, iaitu mengucap kalimah syirik. Maka keduanya berkata: "Demi Allah kami tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun untuk selamanya."
  4. Kemudian Azzahrah membawa anak kecil dan berkata: "Jika kalian mahu membunuh anak ini maka saya bersedia memenuhi permintaan kalian." "Demi Allah kami tidak akan membunuh manusia selamanya!" Maka pergilah Azzahrah, lalu datang lagi dengan membawa segelas arak, lalu berkata: "Demi Allah aku tidak akan menuruti keinginan kalian berdua sehingga kalian minum arak ini."
  5. Maka diminumlah arak itu oleh keduanya hingga mabuk, lalu berzina dengan Azzahrah dan membunuh anak itu. Lalu berkatalah Azzahrah: "Demi Allah semua yang kamu tolak itu telah kamu lakukan di waktu kamu mabuk." Maka keduanya diizinkan oleh Allah untuk memilih azab dunia atau azab akhirat. Maka keduanya memilih azab dunia. (H.R Ahmad dan Ibn Hibban)
  6. Ibnu Umar r.a berkata: Abu Dakar bersama Umar dan beberapa sahabat berkumpul membicarakan apakah dosa yang terbesar, tapi mereka tidak mendapat kata sepakat. Maka mereka mengutusku agar aku bertanya kepada Abdullah bin Amr r.a. Maka aku menanyakan hal itu kepadanya, dan jawabnya: "Sesungguhnya dosa yang terbesar ialah minum arak."
  7. Maka saya segera pergi memberitahukan kepada mereka yang sedang berkumpul itu. Namun, ternyata mereka menolak dan langsung pergi ke rumah Abdullah bin Amr, maka dia memberitahu bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Dahulu ada seorang raja di zaman Bani Israel yang menangkap seseorang, lalu menawarkan kepadanya untuk rnemilih minum arak, membunuh anak, berzina, makan daging babi atau dibunuh. Maka dia memilih minum arak. Setelah ia mabuk maka tanpa disuruh semua perbuatan itu dilakukannya."
  8. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Tiada seorang yang meminumnya, lalu diterima sembahyangnya selama empat puluh hari, dan tiada seorang yang mati sedang di perutnya masih ada sisa dari arak itu melainkan diharamkan atasnya masuk syurga. Jika mati setelah empat puluh hari dari waktu minumnya maka matinya termasuk mati jahiliyah."

ASMA’UL HUSNA

  • 91. ADH DHAAR Ertinya Yang menyampaikan mudharat.
    Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebanyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.

MUTIARA KATA HIKMAH

  • Kesenangan tubuh itu terletak pada sedikit makan, kesenangan jiwa terletak pada sedikitnya perbuatan kejahatan, kesenangan hati terletak pada sedikitnya kepentingan dan kesenangan mulut terletak pada sedikitnya pembicaraan.
  • Kita merasa hairan manusia menghabiskan umurnya untuk mencapai kebahagiaan dengan jalan mencari harta, namun setelah ia mendapatkan harta yang banyak hatinya semakin susah. Ketahuilah! Sesungguhnya harta itu barang yang terletak di luar, sedangkan bahagia itu leraknya di dalam.
  • Peliharalah lidah sewaktu berbicara kerana perkataan itu adalah semacam anak panah apabila sudah terlepas dari busurnya sukar untuk kembali lagi.
  • Orang yang bersifat ikhlas itu selalu tahu bahawa; membalas kebaikan dengan kebaikan adalah biasa. Membalas kejahatan dengan kejahatan adalah rendah budi, membalas kebaikan dengan kejahatan adalah orang tidak berbudi dan membalas kejahatan dengan kebaikan adalah orang yang berbudi tinggi.
  • Bagi orang yang beriman, bahawa membangkitkan manusia yang telah mati menjadi hidup semula, bukanlah hal yang susah pada Allah, kerana Dia Kuasa menciptakannya pertama kali. Kalau Allah Kuasa menciptakan manusia kali pertama, tentu lebih mudah bagiNya untuk mengulang ciptaanNya sekali lagi.

SEDEKAH TIDAK AKAN MENGURANGKAN HARTA (MAKSUD HADIS)

  • Tabung Pembelian Kereta Jenazah: Tuan/puan boleh menderma melalui tabung yang disediakan di masjid ini atau bank in di Alliance Bank, no. akaun : 1010500100029. Derma tuan/puan amat diharapkan dihargai. Terima kasih.
  • Salam Maulidurrasul

TJ : Penggali perigi yg jahat, Istighfar, Al Maani', Berbuat baik kpd org tua lebih utama berbanding jihad di jalan Allah

Tazkirah Jumaat : 14 Mac 2008

PENGGALI PERIGI YANG JAHAT

  1. SAYYID Nimatullah al-Jazairi rahimahullah berkata bahawa seorang yang sangat dipercayainya menyampaikan sebuah cerita kepadanya: Ada seorang laki-laki di kota Isfahan yang memiliki seorang isteri.
  2. Pada suatu hari, dia terlibat pertengkaran sengit dengan isterinya sehingga kerana tidak dapat menguasai amarahnya yang meluap-luap dia memukul dengan tongkatnya dengan kuat. Dia tidak pernah terbayang sebelumnya bahawa isterinya terus jatuh waktu itu juga, padahal dia sama sekali tidak bermaksud membunuhnya. Maka, dia pun khuatir terhadap keluarga isterinya dan kebingungan tidak tahu bagaimana jalan keluarnya. Kemudian dia mengunjungi salah seorang sahabat karibnya dan meminta pendapatnya untuk mengatasi kesulitannya itu.
  3. Sahabat karibnya berkata kepadanya: "Carilah seorang pemuda tampan, ajaklah masuk ke dalam rumahmu, lalu bunuhlah dia! Setelah itu, letakkanlah pemuda itu di samping mayat isterimu. Kemudian, bila keluarga isterimu menanyakan perihal kematian isterimu, katakanlah, aku melihat pemuda ini tidur bersamanya. Maka, aku bunuh mereka berdua."
  4. Dia menyetujui pendapat sahabatnya itu. Kebetulan, ketika dia sedang duduk di depan pintu rumahnya, dia melihat seorang pemuda tampan melalui jalan tersebut. Maka, dia pun tidak mensia-siakan kesempatan itu. Dia langsung memanggil pemuda itu dan memperlakukannya dengan baik. Kemudian, dia mengajak pemuda itu masuk ke dalam rumahnya dan menghidangkan kepadanya makanan yang lazat. Ketika pemuda itu tidak sedar, dia pun mengayunkan pedangnya tepat di lehernya sehingga terbunuhlah pemuda itu ketika itu juga.
  5. Tidak lama kemudian, keluarga isterinya datang mengunjunginya. Dia pun menceritakan kepada keluarga isterinya tentang pengkhianatan yang telah dilakukan isterinya. Mendengar penjelasan yang disampaikannya itu, mereka keluarga isterinya berkata: "Sungguh, tepat sekali apa yang telah engkau lakukan."
  6. Secara kebetulan, pada waktu yang sama, sahabat karib orang itu yang telah memberikan cadangan pembunuhan itu mendatanginya untuk suatu keperluan. Dia mempunyai anak laki-laki yang masih muda lagi tampan. Dia merasa kehilangan anaknya tepat pada hari dia mencadangkan pembunuhan itu.
  7. Dia bertanya kepadanya: "Apakah engkau telah melaksanakan cadangan yang telah aku berikan kepadamu?" Orang itu menjawab: "Ya, cadanganmu telah aku laksanakan dengan sempurna." Lalu dia berkata: "Tolong, perlihatkanlah kepadaku pemuda yang telah engkau bunuh itu." Maka dia membawanya masuk ke dalam rumahnya.
  8. Alangkah terkejutnya dia begitu melihat mayat pemuda tampan itu. Ternyata, dia adalah anaknya yang hilang. Maka, dia pun mengambil tanah dan meraupkannya ke kepalanya sendiri sebagai tanda penyesalan dan kesedihannya yang mendalam. Benarlah apa yang disabdakan Rasulullah SAW: "Barangsiapa menggali perigi untuk mencelakakan sesama mukmin, maka Allah menjadikan dia sendiri yang akan termasuk ke dalamnya."

ISTIGHFAR

  • Untuk melakukan ibadah, kadang-kadang kita merasa dihambat sesuatu yang semestinya tidak layak dikatakan sebagai penghambat. Namun kita selalu menggunakannya sebagai alasan untuk tidak dapatnya beribadah secara maksima. Mari kita lihat sebentar perjalanan kita.
  • Pada masa kerja, banyak daripada kita yang tidak boleh Sembahyang Dhuha kerana tidak semua pejabat atau perusahaan menyediakan surau dan mengizinkan kerani-keraninya untuk sembahyang Dhuha.
  • Pada masa rehat, kita tidak boleh sembahyang Dhuhur dan berzikir lama-lama kerana waktunya terbahagi untuk makan bagi yang tidak puasa atau untuk kepentingan yang lain. Sekilas, seakan ibadah sentiasa memerlukan waktu dan tempat tertentu dan jika kita tidak boleh menemukan salah satunya daripanya maka hilanglah kesempatan beribadah itu.
  • Apakah demikian semestinya? Jawabnya TIDAK dan sekali lagi TIDAK. Salah satu usaha yang perlu kita kemaskan ialah memanfaatkan waktu untuk beribadah semaksima yang boleh. Pada bahagian ini saya pilih ibadah berupa sentiasa membaca ISTIGHFAR.
  • lanya diucapkan secara terang ataupun diucapkan setakat dalam hati. Bacaan ini mudah dan tidak boleh dihadkan oleh situasi kerja, tempat dan masa.
  • Mengapa kita pilih Istighfar? Kerana kita masih diliputi banyak dosa sekaligus mengingat bahawa Junjungan kita Baginda Rasul s.a.w. yang sudah Ma'sum dan dijamin oleh Allah akan dosa-dosanya diampuni oleh Allah, masih juga membaca 70 kali istighfar setiap hari. Apatah lagi kita yang tidak ada jaminan bahawa dosa-dosa kita akan diampuni. Sudah semestinya istighfar kita lebih banyak lagi berbanding jumlah istighfar Rasulullah s.a.w.
  • Bila membaca istighfar ini anda anggap baik dan bersetuju dengan pendapat saya bahawa ianya tidak boleh dihadkan oleh tempat dan waktu mengapa kita tidak melakukannya?
  • Bagaimana kalau ketika ini kita bersama-sama sentiasa membaca ISTIGHFAR. selama mata kita belum tidur pada setiap kesempatan. Cukup kita lakukan satu hari sahaja dan jika anda tahu man-faatnya, selanjutnya terpulang kepada anda.

ASMA’UL HUSNA

  • 90. AL MAANI' Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.
  • Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu. Baca sebanyak mungkin agar diberi kekayaan yang bermanfaat di dunia dan di akhirat.

BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA LEBIH UTAMA BERBANDING JIHAD DI JALAN ALLAH

  • Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud maksudnya: “Saya bertanya kepada Nabi apakah amal yang paling disukai Allah SWT, baginda menjawab solat pada waktunya. Saya bertanya lagi kemudian apa, baginda menjawab berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi kemudian apa. Baginda menjawab berjihad di jalan Allah.

SEDEKAH TIDAK AKAN MENGURANGKAN HARTA (MAKSUD HADIS)

  • Tabung Pembelian Kereta Jenazah : Tuan/puan boleh menderma melalui tabung yang disediakan di masjid ini atau bank in di Alliance Bank, no. akaun : 1010500100029. Derma tuan/puan amat diharapkan dihargai. Terima kasih.
  • Mari terjemahkan rasa simpati dan impati kita terhadap mereka yang sangat memerlukan dengan menyumbang ke Tabung Bersamamu TV3. Hantarkan melalui sms iaitu tabung2 untuk rm2, tabung5 untuk rm5 dan tabung 10 untuk rm10 dan hantar ke 33533. []