Tazkirah Jumaat : 11 April 2008
Sambutan Maulidur Rasul 1429H/2008M Peringkat Mukim Kundasang
- Tarikh : 12 April 2008 (Sabtu), 7 pagi : Berkumpul SMK Kundasang kemudian berarak ke Perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang.
- Perasmi : Y.B. Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.
Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains
- Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
- Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
- Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
- Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan diminda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
- Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita.
- Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. - Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
- Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
- Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
- Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
- Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
- Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sekian untuk renungan kita bersama
Matematik Allah
- “kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh yg ma’ruf dan mencegah yg mungkar dan beriman kepada Allah…” (Al-Imran:110)
- Bertepatan dengan ayat di atas, Islam mengajar penganutnya membuat sebanyak kebaikan sewaktu hidup di dunia ini. Tidak kiralah samada kebaikan yang dikerjakan itu berupa amalan wajib mahupun amalan-amalan sunat. Dan Allah pasti akan membalas setiap kebaikan yang dikerjakan itu dengan diberikan pahala walaupun sebesar zarah sekalipun.
- Setiap satu kebaikan akan dibalas 10 hingga 700 manakala satu kejahatan pula akan dibalas satu. Persoalannya berapakan nilai 10 yang dimaksudkan itu? Adakah RM10 atau USD10 atau EURO10? Tiada siapa mampu menjawabnya. Kerana di sisi Allah 10 mungkin bermakna USD1juta atau mungkin USD100 billion atau mungkin USD1,000 trillion atau mungkin tak ternilai dengan keseluruhan alam ciptaanNya. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
- Apa yang penting semasa hayat di kandung badan buatlah kebajikan sebanyak mungkin kerana sebaik sahaja nyawa dicabut dari jasad maka tiada apa lagi yang penting ketika itu melainkan pahala. Di akhirat nanti masing-masing akan menuntut pahala yang telah dikerjakan semasa di dunia dulu walaupun sebesar zarah sahaja kerana ia amat bernilai di sana.
- Jadi tekadkan di dalam hati muai hari ini jika anda nampak apa-apa sahaja peluang berupa kebaikan, rebutlah secepat mungkin tak kiralah samada ianya berupa membuang sampah, menolong orang tua melintas jalan atau memberi senyuman, lakukanlah… kerana masa sebenarnya sudah singkat!
- Renung-renung dan fikir-fikirkanlah…
ASMA’UL HUSNA
- 94 AL HAADIY (The Guide)
- Baca sebanyak mungkin agar diberi petunjuk jalan ketika sesat.
Mutiara Kata
- Tanda orang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci; lidahnya selalu basah dengan Zikrullah; matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa); sabar terhadap perkara yang dihadapi dan mengutamakan akhirat berbanding dunia. []
No comments:
Post a Comment