Tazkirah Jumaat : 18 April 2008
ASMA’UL HUSNA
- 95 AL BADII’ Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.
- Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.
SEORANG MUSLIM YANG SEMPURNA
- Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah s.a.w. dengan perkataannya: Saya ingin menjadi orang yang alim. Baginda s.a.w. menjawab: Takutlah kepada Allah, maka engkau akan menjadi orang yang alim. Sahabat itu berkata lagi: Saya ingin menjadi orang yang paling kaya. Baginda s.a.w. menjawab: Jadilah engkau orang yang yakin kepada diri sendiri, maka engkau akan menjadi orang yang paling kaya.
- Seterusnya sahabat berkata lagi: Saya ingin menjadi orang yang adil. Baginda s.a.w. menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih kepada dirimu sendiri, maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
- Kemudian sahabat itu berkata lagi: Saya ingin menjadi orang yang paling baik. Baginda s.a.w. menjawab: Jadilah engkau orang yang bermanfaat kepada masyarakat, maka engkau akan menjadi sebaik-baik manusia.
- Sahabat itu terus lagi berkata: Saya ingin menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. Baginda s.a.w. menjawab: Banyakkan zikrullah, nescaya engkau akan menjadi orang yang paling istimewa di sisi Allah.
- Sahabat itu berkata lagi: Saya ingin disempurnakan iman saya. Baginda s.a.w. menjawab: Baikkanlah akhlakmu, nescaya imanmu akan sempurna.
- Kemudian sahabat itu berkata lagi: Saya ingin termasuk dalam golongan orang-orang yang taat. Baginda s.a.w. menjawab: Tunaikanlah segala kewajipan yang difardhukan, maka engkau akan termasuk dalam golongan orang-orang yang taat.
- Terus sahabat itu berkata lagi: Saya ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan bersih daripada dosa. Baginda s.a.w. menjawab: Bersihkanlah dirimu daripada dosa, nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.
- Sahabat itu terus lagi berkata: Saya ingin dihapuskan segala dosa saya. Baginda s.a.w. menjawab: Banyaklah beristighfar, nescaya akan dihapuskan atau dikurangkan segala dosamu.
- Sahabat itu terus lagi berkata: Saya ingin menjadi semulia-mulia manusia. Baginda s.a.w. menjawab: Jangan berprasangka kepada orang lain, nescaya engkau akan menjadi semulia-mulia manusia.
- Seterusnya sahabat itu berkata lagi: Saya ingin menjadi segagah-gagah manusia. Baginda s.a.w. menjawab: Sentiasa berserah dirilah (tawakkal) kepada Allah, nescaya engkau akan menjadi segagah-gagah manusia.
- Sahabat itu terus sahaja berkata lagi: Saya ingin dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. menjawab: Sentiasa beradalah dalam keadaan bersih daripada hadas, nescaya Allah akan memurahkan rezekimu.
- Kemudian dia berkata lagi: Saya ingin termasuk dalam golongan orang-orang yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya. Baginda s.a.w. menjawab: Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya, maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.
- Sahabat itu terus berkata lagi: Saya ingin diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat. Baginda s.a.w. menjawab: Jangan marah kepada orang lain, nescaya engkau akan selamat dari kemurkaan Allah dan rasulNya.
- Seterusnya dia terus berkata: Saya ingin diterima segala permohonan saya. Baginda s.a.w. menjawab: Jauhilah makanan yang haram, nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
- Sahabat ini berkata lagi: Saya ingin supaya Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat. Baginda s.a.w. menjawab: Tutupilah keburukan orang lain, nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari kiamat.
- Kemudian dia berkata lagi: Siapa yang terselamat daripada dosa? Baginda s.a.w. menjawab: Orang yang sentiasa mengalirkan air mata penyesalan, mereka yang tunduk kepada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
- Kemudian dia berkata lagi: Apakah kebaikan yang terbesar di sisi Allah? Baginda s.a.w. menjawab: Baik budi pekerti, rendah diri dan sabar menghadapi cubaan Allah.
- Sahabat itu berkata lagi: Apakah kejahatan terbesar di sisi Allah? Baginda s.a.w. menjawab: Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
- Sahabat itu terus lagi berkata: Apakah yang akan meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat? Baginda s.a.w. menjawab: Sedekah dalam keadaan sembunyi dan menghubungkan persaudaraan.
- Sahabat itu berkata lagi: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat? Baginda s.a.w. menjawab: Sabar di dunia daripada bala dan musibah.
ALLAH TIDAK MENYUKAI SIKAP "MENAMPAKKAN KEMISKINAN"
- Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah membenci kesengsaraan dan kemiskinan." (Shahih Al Jami': 1742) Dalam riwayat lain disebutkan, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai kesengsaraan dan kemiskinan." (Shahih Ai Jami': 1711)
- Yang dimaksudkan di sini adalah menampakkan kemiskinan dan mengenakan pakaian-pakaian kotor, basah, robek dan kusut. Menampakan kesengsaraan, dengan mengeluh, dan meminta kepada selain Allah. Allah benci kepada semua sikap ini, kerana Allah indah dan menyukai keindahan juga Allah suka jika diperlihatkan kepada-Nya nikmat-Nya yang telah diberikan kepada hamba-Nya iaitu dengan berpakaian yang baik, menginfakkan hartanya serta mensyukuri nikmat-Nya. Yang demikian itu dapat dilakukan dengan ucapan, keadaan atau dengan perbuatan. []
No comments:
Post a Comment