Tazkirah Jumaat
14 Jan 2011 (9 Safar 1432H)
14 Jan 2011 (9 Safar 1432H)
BACAAN ZIKIR & WIRID SELEPAS SOLAT
Selepas solat fardu pada tiap-tiap hari biasanya kita berwirid dan berdoa terlebih dahulu sebelum kita bangkit meninggalkan solat. Terdapat wirid dan doa yang panjang dan ringkas, kita boleh memilih antara keduanya sesuai dengan waktu dan tuntutan keadaan.
Sebahagian orang nampaknya lebih suka mengamalkan wirid dan doa yang panjang-panjang, sementara sebahagian yang lain tidak berwirid sama sekali, namun ada juga setelah memberi salam terus pergi meninggalkan tempat solat.
Dengan mengetahui fadilat-fadilat serta kelebihan-kelebihan wirid dan doa selepas solat fardu, Insya-Allah dapat mendorong dan menggalakkan orang berzikir dan berwirid di samping melipatgandakan pengalaman orang yang sebelumnya sudah berjinak-jinak dengan wirid dan doa selepas solat.
1. “Lailaha illallah” dan “Allahuakbar“
katanya “aku tahu sembahyang telah selesai apabila ada zikir”. Rasulullah ada berzikir beramai-ramai selepas sembahyang, cuma tidak diketahui apakah zikir itu “Lailaha illallah” atau “Allahuakbar”. Oleh itu bacalah keduanya sekali.
2. Surah Israa ayat 111- Alhamdulillahillazi….
Dalam satu hadith disebut “Mengucapkan Alhamdulillah akan memenuhi timbangan (mizan)”. Bacaan ini sering dibaca imam selepas sembahyang.
3. Istigfarlah 3 kali (Astagfirullah hal azim) dan membaca “Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta, ya zal jala liwal ikram”,.
Dari Tsauban,dia berkata: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”
4. Ayat Qursi
Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika terus dibaca “Allahu la ila”. Tidak perlu baca ‘Waila hukum” kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.
Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”
5. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.
Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”
6. Tasbih (Subhanallah 10x), tahmid (Al-hamdulillah 10x), takbir (Allahuakbar 10x)
Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada solat. Lepas maghrib, seelok-eloknya dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib. Kalau ada solat sunat selepas itu, pendekkan zikir dan buat solat sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika mahu.
Kalau dilakukan 10 kali setiap solat, jumlahnya 30 kali 1 solat. Sehari ada 5 solat, maka jumlah zikir ialah 30 x 5 = 150 kali. Pahalanya pula 150 x 10 = 1500. Nabi ada menyebut dalam satu hadith, siapalah yang melakukan sehingga 1500 kejahatan satu hari.
Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda: “Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga (siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah, akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih Subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/ wajib sepuluh (10) kali, memuji-Nya (bertahmid-Alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya (bertakbir-Allahuakbar) sepuluh (10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus (1500) kali pada timbangan. Kemudian bertakbir (Allahuakbar) tiga puluh empat (34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga (33) kali dan bertasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga (33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus (100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratu
s (2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu, terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/01/16/bacaan-zikir-dan-wirid-selepas-sembahyang/
FADHILAT ZIKRULLAH
Dari Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya. (HR, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).
No comments:
Post a Comment