Thursday, October 3, 2013

ASMAUL HUSNA KE 11 : AL-KHALIQ (MAHA MENCIPTA), MENGHORMATI JIRAN, PESANAN IMAM GHAZALI KEPADA ANAK PEREMPUANNYA PADA HARI PERKAHWINANNYA


Tazkirah Jumaat
13 Sept 2013 / 7 Zulkaedah 1434

ASMAUL HUSNA KE 11  : AL-KHALIQ (MAHA MENCIPTA)

AL-KHALIQ, Pencipta Yang Maha Kuasa. Yang mencipta dari tiada kepada ada. Yang tidak wujud tiba-tiba saja menjadi wujud. Dialah yang mencipta segala sesuatu di alam ini tanpa bantuan atau tanpa rujukan.

1. Bantuan malaikat. Bila membaca Ya-Khaliq di tengah malam, Allah SWT akan menghantar malaikat untuk membantu anda memilih jalan yang benar di dunia ini sehingga ke hari kiamat. Anda juga akan mendapat ganjaran yang tinggi bagi amalan yang dilakukan malaikat itu. Tegasnya, Allah SWT menciptakan malaikat untuk membantu anda, allamdulillah.

2. Mendapat barang yang hilang. Baca Ya Khaliq 5000 kali jika kehilangan harta atau orang yang disayangi, insya Allah barang itu akan dijumpai atau orang yang disayangi itu akan kembali.

3. Menahan marah. Jika anda mempunyai rakan sepejabat yang khianat kepada anda dan membuat anda marah kepadanya, baca Ya Khaliq untuk menamatkan persengketaan ini. Baca sebanyak mana yang anda suka antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh, insya Allah kebenaran akan tiba dan adalah yang memperoleh kemenangan.

4. Mendapat makanan dan zuriat. Bagi mereka yang tidak mempunyai makanan atau anak, bacalah Ya Khaliq 125 kali selama yang perlu (sebanyak mana hari yang perlu) insya Allah anda akan mendapat apa saja yang dihajatkan. Bacalah di waktu antara solat sunat Subuh dengan solat fardhu Subuh.

5. Terselamat dari bahaya. Untuk dilindungi dari sebarang bahaya, baca Ya Khaliq 100 kali bila anda rasa terancam. Insya Allah, anda akan selamat. Ini juga akan membantu membersihkan diri anda.

6. Membersihkan jiwa Di tengah malam ketika semua orang tidur, bangunlah dan sebutlah Ya Khaliq 731 kali, insya Allah jiwa dan jasad anda akan dibersihkan dan cahaya kebenaran akan memancar di wajah anda.

7. Dibaca ‘Ya Khaliq’ mengikut kemampuan atau sebanyak 731 X, Insya’Allah akan diberikan otak cerdas dan cepat menerima sesuatu pelajaran (cepat faham).

8. Dizikirkan ‘Ya Khaliq’ sebanyak-banyaknya, Allah akan menciptakan Malaikat untuk menyembah Allah bagi  pihaknya.

9. ‘Ya Khaliq’  dibaca 100 X selama 7 hari berturut-turut, Insya’Allah dilindungi daripada kesusahan.

http://perjalanantanpahenti.blogspot.com/2012/07/zikir-asma-ul-husna.html

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
MENGHORMATI JIRAN

Dari Abu Syuraih al Khuza’i Radiallahu anhu: Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah berbuat baik kepada jirannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Keterangan:  Hidup damai, selesa dan bahagia merupakan idaman setiap individu dalam hidup bermasyarakat. Dan hal ini, tidak akan tercapai kecuali apabila seseorang itu mempunyai jiran atau tetangga yang baik. Kebaikan jiran sangat besar ertinya dalam kehidupan kita. Ia akan memberikan kebahagiaan kepada kita. Jiran yang baik ialah jiran yang menjaga adab-adab berjiran, tolong-menolong nasihat-menasihati, ziarah-menziarahi, menjaga kepentingan bersama dan lain-lain. Tetapi jiran yang jahat sudah pasti akan banyak mengganggu keselesaan jirannya sehingga menggelisahkan jiran dan menjadikan mereka kehilangan segala nilai ketenangan dan kebahagiaan. Oleh sebab itu, Islam menyuruh kita berbuat baik kepada jiran walaupun terhadap mereka yang bukan seagama dengan kita, apatah lagi yang seagama dan yang ada talian kekeluargaan dengan kita. Islam telah menjadikan amalan berbuat baik kepada jiran ini sebagai bukti keimanan seseorang terhadap Allah Subhanahu wataala dan hari Akhirat.

(Sumber: 40 Hadis Akhlak Mulia, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali a- Banjari an- Nadwi al-Malik)

PESANAN IMAM GHAZALI KEPADA ANAK PEREMPUANNYA PADA HARI PERKAHWINANNYA:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu.. Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya… Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

http://hafizipauzi.blogspot.com/2010/02/pesan-imam-ghazali-kepada-anak.html

No comments: