Tazkirah Jumaat
20 Sept 2013 / 14 Zulkaedah 1434
ASMAUL HUSNA KE 10 : AL MUTAKABBIR (YANG MEMILIKI MUTLAK SIFAT MEGAH, YANG MEMILIKI KEBESARAN)
Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. [Q.S. Hasyr: 23]
Al-Mutakabbir secara bahasa bererti kebesaran, angkuh, dan tidak tertundukkan. Allah al-Mutakabbir, artinya Allah Pemilik Segala Kebesaran. Kebesaran itu hanya milik Allah. Hanya Allah yang pantas menyandangnya. Sebab, Dialah Yang Maha Besar.
Demikianlah makna Al-Mutakabbir. Sekarang, bagaimana bentuk meneladani nama dan sifat Allah Al-Mutakabbir? Meneladani nama dan sifat Allah Al-Mutakabbir bererti kita harus berfikir dan berjiwa besar. Kita harus percaya diri bahawa kita dapat menjadi orang yang berhasil.
Selain itu, kita juga harus rendah hati. Tidak boleh takabur (sombong). Ingatlah, kita berasal dari setetes air mani yang menjijikkan. Ke mana-mana, kita juga membawa kotoran dalam perut. Kita ini makhluk yang lemah, roboh jika diterjang peluru, dan lumpuh jika diserang virus, jadi, bagaimana mungkin kita bersikap takabur? Sangat tidak pantas bagi kita bersikap takabur!
Orang takabur adalah orang yang bodoh dan bohong. Bodoh karena dia tidak mengetahui bahwa kebesaran hanya milik Allah, dalam sebuah hadits Qudsi, Allah berfirman, "Kemuliaan adalah pakaian-Ku, kebesaran adalah selendang-Ku. Siapa yang mencoba mengenakannya, akan Aku siksa." (H.R. Muslim)
Dia berbohong kerana sesungguhnya lemah. Namun, merasa dirinya hebat. Jangankan ditimpa musibah yang besar, digigit nyamuk malaria saja boleh sakit. Jadi, orang yang takabur adalah orang yang membohongi diri sendiri. Kerananya meneladani nama dan sifat Allah Al-Mutakabbir adalah menjauhkan diri dari sifat takabur.
Akhirnya, marilah kita berdoa, "Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari setiap kejahatan yang sekarang dan yang akan datang, kejahatan yang telah aku ketahui dan yang belum aku ketahui. Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu sebaik-baik yang telah diminta kepada-Mu oleh hamba dan nabi-Mu. Dan aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan, yang telah dimohonkan terhindarnya kepada-Mu oleh hamba dan nabi-Mu." (H.R. Ibnu Majah dan Ahmad)
Manfaat Zikir al-Mutakabbir
“Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
Wallahu A'lam
http://ruangpustaka.blogspot.com/2010/05/al-mutakabbir-yang-maha-pemilik.html
MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
MENGHORMATI TETAMU
Dari Abu Syuraih al Khuza’i Radiallahu anhu: Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya” (Hadis riwayat Muslim)
Keterangan: Menghormati tetamu sesuatu perkara yang disepakati oleh masyarakat antarabangsa. Tidak ada satu masyarakat pun di dunia ini kecuali mereka hidup saling menghormati tetamu yang datang berkunjung ke rumah mereka. Namun yang menjadi keistimewaan Islam adalah apabila penghormatan yangt diberikan kepada tetamu itu berdasarkan kepada keimanan kepada Allah Subhanahu Wataala dan hari Akhirat yang membawa erti bahawa kita menghormati tetamu itu kerana tuntutan keimanan bukan kerana sesuatu tujuan kebendaan yang dinantikan.
Sangat besar bezanya orang yang memuliakan tetamunya kerana Allah Subhanahu Wataala dengan orang yang melakukan demikian dengan ada tujuan kebendaan dan kepentingan-kepentingan tertentu. Orang yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala bererti tidak mengharapkan sebarang balasan daripada tetamunya, kerana dia telah yakin dengan balasan yang disediakan oleh Allah Subhanahu Wataala, tetapi orang yang tidak ikhlas dalam memuliakan tetamunya dan mengharapkan balasan terhadap jasa baiknya itu, mungkin dia memaksakan dirinya melakukan demikian sedangkan hatinya tidak tulus ikhlas dengan tetamunya. Maka sifat berpura-pura ini tidak akan menghasilkan persahabatan yang baik dan tidak akan dapat menjalinkan hubungan yang mesra.
Jadi, apabila Islam mengaitkan penghormatan terhadap tetamu itu dengan iman, ini bererti bukan hanya tetamu itu sahaja yang mendapat keselesaan bahkan tuan rumah juga telah dapat memantapkan keimanannya dan dia akan beroleh pahala yang telah disediakan baginya hari akhirat nanti.
(Sumber: 40 Hadis Akhlak Mulia, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali a- Banjari an- Nadwi al-Malik)
TAZKIRAH JUMAAT 7- AJAIBNYA SELAWAT
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.
1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. [ ]
No comments:
Post a Comment