Thursday, October 3, 2013

ASMAUL HUSNA KE 13 : AL-BARI (YANG MAHA MENGADAKAN DARIPADA TIADA), BERKELAKUAN BAIK TERHADAP KAWAN , AJAIBNYA SELAWAT


Tazkirah Jumaat
27 Sept 2013 / 21 Zulkaedah 1434

ASMAUL HUSNA KE 13  : AL-BARI (YANG MAHA MENGADAKAN DARIPADA TIADA)

"Ketahuilah wahai kekasih, manusia itu tidak dicipta dengan senda gurau ataupun sembarangan, tetapi dibuat dengan seindah-indahnya dan demi tujuan-tujuan yang agung" -Imam Ghazali-

Ramai di antara kita yang tidak menyedari mengenai kehebatan Asmaul Husna yang sering kita nasyidkan sejak dari kecil hinggalah ke dewasa. Kebanyakkan daripada kita juga tidak menyedari bahawa asmaul husna itu boleh membangkitkan kecerdasan dalam diri dan mampu membuka pintu keajaiban di dalam kehidupan kita. Lebih malang lagi hari ini, ramai umat Islam kini yang lidahnya sentiasa basah dengan alunan asmaul husna namun tidak mampu menikmati nilai dalam amalannya. Untuk mengambil nilai dan manfaat dari Asmaul Husna maka suka untuk ana fokuskan kepada salah satu nama Allah iaitu Al-Bari.

Allah menjelmakan sifat Al-Bari, Yang Maha Mengadakan dengan mengadakan secara sangat serasi setiap benda dan juga makhluk lain, dan masing-masing mempunya perkaitan diantara satu sama lain. Gambaran yang kita dapat lihat di alam semesta ini di mana semua makhluk dijadikan berpasangan dan berada dalam keadaan harmoni yan menakjubkan.

Contohnya bulan dan matahari, malam dan siang, lelaki dan perempuan. Masing-masing ada tugas sendiri dan tidak pernah saling mendahului. Mereka ini tunduk pada ketetapan Allah dan tidak pernah membangkang.Firman Allah S.W.T:

" Maha Suci Allah Yang Menciptakan Pasangan-pasangan semuanya" Yasin ayat 36. " Dan segala sesuatu yang kami ciptakan secara berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah" az-Zariyat ayat 49

Tugas kita sekarang adalah menerapkan nama dan sifat Allah Al-Bari ke dalam diri kita. Maknanya kita dituntut supaya sentiasa terdorong menghasilkan sesuatu yang baru dan memberi manfaat kepada kebaikan umat Islam. Kepada mereka yang berada dalam saf perjuangan Islam, rancanglah program-program baru yang boleh mendekatkan diri dan umat Islam kepada Agama. Sumbangkanlah idea-idea bernas yang boleh membawa kepada kecemerlangan ummah kepada pendokong-pendokong agama Allah. Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit itu, dapatlah menyumbang dan memberi kredit kepada kebaikan dan kegemilangan umat Islam.

Sebenarnya bagi mewujudkan sesuatu yang tidak ada memanglah berat. Namun , kita yang menjadikan Al-Bari sebagai teladan, tidak harus mudah kalah dan putus asa mewujudkan apa yang kita mahu. Sebaliknya harus berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan kita dan di samping berusaha harus diselitkan dengan doa kepada Allah yang tidak putus-putus menyeru namaNya Al-Bari, dengan itu mudah-mudahan Allah akan menolong dan memudahkan segala urusan kita. InsyaAllah...

Marilah kita luangkan masa sejenak merenung kembali adakah kita sudah benar-benar menjadi hambaNya apabila kita bersama denganNya ataupun masih belum? Sekiranya belum, perhatikan baik-baik nasihat bijak daripada al-Anshari: Lihatlah apa yang engkau kerjakan sebab itulah harga dirimu.

"Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selamat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.

http://aminazli.blogspot.com/2009/04/al-bari-yang-maha-mengadakan-daripada.html


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
BERKELAKUAN BAIK TERHADAP KAWAN 

Dari Abdullah bin Umar Radiallahu anhuma; beliau berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik sahabat itu disisi Allah Taala ialah orang yang paling baik akhlaknya terhadap sahabatnya” (Hadis riwayat Tirmizi)

Keterangan:  Manusia ialah makhluk Allah yang suka hidup bersama dengan orang lain. Tabiat semulajadi manusia lebih suka bersahabat atau berkawan dengan orang lain. Kaliman “insan” itu sendiri berasal daripada “anisa-ya’nasu” ertinya orang yang suka berjinak-jinak dengan orang lain. Jadi, manusia ialah makhluk yang suka hidup bermasyarakat atau bergaul sesama mereka.

Di samping itu, Islam menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik terhadap orang lain, bahkan Islam mengajarkan supaya setiap individu berusaha menjaga sahabat yang terbaik daripada kalangan sahabat-sahabat mereka, supaya ia lebih dicintai di sisi Allah Subhanahu Wataala. Ini merupakan satu galakan yang sangat tinggi nilainya supaya insan ini sentiasa berbuat baik kepada orang lain, dan merupakan satu dorongan untuk melakukan demikian kerana mengharapkan pahala di sisi Allah Subhanahu Wataala bukan kerana apa-apa kepentingan peribadi yang bersifat keduniaan.

(Sumber: 40 Hadis Akhlak Mulia, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali a- Banjari an- Nadwi al-Malik)

AJAIBNYA SELAWAT (Sambungan minggu lepas)

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya. [ ]

No comments: