Tazkirah Jumaat
16 Ogos 2013 / 9 Syawal 1434H
ASMAUL HUSNA KE 7. AL MU’MIN (MAHA PENGAMAN)
Kekuatan Al-Mukmin
Al-Mukmin adalah nama Allah. Ketika kita akan menyeru dan berdoa kepada Allah dengan nama –Nya Al-Mukmin, kita berarti memohon diberikan keamanan, dihindarkan dari fitnah, bencana dan siksa. Karena Dialah Yang Maha Memberikan keamanan, Dia yang Maha Pengaman. Dalam nama Al-Mu’min terdapat kekuatan yang dahsyat dan luar biasa. Disitu ada pertolongan dan perlindungan, ada jaminan (insurense), dan ada bala bantuan.
Tauladan Al-Mu’min
Ketika kata “Al-Mu’min” dipakai untuk sebutan hamba Allah yang beriman, berarti hamba itu telah mencontoh dan menauladani nama Al-Mu’min. Mengapa orang yang beriman disebut Al-Mu’min ? karena kata lisan, kata hati dan perbuatannya seiring. Hatinya telah membenarkan apa yang datang dari Allah, kemudian mengamalkannya. Dia telah menemukan hakikat kebenaran, dia telah mendapatkan kekuatan dirinya yang bersumber dari nama Allah “Al-Mu’min”. Kekuatan itu adalah “keyakinan dan optimisme” yang kemudian melahirkan kreativiti dan inovasi. Keyakinan ini tidak boleh dikotori oleh prasangka buruk atau keragu-raguan kepada Allah.
Orang beriman yang telah menauladani nama Allah Al-Mu’min disebut abdul mu’min. Dia adalah hamba Allah yang hidup jejak-jejaknya, hidup penglihatanya, hidup pendengarannya, hidup niatnya, hidup amalnya, sehingga mampu menangkap makna yang tersirat dibalik tirai hijab kehidupan.
Khasiat Al-Mu’min
Orang yang menyeru “Yaa Mu’min” sebanyak 36 kali ketika menghadapi kekerasan atau bahaya, maka inshaa Allah dia akan selamat. Semakin banyak dibaca akan semakin bertambah kuat keberaniannya.
http://nuril-qalbia.blogspot.com/2011/06/asmaul-husna-ke-7-al-mumin-maha.html
16 WAKTU DIMAKBULKAN DOA
1. MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
2. MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
3. MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
4. MALAM 10 MUHAMRRAM
5. MALAM NISFU SYA’ABAN
6. MALAM ‘LAILATUL QADAR’
7. MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
8. KETIKA HENDAK BERBUKA PUASA
9. ANTARA AZAN DAN IQAMAH
10. PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
11. SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
12. ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
13. SELEPAS KHATAM AL-QURAN
14. KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
15. SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
16. SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN
16 TEMPAT DIMAKBULKAN DOA
1. KETIKA MELIHAT KAA’BAH
2. DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
3. DISISI MULTAZAM
4. DIBAWAH PANCURAN EMAS
5. DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
6. DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
7. DIATAS BUKIT SOLAT
8. DIATAS BUKIT MARWAH
9. DITEMPAT SA’I
10. DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
11. DI MUZDALIFAH
12. DI MINA
13. DISISI JAMRAH AL-ULA
14. DISISI JAMRAH AL-WUSTO
15. DISISI JAMRAH AL-’AQABAH
16. DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MADINAH)
Terdapat lebih kurang 55 tempat lain yang diperkenankan doa kerana ia sebagai syiar ibadah Haji dan tempat-tempat ibadah yang disunnatkan.
(Sila rujuk: Safwan Fathy, Penyucian Hati, Warisan Al-Fathy, Shah Alam, cetakan ke-5, Julai 2000:154)
http://40yearsinmalaysia.wordpress.com/2009/01/08/waktu-dan-tempat-doa-dimakbulkan/
UMAR BIN ABDUL AZIZ PEMERINTAH YANG AMANAH
Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”
Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"
Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga."
Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.
http://www.islam2u.net/
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin dari AJK Masjid Jamek Kundasang.
No comments:
Post a Comment