Friday, September 26, 2014

Tazkirah Jumaat 26 Sept. 2014 / 1 Zulhijjah 1435 : DERAJAT HADITS PUASA HARI TARWIYAH, MALU DAN TAKUTLAHLAH UNTUK MELAKUKAN DOSA DI HADAPAN ALLAH, WAKAF AL-QURAN KEBANGSAAN 2014

Tazkirah Jumaat
26 Sept. 2014 / 1 Zulhijjah 1435

DERAJAT HADITS PUASA HARI TARWIYAH

Oleh: Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

Sudah terlalu sering saya ditanya tentang puasa pada hari tarwiyah (tanggal delapan Dzulhijjah) yang biasa diamalkan oleh umumnya kaum muslimin. Mereka berpuasa selama dua hari yaitu pada tanggal delapan dan sembilan Dzulhijjah (hari Arafah). Dan selalu pertanyaan itu saya jawab : Saya tidak tahu! Karena memang saya belum mendapatkan haditsnya yang mereka jadikan sandaran untuk berpuasa pada hari tarwiyah tersebut.

Alhamdulillah, saya telah menemukan haditsnya yang lafadznya sebagai berikut.

“Artinya : Puasa pada hari tarwiyah menghapuskan (dosa) satu tahun, dan puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) dua tahun”.

Diriwayatkan oleh Imam Dailami di kitabnya Musnad Firdaus (2/248) dari jalan :

[1]. Abu Syaikh dari :

[2]. Ali bin Ali Al-Himyari dari :

[3]. Kalbiy dari :

[4]. Abi Shaalih dari :

[5]. Ibnu Abbas marfu’ (yaitu sanadnya sampai kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam)

Saya berkata : Hadits ini derajatnya maudhu’ (موضوع). Sanad hadits ini mempunyai dua penyakit.

Pertama: Kalbi (no. 3) yang namanya : Muhammad bin Saaib Al-Kalbi. Dia ini seorang rawi pendusta. Dia pernah mengatakan kepada Sufyan Ats-Tsauri, “Apa-apa hadits yang engkau dengar dariku dari jalan Abi Shaalih dari Ibnu Abbas, maka hadits ini dusta” (Sedangkan hadits di atas Kalbiy meriwayatkan dari jalan Abi Shaalih dari Ibnu Abbas).

Imam Hakim berkata : “Ia meriwayatkan dari Abi Shaalih hadits-hadits yang maudlu’ (palsu)” Tentang Kalbi ini dapatlah dibaca lebih lanjut di kitab-kitab Jarh Wat Ta’dil:

[1]. At-Taqrib 2/163 oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar

[2]. Adl-Dlu’afaa 2/253, 254, 255, 256 oleh Imam Ibnu Hibban

[3]. Adl-Dlu’afaa wal Matruukin no. 467 oleh Imam Daruquthni

[4]. Al-Jarh Wat Ta’dil 7/721 oleh Imam Ibnu Abi Hatim

[5]. Tahdzibut Tahdzib 9/5178 oleh Al-Hafizd Ibnu Hajar

Kedua : Ali bin Ali Al-Himyari (no. 2) adalah seorang rawi yang majhul (tidak dikenal).

Kesimpulan:

[1]. Puasa pada hari tarwiyah (8 Dzulhijjah) adalah bid’ah. Karena hadits yang mereka jadikan sandaran adalah hadits palsu/maudhu’ yang sama sekali tidak boleh dibuat sebagai dalil. Jangankan dijadikan dalil, bahkan membawakan hadits maudlu’ bukan dengan maksud menerangkan kepalsuannya kepada umat, adalah hukumnya haram dengan kesepakatan para ulama.

[2]. Puasa pada hari Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah) adalah hukumnya sunat sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di bawah ini.

 “Artinya : … Dan puasa pada hari Arafah –aku mengharap dari Allah- menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa pada hari ‘Asyura’ (tanggal 10 Muharram) –aku mengharap dari Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu”. [Shahih riwayat Imam Muslim (3/168), Abu Dawud (no. 2425), Ahmad (5/297, 308, 311), Baihaqi (4/286) dan lain-lain]

Kata ulama : Dosa-dosa yang dihapuskan di sini adalah dosa-dosa yang kecil. Wallahu a’lam!

Disalin dari kitab Al-Masaa’il Jilid 2 (Masalah 48) hal. 176-178 , oleh guru kami Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat ~semoga Allah menjaganya~. (Pustaka Darus Sunnah – Jakarta, Cetakan 4, Th. 1427H/2007M)

http://moslemsunnah.wordpress.com/2011/11/03/puasa-hari-tarwiyah-8-dzulhijjah-oleh-al-ustadz-abdul-hakim-bin-amir-abdat/


MALU DAN TAKUTLAHLAH UNTUK MELAKUKAN DOSA DI HADAPAN ALLAH

Bahkan manusia sentiasa suka hendak meneruskan dosa (perbuatan kufur dan maksiat) dihadapan Allah (Qiyamah:6).

Hadid [4] ……Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Malulah untuk melakukan kejahatan atau sesuatu yang tidak senonoh walaupun tidak dilihat orang kerana Allah SWT melihat apa yang kita lakukan. Latihlah diri agar malu kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda “Allah lebih berhak seseorang itu malu padaNya daripada manusia” (Hadith Riwayat Abu Daud).

Hanya dengan takut kepada Allah sahajalah, seseorang itu dapat melakukan segala ibadah. Semakin bertakwa, semakin rajinlah seseorang itu beribadah. Kadangkala kita terlepas takut sehingga melakukan dosa dan apabila longgar rasa takut maka rosaklah dunia. Takutlah kepada Allah sehingga kita tidak mampu untuk melakukan dosa, barulah diberi keberkatan. Takut kepada Allah perlu rapat dengannya. Takutlah kepada Allah samada secara zahir atau batin (di hadapan atau belakang manusia).

Allah mengetahui segala dosa kita yang dilakukan dihadapannya, bahkan ia direkod oleh malaikat Kiraman Katibin.

Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/09/24/malu-dan-takutlahlah-untuk-melakukan-dosa-di-hadapan-allah/


WAKAF AL-QURAN KEBANGSAAN 2014

1. Deposit Terus ke Bank Islam (M) Berhad – 1403-201002-1452.

2. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), taip WAKAF10 dan hantar ke 33080

Keterangan lanjut : http://new.restu-art.com/wakaf-al-quran-peringkat-kebangsaan-2014-2/

Friday, September 19, 2014

Tazkirah Jumaat 19 Sept. 2014 / 24 Zulkaedah 1435 : KEBERKATAN MEMBERI SALAM, KERANA MULUT BADAN BINASA, UMUR DAN HARTA, WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tazkirah Jumaat
19 Sept. 2014 / 24 Zulkaedah 1435


MOTIVASI DARI HADIS NABI MUHAMMAD S.A.W
KEBERKATAN MEMBERI SALAM

Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : “Wahai anakku! Apabila kamu masuk ke dalam rumah berilah salam. Kamu dan ahli rumah akan mendapat keberkatan. (Riwayat at-Tirmizi)

Pengajaran : Ucapan salam adalah satu doa untuk kesejahteraan sesama Muslim. Silaturrahim sesama kita juga akan bertambah kukuh.

(Sumber: Buat diri ku yang mudah lupa 101 rekreasi hati, Zahazan Mohamad, Nik Wafdi Nik Jaafar)

Kiriman Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur


KERANA MULUT BADAN BINASA

Banyak dosa yang bermula dengan kata-kata yang keluar dari mulut dan lidah yang tidak bertulang. Antaranya ialah mungkir janji, cakap besar, menipu, sumpah dusta, berbohong, mencaci maki, fitnah, mengumpat, gurauan melampau dan melaknat. Akibatnya si pelaku akan disiksa di Akhirat nanti. Oleh itu fikirlah dahulu sebelum berkata-kata. Kata orang tua, masukkan kata-kata itu ke dalam minda sebelum dikeluarkan dari mulut.

Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas’ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya(Riwayat Bukhari Dan Muslim).

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7)Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/09/18/kerana-mulut-badan-binasa/


UMUR DAN HARTA

Dua perkara yang dibenci anak Adam iaitu membenci mati, padahal mati lebih baik daripada fitnah, dan dia membenci sedikit harta benda, padahal sedikit harta meringankan hisab (Riwayat Ahmad melalui Mahmud Ibnu Lubaid)

Daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya. (Bukhari).

Dalam satu hadis yang lain pula, manusia akan ditanya tentang umur dan hartanya: Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?

Manusia membenci kematian sedangkan adakalanya kematian itu lebih baik untuk seseorang kerana ia lebih baik daripada difitnah (ditimpa ujian). Kata orang kampung lebih baik mati dari hidup menambahkan dosa (dalam kekafiran) dan tidak beribadat kepada Allah SWT.

Begitu juga halnya dengan harta. Manusia tidak suka jika hartanya sedikit sedangkan itulah yang mempercepatkan hitungan amalnya di Padang Mahsyar nanti.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/09/18/umur-dan-harta/


WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 merupakan program bersifat kebajikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu bagi tahun kedua sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai penerbitan Al-Quran Wakaf.

Mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukannya baik di Malaysia mahupun dunia khususnya negera minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.

Empat Mekanisma Wakaf Al-Quran pada tahun ini ialah :

1. Deposit Terus ke Bank Islam (M) Berhad – 1403-201002-1452

2. Wakaf Tunai di semua cawangan Yayasan Restu

3. Wakaf melalui atas talian di CIMB Clicks atau CIMB Clicks Shoppe (bagi pengguna bank lain seperti Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank & RHB Bank)

4. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), taip WAKAF10 dan hantar ke 33080

http://new.restu-art.com/wakaf-al-quran-peringkat-kebangsaan-2014-2/

Tazkirah Jumaat 12 Sept. 2014 / 17 Zulkaedah 1435 : KELEBIHAN – FADHILAT ISTIGHFAR (MINTA AMPUN KEPADA ALLAH), REHAT YANG SEBENAR, WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tazkirah Jumaat
12 Sept. 2014 / 17 Zulkaedah 1435

KELEBIHAN – FADHILAT ISTIGHFAR (MINTA AMPUN KEPADA ALLAH)

Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri rahimahullah mengenai langit tidak hujan.

Hasan al-Basri lantas berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah.”

Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya.

Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang seorang lelaki berkata: Isteri aku mandul, tidak dapat melahirkan anak.

Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah”.

Berkata seseorang: Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!

Hasan al-Basri menjawab: “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

Ertinya: “Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” [Surah Nuh: ayat 10-12].

Firman Allah swt : Maksudnya: “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” [surah al-Anfaal : 33].

1. Allah menjelaskan nikmat keberadaan Nabi Muhammad SAW, sehinggakan azab secara umum dapat dicegah. Tidak seperti kaum-kaum lain yang Allah turunkan azab terus kepada mereka.

2. Istighfar dapat menyelamatkan manusia dari azab didunia dan di akhirat.

Maka, janganlah sekali-kali kita lupa beristighfar (memohon ampun) kepada Allah swt… Astaghfirullah…Astaghfirullah…. Astaghfirullah….

Dan jangan lupa bahawa anda merupakan orang yang mendapat ganjaran orang yang beristigfar disebabkan peringatan anda.

Moga-moga Allah mengampunku dan kamu, dan seluruh orang-orang Islam.

http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/09/tazkirah-motivasi-tips-ringkas.html


REHAT YANG SEBENAR

Jadilah orang yang baik di dunia. Hidup dengan ikhlas beribadah kepada Allah dengan mengikut Sunnah.

Jangan jadi ahli syirik yang menjadi penyokong bid'ah, kebatilan dan kezaliman.

Suatu hari ada seorang jenazah lalu di depan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Baginda bersabda:

"Orang itu berehat ataupun yang lain rehat daripadanya".

 Sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan wahai Rasulullah?

Baginda menjawab: "Seorang hamba yang beriman akan berehat (disebabkan kematiannya) daripada kepenatan dan gangguan dunia menuju kepada rahmat Allah.

Manakala, hamba yang jahat, maka semua manusia, negeri, pohonan dan binatang akan berehat (disebabkan kematiannya)." [Muttafaqun Alaihi]

http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/09/tazkirah-motivasi-tips-ringkas.html


WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 merupakan program bersifat kebajikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu bagi tahun kedua sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai penerbitan Al-Quran Wakaf.

Mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukannya baik di Malaysia mahupun dunia khususnya negera minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.

Empat Mekanisma Wakaf Al-Quran pada tahun ini ialah :

1. Deposit Terus ke Bank Islam (M) Berhad – 1403-201002-1452

2. Wakaf Tunai di semua cawangan Yayasan Restu

3. Wakaf melalui atas talian di CIMB Clicks atau CIMB Clicks Shoppe (bagi pengguna bank lain seperti Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank & RHB Bank)

4. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), taip WAKAF10 dan hantar ke 33080

http://new.restu-art.com/wakaf-al-quran-peringkat-kebangsaan-2014-2/

Tazkirah Jumaat : 5 Sept. 2014 / 10 Zulkaedah 1435 : MAJLIS KESYUKURAN & MERDEKA RAYA MASJID JAMEK KUNDASANG, KISAH : AIRMATA RASULULLAH SAW

Tazkirah Jumaat
5 Ogos 2014 / 10 Zulkaedah 1435


MAJLIS KESYUKURAN & MERDEKA RAYA MASJID JAMEK KUNDASANG

Muslimin dan muslimat dan keluarga dijemput hadir ke majlis ini pada hari esok:-

Tarikh : 6 September 2014 (Sabtu)
Tempat : Masjid Jamek Kundasang
Masa : 11.00 pagi hingga petang

Pengisian : Ceramah sebelum solat Zohor dan Bacaan doa selamat selepas Solat Zohor.

Tetamu Khas : Y.B. Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.


KISAH : AIRMATA RASULULLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat

Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi..

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'

'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii, ummatii, ummatiii' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

http://kisahkehidupan.webs.com/kisahteladan.htm

Monday, September 8, 2014

29 Ogos 2014 / 3 Zulkaedah 1435 : 32. ASMAUL HUSNA : AL KHOBIR (MAHA WASPADA), FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA "YA KHOBIIR!"

Tazkirah Jumaat
29 Ogos 2014 / 3 Zulkaedah 1435

32. ASMAUL HUSNA : AL KHOBIR (MAHA WASPADA)

"Dia tak tercapai oleh segala indera, tetapi Dia mencapai segala indera. Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (QS. Al-An’am: 103)

Al-Khobir berasal dari akar kata kha-ba-ra, yang maknanya berkisar pada dua hal, yaitu pengetahuan dan kelemahlembutan. Dalam Al-Qur’an, kata ini dipakai sebanyak 55 kali. Ada yang berdiri sendiri, tapi lebih banyak lagi yang digandengkan dengan Asma’ul Husna yang lain, seperti Al-Hakiim al-Khobiir, Al-Lathiif al-Khobiir, Al-Khobiir al-Bashiir, dan Al-Aliim al-Khobiir.

Dalam Al-Qur’an terjemahan Departemen Agama RI, antara Al-Alim dengan Al-Khobir itu terjemahannya sama, yaitu Yang Maha Mengetahui. Padahal, keduanya mempunyai perbedaan arti yang signifikan. Al-Alim mencakup pengetahuan Allah tentang sesuatu dari sisi-Nya, sementara Al-Khobir adalah pengetahuan-Nya yang menjangkau sesuatu yang diketahui. Jika yang pertama (Al-Alim) tekanannya lebih kepada yang mengetahui, sedang pada yang kedua (Al-Khobir) justru yang menjadi titik tekannya adalah sesuatu yang diketahui.

Ketika Al-Qur’an berbicara tentang ajal, sesuatu yang sangat rahasia, di mana manusia tidak bisa mengetahui secara pasti, maka rangkaian sifat Allah yang digunakan untuk memperjelasnya adalah Al-Aliim al-Khobiir, sebagaimana ayat berikut ini: “Tidak seorangpun yang mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Luqman: 34).

Demikian juga ketika membahas tentang kualitas kemuliaan dan ketaqwaan seseorang, yang hanya Dia yang mengetahuinya, Al-Qur’an menggunakan rangkaian Al-Alii al-Khobiir, seperti ayat berikut: “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al-Hujuraat: 13).

Lain halnya ketika al-Qur’an berbicara tentang hak prerogatif Allah, berupa rahmat atau adzab, rangkaian kata yaang dipakai adalah Al-Hakiim al-Khobiir, seperti ayat berikut: “Barangsiapa yang dijauhkan adzab daripadanya pada hari itu, maka sungguh Allah telah memberikan rahmat kepadanya. Dan itulah keberuntungan yang nyata. Jika Allah menimpakan suatu? kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hamba-Nya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-An’am: 16-18).

Rangkaian kata yang sama digunakan Al-Qur’an ketika berbicara tentang rincian perilaku makhluq-Nya yang menyimpang maupun yang lurus. Allah berfirman: “Segala puji bagi Allah, yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; bagi-Nya segala puji di akherat. Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dia mengetahui apa yang merasuk ke dalam bumi dan apa yang ke luar daripadanya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik ke sana.” (QS. Saba: 1-2).

Pasangan lainnya adalah Al-Lathiif al-Khobiir. Pasangan ini digunakan untuk menggambarkan sesuatu yang sangat rahasia, sehingga indera biasa tak bakal mengetahuinya. Allah berfirman: “Dia tak tercapai oleh segala indera, tetapi ia mencapai segala indera. Dia Maha Halus dan Maha Mengetahui. (QS. Al-An’am: 103).

Rangkaian terakhir adalah Al-Khobiir al-Bashiir, yang dipakai al-Qur’an untuk menggambarkan pe­ngetahuan Allah tentang segala kebutuhan hamba-hamba-Nya. Allah berfirman: “Sekiranya Allah me­lapangkan rezeki bagi hamba-hamba-Nya, niscaya mereka akan berbuat semaunya di muka bumi. Tetapi Dia menurunkannya sesuai dengan ukuran yang di­kehendaki-Nya; terhadap hamba-hamba-Nya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat.” (QS. Syuura: 27).

Tiada daun kering yang jatuh dari tangkainya, kemudian ditiup angin sehingga di bumi mana jatuhnya, kecuali Dia mengetahuinya. Tiada semut hitam yang berjalan di batu hitam di malam yang kelam, kecuali Dia pula yang mengetahuinya. Kedipan mata, degupan jantung, dan kehendak dalam hati, diketahui-Nya pula. Lalu ke mana kita bisa menghindar dari pantauan-Nya? (Hamim Thohari)


FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA "YA KHOBIIR!"

"Ya Khobiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

Barang siapa yang mengamalkannya , maka Allah akan mendatangkan rahmat kepadanya dan mendapat mimpi yang dikehendakinya.

http://asmaul-husna-gambar.blogspot.com/2013/05/al-khobir.html

22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435 : KELEBIHAN ZIKIR YA LATIFF, ZIKIR YA LATIFFU YA KAHFI, PETUA RASULULLAH S.A.W BUAT YANG MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK, TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN (SUMBANGAN MELALUI SMS)

Tazkirah Jumaat
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435

KELEBIHAN  ZIKIR YA LATIFF

Zikir Ya Latiff khasiat yang menjadi rahsia Allah. kalau nak bongkarkan rahsia ni, kenalah amalkan.. Antaranya

1.Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .

-Mula-mula berselawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian baca surah taha ayat 1-5, hembuskan dan sentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI dan menyatakan harapan. sambil berzikir Ya Latiff  didalam hati

-Membaca surah Thaha ayat 1-5,baca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali ) Baca berulang kaliYa Latiff kemudian tiupkan pada botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

-Semasa menidurkan anak dalam buaian baca zikir Ya Latiff

-Sewaktu bangun dari tidur pada waktu pagi, peluklah anak usapkan kepala anak dan berselawat, Baca berulang kali zikir Ya Latiff sambil berniat di dlm hati (bergantung pada niat kita untuk si anak)

2. Sebagai Suami/ isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh) , Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..

3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 ( seperti di atas) sambil berniat apa yang di hajati.. Insya Allah mudahan berjaya

4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …

5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InsyaAllah akan redalah ribut petir...

6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..

http://pojipooh.blogspot.com/2012/08/zikir-ya-latiffu-ya-kahfi_10.html


ZIKIR YA LATIFFU YA KAHFI

1. Ya Latiff maksudnya Yang Maha Lemah Lembut/ Halus salah satu dari Nama Allah (asma'ul husna)..

2. Ya Latiff ini juga merupakan zikir pelembut hati (melembutkan hati diri sendiri )

3. Zikir ini memang amat mudah meluruhkan hati-hati yang keras batu lagi ego.

4. Mengamalkan Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

5. Bagi hati-hati yang keras mulakan dengan kaifiat fatihah....terus zikir Ya Latif...tanpa mengira berapa pun.. Beri tumpuan lafaz zikir dan mata hati …  pasti berjujuran air mata memberikan kesan pada rohani kita yang dalam....


PETUA RASULULLAH S.A.W BUAT YANG MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakaat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw; "Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.

by Ustaz Zahazan Mohamed

http://www.facebook.com/harlina399


TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN (SUMBANGAN MELALUI SMS)

Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 1="" 3="" 5="">
(10 / 5 / 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)

2. Hantar ke 39111
Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111 [ ]

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.amanpalestin.net atau laman Facebook Aman Palestin Official.

http://blogfyna.com/cara-sumbangan-tabung-kecemasan-gaza-aman-palestin/

15 Ogos 2014 / 19 Syawal 1435 : UMAT ISLAM WAJIB MENYOKONG PERJUANGAN PALESTIN, TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN (SUMBANGAN MELALUI SMS)

Tazkirah Jumaat
15 Ogos 2014 / 19 Syawal 1435

UMAT ISLAM WAJIB MENYOKONG PERJUANGAN PALESTIN

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Negara Palestin adalah tempat lahir dan tinggal sebahagian besar para Rasul dan Nabi Allah menyebarkan Islam, kawasan terletaknya Masjid al-Aqsa, tempat berlakunya Israk dan Mikraj dan kiblat pertama umat Islam. Menurut sumber sejarah, bangsa Yahudi hanya duduk memerintah selama 4 kurun sahaja semenjak zaman Nabi Allah Daud, Nabi Sulaiman dan dijajah pula oleh bangsa Parsi dan Rom selepas itu. Manakala umat Islam memerintahnya semula selama 12 kurun semenjak ditadbir oleh Saidina Umar R.A pada tahun 636 Masihi sehinggalah  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan Ketetapan 181 pada November 1947.

Ketetapan ini telah membahagikan 2/3 tanah Palestin kepada pendatang haram Yahudi dan selebihnya diserah kepada penduduk asal Palestin yang sah. Akhirnya Yahudi berjaya menubuhkan negara Israel secara haram pada 1948 dengan sokongan Britain dan nasionalis Arab Palestin.

Kita amat kesal tanah tempat suci dan ibadah umat Islam dirampas bahkan menjadi tempat umat Islam Palestin dibunuh kejam. Sejak Yahudi menduduki Palestin pada tahun 1948 hingga kini dianggarkan seramai 282,700 orang rakyat Palestin telah terkorban kerana mempertahankannya. Serangan terbaru rejim zionis Israel ke atas Palestin dalam beberapa hari ini menyebabkan kira-kira 400 orang Palestin lagi maut.

Bangsa Yahudi tidak pernah mengenal mangsa sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, Nabi-nabi, Rasul-rasul Allah atau orang biasa. Mereka akan membunuh tanpa rasa belas kasihan dan hak. Ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 157:

Maksudnya: " Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka menbunuh Nabi-nabi dengan tiada suatu alasan yang benar dan mereka berkata: hati kami tertutup. Bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja diantaranya. "

Persoalan besar timbul ialah mengapa Yahudi berterusan menjadi ganas dan kejam tanpa ada rasa peri kemanusiaan?. Ini disebabkan mereka terlalu taksub dengan bangsanya yang dianggap sebagai pilihan Tuhan, bangsa yang disayangi Tuhan, halal membunuh orang yang bukan Yahudi, mendapat sokongan kuat daripada Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah serta negara Islam yang bersekongkol dengan mereka. Kita amat kesal, negara Barat yang kononnya kuat mempertahankan hak-hak asasi manusia, kanak-kanak, wanita, orang tua, demokrasi dan sebagainya, tetapi berlepas tangan apabila berlaku pencabulan hak asasi rakyat Palestin. Penubuhan negara Israel secara haram diiktiraf sah oleh pihak Barat tetapi mereka tidak mengiktiraf pergerakan Hamas yang memenangi pilihanraya secara demokrasi.

Kadangkala kita amat sedih terdapat negara Islam terpaksa bertungkus lumus dan bersusah payah menjawab surat tunjuk sebab kepada PBB kerana dikatakan melanggar hak asasi manusia, sedangkan PBB sendiri tidak bertanggungjawab dengan deklarasi sedia ada untuk Palestin atau negara Islam yang lain. Oleh itu, mimbar menyeru umat Islam di negara ini, jangan bersyubhat dan terikut-ikut serta tertarik dengan perjuangan hak asasi manusia yang dipelopori Barat dan proksi Yahudi di negara ini, kerana mereka bersikap 'Talam Dua Muka', penuh penipuan dan tiada integriti.

Berdasarkan pemerhatian, pergerakan Islam Hamas di Palestin dan pergerakan Islam Hizbullah di Lubnan adalah pertubuhan jihad paling berkesan mempertahankan hak asasi Palestin. Kedua-dua pertubuhan ini juga paling ditakuti oleh Israel dan pakatannya kerana mampu mengugat kerajaan haram Israel. Umat Islam diseru agar berdiri teguh dibelakang dua pertubuhan ini dalam mempertahankan hak dan martabat Islam.

Marilah kita sama-sama membantu mempertahan dan menyelamatkan maruah bumi Palestin dengan tindakan berikut:

Pertama : Umat Islam wajib bersatu padu mempertahankan Islam dan tidak bergantung harap bantuan orang bukan Islam untuk menyelamatkan maruah Islam;

Kedua : Sikap tidak peduli umat Islam tentang persoalan akidah, ibadah,  syariat dan akhlak akan menjerumuskan umat Islam di bawah telunjuk Yahudi dan pakatan mereka;

Ketiga : Pemimpin dunia Islam hendaklah berani memberi sokongan kepada Hamas dan Hizbullah untuk mempertahankan Islam dan tanah air;

Keempat : Menjiwai dan sensitif terhadap sebarang bentuk pencabulan harta, nyawa dan maruah umat Islam;

Kelima : Menghulurkan bantuan derma mengikut kemampuan; dan

Keenam : Memulaukan pembelian barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78:

Maksudnya: " Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. "


TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN (SUMBANGAN MELALUI SMS)

Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 1="" 3="" 5="">
(10 / 5 / 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)

2. Hantar ke 39111
Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111 [ ]

TJ : 8 Ogos 2014 / 12 Syawal 1435 : PUASA SUNAT SYAWAL BANTU SISTEM BADAN KEMBALI NORMAL, INGATAN BAGI PELUPA: FADILAT BACA, TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN

Tazkirah Jumaat
8 Ogos 2014 / 12 Syawal 1435

PUASA SUNAT SYAWAL BANTU SISTEM BADAN KEMBALI NORMAL

Bulan Syawal mengembalikan kita kepada ‘fitrah’ atau kebiasaan kehidupan pengambilan makanan dan juga amalan ibadah di luar Ramadan. Jadi, kesan ‘tarbiah’ di bulan Ramadan bukan hanya pada sudut roh akibat beribadah, fisiologi badan juga turut berubah sewaktu berpuasa.

Kembali kepada kebiasaan dalam keadaan yang tergesa-gesa tidaklah sesuai kepada sistem tubuh kita. Pastinya ada hikmah kenapa Islam sangat menggalakkan umatnya terus berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal bermula Syawal kedua.

Abu Ayyub al-Ansari meriwayatkan daripada Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah)

Kesan puasa kepada berat badan 

Menurut kajian sains, puasa Ramadan selama 30 hari boleh memberi kesan kepada berat badan dan beberapa parameter fisiologi darah termasuklah perubahan pada paras glukos, urea, kolesterol, trigliserides, LDL kolesterol, dan HDL kolesterol.

Bagaimanapun, tidak semua mereka yang berpuasa Ramadan boleh mendapat kesan baik pada penurunan parameter itu. Ada antara kita berat badannya bertambah sewaktu akhir bulan Ramadan disusuli dengan pengambilan makanan tanpa kawalan ketika berhari raya.

Ini memberi kesan agak buruk kepada sistem pencernaan badan yang telah ‘berehat’ pada siang hari selama sebulan dan terus didedahkan dengan pelbagai jenis makanan serta juadah sebaik sahaja tarikh hari raya diisytiharkan.

Ini juga bertepatan dengan beberapa kajian sains di mana ada kalangan individu tidak mendapat manfaat kesihatan selepas berpuasa. Tabiat pemakanan tidak terkawal berserta pelbagai menu hari raya, sedikit sebanyak mempengaruhi roh kita untuk terus konsisten melakukan ibadah seperti pada Ramadan. Itulah cabaran dan hikmahnya!

Kelebihan puasa sunat enam 

Islam agama yang syumul mensunatkan enam hari berpuasa di bulan Syawal sebagai pelengkap kepada puasa sebulan Ramadan. Dengan puasa sunat itu dan dilakukan seawal yang mungkin memberi ruang masa yang cukup untuk sistem badan dan selnya kembali kepada ‘fitrah’.

Puasa ini boleh diamalkan secara berterusan atau diselangselikan. Ia memberi ruang masa untuk pelarasan progresif oleh sistem pencernaan secara semula jadi. Berpuasa enam Syawal juga memberi kebaikan detoksifikasi setelah kita mula mengambil makanan ketika berhari raya.

Oleh itu, ia harus diamalkan secepat mungkin. Kajian sains juga membuktikan dengan berpuasa secara berturut-turut dalam beberapa hari akan meningkatkan paras hormon tertentu dalam badan. Ini sangat baik kerana badan telah mula membuat pelarasan kepada perubahan puasa-raya-puasa.

Mereka yang berpuasa sunat enam Syawal akan berasa lebih mudah untuk mengekalkan momentum puasa dan berdepan tarikan luar untuk berhari raya dengan segala menu dan rumah terbuka. Semoga kita terus mendapat rahmat di bulan mulia ini sambil bermaafan sesama Muslim.

Penulis ialah Setiausaha Agung, I-Medik (Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PuasasunatSyawalbantusistembadankembalinormal/Article


INGATAN BAGI PELUPA: FADILAT BACA

10 AYAT SURAH AL-BAQARAH

DIRIWAYATKAN daripada Ibn Mas’ud r.a, katanya: “Sesiapa membaca 10 ayat daripada surah al-Baqarah ketika awal waktu siang, syaitan tidak akan menghampirinya hingga ke petang. Jika ia membacanya pada waktu petang, syaitan tidak mendekatinya hingga ke pagi. Ia juga tidak akan melihat sesuatu yang ia benci pada keluarga dan harta bendanya,” (Riwayat al-Darimi, al-Bhaihaqi di dalam kisah Syu’ab al-Iman).

Ibn Mas’ud r a, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca 10 ayat: Empat daripada awal surah al-Baqarah, ayat al-Kurysi, dua ayat selepasnya dan ayat penutup surah al-Baqarah, nescaya syaitan tidak akan memasuki rumah itu hingga pagi,” (Riwayat al-Tabrani dalam al-Kabir dan riwayat al-Hakim, kata hadis dinilai Sahih).

http://agamaberitaharian.blogspot.com/

TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN

Akaun Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin.

1. Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2. Maybank (M) Berhad: 562263010787
3. Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717 – Akaun Bantuan Syria
4. CIMB Islamik: 8600460353

SUMBANGAN MELALUI SMS

Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:
1. Taip PALESTIN <10 3="" 5="">
(10 / 5 / 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)

2. Hantar ke 39111
Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.amanpalestin.net atau laman Facebook Aman Palestin Official.

http://blogfyna.com/cara-sumbangan-tabung-kecemasan-gaza-aman-palestin/

TJ 1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435 : MUSIBAH UJI KEKUATAN AKIDAH, MALAIKAT JIBRAIL MENERANGKAN TENTANG ERTI TAWAKAL, TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN

Tazkirah Jumaat
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435

MUSIBAH UJI KEKUATAN AKIDAH

Seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas musibah yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17, baru-baru ini. Lebih sedih dan duka ialah kaum keluarga, sanak-saudara dan sahabat yang kehilangan orang tersayang. Sebenarnya inilah yang dikatakan musibah ditakdirkan oleh Allah SWT semata-mata untuk menguji hamba-Nya. Allah SWT menjadikan musibah ini sebagai ujian terhadap hamba-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Kemudian Allah SWT jelaskan lagi mengenai orang yang sabar itu dalam firman-Nya yang bermaksud: “(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Allah SWT menyatakan setiap hamba-Nya akan diuji dan ujian itu berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana alam, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Semua itu untuk membuktikan siapakah golongan yang sabar dan taat kepada Allah SWT.

Ujian ketika senang atau susah 

Ujian Allah SWT bertujuan melihat kekuatan akidah hamba-Nya, sama ada hanya bertuhankan-Nya dalam keadaan senang saja atau terus bertuhankan-Nya dalam apa juga keadaan sekalipun.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Allah SWT menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah Allah SWT itu bukanlah sekadar kematian saja, malah ia didatangkan dalam berbagai bentuk dan keadaan.

Orang yang berjaya menempuhi ujian Allah SWT dengan penuh kesabaran, akan dianugerahkan balasan pahala. Malah Allah SWT akan menggantikan sesuatu yang hilang itu dengan sesuatu perkara lebih baik.

Sebenarnya di sebalik musibah itu mempunyai hikmah besar, yang mana kita sendiri tidak mengetahuinya. Dengan ketabahan hati menghadapi kesukaran, kesulitan dan penderitaan menjadi latihan untuk menempuh banyak lagi penderitaan pada masa akan datang.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Musibahujikekuatanakidah/Article


MALAIKAT JIBRAIL MENERANGKAN TENTANG ERTI TAWAKAL

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bertanya kepada Malaikat Jibrail apa erti tawakal kepada Allah S.W.T. dan apa batasnya?

Malaikat Jibrail berkata: "Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu, dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.

Apabila seorang hamba Allah memiliki sifat demikian, dia tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana Allah S.W.T. semata-mata, tidak akan berharap atau takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah S.W.T. semata-mata, dan dia tidak akan menaruh harapan kepada siapa pun kecuali kepada Allah S.W.T. semata-mata. Itulah yang disebut sebagai tawakal".

Besar kecilnya tawakal seseorang kepada Allah S.W.T. sangat bergantung kepada kepercayaannya kepada Allah S.W.T. Apabila rasa percayanya kepada Allah sangat kecil, maka sikap tawakal kepadaNya juga akan sangat sedikit.

Dan apabila rasa percayanya kepada Allah S.W.T. amat tinggi, maka sikap tawakalnya kepada Allah juga akan sangat tinggi.

Imam Ali pernah berkata: "Bagus tidaknya tawakal seseorang hamba kepada Allah, bergantung pada kadar kepercayaannya kepada Allah S.W.T"

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud): "Apabila Allah menolong kamu, tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu, apabila Allah membiarkan kamu, siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal". (Ali Imran: 160).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud): "Katakanlah: sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal". (At Taubah: 51).

http://islamdaniman.blogspot.com/2013/01/malaikat-jibrail-menerangkan-tentang.html


TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN

Akaun Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin.

1. Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2. Maybank (M) Berhad: 562263010787
3. Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717 – Akaun Bantuan Syria
4. CIMB Islamik: 8600460353

SUMBANGAN MELALUI SMS

Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:
1. Taip PALESTIN <10 3="" 5="">
(10 / 5 / 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)

2. Hantar ke 39111
Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.amanpalestin.net atau laman Facebook Aman Palestin Official.
http://blogfyna.com/cara-sumbangan-tabung-kecemasan-gaza-aman-palestin/

TJ 25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435 : AMALAN MENJELANG SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI), CARA SUMBANGAN TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN, SUMBANGAN MELALUI SMS (AMAN PALESTIN)

Tazkirah Jumaat
25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435

AMALAN MENJELANG SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”

Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.

Beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri termasuk:

SEBELUM 1 SYAWAL

1. Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.
2. Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
3. Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.
4. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
5. Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.
6. Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.

PAGI 1 SYAWAL

1. Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
3. Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
5. Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.

7. Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
8. Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
10. Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
11. Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.

Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/29/amalan-menjelang-syawal-hari-raya-aidil-fitri/


CARA SUMBANGAN TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Serangan Gaza dengan sasaran kutipan membantu penduduk Palestin yang menghadapi peperangan dengan Israel ketika ini.

Terdapat pelbagai cara untuk memberi derma dan sumbangan yang boleh disalurkan samada melalui bank atau SMS. Antaranya seperti berikut :

Akaun Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin. Untuk bantuan melalui bank, anda boleh menderma ke nombor-nombor akaun berikut

1. Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2. Maybank (M) Berhad: 562263010787
3. Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717 – Akaun Bantuan Syria
4. CIMB Islamik: 8600460353

SUMBANGAN MELALUI SMS (AMAN PALESTIN)

Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 3="" 5="">
(10 / 5 / 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)

2. Hantar ke 39111
Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Semoga dana dan bantuan berkenaan dari orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi melalui laman web www.amanpalestin.net atau laman Facebook Aman Palestin Official.

http://blogfyna.com/cara-sumbangan-tabung-kecemasan-gaza-aman-palestin/

TJ 18 Julai 2014 / 20 Ramadhan 1435 : KELEBIHAN MALAM 10 AKHIR RAMADAN, AMALAN PADA MALAM LAILATUL QADAR, TANDA KEDATANGAN LAILATUL QADAR, HADIS : DUGAAN MENGHAPUSKAN DOSA

Tazkirah Jumaat
18 Julai 2014 / 20 Ramadhan 1435

KELEBIHAN MALAM 10 AKHIR RAMADAN

Kita bakal menghadapi malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya. Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah:-

1. Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1). Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 23 tahun.

3. Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4. Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

5. Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

6. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud : “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4). Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

7. Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.Bilakah Lailatul Qadar? Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari).

Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

http://dakwah2u.blogspot.com/2007/09/kelebihan-malam-10-akhir-ramadan.html


AMALAN PADA MALAM LAILATUL QADAR

Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya. Mulai jam 12.00 tengah malam:

1. Sembahyang sunat wudhuk
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar
3. Membaca al-Quran
4. Istighfar
5. Zikrullah
6. Bertasbih
7. Selawat
8. Sembahyang sunat tahajjud
9. Sembahyang sunat tasbih.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

http://dakwah2u.blogspot.com/2007/09/amalan-pada-malam-lailatul-qadar.html


TANDA KEDATANGAN LAILATUL QADAR

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.


HADIS : DUGAAN MENGHAPUSKAN DOSA

Dari Abdullah r.a katanya: "Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:"Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk." Jawab baginda,"Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda:"Semoga!" Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya." (Muslim)

Huraian :

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

http://dakwah2u.blogspot.com/2008/07/hadis-dugaan-menghapuskan-dosa.html

Ulangan Tazkirah 19 Sept. 2008 / 19 Ramadan 1429

11 Julai 2014 / 13 Ramadhan 1435 : BULAN KASIH SAYANG ALLAH, CONTOH BONUS PELABURAN AKHIRAT YANG IKHLAS

Tazkirah Jumaat
11 Julai 2014 / 13 Ramadhan 1435

BULAN KASIH SAYANG ALLAH

Bulan Ramadan adalah bulan kerahmatan, bulan Allah menunjukkan sifat pengasihnya sehingga dihentikan seksa kubur ke atas umat Islam dan ditutup pintu-pintu neraka dalam bulan ini. Dibuka 8 pintu syurga yang jaraknya 60 batu antara satu sama lain. Ditutup neraka Jahannam yang lebarnya 40 tahun perjalanan dan dalamnya 70 tahun perjalanan untuk sampai ke dasarnya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

Ditutup Pintu Neraka

Pada bulan Ramadhan, pintu neraka ditutup maka kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran antara alam dunia dan alam akhirat). Seksaan kubur ke atas orang Islam dihentikan pada bulan Ramadan. Selain itu orang Islam yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.

Dibuka Semua 8 Pintu Syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat yang diturunkan oleh Allah s.w.t pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini bahkan golongan miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

Allah Perhiaskan Syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari bernasyid dan menyanyi-nyanyi minta disegerakan bertemu dengan bakal suaminya di syurga nanti.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

Rahmat Allah

Rahmat  Allah,  yang Allah turunkan ke dunia ini hanyalah satu per seratus sahaja, dengan 1 bahagian yang diturunkan inilah menjadikan makhluknya bersifat kasih mengasihi antara satu sama lain. Hadith riwayat Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan rahmat di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya kerana takut terpijak atau menyakiti anaknya.

Rahmat Allah jugalah yang memerdekakan kita daripada api neraka. 

Daripada Jabir r.a katanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/07/06/bulan-kasih-sayang-allah


CONTOH BONUS PELABURAN AKHIRAT YANG IKHLAS

Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Baqarah:265)

Dalam ayat ini Allah SWT membuat satu perbandingan tentang orang yang membelanjakan hartanya secara ikhlas, semata-mata untuk mendapat reda Allah dan menguatkan iman mereka. Pelaburan mereka itu umpama sebuah kebun yang terletak di tanah tinggi. Pulangan atau hasil dari kebun mereka itu bergantung kepada hujan yang turun. Sekiranya hujan lebat mereka mendapat dua kali ganda hasilnya seperti buah-buahan atau sayuran. Sebaliknya hujan renyai-renyai pun sudah memadai untuk mengeluarkan hasil kebun mereka yang terletak di tanah yang tinggi.

Perkara ini juga dapat dilihat secara praktikal misalnya penanaman di kawasan tanah tinggi adalah lebih subur, hujan yang sedikitpun memadai apalagi hujan yang lebat. Begitulah hasil pelaburan akhirat yang dilakukan daripada harta yang suci, niat yang ikhlas tanpa ada rasa riak atau menunjuk-nunjuk. Selain itu mereka juga membelanjakan harta dengan tujuan meningkatkan suhu iman mereka.

Allah SWT melihat pelaburan yang cukup syaratnya ini samada ia banyak ataupun sedikit.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2014/05/17/contoh-bonus-pelaburan-akhirat-yang-ikhlas

4 Julai 2014 / 6 Ramadhan 1435 : RAMADAN BULAN BERSIHKAN JIWA, PERIBADI

Tazkirah Jumaat
4 Julai 2014 / 6 Ramadhan 1435

RAMADAN BULAN BERSIHKAN JIWA, PERIBADI

Ibadah puasa mendidik manusia mengekang keinginan kepada kejahatan

MANUSIA pada asal kejadiannya adalah makhluk yang suci bersih, tidak ternoda, apatah lagi berdosa. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani." (Hadis riwayat Bukhari)

Bagaimanapun, faktor persekitaran yang mewarnai pentas kehidupan kemudian mempengaruhi keperibadian serta perjalanan hidup manusia sehingga ada di kalangan mereka Muslim dan bukan Muslim. Inilah yang dikatakan Rasulullah SAW.

Fitri atau fitrah bermaksud suci, bersih dan tidak ternoda. Fitrah manusia pada asal usul kejadiannya adalah suci kerana ia berasal dari Zat yang Maha Suci iaitu Allah. Oleh kerana kesucian manusia itulah maka Allah memuliakan manusia berbanding makhluk lain di alam semesta.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami memuliakan anak Adam; dan Kami beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan laut; dan Kami memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan.” (Surah al-Isra’, ayat 70)

Kelahiran manusia yang pada asal kejadiannya suci akhirnya berubah menjadi personaliti yang memiliki pelbagai ragam perangai dan perwatakan. Ada di kalangan mereka teguh mempertahankan kesuciannya dengan menjunjung Islam sebagai cara hidupnya yang lengkap.

Tidak kurang juga kalangan yang berubah menjadi manusia berdosa dan berbuat jahat seketika tetapi sempat bertaubat lalu menyucikan dirinya bernaung di bawah kalimat Allah. Lebih malang lagi, ada juga yang berbuat jahat dan berdosa, namun tidak mahu membersihkan diri malah terus bergelumang dengan lembah dosa sehingga kematian datang menjemputnya pada kemudian hari.

Begitulah warna kehidupan pasti dilalui setiap manusia di alam maya ini. Perlu diinsafi bahawa dunia ini adalah seumpama tempat bercucuk tanam yang bakal menentukan arah dan hala tuju manusia ke tempat asalnya semula iaitu kembali kepada Allah.

Dalam hal ini, orang yang selalu berusaha membersihkan dirinya daripada noda dosa, maka dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan bersih dan suci seperti asal kejadiannya yang bersifat fitrah.

Sebaliknya orang yang memiliki jiwa kotor, maka dia pula akan menghadap Allah dalam keadaan kekotoran jiwanya. Sedangkan Allah tidak akan menerima manusia yang kotor jiwanya.

Firman Allah yang bermaksud: “(Setelah diterangkan akibat orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang yang beriman dan beramal salih akan disambut dengan kata-kata: Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (Surah al-Fajr, ayat 27-30)

Demikian titik penghujung perjalanan kehidupan manusia yang akhirnya kembali ke hadrat Ilahi. Perjalanan hidup manusia sarat pelbagai ujian dan aneka godaan dengan tujuan melahirkan hamba Allah yang suci dan bersih hatinya serta mantap imannya kepada Allah Maha Esa.

Oleh itu, ibadat puasa dilaksanakan selama sebulan Ramadan oleh setiap Muslim adalah medium terbaik untuk membimbing orang beriman ke arah jalan kesucian yang diredai Allah. Ini kerana ibadat puasa berupaya mengembalikan manusia meraih kesucian kerana puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum.

Malah, ibadat puasa dihayati dengan penuh keimanan dan pengharapan untuk mengekang segala keinginan kotor hawa nafsu yang sentiasa mengintai peluang menjerumuskan manusia ke lembah kesesatan dan kancah dosa.

Justeru, berpuasa pada tahap itu adalah wahana paling efektif untuk meraih kembali kesucian jiwa yang sudah sekian lama ternoda oleh pelbagai jenis dosa yang menghimpit hidup manusia. Nafsu pada bulan puasa perlu dikekang pada tahap maksimum demi menjejaki kesucian diharapkan. Ketika nafsu sudah dapat dikawal, maka jiwa sendirinya akan mudah terisi dengan sinaran cahaya Ilahi yang suci.

Orang berpuasa yang berjaya dalam ibadat pada hakikatnya telah meraih kebahagiaan sejati kerana sudah menemui kembali kesucian diimpikannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan atau kebahagiaan; iaitu pertama, kegembiraan ketika berbuka puasa, dan kedua, kebahagiaan ketika bertemu dengan Allah pada hari akhirat kelak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pendek kata, seorang Muslim mengecapi kebahagiaan selepas berjaya menyucikan jiwanya dengan berpuasa. Serentak itu, dia juga merasa bahagia dengan kesucian jiwanya itu yang akan mempertemukan dengan Allah pada hari akhirat kelak.

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/09/ramadan-bulan-bersihkan-jiwa-peribadi.html

27 Jun 2014 / 29 Sya’ban 1435 : RAMADAN LATIHAN TERBAIK BENTUK MUSLIM BERDISIPLIN, MENGHORMATI JIRAN

Tazkirah Jumaat
27 Jun 2014 / 29 Sya’ban 1435

RAMADAN LATIHAN TERBAIK BENTUK MUSLIM BERDISIPLIN

IBADAT puasa adalah peluang terbaik untuk membentuk keperibadian diri cemerlang baik dari segi kerohanian mahupun aspek kesihatan fizikal. Keagungan ibadat puasa dapat diperhatikan dengan memahami fadilat dan hikmah pensyariatan ibadat mulia ini.

Puasa membentuk insan bertakwa. Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman. Kamu semua diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu supaya kamu semua bertakwa." – (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Makna takwa adalah mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi berpuasa dalam erti kata sebenar termasuk mengerjakan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan seperti mengumpat, berbohong, tidak melaga-lagakan sesama umat dan tidak berniaga secara haram.

Selama sebulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan bertakwa. Selepas tamat latihan, dia sepatutnya dapat membantu seseorang mengekalkan ketakwaan sepanjang masa.

Orang berpuasa juga dianugerahkan kedudukan tinggi di sisi Allah yang mana mereka tergolong di kalangan para shiddiqin (orang yang benar) dan syuhada (golongan syahid).

'Amr bin Murrah al-Juhani berkata: "Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Ya Rasulullah. Menurut pendapatmu, aku tergolong dalam golongan mana jika ada bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, engkau adalah Rasulullah, aku solat lima waktu, aku tunaikan zakat, aku berpuasa pada Ramadan dan solat tarawih pada malam harinya? Baginda menjawab: Golongan shiddiqin dan syuhada." – (Hadis riwayat Ibn Hibban)

Puasa juga perisai yang dapat menghalang kita daripada azab api neraka. Menurut Ibn al-'Arabi: "Puasa dikatakan sebagai perisai api neraka kerana puasa mampu menahan diri daripada syahwat (dorongan untuk melakukan perbuatan mungkar disebabkan hawa nafsu). Sedangkan, neraka dikelilingi oleh syahwat. Apabila seseorang mampu menahan diri daripada syahwat ketika kehidupan di dunia, hal itu menjadi penghalang (perisai) baginya di neraka kelak."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengungkapkan perkataan yang keji dan janganlah sekali-kali berbuat jahil. Justeru itu, jika seseorang diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa sebanyak dua kali." – (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ibadat puasa juga dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan sebelum ini. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang lalu telah diampuni (oleh Allah)." – (Hadis riwayat al-Bukhari)

Al-Khattabi berkata: "Tambahan pula Ramadan, bulan penuh keberkatan di mana pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu rahmat Ilahi menaungi seluruh hamba-Nya yang beriman. Jadi, tidak hairanlah jika Allah akan meluaskan pula pengampunan-Nya terhadap semua hamba-Nya."

Allah menjanjikan ganjaran pahala amat besar bagi hamba-Nya yang berpuasa ikhlas untuk mencapai keredaan-Nya. Berbeza dengan ibadat lain yang telah ditetapkan ganjaran pahalanya dalam gandaan 10 sehingga 700 kali ganda.

Ganjaran pahala untuk ibadat puasa ini ditetapkan oleh Allah tanpa batasan. Dia berhak memberi seberapa banyak ganjaran kepada hamba-Nya menurut kehendak-Nya. Oleh itu, setiap individu perlu merebut peluang itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Setiap amal kebaikan Bani Adam pahalanya (ditulis oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya." – (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ternyata ganjaran pahala daripada Allah tiada tolok bandingnya untuk hamba yang mengerjakan ibadat puasa. Oleh itu, kerjakanlah dengan penuh keikhlasan dan kesempurnaan. Semoga kita mencapai ganjaran paling maksimum melaluinya. – (Buku Menyambut Ramadan dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah SAW)

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/08/ramadan-latihan-terbaik-bentuk-muslim.html


MENGHORMATI JIRAN

Dari Abu Syuraih al Khuza’i Radiallahu anhu: Bahawasanya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat maka hendaklah berbuat baik kepada jirannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan menunaikan ibadah puasa semoga dapat mentarbiah diri kita menjadi lebih cemerlang.

Daripada AJK Masjid Jamek Kundasang.