Monday, September 8, 2014

TJ 1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435 : MUSIBAH UJI KEKUATAN AKIDAH, MALAIKAT JIBRAIL MENERANGKAN TENTANG ERTI TAWAKAL, TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN

Tazkirah Jumaat
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435

MUSIBAH UJI KEKUATAN AKIDAH

Seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas musibah yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17, baru-baru ini. Lebih sedih dan duka ialah kaum keluarga, sanak-saudara dan sahabat yang kehilangan orang tersayang. Sebenarnya inilah yang dikatakan musibah ditakdirkan oleh Allah SWT semata-mata untuk menguji hamba-Nya. Allah SWT menjadikan musibah ini sebagai ujian terhadap hamba-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Kemudian Allah SWT jelaskan lagi mengenai orang yang sabar itu dalam firman-Nya yang bermaksud: “(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

Allah SWT menyatakan setiap hamba-Nya akan diuji dan ujian itu berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana alam, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Semua itu untuk membuktikan siapakah golongan yang sabar dan taat kepada Allah SWT.

Ujian ketika senang atau susah 

Ujian Allah SWT bertujuan melihat kekuatan akidah hamba-Nya, sama ada hanya bertuhankan-Nya dalam keadaan senang saja atau terus bertuhankan-Nya dalam apa juga keadaan sekalipun.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Allah SWT menguji keimanan hamba-Nya dengan pelbagai musibah. Musibah Allah SWT itu bukanlah sekadar kematian saja, malah ia didatangkan dalam berbagai bentuk dan keadaan.

Orang yang berjaya menempuhi ujian Allah SWT dengan penuh kesabaran, akan dianugerahkan balasan pahala. Malah Allah SWT akan menggantikan sesuatu yang hilang itu dengan sesuatu perkara lebih baik.

Sebenarnya di sebalik musibah itu mempunyai hikmah besar, yang mana kita sendiri tidak mengetahuinya. Dengan ketabahan hati menghadapi kesukaran, kesulitan dan penderitaan menjadi latihan untuk menempuh banyak lagi penderitaan pada masa akan datang.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Musibahujikekuatanakidah/Article


MALAIKAT JIBRAIL MENERANGKAN TENTANG ERTI TAWAKAL

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bertanya kepada Malaikat Jibrail apa erti tawakal kepada Allah S.W.T. dan apa batasnya?

Malaikat Jibrail berkata: "Tawakal adalah suatu kesedaran bahawa seluruh makhluk tidak mendatangkan sebarang mudarat atau manfaat kepadamu, tidak memberi atau mengambil sesuatu darimu, dan engkau tidak menggantungkan sebarang harapan kepada mereka.

Apabila seorang hamba Allah memiliki sifat demikian, dia tidak akan melakukan sesuatu melainkan kerana Allah S.W.T. semata-mata, tidak akan berharap atau takut kepada sesuatu melainkan kepada Allah S.W.T. semata-mata, dan dia tidak akan menaruh harapan kepada siapa pun kecuali kepada Allah S.W.T. semata-mata. Itulah yang disebut sebagai tawakal".

Besar kecilnya tawakal seseorang kepada Allah S.W.T. sangat bergantung kepada kepercayaannya kepada Allah S.W.T. Apabila rasa percayanya kepada Allah sangat kecil, maka sikap tawakal kepadaNya juga akan sangat sedikit.

Dan apabila rasa percayanya kepada Allah S.W.T. amat tinggi, maka sikap tawakalnya kepada Allah juga akan sangat tinggi.

Imam Ali pernah berkata: "Bagus tidaknya tawakal seseorang hamba kepada Allah, bergantung pada kadar kepercayaannya kepada Allah S.W.T"

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud): "Apabila Allah menolong kamu, tidak adalah orang lain yang dapat mengalahkan kamu, apabila Allah membiarkan kamu, siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal". (Ali Imran: 160).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud): "Katakanlah: sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal". (At Taubah: 51).

http://islamdaniman.blogspot.com/2013/01/malaikat-jibrail-menerangkan-tentang.html


TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN

Akaun Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin.

1. Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2. Maybank (M) Berhad: 562263010787
3. Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717 – Akaun Bantuan Syria
4. CIMB Islamik: 8600460353

SUMBANGAN MELALUI SMS

Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:
1. Taip PALESTIN <10 3="" 5="">
(10 / 5 / 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)

2. Hantar ke 39111
Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.amanpalestin.net atau laman Facebook Aman Palestin Official.
http://blogfyna.com/cara-sumbangan-tabung-kecemasan-gaza-aman-palestin/

No comments: