Monday, September 8, 2014

TJ 25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435 : AMALAN MENJELANG SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI), CARA SUMBANGAN TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN, SUMBANGAN MELALUI SMS (AMAN PALESTIN)

Tazkirah Jumaat
25 Julai 2014 / 27 Ramadhan 1435

AMALAN MENJELANG SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)

Malam Aidilfitri adalah malam ibadat yang menyediakan beberapa kelebihan. Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebuah lagi hadis menjelaskan; “Sesiapa beribadat pada dua malam hari raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, maka hatinya tidak akan mati pada saat hati orang lain mati.”

Hendaklah memperbanyakkan takbir (membesarkan Allah), tasbih (mensucikan Allah), tahmid (mengucapkan syukur) dan berselawat ke atas junjungan Rasul SAW.

Beberapa amalan lain yang dianjurkan pada Aidilfitri termasuk:

SEBELUM 1 SYAWAL

1. Memastikan pembayaranan zakat fitrah bagi diri dan tanggungan.
2. Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.
3. Mengelakkan pembaziran sambutan raya dengan persiapan sederhana.
4. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya.
5. Melakukan Qiamullail pada 2/3 akhir malam raya.
6. Melakukan iktikaf dan solat-solat sunat seperti tasbih, taubat dan hajat di masjid.

PAGI 1 SYAWAL

1. Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian bersih dan terbaik yang dimiliki.
3. Lelaki disunatkan memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan ibu bapa, suami isteri dan keluarga.
5. Sunat menjamah sedikit makanan seperti tamar sebelum keluar menuju ke masjid.
6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang masjid supaya dapat bertemu ramai orang dan mengucapkan salam serta tahniah.

7. Bertakbir, tahmid dan tahlil sehingga terbenam matahari raya pertama.
8. Menziarahi pusara sanak-saudara bagi bersedekah bacaan al-Quran.
9. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
10. Bersedekah kepada mereka yang daif dan memerlukan.
11. Mengelakkkan perkara-perkara yang ditegah syarak.

Diriwayatkan Bukhari dan Ahmad, daripada Anas katanya: “Nabi Muhammad SAW makan beberapa biji tamar sebelum keluar pada pagi Aidilfitri dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil.” Makan itu adalah tanda tidak berpuasa dan bersyukur dengan nikmat dianugerahkan Allah SWT.

https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/29/amalan-menjelang-syawal-hari-raya-aidil-fitri/


CARA SUMBANGAN TABUNG KECEMASAN GAZA AMAN PALESTIN

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Serangan Gaza dengan sasaran kutipan membantu penduduk Palestin yang menghadapi peperangan dengan Israel ketika ini.

Terdapat pelbagai cara untuk memberi derma dan sumbangan yang boleh disalurkan samada melalui bank atau SMS. Antaranya seperti berikut :

Akaun Tabung Kecemasan Gaza Aman Palestin. Untuk bantuan melalui bank, anda boleh menderma ke nombor-nombor akaun berikut

1. Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2. Maybank (M) Berhad: 562263010787
3. Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717 – Akaun Bantuan Syria
4. CIMB Islamik: 8600460353

SUMBANGAN MELALUI SMS (AMAN PALESTIN)

Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:

1. Taip PALESTIN <10 3="" 5="">
(10 / 5 / 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)

2. Hantar ke 39111
Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111

Semoga dana dan bantuan berkenaan dari orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi melalui laman web www.amanpalestin.net atau laman Facebook Aman Palestin Official.

http://blogfyna.com/cara-sumbangan-tabung-kecemasan-gaza-aman-palestin/

No comments: