Friday, September 19, 2014

Tazkirah Jumaat 12 Sept. 2014 / 17 Zulkaedah 1435 : KELEBIHAN – FADHILAT ISTIGHFAR (MINTA AMPUN KEPADA ALLAH), REHAT YANG SEBENAR, WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Tazkirah Jumaat
12 Sept. 2014 / 17 Zulkaedah 1435

KELEBIHAN – FADHILAT ISTIGHFAR (MINTA AMPUN KEPADA ALLAH)

Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri rahimahullah mengenai langit tidak hujan.

Hasan al-Basri lantas berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah.”

Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya.

Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang seorang lelaki berkata: Isteri aku mandul, tidak dapat melahirkan anak.

Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: “Beristighfarlah kepada Allah”.

Berkata seseorang: Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!

Hasan al-Basri menjawab: “Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

Ertinya: “Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” [Surah Nuh: ayat 10-12].

Firman Allah swt : Maksudnya: “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” [surah al-Anfaal : 33].

1. Allah menjelaskan nikmat keberadaan Nabi Muhammad SAW, sehinggakan azab secara umum dapat dicegah. Tidak seperti kaum-kaum lain yang Allah turunkan azab terus kepada mereka.

2. Istighfar dapat menyelamatkan manusia dari azab didunia dan di akhirat.

Maka, janganlah sekali-kali kita lupa beristighfar (memohon ampun) kepada Allah swt… Astaghfirullah…Astaghfirullah…. Astaghfirullah….

Dan jangan lupa bahawa anda merupakan orang yang mendapat ganjaran orang yang beristigfar disebabkan peringatan anda.

Moga-moga Allah mengampunku dan kamu, dan seluruh orang-orang Islam.

http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/09/tazkirah-motivasi-tips-ringkas.html


REHAT YANG SEBENAR

Jadilah orang yang baik di dunia. Hidup dengan ikhlas beribadah kepada Allah dengan mengikut Sunnah.

Jangan jadi ahli syirik yang menjadi penyokong bid'ah, kebatilan dan kezaliman.

Suatu hari ada seorang jenazah lalu di depan Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Baginda bersabda:

"Orang itu berehat ataupun yang lain rehat daripadanya".

 Sahabat bertanya: Apa yang engkau maksudkan wahai Rasulullah?

Baginda menjawab: "Seorang hamba yang beriman akan berehat (disebabkan kematiannya) daripada kepenatan dan gangguan dunia menuju kepada rahmat Allah.

Manakala, hamba yang jahat, maka semua manusia, negeri, pohonan dan binatang akan berehat (disebabkan kematiannya)." [Muttafaqun Alaihi]

http://abuanasmadani.blogspot.com/2013/09/tazkirah-motivasi-tips-ringkas.html


WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 merupakan program bersifat kebajikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu bagi tahun kedua sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai penerbitan Al-Quran Wakaf.

Mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukannya baik di Malaysia mahupun dunia khususnya negera minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.

Empat Mekanisma Wakaf Al-Quran pada tahun ini ialah :

1. Deposit Terus ke Bank Islam (M) Berhad – 1403-201002-1452

2. Wakaf Tunai di semua cawangan Yayasan Restu

3. Wakaf melalui atas talian di CIMB Clicks atau CIMB Clicks Shoppe (bagi pengguna bank lain seperti Bank Islam, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank & RHB Bank)

4. Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), taip WAKAF10 dan hantar ke 33080

http://new.restu-art.com/wakaf-al-quran-peringkat-kebangsaan-2014-2/

No comments: