Tazkirah Jumaat
30 Julai 2010 (18 Syaaban 1431H)
30 Julai 2010 (18 Syaaban 1431H)
FADHILAT ASMAUL HUSNA
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
"Ya Muhyi!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah pasti akan memperolehi kemuliaan dan meningkat darjatnya berkat nama yang dibaca dan diberikan kemuliaan di akhirat kelak.
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
"Ya Mumit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya. Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.
TETAMU YANG BERNAMA RAMADHAN
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.”
Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Tetamu ini datang dengan tawaran pengampunan.
“Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Sesiapa yang mengenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, Tuhan memberi minum daripada kolam Haudh sejenis minuman yang tiada dahaga-dahaga lagi kemudiannya, hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa.
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/07/29/tetamu-yang-bernama-ramadhan/
DUGAAN ILAHI
Semua manusia tidak lepas dari ujian. Bezanya, adalah bentuk ujian itu, kesamaannya ialah, semua ujian itu menyempitkan hati.
Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:-”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” [Surah al-ankabut ayat 2-3]
Di dalam al-Quran, terdapat 10 jenis ujian yang Allah berikan kepada manusia. Ujian-ujian yang Allah kenakan kepada manusia.
1. Ujian Bencana (al-Baqarah ayat 214)
2. Ujian Sakit (al-Baqarah ayat 214)
3. Ujian Kemiskinan (al-Baqarah ayat 115)
4. Ujian Kesenangan (al-Zumar ayat 49)
5. Ujian Kehilangan (Saad ayat 34)
6. Ujian Di Datangkan Orang Menzalimi Dan Menganiyai (al-Baqarah ayat 49)
7. Ujian Tarikan Maksiat (Surah Taha ayat 85)
8. Ujian Ketaatan Pada Perintah Allah (Surah al-Saffat ayat 106)
9. Ujian Dianugerahkan Kelebihan (Surah Dukkan ayat 33)
10. Ujian Hati (Surah al-Anfal ayat 28)
Sepuluh ujian ini adalah untuk Allah lihat, adakah kita ingin tangani segala ujian susah dan senang ini selaras dengan apa yang diajarkan oleh Allah pada kita.
Sesungguhnya, jangan kita angan-angankan kita akan dapat masuk ke syurga sebelum Allah datangkan ujian kepada kita. Dalam al-Quran Allah nyatakan bahawa: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (gempa). [Surah al-Baqarah ayat 214]
Firman Allah: Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi segala permasalahannya) – [Surah al-Talaq ayat 2]
http://www.ustazamin.com/2010/04/bicara-ilmu-16-rakaman-tanyalah-ustaz.html
No comments:
Post a Comment