Tazkirah Jumaat
6 Ogos 2010 (25 Syaaban 1431H)
6 Ogos 2010 (25 Syaaban 1431H)
FADHILAT ASMAUL HUSNA
63. AL HAYYU : Yang Maha Hidup.
"Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.
64. AL QAYYUM : Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
MENJELANG RAMADHAN
Berdoa dengan sebelum kedatangan Ramadhan antara doa yang ma`thur dari nabi adalah:
“Ya Allah berkatilah kami di Bulan Sha`ban dan sampaikanlah kami ke Bulan Ramadhan”
Azam yang perlu ditanam sebelum masuknya Ramadhan. Dalam satu hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: ”Apabila seorang hambaKu berazam untuk melakukan kebaikan akan dicatatkan baginya kebaikan”.
Diantara azam atau niat yang perlu ditanam sebelum menghadapi bulan Ramadhan ialah:
1. Azam untuk khatam al-Qur`an beberapa kali dengan penuh perhatian dan taddabur.
2. Niat untuk bertaubat nasuha dari semua dosa-dosa lampau.
3. Berazam untuk menjadikan bulan ini sebgai titik mula dan permulaan bagi amal saleh untuk selama-lamanya dengan izin Allah.
4. Berazam untuk mengerjakan sebanyak mungkin kebaikan, sekaligus mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
5. Berazam untuk memperbetulkan pekerti dan akhlak dan berurusan secara baik dengan semua orang.
6. Berniat untuk bekerja untuk agama dan menyebarkannya di kalangan manusia.
7. Berniat untuk menyediakan perancangan yang dipenuhi dengan ibadat dan memberi komitmen yang penuh terhadapnya.
http://drfauzee.blogspot.com/2010/08/menjelang-ramadhan.html
APA ADA PADA SOLAT?
Apa ada pada solat? Dalam solat ada sepuluh perkara.
1) Dalam solat ada membesarkan Allah
Setiap bacaan solat adalah untuk membesarkan Allah. Ia bermula dengan takbirarul ihram lagi. Kita lafazkan bahawa Allah yang maha agong dan maha besar.
Jika orang membesarkan Allah, dia akan menjadi mausia yang mengaggap kecil pada dunia. Dan jika seseorang itu telah mengaggap kecil pada dunia, maka dia tidak akan takut dan gentar pada urusan dunia.
2) Dalam solat ada meminta petunjuk
Petunjuk jalan yang lurus bukan sahaja dalam bab agama, tetapi dalam setiap keputusan hidup kita. Allah letakkan doa itu di dalam surah al-Fatihah iaitu “Ihdinas Siratal Mustaqim”.
3) Dalam solat ada minta ampun pada dosa.
Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud. “Rabbigfirli…… (ampunkan aku)
4) Dalam solat ada minta kasih sayang dari Allah
Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “warhamni…. (kasihanilah aku )
5) Dalam solat ada meminta cukup bagi keperluan kita
Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “wajburni… (cukupkan aku..)
6) Dalam solat ada minta kemuliaan
Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “warfa’ni…(angkatlah darjat aku…)
7) Dalam solat ada minta rezki
Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud. “warzjukni….( rezkikanlah aku…)
8) Dalam solat ada minta kesihatan.
Allah letakkan bacaannya di dalam duduk antara dua sujud “wa’aafini,,” (afiatkan aku…)
9) Dalam solat ada ucapan syahadah
Ia sebagai mengingatkan perjanjian kita pada dua syahadah iaitu penyaksian bahawa tiada yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruh Allah. Ia diletakkan dalam tahyat awal dan tahyat akhir
10) Dalam solat ada selawat pada Nabi SAW
Nabi mengatakan bahawa, barangsiapa berselawat pada ku sekali, pasti Allah akan berselawat dan memberikan keselamatan padanya 10 kali. Allah letakkan selawat ini di dalam tahyat awal dan tahyat akhir.
Maha suci Allah yang menganugerahkan pada kita solat dan kebaikan solat itu kembali pada kita. Jika manusia tidak bersolat, ia tidak sekali-kali mengurangkan kebesaran dan keagongan Allah bahkan akan berlakulah kehinaan terhadap orang tersebut.
http://www.ustazamin.com/2010/07/bicara-ilmu-18-apa-ada-pada-solat.html
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
No comments:
Post a Comment