Tazkirah Jumaat : 18 Julai 2008 (15 Rejab 1429H)
FADHILAT JUMAAT
- Syeikh Abdul Qadir Jailani (SAQJ) mengatakan malam Jumaat lebih banyak dari malam lailatulqadar, ia berulang-ulang (50 kali setahun). SAQJ adalah seorang wali besar umat Muhammad, Orang Baghdad, bermazhab Hambali.
- Pahala solat Jumaat seperti pahala ibadat haji bagi orang miskin.Oleh itu solat Jumaatlah walaupun musafir(tidak wajib) kerana ganjarannya sangat besar.
- Bagi mereka yang solat Jumaat, gugur dosa antara satu Jumaat ke Jumaat yang lain, kecuali dosa besar.
- Lelaki yang mandi di pagi hari Jumaat gugur dosa seperti bayi baru lahir. Samada mandi kerana Hari Jumaat (Mazhab Hanafi) atau mandi untuk pergi Solat Jumaat(Mazhab Syafie).
- Batu dan kayu jadi saksi dan beristigfar keatas orang yang berjalan diatasnya untuk pergi solat Jumaat.
- Sesiapa yang memakai pakaian bersih untuk solat jumaat Allah bagi rahmat dan terima apa-apa hajat yang dikehendaki samada dunia dan akhirat.
- Allah angkat seksa kubur pada hari Jumaat, malaikat tidak bertugas pada hari itu.
Nabi s.a.w. bersabda;”Tiada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menyelamatkan dari ujian kubur.” - Riwayat Ahmad & Attirmidzi
Pahala kedatangan Solat Jumaat
Hari Jumaat Allah hantar malaikat khas untuk duduk dipintu masjid dan menulis nama orang yang hadir sehingga khatib naik ke mimbar. Selepas itu tiada rekod kehadiran.
Pahala bagi orang yang pertama datang seperti unta, selepas itu seperti lembu, kambing, ayam, burung ciak dan telur.
Dilangit malaikat Jibrail menjadi muazzin, Mikail jadi khatib baca khutbah kepada malaikat-malaikat solat Jumaat. Mereka hadiah pahala kepada imam-imam, muazzin dan umat Muhammad yang solat Jumaat kerana mereka tidak perlu pahala. Syurga itu untuk manusia.
Kisah wali
Ada seorang wali menangis-nangis semasa membaca khutbah. Kemudian beliau suruh anak muridnya baca khutbah(sambil pakai serban guru), anak muridnya menangis juga. Bila ditanya tuan guru itu tidak jawab. Bila ditanya kepada anak muridnya kenapa dia menangis, dia mengatakan dia nampak binatang seperti anjing, kera dan babi datang solat. (Gambaran orang yang tidak ikhlas datang solat). Wali itu melihat dengan mata hati. Sepertimana Nabi Muhammad boleh melihat safnya dari belakang mata.
FADHILAT DAN KELEBIHAN WUDHU'
- Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa.
- Orang yang wuduk sebelum tidur, Malaikat tidur bersamanya.
- Nabi kenal umatnya melalui cahaya wuduk. Wuduk selepas wuduk yang belum batal umpama Cahaya atas cahaya (Nur ala nur) , sudah cerah lagi bersuluh.
- Doa selepas wuduk gugurkan dosa.
- Wuduk menjadi kafarah, menghapus dosa antara dua waktu solat.
- Air wuduk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.
ISTIGHFAR MENGHAPUSKAN DOSA
Rasulullah s.a.w. bersabda “Siapa yang ingin buku amalannya itu mengembirakannya, hendaklah ia membanyakkan istighfar” (Riwayat Baihaqi dari Zubir).
Bertaubat dan beristigfar itu mengugurkan dosa dan dosa itu dipadamkan dari buku amalan. Sebaliknya diganti dosa kejahatan itu dengan pahala istigfar.
Malaikat yang menulis amal kejahatan juga dilupakan tentang kejahatan yang dilakukan. Jadikan istigfar sebagai wirid harian, pagi, petang dan malam.
Dalam hadis yang lain istigfar 3 kali sebelum tidur dengan ikhlas dapat menghapuskan dosa walau sebanyak buih di laut. Begitu juga bila bangun dari tidur berdoalah supaya diampunkan dosa kita, isteri, anak, keluarga, guru kita dan semua umat Islam.
Berdoa dalam bahasa Melayu pun boleh. Berdoalah secara perlahan kerana kalau kita hendak minta sesuatu dari manusia pun kita minta dengan lemah-lembut dan perlahan. Apalagi minta dari Allah.
YANG REMEH DAN YANG TEMEH
Siti Zubaidah, seorang penyanyi yang kaya di masukkan kedalam syurga kerana mendapat keampunan ALLAH. Keampunan itu bukan kerana jasanya membina parit antara Madinah ke Mekah. Tapi kerana menghormati AZAN. Beliau menghentikan nyanyiannya bila tiba waktu azan.
Sayidina Umar diampunkan kerana beliau kesiankan seekor burung ciak.
Kadang-kadang benda yang kita rasa remeh temeh itulah yang ALLAH ambil kira. Jadi jangan anggap benda-benda kecik tak perlu buat. Walaupun sekadar sunnah-sunah kecil, tapi kalau yang kecil itu pun tak terbuat, apalagi sunnah yang “besar-besar”.
ALLAH MENYAYANGI ORANG BANYAK MENGINGATINYA
Rasulullah s.a.w bersabda, siapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah sayangkannya. Riwayat Dailami dari Aisyah r.a.
Mengingati Allah dalam bentuk zikir ada 3 cara iaitu zikir mulut, zikir hati dan zikir nafas. Siapa yang menyayangi sesuatu, dia akan sentiasa menyebutnya (mulut) atau mengingatinya (hati).
Ada zikir yang malaikat tidak dapat kesan, iaitu zikir nafas. []
No comments:
Post a Comment