Friday, July 25, 2008

TJ : Sakaratul Maut, 99 buku Kejahatan Vs Secebis Kebaikan, Amalan menghilangkan papa

Tazkirah Jumaat : 25 Julai 2008 (22 Rejab 1429H)

SAKARATUL MAUT

Rasulullah s.a.w. bersabda, apabila salah seorang daripada kamu apabila hendak meninggal dunia, hendaklah ia mempunyai keyakinan yang baik terhadap Allah.

Sakaratul maut akan ditempuhi setiap orang samada secara sukar (berat) atau senang (ringan). Rasulullah wafat dalam keadaan sukar (sakit). Aisyah r.a. tidak merasa irihati dengan orang yang ringan sakaraul maut kerana beliau melihat sendiri beratnya sakaratul maut Rasulullah s.a.w. Sayyidina Umar r.a. mengatakan sekiranya sesorang mempunyai dosa yang belum selesai, sakaratul mautnya sukar kerana Allah hendak menghapuskan dosanya dan menaikkan darjatnya.

Kesukaran sakaratul maut itu ada hikmahnya, mungkin Allah hendak mengampunkan dosa atau meninggikan darjatnya. Ada orang melihat buku amalannya bersih (iaitu tiada kejahatan, walaupun dia pernah melakukannya), rupa-rupanya Allah telah menghapuskan dosanya kerana dia telah sakit beberapa tahun sebelum kematiannya.

Seperti perempuan bersalin, dihapuskan dosa dan diberi pahala. Begitu juga isteri yang memasak dan menjaga anaknya, walaupun ia bukan tugasnya. Semua benda yang sukar dan musibah Allah beri pampasan pahala yang sesuai dengan musibah yang ditempuhinya (kecuali yang sengaja dicari).

Berbeza dengan orang kafir yang buat kebajikan, dibayar kebaikannya terus semasa di dunia (samada melalui kekayaan atau lain-lain kesenangan) kerana mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Mereka dimudahkan sakaratul maut kerana akan diseksa kelak.

Semasa di hari kiamat mereka minta balasan atas kebajikan mereka, jawab Allah dalam firmannya: Al-Ahqaf [20] Dan (ingatlah), semasa orang-orang kafir didedahkan kepada Neraka (serta dikatakan kepada mereka): Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

Namun kebiasaanya kafir yang sembah berhala sukar hendak mati. Dalam menghadapi sakaratul maut ingatlah Allah, kerana masa itu adalah masa ujian. Syaitan akan datang dan menggunakan kepandaiannya untuk mematikan manusia dalam keadaan kafir, samada menjelma sebagai ibu, bapa, kawan atau guru yang kita hormati dan menyeru supaya beriman dengan agama Nabi Musa, Nabi Isa dan meninggalkan Islam.

Sakitnya sakaratul maut itu lebih sakit dari ditetak dengan 1000 pedang. Pertahankan iman kita dalam keadaan sakit itu dengan mengingati Allah dengan bersungguh-sungguh dan minta pertolongannya.

Orang kafir bertanya di padang Masyar mengapa mereka dilupakan: Al-A’raf [51] ……Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.

Allah akan melupakan orang yang tidak mengingatinya. Selain itu berharaplah dengan rahmat Allah dan bukan dengan amalan kita. Latihlah diri kita untuk takut dan menyayangi Allah lebih dari segala-galanya. Perasaan takut kepada Allah itu perlu kepada ilmu. Ilmu pula perlu kepada guru, guru yang mursyid, takutkan Allah, guru yang benar dan beramal dengan ilmunya.

“Kepimpinan melalui tauladan”, Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai seorang guru sangat takutkan Allah.

KISAH SEORANG UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W. YANG MEMPUNYAI KEJAHATANNYA TERCATIT DALAM 99 BUKU DAN DIA HANYA MEMPUNYAI SECEBIS KEBAIKAN

Dari Abdullah bin `Amr r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesungguhnya Allah akan memberi keistimewaan kepada seseorang dari umatku dengan memanggilnya di hadapan khalayak yang ramai pada hari qiamat, serta membentangkan kepadanya sembilan puluh sembilan gulung suratan amalnya, tiap satu gulung panjangnya sejauh mata memandang; kemudian Tuhan bertanya kepada orang itu: “Adakah engkau hendak menafikan sesuatu dari apa yang ada dalam suratan ini? Adakah penulis-penulis yang Aku tugaskan menjaga amalmu itu telah menzalimkanmu?”

Orang itu menjawab: “Tidak, wahai Tuhanku“;

Tuhan bertanya lagi: “Kalau demikian, maka adakah engkau mempunyai sebarang alasan atau kebaikan untuk engkau melepaskan diri?” Ia menjawab: “Tidak ada juga wahai Tuhanku“;

Tuhan berfirman: “Ia, ada sebenarnya engkau ada mempunyai satu kebajikan yang tersimpan pada Kami dan sebenarnya engkau tidak akan menanggung sebarang kezaliman pada hari kami; lalu dikeluarkan sehelai kertas kecil yang tertulis padanya Ashadyu Allah illaha illalah wa asyhadu anna muhammaddarasulullah maka Tuhan berfirman kepadanya: melihat timbangan amalmu, lalu ia berkata: “Ya Tuhanku! Apakah nilainya kertas yang secebis ini berbanding dengan suratan jahat amalku yang bergulung-gulung itu?”

Maka Tuhan berfirman kepadanya: “Walau bagaimanapun, sesungguhnya engkau tidak akan dizalimi.” Nabi s.a.w., bersabda: “Kemudian suratan amalnya yang bergulung-gulung itu diletakkan pada sebelah daun neraca dan kertas kecilnya, diletakkan pada daun neraca yang sebelah lagi lalu suratan amal buruknya itu terangkat ringan dan kertasnya yang secebis itu berat menurun, kerana tidak ada sesuatu benda pun yang boleh menjadi berat berbanding dengan apa yang mengandungi nama Allah“

AMALAN UNTUK MENCUKUPKAN DAN MENGHILANGKAN KEPAPAAN

Rasulullah s.a.w bersabda:- Siapa yang masuk rumah dan beri Salam keatas isirumah (keluarga) yang ada, Selawat ke atas Nabi 3 kali, Baca Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, hilanglah kepapaannya.

Bacalah sebelum masuk rumah (contohnya semasa balik dari pejabat). Bacalah dalam setahun setengah dan lihat hasilnya. []

No comments: