Thursday, June 6, 2013

SUNNAH HARI JUMAAT (1) : MANDI, KISAH: ANTARA SABAR DAN MENGELUH, RAHSIA MURAHKAN REZEKI...

Tazkirah Jumaat
7 Jun 2013 (28 Rejab 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
SUNNAH HARI JUMAAT (1) : MANDI

Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam maksudnya: “Apabila tiba hari Jumaat, maka hendaklah kalian mandi.”  (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Pengajaran: Disunatkan kita mandi pada hari Jumaat. Ianya juga dapat menghapuskan dosa.


KISAH: ANTARA SABAR DAN MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah

http://kisahtazkirah.blogspot.com/2010/05/kisah-antara-sabar-dan-mengeluh.html


RAHSIA MURAHKAN REZEKI...

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sedekahkanlah al-Fatihah kepada kedua ibubapamu setiap pagi  (samada mereka masih hidup ataupun yang telah tiada)". Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu..."

"Tidak akan terputus rezeki seseorang anak itu selagi dia tidak meninggalkan doanya kepada kedua orang tuanya dalam sehari... "

Janganlah sesekali kita meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (samada mereka masih hidup atau sudah meniggal dunia).Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa itu adalah keredhaan Allah SWT.

Semasa kita berdoa, hendaklah berdoa dengan bersungguh-sungguh sambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua-dua ibubapa kita. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT atau tiada keberkatan di dalam rezeki atau harta mereka.

Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah  seperti makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya.

Rezeki yang datang dari Allah kepada kita bukan hanya kerana adanya sijil SPM, STPM, Diploma atau Ijazah tetapi dengan hati yang tulus ikhlas yang berdoa untuk ibu dan bapa kita.....

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kedua-dua ibubapaku, berkatikanlah mereka, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dari sebarang azab dan bahaya, lindungilah mereka, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman.... aminn yarabal 'alamin...."

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah. Wallahu'alam

http://maidaribendang.blogspot.com/2011/04/rahsia-murahkan-rezeki.html

No comments: