Thursday, May 16, 2013

PENGHAPUS DOSA (3) : BUAT YANG TERBAIK PADA HARI JUMAAT, SEMBAHYANG MEMADAMKAN DOSA-DOSA KECIL, SURUHLAH KELUARGAMU SEMBAHYANG


Tazkirah
26 April 2013 (15 Jamadil Akhir 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
PENGHAPUS DOSA  (3) : BUAT YANG TERBAIK PADA HARI JUMAAT

“Tidak ada seorang yang mandi sempena hari Jumaat, membersihkan diri sebersih mampunya, memakai minyak rambut kemudian dia solat dan senyap semasa imam berkhutbah, melainkan Allah mengampunkan semua dosanya antara hari itu dengan hari jumaat yang akan datang.” (Riwayat al Bukhari)

Pengajaran : Pada hari jumaat amalan membersihkan diri dan berwangi-wangi akan    menghapuskan dosa kita dari jumaat ini ke jumaat yang akan datang.


SEMBAHYANG MEMADAMKAN DOSA-DOSA KECIL

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan ruku’nya, maka sembahyang itu merupakan kafarah (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar. (Riwayat Muslim)

Dosa-dosa yang dihapuskan adalah dosa-dosa kecil kerana dosa-dosa besar memerlukan istigfar (mohon ampun) atau taubat. Selain itu dosa-dosa yang diampunkan hanyalah dosa dengan Allah SWT sahaja. Dosa sesama manusia perlu dimaafkan oleh manusia itu sendiri.

Dari Anas r.a. katanya “Seorang laki-laki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: “Ya, Rasulullah! Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku. (hukumlah aku)!” Kata Anas, “Ketika itu telah masuk waktu sembahyang, maka dia sembahyang berjemaah bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sembahyang, dia berkata lagi kepada Baginda, “Ya, Rasulullah!. Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diriku sesuai dengan Kitab Allah.”. Tanya Rasulullah s.a.w. “Apakah engkau tadi sembahyang berjemaah bersama-sama kami?. Jawabnya “Ya!”. Sabda Rasulullah s.a.w. “Nescaya Allah mengampuni engkau.”

Bahwa seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu orang datang menemui Nabi saw. untuk menceritakan hal itu kepada beliau. Maka turunlah ayat: Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghapus dosa perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang mau ingat. Lelaki itu bertanya: Apakah ayat ini untukku, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. bersabda: Untuk siapa saja di antara umatku yang melakukan hal itu. (Shahih Muslim No.4963)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/04/21/sembahyang-memadamkan-dosa-dosa-kecil


SURUHLAH KELUARGAMU SEMBAHYANG

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya…..  (TaHa:132).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang.

Para bapa dan suami bertanggungjawab ke atas anak dan isteri mereka. Mereka juga menanggung dosa anak dan isteri sekiranya tidak diberi didikan dan nasihat.

At-Tahrim [6[ Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka....

At-Taghabun [14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.

An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Memukul anak itu pula bukanlah untuk menyeksa, ia cuma sekadar untuk menggerunkan.

Isteri pula mendapat separuh daripada pahala amalan yang dilakukan oleh suaminya. Misalnya sekiranya seorang suami keluar untuk pergi sembahyang berjemaah di masjid atau menuntut ilmu, maka isterinya yang berada di rumah mendapat separuh dari pahala suaminya (jika isteri itu tidak menentang atau membantahnya) ….dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.

Al-Baqarah [45]….sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/04/21/suruhlah-keluargamu-sembahyang

No comments: