Tazkirah Jumaat
29 Okt. 2010 (21 Zulkaedah 1431H)
29 Okt. 2010 (21 Zulkaedah 1431H)
FADHILAT ASMAUL HUSNA
87. AL JAAMI' Ertinya Yang Mengumpulkan.
“Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat. Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.
88. AL GHANIY Ertinya Yang Maha Kaya.
“Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat. Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari penyakitnya.
SEMUA PERBUATAN DAN PERCAKAPAN KITA DIREKOD
Rasulullah s.a.w bersabda: “Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: “Tunggu dahulu;” lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja.”
Ulama mengatakan Raqib dan Atid, dan Kiraman Katibin adalah 2 malaikat yang sama, cuma dalam quran dibezakan dari segi tugasnya.. Raqib dan Atid merekodkan percakapan manusia, Kiraman Katibin merekodkan perbuatan manusia.
Raqib dan Atid : Ma yalfidhu min qawlin illa ladayhi Raqibun Atid….
Qaf [17] Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya.[18] Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).
Kiraman Katibin, Al-Infitar [10] Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,[11](Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu) [12] Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/10/28/semua-perbuatan-dan-percakapan-kita-direkod/
3 CARA BERTAUBAT
Setiap perbuatan kita dicatit dan direkodkan oleh 2 Malaikat yang berada di sebelah kiri dan kanan kita. Oleh itu bertaubatlah. Ada 3 cara untuk bertaubat iaitu dengan mengucapkan istigfar, menjaga sisa umur dari melakukan dosa, menyesal dan berazam untuk tidak mengulanginya.
Istigfar boleh memadamkan amalan tidak baik yang ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin. Malaikat dilupakan kejahatan yang kita buat. Bahkan diganti pula dengan pahala. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat) – Riwayat Abu Abbas al-Hamadani
Dalam satu hadith disebut “jagalah sisa umur kamu dari dosa-dosa sebelumnya, Allah ampuni dosa kamu yang lepas”. Misalnya jika semasa muda dahulu kita selalu berjudi, maka tinggalkanlah ia buat selama-lamanya. Allah akan mengampuni dosa kita walaupun kita tidak melafazkan istigfar.
”Penyesalan itu adalah taubat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah). Dalam hadith ini, penyesalan itu sendiri adalah taubat, tanpa perlu melafazkan istigfar.
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/10/28/3-cara-bertaubat/
IKUT QURAN DAN SUNNAH TIDAK SESAT
Dari Zaid bin Arqam, r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. ” (Muslim)
Ali-Imran [103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) …..
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik).
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/10/19/ikut-quran-dan-sunnah-tidak-sesat/
KATA-KATA HIKMAH
Jadilah orang dermawan sebab orang yang dermawan hatinya akan selalu lapang dan jiwanya luas. Sedangkan orang yang kedekut, hatinya pengap dan nuraninya kotor.
Amalan soleh seorang ibu amat mempengaruhi setiap watak dan peribadi anak yang bakal dilahirkan. [ ]
No comments:
Post a Comment