Friday, November 5, 2010

Al-MUGHNII, AL-MAANI', HEBATNYA ISTIGHFAR!, MUTIARA HADITH

Tazkirah Jumaat
5 Nov. 2010 (28 Zulkaedah 1431H)



FADHILAT ASMAUL HUSNA

89. Al-Mughnii – Zat yang memberi kekayaan.

“Ya Mughnii!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. Al-Maani’ – Maha Membela/Menolak

“Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.


HEBATNYA ISTIGHFAR!

Definisi Istighfar

Istighfar bermaksud memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan.

Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan. Menurut segolongan ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199

واستغفرالله ان الله غفوررحيم

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Hukum Beristighfar

Istighfar adalah satu ibadah yang agung bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT sama ada istighfar untuk diri sendiri atau orang lain.

Pada dasarnya, hukum beristighfar adalah sunnah seperti dinyatakan di dalam ayat al-Quran di atas. Perlu diingat, hukum istighfar akan bertukar menjadi wajib seperti istighfar terhadap maksiat dan dosa yang dilakukan. Dan hukum boleh bertukar menjadi haram, jika beristighfar untuk orang yang kafir.

Lafaz Istighfar

Di antara lafaz istighfar yang biasa diucapkan.

استغفرالله

(Daku mohon keampunan kepada Allah)

استغفرالله الذلأاله الأهو واتوب اليه

(Daku mohon keampunan kepada Allah, tiada ilah (sembahan) melainkan Dia, dan kepadaNyalah daku bertaubat)

Kelebihan Istighfar

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa kelebihan yang akan diperolehi dari istighfar yang kita lakukan.

1. Mengampunkan segala dosa dan kesalahan

2. Terhindar dari seksaan Allah SWT di dunia dan akhirat

3. Memperolehi kenikmatan dan kesenangan yang baik

4. Mendapat hujan apabila musim kemarau

5. Memperolehi harta benda dan zuriat

6. Menambahkan kekuatan badan (fizikal) dan rohani

7. Menyembuhkan penyakit

8. Menimbulkan kemarahan syaitan dan membinasakannya

9. Menghilangkan dukacita, kesedihan serta menambah rezeki

Suatu iktibar yang diambil dari kisah seorang ‘alim mujtahid yang agung iaitu Imam Hassan al-Basri (rahimahullah) dan beliau merupakan seorang tabi’en.

Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Imam Hassan al-Basri dan mengadu mengenai kemarau yang berlaku di tempatnya. Lalu beliau menyuruh lelaki tersebut beristighfar kepada Allah SWT.

Seorang lelaki lain mengadu tentang kefakirannya, lalu beliau menyuruhnya beristighfar.

Kemudian datang lelaki yang lain mengadu tentang kebunnya tidak subur, maka beliau menyuruhnya beristighfar.

Seterusnya, datang seorang lelaki terakhir mengadu perihal kehidupannya yang tidak mempunyai anak, maka beliau berkata “beristighfarlah kepada Allah”. Lalu imam Hassan al-Basri membacakan firman Allah SWT iaitu ayat 10 dari surah Nuh.

Diriwayatkan bahawa Sheikhul Islam Ibn. Taimiyyah (rahimahullah) jika menghadapi sesuatu masalah dan beliau tidak dapat menyelesaikannya, maka beliau akan beristighfar sebanyak seribu kali atau lebih dan beliau akan mendapati Allah SWT akan menyelesaikan masalahnya.

Oleh itu, marilah kita memperbanyakkan istighfar kepada Allah SWT dengan penuh keinsafan agar kita beroleh keampunan dan rahmatNya.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/11/02/hebatnya-istighfar/


MUTIARA HADITH

Rasulullah s.a.w bersabda ” Siapa yang mengambil harta orang (berhutang dengan orang lain) dengan niat untuk bayar, Allah akan beri peluang untuk dia membayarnya”. Siapa yang niat tidak mahu membayar, maka dia tidak akan dapat membayarnya. Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah

Rasulullah s.a.w. bersabda ” Siapa yang mencantikkan hubungan diantara dia dengan Allah, Allah akan mencantikkan hubungannya dengan orang ramai. Siapa yang mencantikkan batinya, Allah akan cantikkan zahirnya” Riwayat Hakim dari Ibnu Umar.

Rasulullah s.a.w bersabda ” Siapa yang menyorok barang makanan ke atas orang Islam, Allah akan pukulnya dengan bala penyakit kusta dan muflis (bankrap) (Riwayat Ahmad)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/05/

No comments: