Tazkirah Jumaat
25 Dis 2009 (8 Muharram 1431H)
PASANGAN ILMU
Ada 15 pasangan ilmu yang terpenting sekali:-
1. Pengajian mengenai ilmu tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai amalan.
2. Pengajian mengenai amalan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai ikhlas
3. Pengajian mengenai ikhlas tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai hak.
4. Pengajian mengenai hak tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai ihsan.
5. Pengajian mengenai ihsan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai kemanusiaan.
6. Pengajian mengenai kemanusiaan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar.
7. Pengajian mengenai amar maaruf nahi mungkar tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai hikmah di dalam menegur.
8. Pengajian mengenai hikmah dalam menegur tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai sangka baik.
9. Pengajian mengenai sangka baik tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami tipu daya manusia.
10. Pengajian mengenai memahami tipu daya manusia tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai doa dan tawakkal
11. Pengajian mengenai doa dan tawakkal tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai usaha.
12. Pengajian mengenai usaha tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai sunnatullah.
13. Pengajian mengenai sunnatullah tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami dunia.
14. Pengajian mengenai memahami dunia tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami akhirat.
15. Pengajian mengenai akhirat tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai keimanan.
Inilah pengajian yang tidak boleh dipisahkan. Apakah kesimpulannya?. Walau apapun yang kita lalui, akhirnya, hidup ini membawa kita kepada beriman. Dengan kekuatan keimananlah, kita akan sentiasa dibantu di dalam mengharungi hidup di dunia ini, lebih-lebih lagi, di akhirat nanti.
http://www.ustazamin.com/2009/12/bicara-ilmu-10-tanyalah-ustaz-pasangan.html
MOTIVASI IMAN - UBAT HATI
Sedar atau tidak ramai di antara kita tidak mempunyai ketenangan hati. Ini kerana mereka mencari ketenangan tidak pada sumbernya. Di anggapnya harta memberi ketenangan, maka diburunya harta, akhirnya harta itu jugalah yang merungsingkannya. Diburunya pangkat, disangka pangkat memberi ketenangan padanya, rupanya, dengan pangkat, lagi tidak tenang, lantaran takut pangkatnya hilang.
Inilah manusia. Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa Allahlah pemilik ketenangan dan Dia hanya memberikannya pada hati orang yang beriman. Mari kita renung, kesilapan mencari tenang dan bagaimanakah ubatnya.
1. Ramai orang mencari ketenangan dengan sifat mazmumah seperti hasad dengki, suka melihat keaiban orang lain, tidak redha. tidak bersyukur dan sebagainya, tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada sifat mazmumah itu ketenangan. Ubat bagi hati seperti ini ialah dengan menanam dan menyuburkan sifat mahmudah
2. Ramai orang mencari ketenangan dengan melakukan maksiat seperti bergaul lelaki perempuan, mendengar muzik dan sebagainya. tetapi hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada maksiat itu mendatangkan ketenangan. Ubat bagi sikap seperti ini ialah dengan menggantikan setiap maksiat dengan ketaatan
3. Ramai orang mencari ketenangan dengan memperbanyakkan harta yang tidak tahu apakah sumbernya, hakikatnya, Allah tidak menjadikan pada harta yang haram itu mencukupkan. Ubat bagi hati tamakkan harta sehingga terlibat dengan yang haram ialah dengan mencari dan berusaha kepada harta yang halal
4. Ramai orang merasa puas jika bersikap bongkak dengan manusia. Jika dia berpangkat, boleh tengking orang, boleh arah orang dengan kasar dan dia seolah-olah rasa puas sedangkan Allah tidak akan menjadikan pada kesombongan itu kemuliaan. Ubat bagi penyakit ini ialah melatih hati supaya sentiasa tawadhuk.
5. Ramai orang lalai melayan perasaan sedihnya sedangkan Allah tidak menjadikan pada putus asa itu jalan keluar. Ubat bagi penyaki ini ialah kesabaran
6. Ramai orang yang cuba mencari kepuasan dengan dunia, dicubanya berbagai aktiviti supaya hatinya puas sedangkan Allah tidak menjadikan pada cinta dunia itu kepuasan, ubat bagi hati yang demikian ialah memperkukuhkan hati mencintai Allah. Dua cinta tidak akan duduk di dalam satu hati. Jika seorang telah mencintai dunia, maka cinta Allah payah ingin dirasakan.
7. Ramai orang yang merasa puas jika dia marah-marah sedangkan Allah tidak menjadikan pada marah itu hikmah. Ubat bagi hati dan lidah yang marah ialah menanamkan cinta akhirat. Dengan demikian, rasa tidak puas hati pada dunia akan kurang.
Demikianlah beberapa keadaan hati dan ubatnya, semoga memberi manfaat kepada kita semua, amin...
http://www.ustazamin.com/2008/10/motivasi-iman-2-ubat-hati.html
HIJRAH
Rasulullah s.a.w. juga bersabda “berhijrahlah kamu dari dunia dan isi kandungannya” (Riwayat Abu Naim Dari Sayyidatina Aisyah)
Hadith ini bukanlah melarang mencari harta dunia dan disuruh meninggalkan dunia bukanlah kerana ia keji, tetapi :-
Disuruh meninggalkan dan menjauhkan diri dari harta yang haram.
Sebagai satu peringatan bahawa kekayaan itu boleh buat kita lupa daratan dan tidak selamat dari dosa, sebagaimana dalam hadith “Adakah orang yang berjalan di atas air tidak basah kedua kakinya, begitulah orang yang menyayangi dunia, tidak selamat ia dari beberapa dosa”.
Carilah dunia untuk ke akhirat. Islam tidak melarang kita mencari harta, cuma perlu berhati-hati. Orang Islam perlu dunia untuk sampai ke akhirat, seperti sampan perlukan air untuk bergerak. Jika air masuk ke dalam sampan, tenggelamlah sampan itu. Begitu juga dunia, jika ia sudah masuk ke dalam hati (terlalu kasihkan dunia), maka tenggelamlah manusia dalam dunia ini.
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/12/19/hijrah-dari-apa-yang-dilarang/
No comments:
Post a Comment