Thursday, February 27, 2014

TJ 28 Feb. 2014 (28 Rabiul Akhir 1435) : WAKTU TERASA PENDEK, KISAH SEORANG KANAK KANAK YAKIN REZEKI KURNIAAN ALLAH, MUTIARA KATA

Tazkirah Jumaat
28 Feb. 2014 (28 Rabiul Akhir 1435)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW  (28 Februari 2014)
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

WAKTU TERASA PENDEK

Daripada Anas Bin Malik r.a; beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek. Maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, dan sehari dirasakan seperti satu jam serta satu jam dirasakan seperti satu kilatan api (sebentar sahaja) (Riwayat Tirmizi)

Keterangan:

Waktu akan terasa berlalu begitu cepat. Belum sempat kita melakukan apa-apa, tiba-tiba waktu sudah berlalu, sehingga banyak urusan yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang sedang kita sibukkan. Kita diburu waktu dan ia berlalu dengan cepat sekali sehingga tidak ada urusan yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan pendeknya waktu.

Menurut Imam al Karmani r.a yang dimaksudkan dengan pendeknya waktu itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al Karmani itu. Dahulu kita merasakan dalam sehari banyak urusan yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit urusan yang dapat kita laksanakan. Ini adalah tanda hari kiamat hampir tiba.

(Sumber: 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam)


KISAH SEORANG KANAK KANAK YAKIN REZEKI KURNIAAN ALLAH

Sebagai seorang muslim, kita perlu percaya dan yakin bahawa setiap rezeki yang datang itu datang hanya daripada Allah SWT. Janganlah sesekali kita berasa rugi dalam bersedekah kerana Allah SWT sentiasa akan memperbanyakkan lagi rezeki kita.

Ini adalah sebuah kisah seorang budak kecil yang begitu yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Bagaimana keyakinan tersebut datang?

Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki.

Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama beberapa tahun.

Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat, dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan.

Pada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan.

Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus makan.

Begitulah yang berlaku selama beberapa tahun. Tapi Allah nak tarbiah anak ini. Pada hari berikutnya, si ibu bergegas menghadiri pengkebumian saudaranya dan terlupa untuk memasak makanan anaknya.

Selepas saudaranya itu dikebumikan, si ibu bergegas pulang dan di dapati anaknya sedang menunggu di depan pintu sambil tersenyum. Lalu anaknya pun berkata, “Sedap betul lauk ibu masak, tak pernah rasa masakan ibu yang paling sedap macam hari ni.”

Ibunya terdiam lalu bertanya apa telah terjadi ?

Si anak menjawab, “Saya pulang dari sekolah, lepas solat saya turun makan check tudung saji takda makanan. Check kat periuk pun takda. Check kat kabinet dapur pun takda. Saya rasa solat saya tadi banyak cacat cela lalu saya bersolat sekali lagi.

Selepas tu saya check masih takda makanan kat semua tempat tadi. Mungkin solat saya masih Allah belum terima sebab sebelum ni takda problem pun.

Saya pun solat lagi sekali untuk kali ketiga, perbaiki supaya lebih khusyuk dan mohon kepada Allah. Apabila saya turun, makanan telah terhidang di atas meja dan lauk dia yang paling best pernah saya rasa.”

Ibunya masih dapat mencium bau lauk yang wangi itu yang masih melekat dari mulut anaknya.

Orang alim bagitau, makanan tersebut Allah hantar cash dari syurga. Ibunya dikisahkan pergi juga ke dapur tapi tiada apa-apa yang dilihat. Ganjaran tersebut hanya untuk si anak.

Apabila keyakinan kepada Allah 100%, maka di situlah bantuan Allah sampai melalui perantaraan solat seperti yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.a dulu.

Firman Allah, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Taha 20:132

Wa Allahu'alam..

https://www.facebook.com/pages/Islamic-Articles/


MUTIARA KATA

Ilmu itu lebih baik dari harta. Ilmu akan menjaga engkau dan engkau akan menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) sementara harta terhukum. Jika harta itu akan berkurang jika dibelanjakan, maka ilmu akan bertambah jika dibelanjakan.

(Sayidina Ali bin Abi Thalib)

TJ 21 Feb. 2014 (21 Rabiul Akhir 1435) : MENGAMBIL IKTIBAR CABARAN DILALUI NABI KETIKA BERDEPAN KESUSAHAN, LATIH OTAK TERUS BERFIKIR, TAMBAH ILMU, BANGGA, SOMBONG CIRI RAKUS TERCELA, KATA-KATA BIJAK

MENGAMBIL IKTIBAR CABARAN DILALUI NABI KETIKA BERDEPAN KESUSAHAN

MANAKAH yang besar penderitaan kita dengan penderitaan Nabi Adam? Yang dalam syurga bersenang-senang dengan isterinya, lalu disuruh keluar. Manakah yang susah penderitaan kita dengan penderitaan Nabi Nuh, yang menyeru umat kepada Islam, pada hal anaknya enggan mengikut?

Hingga seketika disuruh Tuhan segala ahli kerabatnya naik perahu, anak itu tidak ikut. Malah sama karam dengan orang ramai di dalam gulungan banjir di hadapan matanya. Kemudian datang pula ketetapan Tuhan anak itu bukan keluarganya.

Pernahkah kita lihat cubaan serupa yang ditanggung Ibrahim? Disuruh menyembelih anak untuk ujian, ke manakah dia lebih cinta, kepada Tuhannya atau kepada anaknya?

Yaakub dipisahkan daripada anaknya Yusuf. Yusuf diperdayakan seorang perempuan. Ayub ditimpa penyakit parah. Daud dan Sulaiman kena pelbagai fitnah. Demikian Zakaria dan Yahya, yang memberikan jiwa mereka untuk korban keyakinan. Isa Al-Masih pun demikian pula. Muhammad lebih-lebih lagi.

Pernahkah mereka mengeluh? Tidak, kerana mereka yakin kepercayaan kepada Tuhan menghendaki perjuangan dan keteguhan. Mereka tidak menuntut kemenangan zahir kerana mereka sudah menang.

Mereka memikul beban seberat itu, menjadi Rasul Allah, memikul perintah Tuhan kerana mencintai manusia. Sebab itu mereka tempuh kesusahan, pertama membuktikan cintakan Tuhan, kedua menggembleng (mengekang) batin, ketiga kerana rahim yang sayang segenap umat.

Apakah lagi yang akan kita keluhkan apabila berdepan cubaan? Sehingga manakah baru darjat kita, dibandingkan dengan nabi? Mari kita tempuh liku hidup, mari kita berjuang, bersabar, bertawakal dan berani menurut contoh nabi.

Sumber: Tasauf Moden oleh Prof Dr Hamka

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2010/01/ingatan-bagi-pelupa-mengambil-iktibar.html


LATIH OTAK TERUS BERFIKIR, TAMBAH ILMU

UNTUK menjaga kesihatan jiwa, biasakan berfikir setiap hari walau fikiran yang kecil sekalipun kerana apabila otak dibiarkan menganggur, boleh ditimpa sakit malah menjadi bingung. Tiap-tiap hari otak mesti dilatih. Jika otak malas berfikir, kita menjadi dungu.

Kebanyakan mereka yang bodoh kerana malas berfikir. Itulah mati di dalam hidup. Haruslah diajar kekuatan berfikir sejak kecil kerana orang yang kuat berfikir akan dapat menghasilkan hikmat. Jika besar kelak dia akan menjadi garam, yang tanpanya sambal masyarakat tiada ada rasa.

Berfikir hampir dengan pengalaman. Seorang pemikir berpengalaman, boleh mengambil natijah (kesimpulan) suatu perkara dengan segera, sedang orang lain memandang perkara itu besar dan sulit.

Laksana seorang yang ada keris pusaka yang tajam, sentiasa diasah dan digosok. Jika keris itu disimpan saja, tidak diasah, digosok, akan berkarat. Begitu juga fikiran manusia, seorang ahli ilmu akan sentiasa ingin menambah ilmunya kerana ilmu laksana lautan.

Manusia umpamakan rahsia dan keajaiban alam ini dengan lautan besar. Ombaknya yang memecah, membawakan mutiara yang tersimpan di dasar lautan masih banyak, hingga dunia kiamat, perbendaharaan laut itu tidak akan habis. Berkata Hasan Basri: "Pimpin dan kendalikan jiwa dengan baik, kerana amat liarnya, dan beri ingatlah, kerana dia lekas lupa."

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2010/01/ingatan-bagi-pelupa-latih-otak-terus.html


BANGGA, SOMBONG CIRI RAKUS TERCELA

ABUL-LAITS berkata: "Rakus itu ada dua macam, rakus yang tercela dan tidak tercela tetapi lebih baik ditinggalkan.

Rakus tercela ialah yang sampai melupakan kewajipan terhadap Allah atau mengumpulkan kekayaan untuk berbangga dan kesombongan.

Adapun yang tidak tercela iaitu tidak sampai meninggalkan kewajipan dan tidak bermaksud untuk kesombongan. Sebab antara sahabat juga ada yang kaya raya dan tidak dicela atau dilarang oleh Rasulullah SAW.

Abud-Dardaa' menyebut rakus yang tercela iaitu menyebabkan mengabaikan perintah dan kewajipan terhadap Allah.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Hafsah binti Umar berkata kepada ayahnya (Umar): "Sungguh Allah memberi kepadamu kebaikan sebanyak-banyaknya, dan melapangkan rezekimu maka jika engkau makan yang lebih baik daripada makananmu yang biasa dan memakai lebih halus daripada pakaian biasa."

Umar menjawab: "Saya akan mengajak engkau bertahkim kepada dirimu sendiri, lalu Umar mengingatkan keadaan Rasulullah SAW yang diketahui sendiri oleh Hafsah sehingga Hafsah menangis, kemudian Umar berkata: Saya mempunyai dua kawan, dan keduanya sudah menempuh jalan, maka jika saya menempuh jalan lain, maka tentu saya sampai ke jalan lain yang bukan jalan kedua kawanku itu, demi Allah saya akan sabar mengikuti kehidupan keduanya yang berat, semoga saya dapat mencapai kehidupan keduanya yang lunak dan puas."

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2009/12/ingatan-bagi-pelupa-bangga-sombong-ciri.html


KATA-KATA BIJAK

Kadang masalah adalah sahabat terbaikmu. Mereka buatmu jadi lebih kuat, dan buatmu menempatkan Tuhan di sisimu yang paling dekat.

Jangan yakinkan diri bahwa dia menyukaimu, hanya karena dia bersikap manis padamu. Kadang kamu hanya sebuah pilihan ketika dia bosan.

Jangan pernah meremehkan diri sendiri. Jika kamu tak bahagia dengan hidupmu, perbaiki apa yang salah, dan teruslah melangkah.

Jangan membenci mereka yang mengatakan hal buruk untuk menjatuhkanmu, karena merekalah yang buatmu semakin kuat setiap hari. [  ]

TJ 14 Feb. 2014 (14 Rabiul Akhir 1435) : SAMPAIKAN ILMU WALAUPUN SEDIKIT, HARI VALENTINE BERTENTANGAN SYARIAT ISLAM

Tazkirah Jumaat
14 Feb. 2014 (14 Rabiul Akhir 1435)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

SAMPAIKAN ILMU WALAUPUN SEDIKIT

Daripada Abdullah bin ‘Amar bin ‘Ash R.A; beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikan apa yang kamu dengar daripada Ku walaupun satu ayat. Dan sampaikan daripada apa yang kamu dengar daripada Bani Israil, maka tidak mengapa yang demikian itu. Dan sesiapa secara sengaja berbohong atas nama Ku maka hendaklah dia menyediakan dirinya untuk   dimasukkan ke dalam api neraka.” (Riwayat Bukhari dan Tirmizi)

Keterangan: Bukan mudah untuk menjadi seorang ulama besar. Alhamdulillah, sedikit ilmu yang telah diberi oleh Allah SWT kepada kita hendaklah kita amalkan, dan ilmu yang sedikit yang telah kita amalkan tadi hendaklah pula kita sampaikan kepada orang lain.

Misalnya kita sudah mengerti membaca surah al Fatihah dengan baik, maka kita dapat menggunakannya dalam solat kita, dan kita juga sebenarnya sudah dapat mengajarnya kepada orang lain yang belum dapat membaca surah al Fatihah dengan baik. Begitulah seterusnnya, kita disuruh menyampaikan ilmu yang telah kita miliki walaupun hanya sedikit. Kemudian masalah riwayat daripada Bani Israil (Israiliyat), yang berisi kisah-kisah Bani Israil, maka sekiranya ada yang tidak bertentangan dengan dasar-dasar agama kita, maka bolehlah kita menceritakannya kepada orang lain. Tetapi seandainya kisah-kisah Israiliyat itu bertentangan dengan agama kita, maka kita tidak boleh menceritakannnya kepada orang lain.

Di sini juga disebutkan beberapa ancaman ke atas orang yang sengaja berbohong atas nama Rasulullah SAW iaitu mengatakan sebagai hadis bagi sesuatu yang diyakininya bukan hadis daripada Rasulullah SAW. Maka, orang ini diancam dengan neraka seandainya dia tidak bertaubat kepada Allah SWT.

(Dipetik daripada kitab 40 hadis kelebihan ilmu dan ulama, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam)


HARI VALENTINE BERTENTANGAN SYARIAT ISLAM

BUDAYA menurut Kamus Dewan bermaksud tamadun, peradaban dan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara berfikir, berkelakuan dan cara bertindak serta segala hasil kegiatan atau amalan kerohanian sesuatu masyarakat.

Snouk Hurgronje, seorang orientalis dan penasihat Belanda di Indonesia pernah menjelaskan bahawa semakin kuat rakyat sesebuah negara yang dijajah itu menganut budaya dan peradaban Barat, maka semakin bebas mereka daripada ajaran Islam.

Pada masa kini, umat Islam terpaksa menghadapi pelbagai bentuk ancaman budaya. Antara ancaman itu khususnya yang perlu dihadapi ketika menjelang Februari setiap tahun ialah penularan budaya sambutan Hari Kekasih atau lebih dikenali sebagai 'Valentine's Day'.

Menurut Ken Swiger dalam artikelnya 'Should Biblical Christians Observe It?' menjelaskan, perkataan Valentine berasal daripada bahasa Latin bermaksud 'yang perkasa, kuat dan kuasa'. Ini ditujukan khas kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan masyarakat Rom. Dalam hal ini, sedar atau tidak seseorang yang menyambut Hari 'Valentine' adalah sama seperti menghidupkan kembali budaya pendewaan dan pemujaan patung-patung sembahan masyarakat Rom itu.

Sebenarnya budaya menyambut Hari Kekasih ini dilihat semakin mendapat tempat dan popular dalam masyarakat Melayu terutama golongan remaja dan muda-mudi yang sedang hangat bercinta. Bagi mereka tarikh 14 Februari sentiasa diingati dan ditunggu-tunggu. Namun, amat mendukacitakan apabila ingatan mereka terhadap tarikh Hari Kekasih ini mengatasi ingatan mereka terhadap tarikh-tarikh hari kebesaran dalam Islam seperti tarikh kelahiran Rasulullah SAW dan tarikh berlakunya peristiwa hijrah.

Apabila ditanya mengenai tarikh kelahiran Rasulullah SAW, maka mereka akan tercengang dan terpinga-pinga. Bukan sekadar itu saja, malah ada sebilangan media massa sama ada media elektronik atau bercetak, tidak terlepas daripada membuat promosi secara besar-besaran melalui iklan dan tayangan filem yang ada kaitan dengan Hari Kekasih. Hal ini seolah-olah mendorong dan menggalakkan lagi sambutan itu.

Menurut sejarah, ada beberapa kisah berkaitan asal usul sambutan Hari 'Valentine' ini. Sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari 'Valentine' pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda. Tubuh yang berlumuran darah itu dibasuh pula dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah Kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang mereka jumpa. Gadis-gadis Rom amat gembira jika mereka dipalit darah oleh pemuda terbabit, kerana mereka percaya darah itu dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.

'Valentine' adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa kisah mengaitkan paderi Valentine ini dengan sambutan Hari 'Valentine'. Antaranya ialah paderi itu orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.

Jasanya adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan itu, tarikh 14 Februari diputuskan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan pada setiap tahun. Hal ini juga sebagai cara untuk mengenang semua jasa paderi Valentine itu dalam usahanya untuk menjatuhkan Islam .

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita wajib menghindari daripada mengamalkan budaya menyambut Hari Valentine. Ini kerana ia jelas bertentangan dengan syariat Islam selain dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Ingatlah, kesucian Islam akan dapat dipertahankan selagi umat Islam berpegang kuat dengan akidah Islam.

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2010/02/hari-valentine-bertentangan-syariat.html

TJ 7 Feb. 2014 (7 Rabiul Akhir 1435) : GOLONGAN LALAI TAK CUKUP MASA, SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014M/1435H PERINGKAT MUKIM KUNDASANG, MOTIVASI

Tazkirah Jumaat
7 Feb. 2014 (7 Rabiul Akhir 1435)


GOLONGAN LALAI TAK CUKUP MASA

TIDAK cukup masa. Rasanya setiap hari kita mendengar keluhan ini kerana 24 jam sehari tidak mencukupi untuk melakukan pelbagai perkara menyebabkan ada antara kita terpaksa menggunakan waktu malam semata-mata menyambung tugas pada siang hari.

Sebenarnya, perkara itu sudah diingatkan kepada kita melalui firman Allah yang bermaksud: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar.” (Surah Al-Asr, ayat 1-3)

Apabila dinilai semula ingatan ini, jelaslah bukan masa tidak mencukupi tetapi kelemahan kita membiarkan masa berlalu tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak percaya, cuba kita senaraikan aktiviti dilakukan dalam sehari dan masa diambil melakukannya.

Pasti kita akan berjumpa dengan saat-saat dibazirkan tanpa sedar sedangkan jika dimanfaatkan, perjalanan 24 jam sehari sudah memadai atau sekurang-kurangnya berupaya memenuhi keperluan harian.

Tempoh masa untuk melakukan kerja di pejabat contohnya, digunakan dengan berbual, sementara masa satu jam dihadkan bagi makan tengah hari serta solat dipanjangkan hingga dua jam.

Sebab itulah kita selalu mengeluh, tidak cukup masa. Padahal, sudah diingatkan kita akan rugi jika tidak bijak mengatur masa.

Justeru, apabila melihat remaja kita yang duduk bersembang di kedai makan atau melepak di pusat beli-belah, andaian boleh dibuat banyaknya masa mereka hingga boleh duduk lama-lama di sana.

Dalam dunia yang sangat pantas ini, manusia berlumba dengan masa. Banyak cabaran semasa menjadikan kita ditinggalkan masa seperti kesesakan lalu lintas, perkhidmatan awam tidak berkesan, perkhidmatan kaunter lambat dan macam-macam cabaran lagi.

Semua itu menuntut kebijaksanaan merancang supaya masa diperuntukkan tidak dipersiakan seterusnya menjadikan kita golongan rugi. Tetapi, manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.

Sekurang-kurangnya kita merancang dengan mengambil kira semua aspek dan apabila berlaku tidak seperti dirancang, rasanya kita boleh berpuas hati dan reda ketentuan Allah. Itu akan menjadi positif jika kita melihat ia sebagai ujian terhadap kesabaran berlumba dengan masa.

Ketentuan itu juga sepatutnya membuka dimensi pemikiran bahawa perancangan kita tidak boleh mengatasi rancangan Allah. Mungkin pada hemat kita apa yang dirancang itu baik tetapi Allah lebih mengetahui. Di sinilah kesabaran kita diuji dan ilmu kita juga diuji.

Perkataan sesuai bagi situasi sebegini ialah muhasabah iaitu apakah kita sudah membuat perancangan yang teliti. Justeru, kesudahan tidak seperti dirancang adalah kesempatan untuk kita melakukan bedah siasat dan melakukan penambahbaikan pada masa depan.

Mengejar masa juga bukan bermakna mengorbankan tuntutan jiwa yang memerlukan rehat kerana badan serta minda kita juga perlu direhatkan. Oleh itu, jadual di pejabat, sekolah, universiti dan rumah, diperuntukkan masa untuk rehat.

Bagaimana kita memanfaatkan masa rehat itu pula perlu dinilai semula. Bagi yang bercuti hujung minggu, pasti seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga untuk melakukan aktiviti bersama.

Tidak dinafikan, timbul pula perbahasan antara kualiti masa atau kuantiti masa. Jika hendak didebatkan, tidak akan berjumpa titik pertemuannya. Terpulang kepada kedudukan serta keperluan bagi merencana yang terbaik untuk menghabiskan waktu rehat kita.

Keseimbangan penting untuk kita membuat perancangan berpandukan keutamaan. Pastinya, keutamaan kita ialah mengejar kebaikan di dunia serta memperoleh kebahagiaan di akhirat. Bercerita mengenai masa, marilah kita renungkan hadis ini.

Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah SAW memegang bahuku seraya berkata: “Jadikanlah diri kamu di atas muka bumi ini sebagai seorang perantau atau pengembara”. Ibnu Umar berkata: “Apabila kamu berada pada waktu petang, jangan kamu tunggu menjelang waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, jangan kamu tunggu menjelang petang. Gunakanlah peluang beramal ketika kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan ketika hidup untuk persediaan matimu”. (Hadis riwayat al-Bukhari).


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014M/1435H PERINGKAT MUKIM KUNDASANG

Tarikh : 8 Februari 2014 (Sabtu)

Masa : 7.00 pagi hingga 12.30 Tengahari

Tempat : Perkarangan Kedai SEDCO Pekan Kundasang

Perasmi : YB. Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

Orang ramai dijemput hadir


MOTIVASI

Percaya diri bukan sekedar dianggap hebat, namun memang sudah hebat sejak lahir. Hanya saja persepsi diri kita yang menghalangi kehebatan kita masing-masing.

“Jika sore tiba, janganlah tunggu waktu pagi, jika pagi tiba, janganlah tunggu waktu sore. Manfaatkan masa sehatmu sebelum tiba masa sakitmu dan manfaatkan masa hidupmu sebelum tiba ajalmu.” — Ibnu Umar, Putra Umar bin Khattab

Orang yang reaktif seolah orang yang hanyut tidak berdaya di derasnya sungai, dia bergerak sesuai dengan arahnya aliran sungai dan terombang-ambing.

Sementara orang yang proaktif seperti orang yang memiliki perahu atau speedboat yang kuat sehingga dia bisa bergerak kemana saja sesuai yang dia kehendaki tidak peduli kemana aliran sungai yang mengalir.

facebook.com/motivasi.islami

TJ 31 Jan. 2014 (29 Rabiul Awal 1435) : ASMAUL HUSNA : 24. AL-MU’IZ: ( المعز ) MAHA PEMBERI KEMULIAAN ATAU KEMENANGAN, FILSAFAT HIDUP RASULULLAH (SIRI V), KATA-KATA HIKMAH

Tazkirah Jumaat
31 Jan. 2014 (29 Rabiul Awal 1435)


ASMAUL HUSNA : 24. AL-MU’IZ: ( المعز ) MAHA PEMBERI KEMULIAAN ATAU KEMENANGAN

Dalam Al-Qur’an, kata Mu’iz, yang merujuk langsung pada sifat Allah, tidak ditemukan. Tetapi, kata kerja yang menunjukkan kegiatan Allah dalam penganugerahan kemuliaan kepada hamba-Nya, bisa dijumpai dalam beberapa ayat. Salah satu di antaranya adalah: “Engkau memberi kemuliaan kepada siapa yang Engkau kehendaki.” (Ali Imraan: 26)

Siapakah yang dikehendaki Allah untuk dimuliakannya? Al-Qur’an membocorkan rahasia itu kepada kita, sebagaimana firman-Nya: “Kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mu’min, tetapi orang-orang munafiq itu tiada mengetahui.” (Al-Munafiqun: 8)

Kemuliaan menurut ayat di atas hanya pantas disandangkan kepada mereka yang mempunyai kedekatan hubungan dengan Allah. Orang yang menjaga jarak dengan Allah, menjauh dari ajaran-Nya, dan melalaikan-Nya, maka Dia akan mencabut kemuliaannya.

Al-Qur’an mengingatkan tentang beberapa hal yang bisa melalaikan manusia dari mengingat Allah, di antaranya adalah harta kekayaan. Karunia Allah yang awalnya diberikan sebagai fasilitas hidup, tapi oleh manusia justru dijadikan sebagai tujuan hidup. Bahkan, sebagian besar manusia memandangnya sebagai kemuliaan. Tak heran jika ada yang mengira bahwa kemuliaan manusia itu terletak pada seberapa banyak harta yang dikumpulkan. Dalam keadaan seperti itu, manusia berubah dari Hamba Allah menjadi budak harta atau budak dunia. Mereka mengira bahwa harta, jabatan, popularitas, dan kemegahan duniawi lainnya bakal dapat mengekalkan dan menjadikannya abadi di dunia ini.

“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu sampai kamu masuk ke dalam kubur”. (At-Takatsur: 1-2)

“Dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya, sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah”. (Al-Humazah: 3 dan 4).

Pesan penting yang harus dicamkan baik-baik di sini, adalah bahwa kemuliaan itu bukan berada di luar, bukan faktor eksternal. Kemuliaan itu sesungguhnya ada pada diri kita sendiri, ketika kita mampu menggali nilai-nilai ilahiyah dalam diri. Inilah yang akan melahirkan percaya diri (self-confidence), menumbuhkan harga diri, dan selanjutnya mendorong kemandirian. Di sinilah sesungguhnya letak kemuliaan itu.

“Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu”. (Al-Israa: 14)

Allah telah memuliakan kita karena kedekatan hubungan kita kepada-Nya. Satu lagi tugas kekhalifahan yang harus kita jalani, yaitu memuliakan orang lain. Jika kita ingin dimuliakan, maka muliakanlah orang lain. Jika kita ingin dihormati, maka hormatilah orang lain. Jangan sekali-kali memandang rendah orang lain, karena setiap manusia mempunyai kedudukan yang sama dan sederajat. Yang membedakannya adalah iman dan taqwanya. Dengan semangat memuliakan, akan tercipta kedamaian dan ketentraman batin. (Hamim Thohari)

Al-Mu'iz bererti Maha Pemberi Kemuliaan atau Kemenangan. "Ya Mu'izz" dizikirkan sebanyak 140 kali setiap hari, Inshaa Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

http://esq-news.com/2011/berita/06/24/al-muiz-engkau-muliakan-yang-mulia.html


FILSAFAT HIDUP RASULULLAH (SIRI V)

6. Keenam : Suka memberi.

Sabda Nabi Yang ertinya : "Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah".

Orang yang suka memberi, martabatnya lebih terhormat daripada orang yang suka menerima. Allah berfirman yang ertinya : "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir, seratus biji. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas karunia-Nya lagi Maha Mengetahui. (QS. Al-Baqarah : 261)

Tidak ada orang yang suka sedekah, kemudian jatuh miskin. Umumnya yang jatuh miskin kerana suka judi, togel, dan minuman keras. Dan kaya menurut Islam adalah kerja keras, hidup hemat, dan suka sedekah.

7. Ketujuh : Rasul pernah ditanya oleh para sahabat : "Wahai Rasul! Si pulan itu orang yang luar biasa hebatnya. Dia selalu berada dalam masjid, siang malam melakukan shalat, puasa, I'tikaf, berdo'a. Kemudian Rasul bertanya kepada para sahabat, "Apakah orang itu punya keluarga?" Sahabat menjawab, "Punya Ya Rasul". Kata Rasul : "Orang tersebut adalah orang yang tidak baik!. Saya ini suka ibadah tapi disamping itu sebagai seorang suami, berusaha mencari nafkah. Sampai Rasul menyatakan: "Tergolong tidak baik orang yang hanya mementingkan urusan ukhrawi tetapi melalaikan urusan dunia".

Juga tidak benar orang yang hanya mementingkan urusan duniawi tapi melalaikan urusan ukhrawi. Yang paling baik adalah seimbang antara kepentingan duniawi dengan kepentingan ukhrawi dan tidak berat sebelah.

Oleh Al-Ustadz Drs. Burhanuddin

https://www.facebook.com/pages/Islamic-Articles/398821230148428


KATA-KATA HIKMAH

1. Maafkan semua orang sebelum tidur.Bersangka baik dengan Allah dan manusia.Tak payah simpan amarah dan dendam.Itu cuma beban yang meletihkan jiwa.Jiwa bukan sudah cukup terbeban?

2. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Ya Allah, jadikan kami orang yang senang meminta maaf dan memberikan maaf.

3.  "Allah itu, lebih dari cukup. Lebih dari segala-galanya. Kau ada Allah, kau ada semuanya."

https://www.facebook.com/pages/Islamic-Articles/398821230148428