Thursday, June 19, 2014

GANJARAN KEBAIKAN, SEDEQAH, SOLAT TAHAJUD DAPAT PERKUKUH IMAN, ELAK PERBUATAN KHIANAT, DOA MUSTAJAB BAGI ORANG BERIMAN

Tazkirah Jumaat
23 Mei 2014 / 23 Rejab 1435

GANJARAN KEBAIKAN

Daripada Abu mas’ud al Ansari r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, dia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya.” (Riwayat Muslim)

Pengajaran:

Tunjukkan teladan yang baik supaya teladan itu diikuti oleh orang yang melihatnya.

(Sumber: Buat diri ku yang mudah lupa 101 rekreasi hati, Zahazan Mohamad, Nik Wafdi Nik Jaafar)

Kiriman Ustaz Mohamad Razi Bin Hj. Zulkifli, Bentong, Pahang Darul Makmur


SEDEQAH

KEUNTUNGAN 'MEMBERI' :

1. Ketinggian martabat dan darjat pemberi sedeqah.

2. Memadamkan kemarahan Allah taala.

3. Memberi perlindungan kepada pemberinya dari bala dan kesusahan.

4. Penawar kepada kebanyakan penyakit rohani/hati.

5. Besarnya ganjaran dan pahalanya berlipat ganda

6. Menghapuskan kesalahan dan menebus dosa

7. Sedeqah membawa keberkatan kepada harta dan menambahkan rezeqi.

8. Pencegah dari azab dan jalan memasuki syurga.

9. Bukti kebenaran iman.

10. Menanggalkan sifat buruk dan menghiasinya dengan sifat tepuji.

11. Pintu segala amalan kebaikan.

12. Berada di bawah naungan sedeqahnya pada hari qiamat.

BENTUK SEDEQAH YANG TERBAIK

1. Sedeqah yang disembunyikan.

2. Amalan sedeqah ketika sihat dan kuat lebih baik dari wasiat selepas kematian atau ketika sakit dan nazak.

3. Amalan sedeqah yang dilakukan selepas menunaikan amalan wajib

4. Sedeqah kepada kaum kerabat, khususnya yang yatim dan yang kita tidak rapat atau kita kurang suka.

5. Pemberian sedeqah kepada jiran tetangga

6. Sedeqah yang diberikan kepada rakan sejawat/seperjuangan dan kawan yang berjuang di jalan Allah.

7. Sedeqah di jalan jihad pada jalan Allah sama ada jihad menentang orang kafir mahupun orang munafiq.

8. Sedeqah jariah/ sedeqah yang berterusan.

9. Pada waktu yang tepat dan terpilih

https://www.facebook.com/DrZaharuddin

SOLAT TAHAJUD DAPAT PERKUKUH IMAN, ELAK PERBUATAN KHIANAT

DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." Hadis riwayat al-Bukhari.

Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.

Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.

Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://agamaberitaharian.blogspot.com/


DOA MUSTAJAB BAGI ORANG BERIMAN

DARIPADA Abdullah ibn Abbas, Rasulullah SAW pernah berdoa: "Ya Allah aku berserah kepada engkau, aku beriman kepada engkau, aku bertawakal kepada engkau, aku kembali kepada engkau dan aku berjuang kerana engkau.

Ya Allah, aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan engkau, tiada Tuhan yang aku sembah melainkan engkau, janganlah aku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doa mustajab bagi orang mukmin. Oleh itu hendaklah berdoa kepada Allah dengan menyerahkan diri penuh keimanan dan bertawakal kepadanya serta memuji sifat-Nya.

Setiap hamba Allah hendaklah meletakkan sepenuh harapan kepada-Nya supaya diterima doanya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://agamaberitaharian.blogspot.com/

No comments: