14 Mac 2014 (12 Jamadil Awal 1435)
26. AS-SAMII' (السميع) MAHA MENDENGAR
As-Samii' berati tiada apa pun yang dapat didengar terlepas dan pendengaran-Nya meski tersembunyi atau gaib, rahsia atau bisikan-bisikan.
Allah As-samii’ mendengar dan mengabulkan permintaan hamba-hambaNya, mendengar keluhan serta puji-pujian kepadaNya. Allah juga mendengar setiap rahsia yang disembunyi oleh hamba-hambaNya. Dia mendengar suara lidah dan suara hati dan menghitungnya.
Hamba Allah As-Samii’ akan sentiasa berhati-hati dalam bicaranya dan tindakannya kerana Allah mendengar semuanya, tiada suatu pun dapat lari dari pendengaranNya.
Hamba Allah As-Samii’ menjadi pendengar yang baik kepada pandangan dan teguran orang di sekitarnya dan juga keluhan hati mereka.
Ada dua hikmah yang dapat diambil dengan asma As-Samii' ini.
1) dengan mengetahui bahwa Allah Swt. maha mendengar, kita harus menjaga lidah kita.
2) bahwa Dia hanya menciptakan pendengaran agar kita mendengarkan firman Allah Swt. dan kitab-Nya sehingga manusia dapat menerima manfaat petunjuk menuju jalam Allah.
Tentang sifat/asma ini ada dalam QS As-Syura, 42: 11 dan QS Al-Fatir, 32: 22
Hadist yang berkaitan dengan hal ini adalah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Rasulullah saw. berkata "Jika sesorang berkata, 'Allah mendengar do'a orang yang memuji-Nya,' maka katakanlahm 'Ya Tuhan kami, hanya milikmu-lah segala puji.'" (shahih Muslim)
Amalan do'a menggunakan asma As-Samii' ada dalam QS Al-Baqarah, 2: 127 dan QS Ali Imran, 3: 38 sementar itu, amalan do'a sesuai tuntunan Rasulullah saw. ada dalam hadist (Shahih At Tirmidzi 2769)
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA "YA SAMII'!"
"Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
"Ya Samii'!" Baca 500 kali selepas solat sunat Dhuha pada hari Khamis, insha Allah doanya akan dimakbulkan dan akan sembuh pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya menjadi semakin baik.
KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH PADA BADAN KITA
1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.
2. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling besar adalah ovum.
3. Gigi manusia tumbuh 6 bulan sebelum lahir. Walaupun begitu, tak semestinya kita boleh lihat bayi lahir-lahir dah ada gigi.
4. Pundi kencing ketika penuh, berukuran hampir sama dengan saiz softball.
5. Terdapat 2.5 trillion sel darah merah didalam badan anda sekarang.
6. Apabila kita menyentuh sesuatu, kita menghantar message ke otak kita pada kelajuan 124 batu per jam.
7. Kapilari darah adalah tersangat kecil sehinggakan 10 kapilari barulah bersamaan dengan sehelai rambut. Bayangkan…
8. Bayi sudah mula bermimpi ketika masih di dalam perut ibu lagi.
9. Bakteria di dalam mulut anda lebih banyak daripada populasi manusia di US dan Kanada jika digabungkan.
10. Jika manusia menjerit selama 8 tahun 7 bulan 6 hari, tenaga bunyi yang dihasilkan cukup untuk memanaskan secawan kopi.
11. Jika mengelipkan mata, kita sedang menggerakkan 200 otot.
12. Panjang tapak kaki adalah sama dengan panjang dari pergelangan tangan ke pelipat siku.
13. Terdapat 137 juta sel peka cahaya pada retina mata.
14. Tulang paha adalah tulang terpanjang dalam badan kita dan ia adalah 1/4 daripada tinggi kita.
15. Otak kanan mengawal bahagian kiri badan, manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan…
16. Jantung kita berdenyut kira-kira 100 000 kali setiap hari.
Betapa hebatnya penciptaan manusia. Allahuakbar.
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (Surah Az-Zariyat : ayat 20-21)
halimislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment