Thursday, January 30, 2014

Tazkirah Jumaat 24 Jan. 2014 (22 Rabiul Awal 1435) : AMALAN SYURA LEBIH DEKAT KEBENARAN, FILSAFAT HIDUP RASULULLAH (SIRI IV), INGATAN BAGI PELUPA: SIFAT HIKMAT TIDAK PERLU BERLEBIHAN

Tazkirah Jumaat
24 Jan. 2014 (22 Rabiul Awal 1435)

AMALAN SYURA LEBIH DEKAT KEBENARAN

SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang hendak melakukan sesuatu urusan umat Islam hendaklah bermesyuarat nescaya Allah memberikan taufik bagi memperelokkan urusan mereka." - Hadis riwayat at-Tabrani

Dalam proses membuat keputusan, perkara asas ialah membuat perbincangan yang mengambil kira mengenai nilai, matlamat dan sumber untuk melaksanakan sesuatu tindakan.

Mengambil keputusan menerusi syura adalah lebih terjamin ketetapan dan kewajarannya. Ia berbeza daripada keputusan dibuat bersendirian di mana keputusan dibuat sering menimbulkan kesilapan dan sukar mendapat kerjasama ikhlas daripada mereka terbabit.

Amalan syura, kebenaran tidak diukur daripada suara ramai sebaliknya syura adalah interaksi pemikiran di kalangan ahli bagi menghasilkan sesuatu pendapat dan pandangan yang benar. Oleh itu dalam syura suara majoriti bukanlah mutlak, tetapi hujah berdasarkan ilmu yang menzahirkan sesuatu kebenaran.

Kebenaran mutlak datangnya daripada Allah. Jika manusia mengamalkan syura dalam lingkungan petunjuk Allah dan Rasul-Nya, menggunakan kaedah ditentukan Allah, keputusan mereka akan lebih hampir kepada kebenaran. Ia cukup selamat dijadikan landasan untuk bertindak dan beramal.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2010/03/amalan-syura-lebih-dekat-kebenaran.html


FILSAFAT HIDUP RASULULLAH (SIRI IV)

4. Keempat : Rasul pernah ditanya : "Wahai Rasulullah! Suami dan isteri yang paling baik itu bagaimana? Rasul menjawab : "Suami yang paling baik adalah suami yang sikap dan ucapannya selalu lembut terhadap isterinya, tidak pernah bicara kasar, tidak pernah bersikap kasar, tidak pernah menyakiti perasaan isterinya, tetap menghormati dan menghargai isterinya.

Sebab ada sikap seorang suami yang suka mengungkit-ungkit segala kekurangan isterinya, sehingga dapat menyinggung perasaannya, yang demikian termasuk suami yang tidak baik biarpun harta dan wangnya banyak. Hakikatnya suami yang tidak baik iaitu suami yang kasar terhadap isterinya. Dan seorang laki-laki yang mulia ialah yang bisa memuliakan kaum wanita, tidak suka memperkecilkannya.

Sampai-sampai Rasul masih membela kepada kaum wanita beberapa saat sebelum beliau wafat. Beliau sempat berpesan: "Aku titipkan nasib kaum wanita kepadamu". Diulangnya tiga kali.

5. Kelima : Rasul pernah ditanya, "Wahai Rasulullah! Orang yang benar itu yang bagaimana? Rasul menjawab,"Apabila dia berbuat salah segera bertaubat, kembali kepada jalan yang benar. Oleh kerana itu para filosof mengatakan, "Orang yang benar adalah bukan orang yang tak pernah melakukan kesalahan, tapi orang yang benar adalah mereka yang sanggup mengendalikan diri dari perbuatan yang terlarang dan bila terlanjur melakukannya, ia memperbaiki diri dan tidak mengulangi perbuatan yang salah itu. Ibarat anak sekolah mengerjakan soal, kalau salah tidak jadi masalah, asal setelah dikoreksi tidak mengulangi kesalahannya.

Kesalahan yang sudah terlanjur, selama masih mau bertaubat tidak jadi masalah. Oleh kerana itu, segala hukuman, seperti hukuman administrasi dalam kepegawaian, selalu didasarkan atas beberapa pertimbangan.

Maka berbagai pertimbangan perlu dilakukan sehingga ada kesempatan bagi orang tersebut untuk memperbaiki kesalahannya, agar dia bisa kembali menjadi orang yang baik. Nabi Muhammad SAW bersabda : Yang ertinya: "Walaupun engkau pernah melakukan kesalahan sehingga langit ini penuh dengan dosamu, asal saja kamu bertaubat, pasti akan terima oleh Allah".

Oleh : Al-Ustadz Drs. Burhanuddin

https://www.facebook.com/pages/Islamic-Articles/398821230148428


INGATAN BAGI PELUPA: SIFAT HIKMAT TIDAK PERLU BERLEBIHAN

HIKMAT ertinya bijaksana, iaitu keutamaan diberikan Allah kepada manusia supaya dapat mengendalikan syahwatnya dan kemarahannya, jangan sampai memesongkan. Ahli hikmat dinamakan seorang hakim atau kata jamaknya hukama.

Lukman digelar Al-Hakim kerana banyak mengajarkan sifat hikmat itu kepada anaknya untuk mengendalikan akal budi. Sifat hikmat perlu di pertengahan, tidak terlalu ke atas hingga melebihi daripada sepatutnya dan jangan terlalu kurang supaya tidak mendatangkan kerugian.

Hikmat yang berlebihan tidak dinamakan hikmat tetapi cerdik buruk. Cerdiknya tidak memberi manfaat, tetapi merugikan orang lain kerana mana yang tunduk ditekan, mana yang tinggi dipanjat. Cerdik buruk berisi senyum tetapi dalam senyum tersimpan perasaan dengki.

Mulut keluar perkataan manis, laksana bubur bercampur santan dan gula tetapi tersimpan racun yang mematikan.

Orang bodoh tidak ada hikmatnya kerana fikirannya tidak lebih daripada barang yang ada di mukanya.

Dia tidak mengerti akibat. Jika datang seorang penipu menepuk, memberinya sebatang rokok dengan kertas untuk ditandatangani, dia tidak keberatan menandatangani kertas itu.

Bodoh adalah penyakit berpunca daripada tabiat atau keturunan yang sukar disembuhkan. Namun, ada yang kata boleh disembuhkan jika ditimpa penyakit lain. Bagi yang bodoh disebabkan kurang pendidikan, boleh diatasi dengan pembelajaran. Ada juga penyakit pada orang pintar, tetapi tidak tahu harga diri, tiada perasaan malu dan kurang darjat. Orang gila dapat dikenal daripada kelakuannya dan orang bodoh dapat dikenal daripada aksi dan tutur katanya.

http://agamaberitaharian.blogspot.com/2010/02/ingatan-bagi-pelupa-sifat-hikmat-tidak.html

No comments: