Thursday, October 3, 2013

Tazkirah Jumaat 26 Julai 2013 : ASMAUL HUSNA KE 4. AL–MALIK (YANG MEMILIKI MUTLAK SIFAT MERAJAI / MEMERINTAH), SUNNAH HARI JUMAAT (8) : SOLAT DUA RAKAAT TAHIYATUL MASJID, MENCARI MALAM AL-QADAR

Tazkirah Jumaat
26 Julai 2013 / 17 Ramadhan 1434H

ASMAUL HUSNA KE 4. AL–MALIK (YANG MEMILIKI MUTLAK SIFAT MERAJAI / MEMERINTAH)

Kekuatan Al-Malik

Al-Malik adalah nama Allah. Didalamnya terdapat kekuatan dan kekuasaan yang agung dan tak terbatas. Allah Maha Raja telah memberikan sepercikkan kekuasaan-Nya kepada manusia, berupa kewenangan mengatur hidup. Cobalah Anda Munculkan potensi dan kompetensi dari nama Allah Al-Malik yang ada dalam diri. Anda telah dibekali kecerdasan tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Didalam otak kecil anda telah ditanamkan gerak reflek untuk bisa bertahan hidup. Didalam otak besar anda telah dihubungkan dengan berjuta-juta fungsi dan kemampuan.

Tauladan Al-Malik

Orang yang beriman dan mempunyai kekuasaan disebut ABDUL MALIK, Hamba Maha Raja. Dia hebat tetapi tetap tunduk dan sujud kepada Allah, menjalankan kekuasaan berdasarkan hukum Allah. Dia berilmu tetapi tetap tawadhu’ dan hormat kepada siapa saja, tidak sombong. Dia menyadari bahwa kekasaan mutlak hanyalah milik Allah. Prinsip Kemaharajaan Allah adalah melindungi, memelihara, dan memenuhi seluruh keperluan hidup makhluk-Nya. Karenanya Abdul Malik adalah orang yang peduli kepada orang lain, lingkungan dan siapa saja yang ada disekitarnya.

Khasiat Al-Malik

Barang siapa yang membaca “Yaa Malik” sebanyak 99 kali sesudah sholat subuh dia akan disenangi kawan-kawannya dan mendapat posisi terhormat di tempat kerjanya.

Bacakanlah Doa ini sebanyak 100 kali untuk orang yang sakit, insya Allah orang tersebut akan sembuh.

“Allaahumma antal malikul haqqul ladzii laa ilaaha anta , yaa Allah, yaa sallam Yaa syaafi.”

(Ya Allah, Engkau adalah Maha Raja, maha benar, Tidak ada Tuhan yang selain Engkau Yaa Allah Yang Maha Menyelamatkan Yang Maha Menyembuhkan).

Barang siapa yang melazimkan menyebut “Yaa Malik” 100 kali sebelum matahari tenggelam, maka hatinya akan jernih dan hilang kesulitannya.

Barangsiapa yang melanggengkan membaca “Yaa Malik” 120 kali sesudah sholat fajar, maka Allah akan memberikan kekayaan.

http://nuril-qalbia.blogspot.com/2011/06/asmaul-husan-ke-4-al-malik-maha-raja.html


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
SUNNAH HARI JUMAAT (8) : SOLAT DUA RAKAAT TAHIYATUL MASJID

Dari Jabir Radiallahuanhu, Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam maksudnya: “  Apabila salah seorang dari kalian datang (ke masjid) sementara imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dan meringankan kedua-duanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: Walaupun  seseorang masuk masjid ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia tetap solat dengan meringkas dan meringankan kedua-dua rakaatnya tanpa mengurangi dan merosakkannya.

MENCARI MALAM AL-QADAR

ADA satu malam yang kedatangannya sangat dinantikan oleh umat Islam pada setiap bulan Ramadan. Malam itu disebut Lailatulqadar.

Al-Quran menyebutnya sebagai malam yang penuh berkat (al-Dukhan: 3) dan malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan (al-Qadr: 3).

Lailatulqadar sangat dimuliakan oleh umat Islam kerana pada malam tersebut turun rahmat dan kebaikan daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.

Biasanya, dalam menanti malam tersebut, umat Islam melakukan ibadat seperti solat malam atau membaca al-Quran untuk memperoleh Lailatulqadar.

Memperoleh Lailatulqadar

Mendapatkan Lailatulqadar merupakan pengalaman kerohanian dan individual.

Ulama mengatakan bahawa tidak semua orang berjaya mendapatkan malam 1,000 bulan ini. Dengan kata lain, Lailatulqadar tidak boleh ditemui begitu sahaja iaitu dengan hanya berjaga pada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Ini kerana berjumpa dengan Lailatulqadar merupakan kemuncak prestasi dari segi kerohanian setelah melakukan banyak kegiatan kerohanian sepanjang bulan Ramadan.

Waktu Lailatulqadar

Kebanyakan ulama dan orang Islam percaya bahawa Lailatulqadar berlaku pada bulan Ramadan, khususnya dalam 10 malam terakhir pada bulan ini. Tidak seorang pun yang tahu bila sebenarnya Lailatulqadar akan berlaku.

Namun, daripada beberapa riwayat diketahui bahawa Nabi Muhammad SAW memberikan beberapa tanda mengenai akan terjadinya malam penuh berkat itu. Seperti adanya hawa yang sejuk, suasana damai dan cuaca cerah.

Lailatulqadar dalam al-Quran

Al-Quran menyebut tentang Lailatulqadar dalam surah al-Dukhan ayat 3-4 dan surah al-Qadr ayat 1-5. Dalam surah al-Dukhan, al-Quran menggunakan istilah malam yang penuh berkat, malam ketika semua urusan manusia seperti hidup, mati, rezeki dan musibah dijelaskan Allah SWT dengan penuh hikmah.

Sementara dalam surah al-Qadr pula Allah SWT menyebut Lailatulqadar sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam ketika Jibril dan para malaikat lain turun ke bumi dan malam yang penuh kesejahteraan hingga ke pagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130723/ba_03/Mencari-malam-al-qadar

No comments: