Thursday, March 7, 2013

DOA BERSURAI DARIPADA MAJLIS, ADAB MENUNTUT ILMU


Tazkirah Jumaat
1 Mac 2013 (18 Rabiul Akhir 1434H) 

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
DOA BERSURAI DARIPADA MAJLIS



Maksudnya:” Maha Suci Engkau, ya Allah, dan aku mengucapkan puji-pujian kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon ampun serta bertaubat pada-Mu.”

(Riwayat At-Tirmizi no. 3433 dan mengesahkan hadis ini hasan sahih)

KETERANGAN:

Daripada Abi Hurairah r.a katanya, “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa berada dalam sesuatu majlis, lalu banyak senda guraunya dan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dalam majlis tersebut, lalu dia membacakan doa ini yang bermaksud: Maha Suci Engkau, ya Allah, dan aku mengucapkan puji-pujian kepada-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon ampun serta bertaubat pada-Mu.” Nescaya diampunkan beginya segala dosa yang berlaku di dalam majlis tersebut.”

Dalam hadis lain, diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya: “Setiap golongan yang bersurai daripada sesuatu majlis tanpa berzikir kepada Allah, maka tamatnya majlis itu seperti bangkai keldai dan hal itu akan menyebabkan penyesalan mereka pada hari kiamat.”

(Riwayat Abu daud no. 4855, al Hakim no.492, al Hakim berkata hadis ini sahih mengikut syarat Muslim dan dipersetujui oleh az Zahabi)

(Sumber: Doa & Zikir Harian, Ust. Dr. Hj. Zahazan  Mohamed)


ADAB MENUNTUT ILMU

1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain-lain niat melainkan hanya kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka.” [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie : “Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu” [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

3.Banyak Sabar

Imam Syafie pernah berkata: “Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan.” [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari

Kata Abu Hurairah ra: “Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis” [HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu’

Imam Ahmad bin Hambal berkata: “Kami disuruh supaya tawadhu’ (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya.” [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjahui dari makan banyak

Ibn Jama’ah berkata: “Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal.” [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT).” [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam.”

Wallahua’lam.

http://www.facebook.com/harlina399

1 comment:

Anonymous said...

mohon share..syukran =)