Tuesday, February 26, 2013

WIRID AGAR SENTIASA MENDAPAT KEAMPUNAN, 15 SEBAB TURUNNYA BALA

Tazkirah Jumaat
22 Feb 2013 (11 Rabiul Akhir 1434H)


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

WIRID AGAR SENTIASA MENDAPAT KEAMPUNAN



Maksud: “Ya Allah aku menghadapi hari ini dengan bersaksi terhadap-Mu, dan terhadap para malaikat pemikul Arasy, dan para malaikat-Mu dan setiap makhluk-Mu, bahawa Engkau merupakan Ilah yang benar dan Nabi Muhammad ialah hamba-Mu dan utusan-Mu.”

(Riwayat at-Tirmizi no. 3501, as Sunan al Kubra no. 9838, Majma’ al-Zawa’id no.17016, Musnad Ishaq bin Rahawaih 1/84, al-Ahadith al-Mukhatarah no.2650, Di’a’uddin al-Maqdisi menganggap dalam al-Ahadith al-Mukhtarah sanadnya adalah hasan)

Keterangan: Menurut riwayat ini, sesiapa yang mengamalkan bacaannya sekali maka Allah akan membebaskan seperempat tubuhnya daripada api neraka, dan sesiapa yang membacanya dua kali maka Allah akan membebaskan seperdua daripada tubuhnya dari api neraka dan sesiapa yang membacanya tiga kali akan dibebaskan tiga perempat  daripada tubuhnya daripada api neraka dan sesiapa membacanya empat kali akan dibebaskan keseluruhan jasadnya daripada api neraka.

(Sumber: Doa & Zikir Harian, Ust. Dr. Hj. Zahazan  Mohamed)


15 SEBAB TURUNNYA BALA

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.

15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.

Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Sebarkanlah dan sharelah apa2 shaja yang ada dalam fail dakwah ni..semoga ianya bermanfaat untuk kita semua...insyaaAllah

http://www.facebook.com/harlina399

No comments: