Thursday, August 9, 2012

ALANGKAH NIKMATNYA BERSAHUR (HADIS), PUASA YANG BERKUALITI, WAKAF AL QURAN

Tazkirah Jumaat
3 Ogos 2012 (14 Ramadhan 1433H)

MOTIVASI HADIS NABI SAW : ALANGKAH NIKMATNYA BERSAHUR
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

Diriwayatkan daripada Abu Saud al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

“Makan sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkannya, walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya, Allah Azzawajalla dan para Malaikat-Nya berselawat (rahmat daripada Allah S.W.T dan doa memohon pengampunan daripada Malaikat) atas mereka yang bersahur.” (Riwayat Ahmad)

Tip-tip bersahur 

1. Minum air masak atau air mineral secukupnya.

2. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi (1-2 hidangan)

3. Elakkan pengambilan gula yang tinggi.

4. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah.

5. Kurangkan minuman berkafein (seperti kopi, teh, minuman kola)

6. Berus gigi selepas makan terutama selepas bersahur.

7. Amalkan senaman ringan (seperti: regangan, berjalan)

8. Tidur atau rehat yang cukup.

(Sumber: Majalah Gen-Q isu 12 (Petikan buku AYUH BERSAHUR hasil tulisan Amly Asenar terbitan Telaga Biru Sdn BHD) )


PUASA YANG BERKUALITI

Puasa yang berkualiti ialah puasa yang dijaga pantang-larang dan disiplinnya. Terdapat dua kategori disiplin (pantang larang) dalam ibadat puasa iaitu disiplin fizikal dan disiplin spiritual.

1) Disiplin Fizikal – menahan diri dari makan, minum dan melakukan seks disiang hari.

2) Disiplin Spiritual (Rohani) – menahan diri dari perbuatan keji seperti:-

a) Menjaga mulut dari bercakap benda yang dilarang, mengumpat,
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

b) Menjaga mata dari melihat benda yang dilarang

c) Menjaga telinga dari mendengar benda yang dilarang seperti umpatan, muzik.

d) Menjaga anggota lain dari sebarang perkara mungkar, kaki dari menuju ke tempat maksiat.

e) Sah puasa jika kita hanya menjaga disiplin “fizikal” sahaja, cuma tidak berpahala. Lagipun Nabi menyuruh kita agar menjaga kedua-dua disiplin fizikal dan spiritual puasa.

Puasa yang Rugi (Tidak Berkualiti)

Ramai orang yang berpuasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/08/02/puasa-yang-berkualiti/


WAKAF AL QURAN

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan. (Hadis Dalam Sahih Muslim).

Rasulullah SAW telah bersabda lagi ; Maksudnya: “Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan.” (Hadith Tirmidzi dari Anas).

Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]

No comments: