Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek Kundasang, En. Suatin Mayor dalam ucapannya memaklumkan bahawa Masjid Jamek Kundasang sebelum ini telahpun ada usaha untuk mengumpul dana melalui sumbangan masyarakat prihatin Kundasang tapi belum mencukupi. Masyarakat Kundasang amat menghargai sumbangan BSN ini.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Sulaiman Mohd. Noh, Pengarah BSN Negeri Sabah kepada En. Suatin Mayor dan disaksikan oleh oleh Y. Bhg. Datuk Amisah Yassin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Ranau merangkap Setiausaha Politik Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah dan masyarakat Kundasang.
Berikut adalah Aturcara Majlis Penyerahan Van Jenazah tersebut:
- 10.00 pagi : Khidmat BSN : Kaunter Pertanyaan, pinjaman dan lain-lain (Pentas Budaya Kundasang)
- 12.30tgh : Solat Jumaat
- 1.30 tgh : Bacaan doa selamat oleh Imam Sallahuddin kominin, Imam Rawatib Kundasang
- Ucapan alu-aluan oleh En. Suatin Mayor, Pengerusi Masjid Jamek Kundasang
- Ucapan Tuan Sulaiman Mohd. Noh, Pengarah BSN Negeri Sabah
- Ucapan dan Perasmian Majlis Penyerahan Kereta Jenazah oleh Y. Bhg. Datuk Amisah Yassin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Ranau merangkap Setiausaha Politik Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.
- Penyerahan kunci kereta Jenazah dari pihak BSN kepada Masjid Jamek Kundasang.
- Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati
- Jamuan
- Bersurai
Gambar-gambar majlis ini yang dimuatnaik ke Facebook boleh dilihat melalui link berikut:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.3502363083708.2126667.1410641858&type=1&l=25610e13f0
No comments:
Post a Comment