Thursday, July 22, 2010

AL-MUBDIU, AL-MU’ID, PEROSAK-PEROSAK SEDEKAH, IMAM MUDA?

Tazkirah Jumaat
23 Julai 2010 (11 Syaaban 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

59. Al-Mubdiu – Maha Memulai / Pemula / Yang Menzahirkan MakhlukNya

“Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.

60. Al-Mu’id – Yang Maha Mengembalikan

“Ya Mu’id!” Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri atau mencari sesuatu yang hilang dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.


PEROSAK-PEROSAK SEDEKAH

Sedekah yang diterima ialah sedekah seseorang Islam yang bertujuan mendekatkan diri kepada Tuhannya serta mengharapkan pahala dan balasan daripada Allah.

Allah Ta’ala telah berfirman : “Perkataan yang baik dan kemaafan adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti dengan menyakitkan hati” [Al Baqarah : 263].

Juga Allah Ta’ala telah berfirman : “Janganlah kamu merosakkan sedekah-sedekah kamu dengan membangkitkan-bangkitkan pemberian dan menyakiti hati” [Al Baqarah : 264].

Manakala Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Tiga perlakuan manusia di mana Allah tidak akan bercakap (melayani) dengan mereka di Hari Kiamat, Dia tidak akan memandang kepada mereka (dengan pandangan rahmat) dan Dia tidak akan menyucikan mereka (daripada dosa); sedang untuk mereka disediakan siksaan yang pedih”.

(Mendengar demikian) Abu Dzar r.a. lalu berkata : “Gagal dan rugilah mereka, siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”. Maka Nabi s.a.w. menjawab : “ialah lelaki yang melabuhkan pakaian (sampai ke bawah buku lali), orang yang membangkit-bangkitkan pemberian dan orang yang mengambil sikap melaris barang dagangannya (untuk menarik jualan) dengan sumpahan dusta.” [HR Muslim]

Dipetik dari buku ”Kelebihan Bersedekah dan Berbelanja Dijalan Allah” alihabahasa oleh Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh.


IMAM MUDA?

Seseorang yang menjadi imam sebenarnya menggalas jawatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. yang menjadi imam kepada makmumnya iaitu para sahabat. Apabila seseorang itu berada di sejadah imam atau posisi imam, maka dia sebenarnya berada di tempat Rasulullah s.a.w. Oleh itu seorang imam hendaklah mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. walaupun ianya sekadar sunnah-sunnah kecil ataupun perkara yang remeh-temeh kata orang sekarang. Walaupun benda ini nampak seolah-olah kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Al-Ghazali, Kitab Bidayatul Hidayah)

Imam Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah(Permulaan Hidayah) mengatakan permulaan hidayah adalah melalui perkara-perkara yang kecil, misalnya seperti sembahyang sunat. Tanpa duit 1 sen tidak akan cukup jumlah RM1,000. Kata pepatah luar, Perjalanan yang jauh beribu batu bermula dari satu langkah. Kata pepatah melayu “sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit“

Seorang imam hendaklah duduk-bangun sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah. Pakaian imam sebaiknya menutup kepala, memakai kain atau seluar yang tidak menutup buku lali, memakai baju lengan panjang dan tidak pakai baju lengan pendek. Nabi s.a.w. tidak pernah solat dengan memakai baju lengan pendek dan baginda memakai kain separuh dari betis di atas buku lali.

Seorang imam memikul tanggungjawab yang besar kerana sembahyang makmum bergantung kepada sembahyangnya. Dari Sahal bin Saad radhialloohu’anhu, diriwayatkan bahawa dia menceritakan: Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Imam itu memiliki tanggung jawab. Kalau dia melakukan sembahyang secara baik, maka dia dan para makmumnya mendapatkan pahala. Dan apabila dia melakukannya dengan salah maka dia berdosa, sementara makmumnya tidak.” (HR. Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadith disebut, “kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, pilihlah imam yang warak dan alim”. Hadis daripada Abu Masud Al-Ansari menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda bermaksud: Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran. Kemudian orang yang lebih pandai tentang hadis (sunnah nabi), Kalau mereka juga sama maka pilih orang yang lebih dahulu berhijrah, Kalau sama masa hijrahnya, pilih orang yang lebih tua usianya.

Orang yang lebih berhak menjadi imam bagi satu kaum itu adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran. Mazhab As-Syafie memilih imam yang paling pandai membaca al_Quran. Berdasarkan hadis Amar bin Salamah, yang dimaksudkan dengan ‘paling pandai membaca al-Quran’ di sini ialah orang yang terbanyak hafalannya. Hadis tersebut bermaksud: Hendaklah orang yang menjadi imam itu orang yang terbanyak hafalan Qurannya.

Mazhab Al-Hanafi pula memilih imam yang lebih pandai soal hukum-hakam. Dalam hadith ada disebut, kalau kamu mahu sembahyang kamu diterima, hendaklah kamu mencari orang yang alim dan warak sebagai imam sembahyang. Pilihlah imam mengikut susunan berikut:-

  • Alim
  • Wara’
  • Pandai membaca quran
  • Berpakaian kemas
  • Manis (sedap) bacaannya, tidak semestinya berlagu
  • Tua
  • Isteri cantik. Kalau ada dua imam yang sama wara’ dan alim, pilih yang mempunyai isteri cantik kerana biasanya orang yang mempunyai isteri cantik kurang terjejas bila melihat perempuan lain.


Wednesday, July 21, 2010

Al-HAMID, Al-MUSHII, FADHILAT SYAABAN, BUKU YANG MEREKODKAN SEGALANYA

Tazkirah Jumaat
16 Julai 2010 (4 Syaaban 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

57. Al-Hamid Ertinya Maha Terpuji

"Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.

58. Al-Muhshii Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.

"Ya Muhshii!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya, Insya Allah ia akan tunduk.


FADHILAT SYAABAN

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat : Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

http://www.al-azim.com/masjid/syaaban/home.htm


BUKU YANG MEREKODKAN SEGALANYA

Zalzalah [7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Zalzalah [8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Orang-orang yang bersalah yang tidak bertaubat, akan gelisah kerana takutkan akibat kesalahan-kesalahnnya yang tertulis di dalam suratan amalnya:

Kahfi [49] Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun

Yassin [12]…dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata

Tangan Kanan, Kiri, Belakang

Israa [13] Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).

Suratan amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya. Orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya:

Haqqah [19] Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!

Sebaliknya orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kirinya merasa runsing dan merungut-rungut kerana keburukan nasibnya;

Haqqah [25] Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku. Al-Inshiqaq[10] Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Al-Inshiqaq [11] Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/07/13/buku-yang-merekodkan-segalanya/

Thursday, July 8, 2010

AL-MATIIN, AL-WALIY, SEDEKAH, BATU PUN TAKUTKAN ALLAH, JEMAAH SUBUH DAN ISYAK, SEMBAHLAH ALLAH SEOLAH KAMU MELIHATNYA

Tazkirah Jumaat
9 Julai 2010 (26 Rejab 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

55. AL-MATIIN (MAHA SEMPURNA KEKUATAN-NYA)

"Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. AL-WALIY (MAHA MELINDUNGI)

"Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.


SEDEKAH

Sedekah merupakan antara pendekat-pendekat yg mendekatkan diri kepada Allah SWT dan merupakan kebaikan yg diceburi sesorang Islam utk membantu kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, orang musafir (dalam perantauan), peminta-peminta dan bagi memerdekakan hamba.

Islam menggalakkan umatnya secara sukarela menderma dan menggalakkan bersedekah dan Allah SWT menjanjikan kepada org2 yg bersedekah memperolehi sebanyak-banyak pahala dimana Allah SWT berfirman:

”Dan perbandingan org2 yg membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah SWT dan utk meneguhkan jiwa mereka (adalah) seperti sebuah kebun yang terletak di tanah subur yg disirami hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Seandainya hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (sudah memadai); sedangkan Allah Maha Melihat apa yg kamu lakukan.” [Al-Baqarah : 265].

”Bukanlah seorang Mukmin (yang sempurna iman) org yg dapat tidur malam dalam keadaan kenyang sedangkan jiran disampingnya lapar padahal dia mengetahui (keadaannya).” [HR Al-Bukhari]

Manakala sedekah merupakan suatu bentuk ’rahmah’ (pengasihan-balas), dimana Nabi SAW telah bersabda :

”.... Dan org yg mengasihani itu akan dikasihani Tuhan AR-RAHMAN.” [HR At-Turmudzi]

Dipetik dari buku ”Kelebihan Bersedekah dan Berbelanja Dijalan Allah” alihabahasa oleh Abdullah Al-Qari B. Hj. Salleh.


BATU PUN TAKUTKAN ALLAH

Allah SWT berfirman: ”Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” [Baqarah : 74]

Ada pihak mempertikaikan ayat ini dengan mengatakan bagaimana batu boleh takut sedangkan ia tidak hidup. Hanya sesuatu yang hidup mempunyai perasaan seperti takut dan sebagainya. Kajian saintis mendapati batu juga sebenarnya hidup, misalnya saiz batu karang juga didapati membesar.

Hati manusia adakalanya lebih keras daripada batu, sedangkan batu pun takut kepada Allah tetapi manusia ada yang tidak takut kepada Allah.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/07/07/hati-lebih-keras-daripada-batu-batu-pun-takutkan-allah/


JEMAAH SUBUH DAN ISYAK WALAUPUN TERPAKSA MERANGKAK

Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para munafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.

Kelebihan itu tiada siapapun yang tahu kerana ia telah dirahsiakan Allah:

Sajadah [17] Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

“Dan sembahyang Isyak itu attammah. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, maka Allah haramkan daripadanya terkena api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath (siratulmustakim).”

Rasulullah s.a.w. juga berdoa agar diberikan cahaya:

” Dari Ibn Abbas ra berkata : Diantara Doa Nabi saw : “Wahai Allah jadikanlah pada hatiku cahaya, dan pada penglihatanku cahaya, dan pada pendengaranku cahaya, dan dikananku cahaya, dan dikiriku cahaya, dan diatasku cahaya, dan dibawahku cahaya, dan didepanku cahaya, dan dibelakangku cahaya, dan jadikan untukku cahaya”. ( Shahih Al Bukhari )

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/07/08/jemaah-subuh-dan-isyak-walaupun-terpaksa-merangkak/


SEMBAHLAH ALLAH SEOLAH KAMU MELIHATNYA

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau. Hitunglah dirimu termasuk orang yang hampir meninggal dunia dan jagalah dirimu daripada orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doanya itu diperkenankan Allah s.w.t.” (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).

Sembahyang yang paling tinggi makamnya ialah sembahyang seolah-olah kita melihat Allah. Jika tidak mampu berbuat demikian, sembahyanglah sepertimana Allah melihat kita. Tumpukan sepenuh perhatian, hadir hati. Selain itu berpusing kepala dalam sembahyang adalah makruh (selagi dada tidak lari dari kiblat). Dalam hadis lain dikatakan, Allah bertanya kepada orang yang berpusing dalam sembahyang, apa yang kamu lihat yang lebih cantik dari aku? Seboleh-bolehnya jangan berpaling kerana ia makruh dan menjejaskan perhatian kita kepada Allah.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/07/08/sembahlah-allah-seolah-kamu-melihatnya/

Friday, July 2, 2010

AL WAKIIL, AL QAWIY, REBUT 5 SEBELUM 5, HUSNUL-KHATIMAH, SEBUAH KISAH JANGGUT

Tazkirah Jumaat
2 Julai 2010 (19 Rejab 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA


53. AL WAKIIL Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.

“Ya Wakiil” Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa bumi, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.

54. AL QAWIY Ertinya Yang Maha Memiliki Kekuatan.

“Ya Qawiy!” Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.


REBUT 5 SEBELUM 5

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum datang lima perkara. Masa sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.” (Hadis riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Janganlah bertangguh-tangguh dalam berbuat kebaikan dan rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Beribadatlah, dan lakukanlah ibadat sunat disamping ibadat fardhu semasa sihat sebelum datangnya kesakitan,

Bersedekahlah semasa masih kaya (berharta) sebelum ditimpa kemiskinan.

Berzikirlah sewaktu masih mempunyai kelapangan sebelum dilanda kesibukan, misalnya di waktu pagi sebelum melakukan kerja-kerja harian dan di waktu petang setelah selesai bekerja.

Carilah keperluan dunia dan akhirat semasa masih muda dan mempunyai kekuatan tenaga sebelum datangnya tua dan tidak mempunyai kekuatan.

Beramallah di sini (semasa berada di dunia) semasa hidup kerana ia berguna selepas kematian nanti (semasa di akhirat). Di sana kita tidak lagi dapat beramal.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/06/28/rebut-5-sebelum-5/


TANDA-TANDA KEMATIAN YANG BAIK (HUSNUL-KHATIMAH)

Nas yang jelas tentang tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;

1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

2. Berpeluh di dahi

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).

3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).

http://ilmudanulamak.blogspot.com/2010/06/tanda-tanda-kematian.html


SEBUAH KISAH TENTANG JANGGUT

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.

Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut…

Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda, “Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”

Lalu Baginda menjawab, ”Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”…..

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/06/28/sebuah-kisah-tentang-janggut/