Friday, December 24, 2010

SATU MINIT YANG SINGKAT!, CARA KAUT UNTUNG BESAR DALAM SEMINIT, FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNG-RENUNGKAN

Tazkirah Jumaat
24 Dis. 2010 (18 Muharram 1432H)


SATU MINIT YANG SINGKAT!

Apabila ditanya apakah yang telah kita dilakukan satu jam yang lepas, mungkin kita akan berfikir-fikir dan akan cuba mengingatinya. Mungkin kita katakan, kita menonton TV atau berbual-bual kosong sahaja. Jika diukur dari sudut agama, mungkin satu jam yang lalu tiada langsung atau sedikit sahaja yang boleh dikaitkan untuk agama sebagai bekalan hidup kita selepas kematian.

Itu kalau ditanya untuk satu jam yang lalu. Bagaimana pula kalau ditanya, apa yang telah kita lakukan SATU MINIT yang lalu? Mungkin kita berkata tiada apa yang boleh diukur dan dinilai bagi tempoh tersebut kerana ia terlalu singkat.

Sedarkah bahawa dalam SATU MINIT kita boleh manfaatkan dengan pelbagai jenis amalan untuk mendapatkan pahala di sisi Allah (swt). Di antara amalan yang boleh kita lakukan dalam SATU MINIT adalah:-
  • Bertasbih sebanyak 100 kali
  • Membaca separuh atau lebih halaman mashaf al-Quran
  • Menelaah satu halaman buku
  • Menulis nasihat-nasihat
  • Membaca surah al-Ikhlas sebanyak tujuh kali
Inilah yang telah disebutkan oleh Allah (swt) dalam al-Quran;

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan hak (kebenaran) serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah al-‘Asr, ayat 1-3)

(Dipetik dengan sedikit ubahsuai buku adaptasi karya Dr. ‘Aidh al-Qarni)

Wallahu a’lam.



CARA KAUT UNTUNG BESAR DALAM SEMINIT

1. Anda boleh menyebut sebanyak 25 kali:

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAAHA ILALLAH WALLAHUAKBAR

Sabda Rasulullah SAW:

“Terdapat empat kalimah yang paling disukai Allah, tidak salah bagi kamu untuk memulakan menyebut mana-mana satu darinya iaitu: Maha Suci Allah, Segala puji hanya bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha besar.” (Riwayat Muslim)

2. Anda juga boleh menadah tangan berdoa meminta apa sahaja kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW:

Tiada sesiapa daripada seseorang muslim yang berdoa kepada Allah bukan tujuan dosa atau memutuskan hubungan persaudaraan melainkan Allah berikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Ditunaikan segera permintaanya di dunia, dijadikan sebagai simpanan untuk bekalan di akhirat, atau pun dihindarkan daripadanya keburukan yang seimbang dengan permintaanya. Para sahabat berkata: Oleh itu kami akan memberbanyakkanya.

Sesungguhnya Tuhan kamu yang maha tinggi, amat malu dan maha mulia. Dia malu terhadap hambanya yang menadah doa tangan berdoa kepadanya untuk menolak tanpa apa-apa.


RAHSIA KALIMAH BISMILLAH

Lafaz: Bismillahirrahmanirrahiim

Diantara rahsia khasiatnya:

Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, insya’allah akan sedar dan kembali siuman.

Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya. Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.

Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezkinya serta disegani dimuliakan oleh makhluk, perbanyakkan membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: ‘Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezkimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu dan bertakwa kepadamu.Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezkimu dan sekalian makhlukmu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu’.

Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya aman dan bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.

Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.

Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezki padanya tanpa diduga sama sekali.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W: ‘Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T’

Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan’

Oleh yang demikian marilah kita berlumba-lumba mengejar rahmat Allah yang luas dengan memperbanyakkan bacaan Bismillah dalam setiap amalan kehidupan harian kita. Wallahualam.



FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNG-RENUNGKAN

1. Berzikir dengan banyak TANPA berselawat ialah laluan untuk menjadi iblis, Manakala banyak berselawat dan banyak berzikir itu laluan untuk menjadi hamba Allah.

2. "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam.. jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897, Oleh Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi (tulis buku Negara Yahudi : 1895)


No comments: