Friday, March 12, 2010

AL QAABIDHU, AL BAASITHU, KELEBIHAN ZIARAH SAKIT, BANTU SUSAH, 4 DOA TAK DITOLAK

Tazkirah Jumaat
12 Mac 2010 (26 Rabiul Awal 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

21. AL QAABIDHU Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.

KHASIATNYA : 21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. AL BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.

KHASIATNYA : “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah. Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.


KELEBIHAN ZIARAH SAUDARA ISLAM YANG SAKIT

Diriwayatkan oleh Muslim, diambil dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman pada hari Kiamat: Wahai manusia, aku sakit tapi kamu tidak menziarahiku. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak menziarahiMu, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu sakit, tapi kamu tidak menziarahinya? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu menziarahinya maka kamu akan mendapati Aku di sisinya?

Wahai manusia, aku meminta makanan dari kamu, tapi kamu tidak memberi aku makan. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak memberi Engkau makan, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu meminta makanan, tapi kamu tidak memberinya makanan? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu memberinya makanan maka kamu akan mendapati makanan itu di sisiKU?

Wahai manusia, aku meminta minuman dari kamu, tapi kamu tidak memberi aku minum. Manusia menjawab: Wahai Tuhan, bagaimana aku hendak memberi Engkau minum, sedangkan engkau Tuhan Sekelian Alam? Allah berfirman: “Adakah tidak kamu ketahui bahawa hambaku si pulan itu meminta minuman, tapi kamu tidak memberinya minuman? Adakah kamu tahu, bahawa jika kamu memberinya minuman maka kamu akan mendapati minuman itu di sisiku?

Allah memberi perhatian yang tinggi dan kasih sayangnya kepada hambanya yang sakit dan hambanya yang kelaparan. Kerana itu disebut “Aku berada disisinya. Seorang muslim yang menziarahi saudara Islamnya juga didoakan oleh 70 ribu malaikat agar diampuni dosanya. Dalam sebuah hadith disebut “Tidaklah seorang Islam itu menziarahi seorang Islam yang lain pada waktu pagi, melainkan berselawat (berdoa) ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke petang, dan tidak dia menziarahinya pada waktu malam, melainkan berselawat ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke pagi, dan baginya buah-buahan yang dipetik di Syurga.”

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/07/kelebihan-ziarah-saudara-islam-yang-sakit/


BANTULAH MEREKA YANG KESUSAHAN

Dalam sebuah hadith disebut: “Ziarahlah orang yang sakit, berilah makan orang yang lapar dan bebaskanlah orang yang susah!” Bela dan bantulah mereka yang kurang bernasib baik kerana kemiskinan itu boleh menyebabkan seseorang menukar agamanya. Dari Anas bin Malik r.a. menyebut, Sabda Rasulullah S.A.W “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran“ (Hadis Riwayat At-Tabarani. )

Kalau orang kaya menunjukkan kemewahan dan tidak mengeluarkan zakat, orang miskin berkecil hati dengan mereka, maka orang kaya itu akan menjadi miskin dan papalah orang kaya itu. Keluhan orang miskin sangat berkesan di sisi Allah kerana Allah yang menjadikan mereka miskin.

Dalam sebuah kisah diceritakan terdapat sepasang suami-isteri yang kaya, isterinya pula suka memberi makan kepada peminta sedekah yang datang ke rumah mereka. Si suami yang kaya pula tidak suka dengan kedatangan peminta sedekah. Suatu hari ketika isterinya memberi makan kepada peminta sedekah itu, suaminya mengambil makanan dan membalingnya kepada peminta sedekah tersebut. Peminta sedekah itu merasa sangat sedih dengan tindakan suami perempuan itu. Akhirnya Allah menukarkan lelaki yang kaya itu menjadi miskin dan peminta sedekah itu menjadi seorang yang kaya dan dia pula mengahwini perempuan yang dulu memberi makan kepadanya (setelah dia menjadi janda).

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadiah Allah ke atas mukmin ialah peminta sedekah di depan pintu rumahnya” (Riwayat Khatib). Peminta sedekah yang datang ke rumah mukmin (orang-orang Islam yang baik) ialah pemberian dari Allah kerana kita tidak perlu bersusah payah keluar mencari untuk memberi sedekah. Maka janganlah lepaskan peluang ini untuk mendapatkan rahmat Allah. Berilah mengikut ikhlas hati kita. Tanyallah hati banyak mana yang kita ikhlas untuk kita bersedekah.

Baqarah [263] (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/08/bantulah-mereka-yang-kesusahan/


4 DOA YANG TIDAK DITOLAK

Rasulullah s.a.w bersabda “Empat doa yang tidak akan ditolak ialah doa orang yang melakukan haji sehingga dia kembali, doa orang yang berperang (berjihad) sehingga dia kembali dari medan peperangan, doa orang yang sakit sehingga dia sembuh, doa seorang Islam terhadap saudaranya tanpa pengetahuannya. Doa yang paling cepat diterima diantara doa-doa tersebut ialah doa seseorang terhadap saudaranya tanpa pengetahuannya” (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.).

Mintalah orang yang baru pulang dari melakukan ibadat haji berdoa sebelum dia sampai ke kampung halamannya kerana doa mereka adalah makbul. Orang yang berjihad untuk menegakkan hukum Allah, negeri Islam juga makbul doanya. Syahid yang besar ialah mereka yang terbunuh di medan peperangan.

Di dalam mazhab Syafie, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah gugur segala dosa mereka. Di dalam mazhab Hanbali, mereka yang syahid besar tidak perlu dimandi, tidak perlu dikafan dan tidak perlu di sembahyang jenazahkan kerana telah mereka sebenarnya masih hidup dan tidak mati berdasarkan firman Allah, Baqarah [154] Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: Orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. [ ]

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/03/03/4-doa-yang-tidak-ditolak/

No comments: