Wednesday, March 24, 2010

AL MU'IZZ, AL MUDZIL, HIKMAT & KISAH AYAT SERIBU DINAR

Tazkirah Jumaat
26 Mac 2010 (10 Rabiul Akhir 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

25. Al Mu`izz المعز Yang Memiliki Mutlak sifat Yang Memuliakan (makhluknya) The Giver of Honor

KHASIATNYA: “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. Al Mudzil المذل Yang Memiliki Mutlak sifat Yang Menghinakan (makhluknya) The Giver of Dishonor

KHASIATNYA: “Ya Mudzil!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, Insya Allah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insya Allah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.


HIKMAT AYAT SERIBU DINAR



Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

http://alivewire.wordpress.com/2007/06/13/hikmat-ayat-seribu-dinar/


JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT MUKIM KUNDASANG 1431H/2010M

Tuan/puan serta keluarga dijemput ke majlis sambutan ini pada besok hari 27 Mac 2010 (Sabtu).

7.00 pagi : Berkumpul di perkarangan SMK Kundasang dan kemudian berarak ke Pekan Kundasang. Acara kemuncak diadakan di perkarangan Kedai SECO Pekan Kundasang.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.B. DATUK HAJI MASIDI MANJUN, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah. Salam Maulidurasul.


KISAH AYAT SERIBU DINAR

Ayat Seribu Dinar sering dikaitkan dengan kemurahan rezeki dan perlindungan diri. Bagaimanakah ayat ini boleh dikenali sebagai Ayat Seribu Dinar? Pada zaman dahulu, ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khaidhir a.s. Dalam mimpi tersebut, Nabi Khaidhir a.s. memerintahkan pedagang tersebut untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama, pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi tersebut adalah mimpi yang benar. Atas keyakinan tersebut, pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah itu, pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khaidhir a.s. sekali lagi. Kali ini, Nabi Khaidhir mengajarkan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Tolaq untuk diamalkan. Sejak itu, pedagang tersebut sentiasa mengamalkan ayat berkenaan.

Setelah beberapa lama, pedagang tersebut berlayar merentasi laut untuk pergi berdagang di tempat yang jauh. Dalam pelayaran tersebut, kapal pedagang tersebut dilanda taufan yang sangat dahsyat. Pedagang tersebut hanya mampu bertawakkal kepada Allah s.w.t. sambil membaca ayat yang diajarkan oleh Nabi Khaidhir a.s. dengan tidak berhenti-henti. Taufan itu sama sekali memusnahkan kapal tersebut menyebabkan kesemua penumpangnya mati kecuali pedagang tersebut. Apabila taufan itu telah reda, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri, bersama barang dagangannya yang sama sekali tidak rosak. Pedagang itu mengucapkan syukur ke hadhrat Allah dan menginsafi fadhilat ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Pedagang tersebut meneruskan aktiviti perdagangannya dengan penduduk negeri tersebut sambil terus mengamalkan membaca ayat 2-3 Surah At-Talaq tersebut, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya yang menyebabkan ayat yang diajar oleh Nabi Khaidhir a.s. itu digelar ayat 1000 dinar.

http://rekreasimindakita.blogspot.com/2009/04/kisah-ayat-seribu-dinar.html

No comments: