Kelebihan Surah Al Mulk & Yasin, Asmaul Husna

No comments
Tazkirah Jumaat
22 Jan 2010 (6 Safar 1431H)


ASMAUL HUSNA

7. AL MU'MINU Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya

KHASIATNYA “Ya Mu’min!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan. Apabila dizikirkan 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.

8. AL MUHAIMINU Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.

KHASIATNYA: “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang, bersih dan kuat khafazhnya. Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah solat sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), InsyaAllah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya.


KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

http://nuursyifa.blogspot.com/2008/03/kelebihan-surah-al-mulk.html


KELEBIHAN SURAH YAASIN

1. Hadrat Ata Ibn Abi Ribah berkata , Rasulullah s.a.w. telah bersabda “Siapa yang membaca surah Yaasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan di penuhi.”

2. Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al Quran ialah surah Yaasin. Barang siapa yang membaca surah Yaasin, Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al Quran sebanyak 10 kali.

3. Allah s.w.t. membaca surah Yaasin dan surah Taha seribu tahun lamanya sebelum terciptanya langit dan bumi. Para malaikat berkata “Ummat dimana Al Quran di turunkan akan dirahmati hatihati

4. yang memikulnya, yakni yang menghafalnya akan dirahmati dan lidah-lidah yang membacanya akan juga di rahmati.”

5. “ Sesiapa yang membaca surah Yaasin semata-mata kerana Allah s.w.t. segala dosa-dosanya akan yang dahulu akan diampunkan. Jadikan sebagai amalan untuk dibaca keatas orang-orang mati.”

6. Surah Yaasin di namakan Mun’mah (pemberi berita baik) di dalam Torah kerana ia mengandungi manfaat kepada pembacanya, di dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat.

7. Ia menghindarkan penderitaan di dunia dan juga di akhirat dan menjauhkan kedasyatan di kehidupan akhirat.

8. Ia juga di kenali sebagai Rafi’ah Khafidah iaitu mengangkat darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda , “ Hatiku menghendaki supaya surah Yaasin berada di setiap hati umatku.”

9. Jika surah Yaasin di baca pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.

10. Diriwayatkan dalam hadis lain, “ Barang siapa yang membaca surah Yaasin akan diampunkan, sesiapa sahaja yang membacanya semasa kelaparan, akan di hilangkan kelaparannya itu, barangsiapa yang membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalan semula, barangsiapa membacanya kerana kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, bila seseorang itu membacanya kerana bimbang kekurangan makanannya,makanan itu akan mencukupi, jika ia dibaca kepada orang yang membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya dan jika dibaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak, akan dimudahkan bagi bayinya.

11. Maqri Rahmatullah Alaihi berkata, “ Jika surah Yaasin di baca oleh seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan dari ketakutan itu.”

(Dipetik daripada Tafsir Surah Al-Yaasin oleh Shiekh Hamimy Zadah)

http://www2.pkink.gov.my/center/arkib/Tazkirah/Pengurusan/Microsoft%20Word%20-%20Hj.%20Razali.pdf

No comments :