Thursday, January 28, 2010

ASMAUL HUSNA, AMALAN BAIK YANG KEKAL MENEMANI MAYAT, PANJANG UMUR, MUTIARA KATA

Tazkirah Jumaat
29 Jan 2010 (13 Safar 1431H)


ASMAUL HUSNA

9. AL'AZIIZ Ertinya Yang Mengalahkan/Menundukkan

KHASIATNYA: “Ya ‘Aziiz!” apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan. Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.

10. AL- JABBAARU Ertinya Yang Sangat Gagah.

KHASIATNYA: ”Ya Jabbaar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.


AMALAN BAIK YANG KEKAL MENEMANI MAYAT

Daripada Anas r.a daripada rasulullah s.a.w sabdanya, “ Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya”. Riwayat al-Bukhari dan muslim.

Huraian:

1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara itu dengan sebaiknya

2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah amalannya.walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal dan digunakan untuk keredaan Allah, juga akan bermanfaat kepada si mati.

http://dakwah2u.blogspot.com/2010/01/hadis-amalan-baik-yang-kekal-menemani.html


FADHILAT SURAH AS-SAJDAH

SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.
  • Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.
  • Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
  • Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.
  • Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
  • Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.
Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

http://www.mymasjid.net.my/forum/display/329427/fadhilat-surah-sajdah/


PANJANG UMUR

Dalam sebuah hadith disebut “Sesungguhnya kebaikan menambahkan umur dan kejahatan mengurangkan umur“. Di dalam hadith yang lai pula “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Riwayat Bukhari)

Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: “Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya. (Bukhari).

Dalam satu hadis yang lain pula, manusia akan ditanya tentang umurnya:

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan.

Imam At Tirmidziy meriwayatkan dari sahabat Abdullah bin Busr, beliau berkata: Seorang a’robiy bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah siapakah orang yang terbaik? Rasulullah saw menjawab: “Orang yang panjang umur dan baik amalannya”.

Sabda Rasulullah SAW : “Sebaik-baik amalan itu ialah bahawa kamu berpisah dengan dunia ini sedangkan lidahmu basah berzikir kepada Allah.” (Hadis Riwayat Abu Na’im). Allah ambil kira amalan terakhir kita sebelum meninggal, dalam hadith disebut “innamal a’malu bil khowatim”… Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisan (umur)nya (Hadis Riwayat Bukhari).

Allah sengaja panjangkan umur orang kafir seperti pemancing ikan yang beri umpan kepada ikan. Dibiarkan ikan itu makan umpan sehingga penat ikan itu, barulah ditarik ikan itu ke atas. Sengaja Allah beri kesihatan dan kemewahan kepada mereka kerana azab menanti mereka.

Ali-Imran 178] Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).

Nabi dan sahabat iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar hidup 63 tahun sahaja tapi umurnya diguna sepenuhnya untuk Islam. Berbeza dengan kafir yang dilanjutkan usia untuk menentang Allah. Kata orang kampung lebih baik mati dari hidup menambahkan dosa (dalam kekafiran).

Allah tidak tua, dan kerana itu dia juga menjadikan ahli syurga tidak tua, tidak hilang terunanya dan sentiasa sebaya umurnya. An-Nabaa [33] Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya. Abu said r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dari orang-orang yang akan masuk syurga, baik muda atau tua, akan dikembalikan sebagai orang yang berusia tiga puluh tiga tahun tidak lebih daripadanya.”

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/01/19/panjang-umur/


MUTIARA KATA

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab.

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia. [ ]

http://blog.mixterr.com/koleksi-mutiara-kata/

No comments: