Friday, April 24, 2009

TJ : 11 Jenis Manusia di doa Malaikat, Hadis Mensyukuri Nikmat

Tazkirah Jumaat
28 Rabiul Akhir 1430H/24 April 2009


11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT


PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

http://dakwah2u.blogspot.com/2009/03/11-jenis-manusia-didoa-malaikat.html


HADIS : MENSYUKURI NIKMAT

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula." Riwayat Tabrani

Huraian :

i) Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

ii) Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.

http://dakwah2u.blogspot.com/2008/06/hadis-mensyukuri-nikmat.html

Thursday, April 16, 2009

TJ : Dukacita hapus dosa, Quran Terangkat, Hadis, Tutur Kata

Tazkirah Jumaat
21 Rabiul Akhir 1430H/17 April 2009

DUKACITA MENGHAPUSKAN DOSA

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya” (Riwayat Ahmad dari Aisyah r.a.)

Jikalau seorang hamba melakukan amalan kebaikan, ia akan menjadi menghapuskan dosa-dosa kecilnya. Tetapi jika dosanya telah terlalu banyak dan dia tidak melakukan sesuatu untuk menghapuskan dosanya, maka Allah akan menimpakan sesuatu yang mendukacitakan atau merungsingkannya untuk menghapus dosanya. Misalnya anak dan isterinya demam-demam, tayar motornya pancit, keretanya rosak dan sebagainya.

Dari Abu Said Al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan sebabnya sebahagian daripada dosa-dosanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mana-mana Muslim yang sakit atau terkena sesuatu musibah digugurkan dosa seperti pokok kayu gugur daunnya di musim luruh. (Riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud)
“Bila aku (Allah) mengenakan satu musibah ke atas hambanya samada ke atas badannya, hartanya, anaknya dan disambut dengan baik, aku malu hendak tegakkan timbangan amalannya” (Riwayat Muslim, Hadis qudsi sahih)

Orang yang sakit lama dan diterimanya dengan redha, maka diampun dosanya kecuali dosa dengan manusia.Segala musibah ada pampasannya kerana ia datang dari Allah (takdir). Ada pampasan sehingga habis segala dosa. Walaupun, orang yang kena musibah itu hamba Allah, Allah berhak melakukan apa sahaja ke atas hambanya, namun Allah malu hendak menimbang amalan hambanya yang sabar dengan musibahnya di hari kiamat.Musibah itu menyedarkan manusia tentang kesalahanya supaya dia insaf dan “reverse” kesalahannya.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/04/08/dukacita-menghapuskan-dosa/


TAUBAT SEBELUM QURAN DIHILANGKAN

Al-Quran adalah satu rahmat Allah yang besar. Segala kehendak dan cara untuk sembah Allah ada dalam quran. Ia juga adalah satu-satunya kitab yang menceritakan segalanya tentang agama, sains, politik, ekonomi dan ia adalah petunjuk.

Selagi Quran masih ada, diampunkan dosa kita, pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam. Abdulllah bin Mas’ud berkata, “Sungguh, kelak Al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.” (HR. Thabrani)

Mungkin Kita pernah mendengar sebelum ini kehilangan cetakan mukasurat pada Al Quran. Kehilangan muka surat adalah sebahagian daripada kebesaran Allah SWT dan ingatan kepada semua pihak supaya tidak meninggalkan ajaran agama Islam sekali gus mendalami dan memahami isi kandungan al-Quran.

Difahamkan, halaman muka surat kosong dan beberapa potong ayat al-Quran yang hilang itu adalah surah mengisahkan tanda ketibaan hari kiamat dan kisah Nabi Muhammad SAW.

Satu hari nanti, Quran benar-benar akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah)

Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai), sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat…..

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/04/13/taubat-sebelum-quran-dihilangkan/


HADIS : SIKAP YANG BAIK

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." (Riwayat Ibnu Abi Dunya)


PELIHARALAH TUTUR KATA

“Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,) maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman, Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat:11) [ ]

http://dakwah2u.blogspot.com/2008/11/peliharalah-tutur-kata.html

Sunday, April 12, 2009

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN ISLAM DI KUNDASANG

1. Penduduk Kundasang yang terawal memeluk Islam bermula sekitar tahun 1955-1957.


2. Orang yang mengislamkan ialah Imam Roman berbangsa Bajau Kota Belud.

3. Orang yang terawal memeluk agama Islam mengikut kawasan/kampung di Kundasang ialah:-
  • a. Pinolobuh : Hj. Sahajali (Gumaral Sawinda), Hj. Laiman Salian (Mayor Salian), Maidin Juhaman (Gook Gimbawang), Lasimin Kobu (Dungkin Kobu), Harun Salian (Boon Salian).
  • b. Nosorob : Jahamin Alifaji (Tinggalan Kayat), Jusuman (Konsoi), Kasimin Katoh (Kontugal Katoh), Juriman Katoh (Mogong Katoh)
  • c. Kinasaraban : Miasin (dipercayai antara yang terawal memeluk Islam di Ranau).
4. Selepas itu lebih ramai yang mengikuti jejak mereka dan belajar Islam secara lebih mendalam dengan Shariff Bin Ambik yang bekerja sebagai mandur Estet Getah milik British di Lobou, Telipok.

5. Antara yang seangkatan dengan mereka di kawasan Ranau seperti berikut:-
  • a. Ratau : Mohd. Ali, Samad
  • b. Torolobou : Manjun (ayah kepada YB. Datuk Hj. Masidi Manjun)
  • c. Waang : Ghani Gunggot
  • d. Togudon Lama : Roman, Ajak, Kasuman, Saimin
  • e. Randagong : Rizal
Haji Laiman Salian

Sumber : Hj. Laiman Salian, En. Jumin Gambaris dan En. Harun Salian.
Sejarah ini akan sentiasa diupdate

11 April 2009 : Maulidurasul 1430H/2009M Peringkat Mukim Kundasang

1. Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hj. Masidi Bin Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

2. Perarakan bermula dari SMK Kundasang ke Pekan Kundasang.



3. Dianggarkan seramai 3000 orang hadir dalam majlis ini.

4. Tokoh Maulidurasul Peringkat Mukim Kundasang tahun ini ialah En. Japi Hj. Sahajali dan Puan Halini Waimi.

5. Turut disampaikan ialah Jasamu Dikenang untuk 9 orang yang membantu program dan dakwah PLDK di awal penubuhan.

6. Turut diperkenalkan tahun ini ialah Pertandingan Keceriaan Surau dan Pertandingan Keceriaan Perkuburan Islam. Pertandingan ini telah mendapat perhatian daripada Y.B. Datuk Hj. Masidi Manjun dimana beliau meluluskan peruntukan RM5,000 dan RM3,000.00 masing-masing.



7. Pertandingan Keceriaan Surau dimenangi oleh Surau An Nur Kg. Dumpiring Atas dan tempat kedua Surau Ar Rauzan Kg. Lembah Permai.

8. Tidak ada pemenang keceriaan perkuburan kerana tidak memenuhi kriteria pengadilan.

9. YB. Datuk Masidi juga menjanjikan untuk tahun hadapan kontijen teramai akan mendapat RM5,000.00 dengan syarat mereka mestilah berada di majlis sehingga habis ceramah.

10. Pertandingan Sepanduk, Johan : Kg. Kinasaraban, Kedua : Kg. Sinisian, Ketiga : Kg. Dumpiring Atas.

11. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada yang membantu menjayakan sambutan ini.









12. Untuk melihat Gambar-gambar slide Maulidurasul 1430H/2009M Peringkat Mukim Kundasang kunjungi http://mauludkundasang.blogspot.com/2009/04/slide-maulidurasul-1430h2009m.html

Friday, April 10, 2009

TJ : Jemputan Maulidurasul, Iblis, Hadith Ilmu & Silaturrahim, Wakaf

Tazkirah Jumaat
7 Rabiul Akhir 1430H/3 April 2009



JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT MUKIM KUNDASANG 1430H/2009M


Tuan/puan serta keluarga dijemput ke majlis sambutan ini pada besok hari 11 April 2009 (Sabtu).

7.00 pagi : Berkumpul di perkarangan SMK Kundasang dan kemudian berarak ke Pekan Kundasang. Acara kemuncak diadakan di perkarangan Kedai SECO Pekan Kundasang.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Y.B. DATUK HAJI MASIDI MANJUN, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah. Salam Maulidurasul.


HARI INI IBLIS TIDAK DAPAT MENYELAMATKAN KAMU !

AL QURAN telah mencatatkan bahawa sepanjang sejarah manusia dari Adam hingga umat Nabi Muhammad, tidak terkira ramainya manusia tumpas di tangan iblis dan bala tenteranya. Antara manusia yang telah disesatkannya termasukiah Firaun, kaum Luth, kaum Nuh, Aad, Hud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain.

Anda bacalah kisah kejayaan dan kegagalan iblis ini sebagai renungan dan iktibar kepada kita bagi mempersiapkan diri menghadapi musuh utama manusia ini.

Iblis di syurga: Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali ada menyebutkan bahawa sesungguhnya nama iblis pernah dicatat sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit kedua disebut az-Zahid, langit ketiga dipanggil al-Arir, langit keempat dikenali al-Wali, langit kelima al-Taqi, langit keenam al-Kazin dan di langit ketujuh disebut Azazil manakala di lohmahfuz, namanya dicatat sebagai iblis.

Rupa iblis ketika berada di syurga sangat indah, mempunyai empat sayap (kepak), tinggi ilmunya, kuat beribadah dan dilantik menjadi penghulu para malaikat di syurga. Apabila tiba saatnya manusia diciptakan, Allah berfirman kepada para malaikat: "Aku akan menciptakan seorang lelaki yang berasal dari tanah lumpur ini. Maka, apabila. Aku telah menyempurnakannya dan meniupkan roh-Ku ke dalam dirinya, tunduklah kamu semua seraya bersujud." (Surah Sod, ayat 71-72).

Kisah selanjutnya telah pun diketahui, apabila manusia selesai dicipta, iblis enggan sujud fnenghormatinya. Tindakan biadab iblis ini menimbulkan kemarahan Allah, lalu Dia berfirman: "Hai iblis, apakah yang menghalang kamu bersujud kepada (manusia) yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku sendiri? Apakah kamu menyombongkan diri atau termasuk orang yang lebih tinggi?"

Iblis yang ingkar lalu berkata: "Apakah aku harus bersujud kepada orang yang Engkau ciptakan berasal daripada tanah? Iblis berkata lan: Cuba terangkan kepadaku, inikah orang yang telah Engkau muliakan melebihi diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sehingga sampai kiamat, nescaya akan kmesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil saja..." (Surah al-Israk).

Wajah iblis bertukar hodoh: Allah melaknat iblis dan mengubah muka iblis yang asalnya sangat indah menyerupai bentuk babi hutan, kepalanya menyerupai unta dan di dadanya tumbuh daging yang menonjol seperti punggung.

Allah turut mengubah bentuk antara kepala dan dada iblis menyerupai seperti kera. Kedua-dua belah matanya terbelah sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka lebar, bibirnya bertukar menyerupai bibir lembu, keluar taring menyerupai babi hutan dan janggut tumbuh sebanyak tujuh helai sahaja.

Setelah wajah asal iblis yang cantik berubah menjadi hodoh, Allah mengusir iblis dari syurga. Allah berfirman: "Nyahlah!! Barang siapa dari mereka mengikutimu, maka neraka jahanamlah yang patut menjadi balasan bagi kamu semua. Itu balasan yang setimpal. Silalah engkau menghasut siapa saja yang engkau sanggupi dari mereka dengan ajakanmu.

"Silalah engkau mengerahkan pasukanmu yang berkuda atau yang berjalan kaki untuk menarik mereka, bersekutulah dengan mereka melibatkan harta dan anak-anak (mereka) dan berilah janji kepada mereka. Janji yang dikemukakan syaitan tidak lain kecuali tipuan belaka, Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang taat), kamu tidak dapat berbuat apa-apa kepada mereka. Cukuplah Tuhanmu se-bagai penjaga." (Surah al-Israk).

Saat-saat iblis menemui ajal: Apabila dunia telah kiamat dan tiada lagi makhluk yang tinggal di dunia baik manusia, jin, syaitan mahupun haiwan, maka sampailah saat yang ditentukan Allah kepada iblis.

Allah berfirman kepada malaikatulmaut: "Aku telah menjadikan pembantu untukmu sebanyak orang yang ada dari : mula hingga terakhir, dan Aku telah memberi kekuatan penduduk langit serta bumi, dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah.

"Oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murka-Ku terhadap si malaun terkutuk, maka rasakanlah kepada iblis kepedihan maut ber-lipat kali ganda seperti yang dialami oleh hamba-Ku dari mula hingga yang terakhir terdiri daripada jin dan manusia." Firman Allah lagi: "Dan hendaklah kamu membawa 70,000 malaikat yang semuanya penuh dengan sifat murka, dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan 70,000 cungkilan dari neraka Ladha. Dan perintahkanlah kepada malaikat Malik supaya membuka semua pintu neraka."

Setelah mendapat perintah daripada Allah, maka malaikatulmaut pun turun dengan rupa yang paling menakutkan. Seandainya penduduk langit dan dunia melihatnya, nescaya cair semuanya. Apabila sampai saja malaikatulmaut, iblis itu ditengkingnya dengan suara bagaikan halilintar. Hanya dengan sekali tengking sahaja, iblis terus pengsan hingga berdengkur.

Sekiranya dengkuran iblis itu didengar penduduk dari Timur hingga ke Barat nescaya pengsan kesemuanya, Wajah iblis terus kecut dan menggeletar. Setelah tersedar, iblis ditengking sekali lagi oleh malaikatulmaut.

"Berhentilah kamu iblis laknat yang jahat! Kini rasalah pedihnya maut sebagaimana yang dirasai oleh orang-orang yang engkau sesatkan dalam beberapa abad dari hidupmu. Inilah hari yang ditentukan Allah, ajal kamu. Ke manakah kamu hendak lari?"

Apabila iblis mendengar suara malaikatulmaut hendak mencabut nyawanya, maka ia pun lari ketakutan sehingga ke hujung Timur. Tetapi malaikatulmaut sudah berada di hadapannya.

Iblis yang ketakutan menyelam ke dalam laut, tetapi malaikatulmaut telah bersedia di depannya, lalu laut melem-parkannya ke daratan. Maka larilah iblis mengelilingi lilitan bumi kemudian mencari kubur Nabi Adam. Di depan kubur Adam, iblis berkata: "Disebabkan kamulah maka aku menjadi malaun (celaka)."

Setelah tidak terdaya lari lagi, iblis bertanya malaikatulmaut: "Minuman apakah yang akan kamu berikan kepadaku dan seksa apakah yang dikena-kan terhadapku?"

Malaikatulmaut berkata: "Kamu diberi minuman dari neraka Ladha, seksa yang kamu terima serupa dengan seksa ami neraka dan berlipat kali ganda."

Mendengar kata-kata itu, iblis terus terguling-guling di atas tanah sambil menjerit-jerit sekuat hatinya kemudian lari lagi dari Barat ke Tirnur dan berbalik sehingga pada suatu tempat ketika mula-mula diturunkan ke bumi dulu. Di lokasi itulah iblis dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan rantai di tangannya. Bumi menggelegak dengan api yang marak apabila malaikat Zabaniah melontar iblis dengan batu-batan dari neraka Ladha sehinggalah saat-saat akhir sakaratulmautnya.

Pidato iblis dalam neraka: Dalam sebuah hadis diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai ke neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar daripada api, dipakaikan pakaian daripada api, bermahkota daripada api dan diikat iblis dengan tali daripada api.
Ketika itu terdengarlah suara menyeru iblis: "Wahai iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka!"

Iblis pun naik ke atas mimbar dan berkata: "Wahai para penghuni neraka! Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafik! Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kamu dengan janji yang benar dan bahawa kamu semua mati, akan dihalau dan dihisab untuk menjadi dua kump-ulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan lagi ke neraka Sa'ir.

Semua penghuni neraka mendengar segala ucapan iblis yang menjadi ketua mereka. Iblis menyambung: "Kamu semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia selama-lamanya.

"Tidak! Tidaklah ada bagiku kekuasaan ke atasmu melainkan aku hanya mengganggu dan memperdaya kamu semua dengan tipu muslihat. Akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu.

"Oleh itu, janganlah kamu mengumpat dan mencaci aku, sebaliknya umpatlah diri kamu sendiri kerana sesungguhnya kamu sendirilah lebih berhak mengumpat daripada aku mengumpat."

Iblis terus berucap sambil menyoal kebodohan penghuni neraka. Sambil menempelak, iblis mengakui Allahlah yang paling berkuasa menciptakan segala sesuatu. "Mengapa kamu tidak mahu menyembah Allah sedangkan Dialah Allah yang menciptakan segala sesuatu?" soal iblis.

Iblis mengakhiri pidatonya dengan berkata: "Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua daripada seksaan Allah dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku telah terlepas daripada apa yang telah aku katakan kepada kamu dahulu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari hadrat Tuhan, seru sekalian alam." Setelah itu iblis dipukul malaikat Zabaniah dengan tombak daripada api dan jatuh ke neraka paling bawah. Kekal iblis di situ bersama-sama dengan pengikut-pengikut setianya.

(Mastika April 2009)


KAYA HARTA DAN KAYA ILMU

Hadith : Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (al-Bukhari)

Huraian: Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya." Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.


MEMUTUSKAN SILATURAHIM

Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim" Riwayat al-bukhari.

Huraian

1. Silaturahim bermaksud menyambungkan tali persaudaraan atau kasih sayang, mengeratkan kembali rasa kecintaan serta menjaga keutuhan persaudaraan yang telah terbina terhadap saudara, kerabat, teman dan sebagainya.

2. Membina dan mengeratkan silaturahim adalah merupakan satu tugas dan tuntutan yang wajib di sisi Islam di mana Rasulullah s.a.w amat membenci golongan yang suka memutuskan hubungan persaudaraan sesama manusia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya:" Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi (memutuskan) hubungan dengan saudaranya melebihi tiga hari."

3. Mewujudkan silaturrahim bukan sekadar membawa maksud menyambung kembali ikatan persaudaraan yang telah retak atau memulihkan semula ketegangan dalam perhubungan malah ia membawa erti yang lebih luas lagi iaitu membina kemesraan dan keakraban dengan sesiapa sahaja menerusi sifat saling membantu, bertolak ansur dan sebagainya.

4. Biasanya punca permasalahan dan gejala keretakan persaudaraan didahului dengan pertengkaran dan saling menjauhkan diri. Maka adalah menjadi kewajipan bagi seorang muslim yang lain mengajak saudaranya yang bertelagah itu ke jalan perdamaian sama ada dengan cara mendatangi, menyapa atau memberi salam serta diikuti dengan ucapan meminta maaf.

5. Seseorang yang sedang berada dalam suasana tegang (perselisihan faham) hendaklah membanyakkan sabar dan bersikap terbuka serta mengalah untuk meminta maaf atau memaafkan orang lain. Jangan bersikap sombong dan angkuh serta menganggap diri sentiasa benar atau betul kerana inilah punca terjadinya keretakan hubungan yang berterusan. Sesungguhnya dosa sesama insan hanya boleh dimaafkan oleh manusia itu sendiri dan bukanlah boleh diampunkan oleh Allah S.W.T.

http://dakwah2u.blogspot.com


WAKAF AL QURAN

Marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776.

Friday, April 3, 2009

TJ : Keutamaan Solat Berjemaah, Balasan tinggal solat, Dahsyatnya sedekah

Tazkirah Jumaat
7 Rabiul Akhir 1430H/3 April 2009



KEUTAMAAAN SOLAT BERJAMAAH

Hadith riwayat Ibnu Umar ra. ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Solat jamaah lebih utama dua puluh tujuh derajat daripada solat sendiri " (HR, Bukhori, Muslim dan lainnya)

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang solat Isya' berjamaah seperti solat setengah malam, dan barang siapa solat subuh berjamaah seperti solat sepanjang malam. (HR Muslim, Ahmad dll) juga dalam riwayat Abu Dawud dan Imam Ahmad disebutkan Rasulullah SAW bersabda " "Barangsiapa yang solat Isya' dan subuh berjama'ah itu seperti solat semalaman". (HR. Ahmad, Daud, dan lainnya)

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya solat yang terberat bagi orang2 munafiq adalah solat I'sya' dan subuh, dan andaikata mereka tahu apa yang terdapat dalam solat Isya' dan Subuh, pasti mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya)

Hadits riwayat Abu Hurairah ra. ia berkata: Rasulullah saw. pernah bersabda: Andaikata orang-orang tahu apa yang terdapat dalam adzan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara diundi, pasti mereka mau mengundinya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat dalam bergegas melakukan solat, pasti mereka berlomba-lomba mendapatkannya. Andaikata mereka tahu apa yang terdapat dalam solat Isya' dan Subuh, pasti mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak" (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya)
Rasulullah SAW bersabda: "Dua rakaat fajar (solat sunnah sebelum solat subuh) lebih baik dari dunia dan apa yang ada didalamnya" (HR. Muslim, dan lainnya.)

Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah Muslim mengatakan maksudnya "dunia dan apa yang ada didalamnya" artinya segala kesenangan / kenikmatan dunia.


TAZKIRAH 1

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”


TAZKIRAH 2

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya”.

http://orange4k.com/200806/tazkirah-jumaat


DAHSYATNYA SEDEKAH

Pada suatu hari datang kepada seorang ulama dua orang akhwat yang mengaku baru kembali dari kampung halamannya di kawasan Jawa Tengah. Keduanya kemudian bercerita mengenai sebuah kejadian luar biasa yang dialaminya ketika pulang kampung dengan naik bis antar kota beberapa hari sebelumnya. Di tengah perjalanan bis yang ditumpanginya terkena musibah, bertabrakan dengan dahsyatnya. Seluruh penumpang mengalami luka berat. Bahkan para penumpang yang duduk di kurs-kursi di dekatnya meninggal seketika dengan bersimbah darah. Dari seluruh penumpang tersebut hanya dua orang yang selamat, bahkan tidak terluka sedikit pun. Mereka itu, ya kedua akhwat itulah. Keduanya mengisahkan kejadian tersebut dengan menangis tersedu-sedu penuh syukur.

Mengapa mereka ditakdirkan Allah selamat tidak kurang suatu apa? Menurut pengakuan keduanya, ada dua amalan yang dikerjakan keduanya ketika itu, yakni ketika hendak berangkat mereka sempat bersedekah terlebih dahulu dan selama dalam perjalanan selalu melafazkan zikir. Sahabat, tidaklah kita ragukan lagi, bahwa inilah sebagian dari fadhilah (keutamaan) bersedekah. Allah pasti menurunkan balasannya disaat-saat sangat dibutuhkan dengan jalan yang tidak pernah disangka-sangka.

Allah menurunkan ayat tentang sedekah kepada Rasulullah SAW, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir; seratus biji Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui,” demikian firman-Nya (QS. Al-Baqarah [2] : 261). Marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776.

http://amalansedekah.blogspot.com/2008/08/dasyatnya-sedekah.html

Thursday, April 2, 2009

TJ : Rahsia Solat 5 Waktu, Rahsia Pergerakan Solat, Wakaf Al Quran

Tazkirah Jumaat
30 Rabiul Awal 1430H/27 Mac 2009


RAHSIA SOLAT LIMA WAKTU

Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Selepas itu orang Yahudi bertanyakan tentang puasa Ramadhan. Selepas nabi menjelaskan tentang kenapa diwajibkan berpuasa Ramadhan dan kelebihannya, orang Yahudi itu membenarkan penjelasan Rasulullah s.a.w. Akhir sekali orang Yahudi itu bertanya lagi, ”Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.”

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).' Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Peringatan : "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)

http://tayibah.com/eIslam/rahsia_solat_5_waktu.html


RAHSIA PERGERAKAN KITA DALAM SOLAT

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

http://syukie.blog.fke.utm.my/rahsia-pergerakan-kita-dalam-solat/


WAKAF AL QURAN

Marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]

TJ : Kelebihan Solat 2 Rakaat, Fadhilat Solat, Sedekah

Tazkirah Jumaat
23 Rabiul Awal 1430H/20 Mac 2009

KISAH KELEBIHAN SOLAT 2 RAKA'AT

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibril A.S. dengan bentuk yang cantik, dan Allah SWT menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang sayap itu antara timur dan barat."

Setelah itu, Jibril AS memandang dirinya sendiri dan berkata : "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?", Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Tidak", Kemudian Jibril a.s. berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukurnya kepada Allah SWT dan setiap raka'at lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibril AS solat, maka Allah SWT pun berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah kepadaku seperti ibadah kamu, akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya "MUHAMMAD". Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya (walaupun) mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan (walaupun) mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam dan dosa mereka pun besar juga, Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku".

Kemudian Jibril AS berkata : "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbuhan ibadah mereka?" Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud "Ya Jibril, akan aku memberikan Jannatul Ma'waa.

Setelah Jibril AS mendapat keizinan Allah SWT, maka pergilah Jibril AS dengan mengembangkan sayap dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibril AS selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh dibawah bayangan sebuah pohon serta bersujud: "Ya Tuhanku, apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiga, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah SWt berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Aku berikan kepada umat Muhammad (SAW) terhadap imbuhan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.

Petikan : "Himpunan Cerita-Cerita Wanita & Lelaki Dalam Al-Qur'an dan Hadis"

http://www.geocities.com/pgssajkm/solat.htm


FADHILAT SOLAT

Berikut adalah Hadis Sahih Muslim yang berkaitan dengan solat:-

1. Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Para Malaikat datang berduyung-duyung kepada kamu pada waktu malam dan siang. Mereka berhimpun semasa sembahyang Subuh dan sembahyang Asar. Kemudian naiklah orang yang bersama kamu. Lalu Tuhan bertanya kepada mereka walaupun Dia lebih mengetahui terhadap segala urusan mereka dengan pertanyaan: Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu ketika kamu meninggalkannya? Mereka menjawab: Kami meninggalkan mereka ketika mereka sedang bersembahyang dan ketika kami mendatangi mereka, mereka juga sedang bersembahyang.

2. Hadis Abu Musa r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa mendirikan dua sembahyang yang menyejukkan iaitu Subuh dan Asar, maka dia akan masuk Syurga.

3. Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sembahyang berjemaah itu lebih baik dari mendirikan sembahyang secara bersendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda.

http://hadith.al-islam.com/Bayan


ANJURAN BERSEDEKAH

Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya : Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab : Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. Riwayat Bukhari dan Muslim

Pengajaran Hadis : Melalui hadis di atas, Nabi s. a. w menerangkan waktu terbaik untuk melakukan amalan sedekah. Baginda menyarankan supaya sedekah dilaksanakan apabila seseorang itu masih sihat dan terlalu sayangkan kepada hartanya. Jika dilakukan sedekah pada masa ini, bermakna seseorang itu sudah berjaya melawan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutkannya dengan pelbagai kesan negatif. Kemampuan menghadapi serangan dua musuh ini, bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar.

Pada masa yang sama, Baginda juga menghuraikan situasi orang yang suka menangguhkan amalan bersedekah hingga berada di saat sakit tenat. Nabi s. a. w melarang umat Islam daripada bertindak secara demikian. Ini adalah kerana jika tidak dilakukan sedekah pada masa itu, orang yang masih hidup (waris) akan tetap mendapat harta yang ditinggalkan.

Sekiranya, penerima harta itu membelanjakan harta mengikut yang ditetapkan oleh syariat Islam, maka si mati akan mendapat keuntungan. Namun jika harta yang ditinggalkan hanya disia-siakan atau digunakan untuk melakukan kemungkaran, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memerah keringat semasa hidup. Ia juga akan dihisab di hadapan Allah sedangkan ahli-ahli waris bersenang-senang dengan harta tersebut.

Kesimpulannya, agama Islam amat menggalakkan umatnya melakukan amalan sedekah dengan menggunakan harta yang paling baik. Lakukanlah amalan ini dengan segera dan janganlah bertangguh. Semoga Allah menerima segala amalan soleh tersebut.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=400.0

Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]