Friday, November 28, 2008

TJ 28 Nov 08 : Keajaiban Selawat, Betul dan rapatkan Saf, Sedekah

Tazkirah Jumaat : 28 Nov. 2008 (30 Zulkaedah 1429)

KEAJAIBAN SELAWAT

Selalu kita dengar di ceramah-ceramah agama, khutbah jumaat, tazkirah di kaca TV selepas subuh, di radio - mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama - berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya.

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, dalam minggu ini kita akan membincangkan tentang 10 daripada 30 keajaiban selawat.

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Wallahu a’lam. (BERSAMBUNG…)

http://soleh.net/2007/09/26/keajaiban-selawat/


BETUL DAN RAPATKAN SAF

Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya ” Betulkanlah saf-saf (barisan) kamu semasa sembahyang berjemaah, kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu (adalah ia) dari amalan mengerjakan sembahyang dengan sempurna (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah, dari Rasulullah s.a.w , sabdanya “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang merapatkan barisan-barisannya dalam solat ,” (HR Ahmad, Ibnu Majah disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim) Ibnu Majah menambahkan : Barangsiapa yang menutup celah dalam solat berjemaah, maka Allah akan mengangkat orang itu satu darjat .

Betulkan saf sebelum qamat

Nabi s.a.w. membetulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan saf dengan merapatkan bahu dan samakan tumit kaki iaitu belakang kaki.
Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku. Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya dan tumit dengan tumit. “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)

Rapat Saf, rapat perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah).
Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

Allah terima sembahyang yang sempurna safnya.

Berikan penghormatan kepada Allah, secara zahirnya dengan meluruskan dan merapatkan saf sepertimana askar memberi penghormatan kepada ketuanya yang memeriksa perbarisan.
Syaitan tidak masuk saf yang rapat

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)
Saf yang rapat tidak dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Begitu juga rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak masuk), atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/11/09/betul-dan-rapatkan-saf/


TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH


Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman Allah SWT; "Ada pun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah." {Qs. Al Lail (92) : 5-8}.

Firman Allah SWT bermaksud; "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]

Sunday, November 23, 2008

Michael Jackson peluk Islam

LOS ANGELES: Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau 'Jacko' dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby � seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

"Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu," kata sumber yang dipetik akhbar itu.

Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa � bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20081122002953/Article/index_html

Michael Jackson Converts To Islam

Michael Jackson Converts To Islam
Jacko Wacko is at it again. The King of pop manages to make waves in the media for his bizarre lifestyle. This time Michael Jackson has reportedly converted to Islam.

Michael Jackson is now 'Mikaeel', name of one of the angels of Allah. The 50-year old legend wore the traditional Islamic attire as he pledged his allegiance to the Koran at a friend's home in Los Angeles. He rejected the name 'Mustafa', which means "the chosen one," the source added.

The Pop star, who was raised a Jehovah's Witness, showed interest in Islam after discussing the religion with a music producer and songwriter on his new album - both of whom were converts to Islam, says reports. "They began talking to him about their beliefs, and how they thought they had become better people after they converted. Michael soon began warming to the idea," a source said. "An Imam was summoned from the mosque and Michael went through the shahada, which is the Muslim declaration of belief. Jacko rejected an alternative name, Mustafa meaning "the chosen one," the source added.

Michael Jackson is now 'Mikaeel', name of one of the angels of Allah.

He was joined for celebration by British singer Yousef Islam, 60, who was called Cat Stevens until he famously converted. However, Jacko is currently faced with charges against him by Sheikh Abdulla bin Hamad Al Khalifa, second son of the King of Bahrain. Reportedly Sheikh Abdulla had lend 7 million dollars to the singer after he faced the child molestation trial.

Wacko Jacko believed it was a 'gift' to him, while Abdullah claims Jackson had promised to return the money back.

Michael jackson converted to Islam FLASH NEWS!!!

Michael jackson converted to Islam and took name "Mikael"
according to to the Sun News and Newspaper he is now a muslim and has islamic dress.he is influenced by ex christian Cat Stevens todays name Yusuf Islam

MASALLAH SUPHANALLAH Welcome our Brother Mikael !!!

Michael Jackson is now Mikaeel, a Muslim

























Micheal Jackson, the King of Pop music has embraced Islam at a ceremony attended by Yusuf Islam a.k.a. Cat Stevens, another superstar who has become one of the best Da'ee's @ Callers to Islam since he himself became a Muslim many years back.

He has chosen the name of the Angel of Allah, Mika'el Alaihis Salam as his Muslim name. The similarity of the Christian name of Michael to Mikaeel could also be a reason why?

He declined to use the name of Mustafa @ the Chosen One when offered to him by his Muslim friends who were there when the occasion took place.

Mikaeel @ Michael Jackson uttered the Kalima Syahadah before Canadian film editor, singer, song writer, poet, performer and television personality Davud Wharmsby Ali who is also a Muslim and Philip Bubal, a Muslim producer.

The reversion of Michael Jackson to Islam took place at the home of an original member of Toto, a famous band back in the 80s, keyboardist Steve Porcaro, Hollywood Hills, Los Angeles, USA.

Mikaeel Jackson is famous all over the world for his hits such as 'Beat It', 'Thriller', 'Bad', 'Billie Jean', etc.

The King of Pop is best known for his amazing transformation of his skin color from being black to white through a series of treatments and for his eccentric behavior of sleeping in an oxygen tank, his reclusiveness, creating Neverland, his private 'Disneyland' type of entertainment park , etc. This site records the transformation of Mikaeel @ Michael Jackson through his life.

Reality of what a botched up series of plastic surgeries can do to one's features is just quite scary as witnessed by the sufferings experienced by this man throughout his life.

I feel sorry for Mikaeel and wish that one day, some gifted plastic surgeon can really do him justice and restore to Mikaeel a face and especially the nose that would make him look normal again.

Mikaeel is 2 months older than me. We were both born in 1958.

As a Muslim, I welcome Mikaeel's reversion to Islam, the very faith that our souls attested unto and wish him well.

We are all humans and tend to commit slip ups and errors in our own individual lives. We have an Age of Ignorance and gradually come to a stage where we acquire an Age of Knowing and Learning.

Through our own efforts and the work of others, we gradually evolve to be who we want to be?

Mikaeel Jackson is only right in becoming a Muslim. He now needs all the help and prayers that we who are Muslims can give him.

The past is just that. We all need to look towards the future.

I believe that Mikaeel's talents will do him well in the field of Nasyeed such as what Yusuf Islam @ Cat Stevens, Sami Yusuf, David Wharmsby, Zain Bhikha and other prominent Muslim personalities in the world's Nasyeed scene.

Insya Allah.

Good luck to you Mikaeel Jackson. May Allah bless your heart with the peace and tranquility that you have been seeking for all this while.

Ameen. http://mahaguru58.blogspot.com/

Friday, November 21, 2008

TJ 21.11.08 : Ujian ke syurga, Subhanallah Wabihamdihi, Tolak Bala dgn Sedekah

Ujian untuk ke syurga

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Semua anak Adam di bawah panji-panjiku di hari Kiamat dan akulah yang pertama masuk syurga. (Riwayat Ibni Assyakir dari Huzaifah)

Dalam hadith yang lain, Rasulullah saw. bersabda, ”Kami adalah umat terakhir dan terawal pada hari kiamat. Kami adalah umat yang pertama masuk syurga walaupun mereka diberi kitab sebelum kami dan kami diberi kitab sesudah mereka.”(H.R. Muslim).

Untuk masuk ke syurga pelbagai ujian harus dilalui. Ujian pertama ialah ujian keimanan iaitu 6 rukun iman yang terdiri dari 4 perkara ghaib dan hanya 2 perkara yang nampak iaitu kitab dan nabi (orang terdahulu boleh melihat para Nabi).

Seterusnya manusia diuji dengan ujian Islam seperti yang terkandung dalam 5 Rukun Islam iaitu mengakui Allah itu tuhan, Nabi Muhammad itu Rasul dan apa yang dibawanya adalah benar, mengerjakan sembahyang, puasa, menunaikan zakat dan haji.

Ali-Imran [140]…..dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya),…..

Manusia juga diuji di alam kubur. Setelah dibangkitkan, diuji pula di Padang mahsyar. Ujian terakhir ialah ujian meniti titian Sirat yang sangat halus iaitu sehelai misai Malaikat Malik Zabaniyyah, penjaga neraka. Malaikat itu sendiri jisim yang halus, apalagi misainya. Ada yang tergelincir ke dalam neraka semasa meniti dan ada yang berjaya melepasinya untuk ke syurga.

Ali-Imran [185] Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Masuk ke syurga ialah satu kejayaan yang besar dalam ujian ini kerana syurga ialah hari raya yang sebenar dan di sana kita menjadi tetamu Allah. Tidak terasa kematian bila berada di syurga:

Ad-Dukhan[56] Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu dan Allah selamatkan mereka dari azab Neraka;

Berebut-rebutlah dalam mendapatkan tender syurga Allah s.w.t. Al-Mutaffififeen [26] ….. dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/07/31/ujian-untuk-ke-syurga/


Subhanallah wabihamdihi

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa membaca : ‘Subhanallah,wabihamdihi’ (Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya) dalam sehari seratus kali, akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan.’ (Riwayat Syaikhan dari Abu Hurairah)

Imam Bukhari menamatkan kitab hadithnya dengan hadith berikut, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

Dalam zikir yang lain pula:

…..Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridhaka nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi’(Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar redha diriNya, dan seberat ‘ArasyNya,dan sebanyak hitungan kalimatNya).’ (Hadis riwayat Muslim)

Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingatinya.

Al-Israa [44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Semut dan katak juga berzikir kepada Allah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

Rasulullah (sallallahu alayhi wasallam) said : “Its croaking is Tasbeeh. Narrated by An-Nas’ai. (suara katak itu tasbih, memuji Allah)

Berzikir sambil berjalan pun boleh, sambil baring atas tilam yang empuk pun boleh berzikir. Ramai orang duduk atas tilam empuk masuk syurga VIP (syurga yang hebat) kerana zikir. Yang penting luangkan masa untuk berzikir, walaupun sedikit asalkan berterusan. Walaupun sekadar Qulhuwallah 10 kali setiap pagi lepas Subuh dan 30 zikir lepas sembahyang (Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahuakbar 10 kali). Yang penting jadikan amalan rutin.

“…….akan digugurkan dosanya walaupun sebanyak buih lautan”

Hanya dosa dengan Allah sahaja diampun. Dosa dengan manusia seperti mengumpat, mencuri hendaklah diselesaikan (settle) dengan meminta maaf dari manusia.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/01/22/subhanallah-wabihamdihi/


Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

· "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah" .

· "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ".

· "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah ".

Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]


http://www2.uitm.edu.my/hep/uk/index.php?option=com_content&task=view&id=67&Itemid=1

TJ 14.11.08 : Ilmu Sains kekuasaan Allah, 7 Golongan dinaungi di akhirat

BELAJAR ILMU SAINS UNTUK FIKIR KEKUASAAN ALLAH

Allah suruh manusia lihat dan fikir kejadian langit dan bumi. Bumi dan langit sudah lama dicipta dan manusia tiada semasa bumi dicipta. Manusia hanya boleh tengok kejadian langit dan bumi melalui ilmu seperti Ilmu sains.

1. Allah cipta bumi dalam 6 hari dan tidak penat atau letih.

Al-A’raf [54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa……
“Dalam enam masa” bermaksud enam zaman yang panjang. Di Padang Mahsyar setengah hari adalah bersamaan 500 tahun. Maka satu hari ialah 1,000 tahun.

2. Langit dan bumi terdiri dari 7 lapisan.

At-Talaq [12] Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

3. Setiap lapisan langit ada pelbagai bahan logam.

An-Naba [12] Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

4. Bukti langit itu berlogam:-

Maryam [90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap. [91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak

5. Di langit juga ada jalan, sama seperti di bumi:-

Az-Zariat [7] Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

6. Diceritakan langit juga boleh dilipat-lipat:

Al-Anbiya [104] (Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.

Hanya Allah yang boleh menggulung langit: Langit ialah penghalang ke syurga, tiba masanya langit akan digulung dan syurgalah yang berada di atas, lalu diperdekatkan syurga kepada orang yang bertakwa

8. As-Shuara [90] Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa.

Hanya Allah jugalah yang boleh memisahkan langit dan bumi supaya binatang dan manusia dapat hidup di bumi ini : Al-Anbiyaa [30] Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

9. Ali-Imran [190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.


SIAPAKAH ORANG YANG BERAKAL?

10. Ali-Imran[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.

11. Fikirkan juga kejadian buah-buahan pelbagai rasa, (masam dan manis) yang disiram dari air yang sama :-

Ar’Rad [4] Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.

12. Di syurga diberi buah yang sama seperti di dunia, tetapi berlainan rasa:-

Baqarah [25] Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya

Ayat-ayat di atas ini menunjukkan kepentingan ilmu sains dalam memikirkan kekuasaan Allah.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/11/03/belajar-lmu-sains-untuk-fikir-kekuasaan-allah/

7 GOLONGAN DINAUNGI DI AKHIRAT, SALAH SATUNYA ORANG YANG BERSEDEKAH

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!, seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya. (Hadis Dalam Sahih Muslim)

http://hadith.al-slam.com/Bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=559


Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan.

Kata2 mutiara Hikmah Abu Bakar Ash Shiddiq r.a.

“Patuhilah Aku selama Aku patuh kepada Allah swt dan Rasulullah saw, bila Aku tidak mematuhi Allah swt dan Rasulullah saw, maka jangan patuhi Aku lagi.” [..]

Friday, November 7, 2008

TJ 7 Nov 08 : Keadaan Neraka, Fadhilat Zikir, Wakaf Al Quran

KEADAAN NERAKA !!!

Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khatab r.a. bahawa Jibril telah datang berjumpa Rasulullah SAW bukan di waktu ia selalu datang.

Rasulullah SAW menghampiri Jibril dan berkata : "Hai Jibril, mengapa wajahmu berubah ?" Jawab Jibril : "Aku diperintahkan datang untuk menerangkan tentang semburan api neraka"

Rasulullah SAW berkata :"Terangkan kepadaku tentang keadaan Neraka dan Jahannam'

Jawab Jibril : "Sesungguhnya Allah memerintahkan agar jahanam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000 tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana betapa panasnya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penjaga-penjaga neraka ini diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan baunya terlalu busuk. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah sekali.

Rasulullah SAW berkata : "Nasib baik aku tidak mati kerana pecah jantung kerana mendengar keteranganmu ini"

Rasulullah SAW melihat Jibril menangis dan beliau turut menangis sambil berkata ; "Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukan engkau begitu rupa di sisi Allah SWT"

Jawab Jibril : "Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak untuk menangis, kerana siapa yang tahu tentang keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketahui. Saya tidak tahu adakah saya akan mengalami cubaan seperti iblis, sedangkan iblis itu adalah golongan Malaikat. Dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami apa yang dialami oleh Malaikat Harut dan Marut" Kemudian kedua-dua mereka terus menangis sehingga datanglah seruan dari langit yang berbunyi : "Wahai Jibril, wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak akan derhaka".

Lalu Jibril naik ke langit dan Rasulullah SAW meneruskan perjalanan beliau sehingga berjumpa dengan sekelompok orang-orang Ansar yang sedang bermain dan ketawa.

Lalu Rasulullah SAW berkata kepada mereka : "Apakah kamu ketawa, sedangkan di belakang kamu Neraka Jahannam. Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis, kamu tidak akan makan dan tidak minum, malah kamu akan pergi ke tempat yang tinggi untuk memohon dan meminta pertolongan Allah SWT.

Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW menanya Jibril : "Kenapa saya tidak pernah melihat Malaikat Mikail ketawa ?" Jawab Jibril : "Mikail tidak pernah ketawa sejak Allah menjadikan Neraka"

http://tayibah.com/eIslam/Keadaan_Neraka.htm


FADHILAT BERZIKIR

Biasakanlah diri kita supaya mengamalkan zikirullah setiap selepas solat sekurang nya Zikir Munajat dan Selawat Nabi sekurangnya sepuluh kali sehari. Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:
  • Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya
  • Zikir menyebabkan Allah redha
  • zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
  • zikir menggembirakan hati
  • zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
  • zikir memurahkan rezeki
  • zikir adalah sinaran hati dan muka
  • zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
  • zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
  • zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
  • Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
  • Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
  • Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah
  • Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
  • Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 151) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya "kerana itu ingatlah kamu kepadaku, nescaya Aku ingat pula kepada mu".
http://makngah.tblog.com/post/267035


WAKAF AL QURAN

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan. (Hadis Dalam Sahih Muslim)

Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]

TJ 31 Okt 2008 : Keadaan di Syurga, Kelebihan Sedekah & Wakaf Al Quran

KEADAAN DI SYURGA

ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).

Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka.

Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim).

Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan seperti yang dinyatakan di atas akan memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan amalan mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa, Rasulullah SAW bersabda: “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak daripada hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana pintu syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa yang berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan.

Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan oleh Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu membaca: Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang berjumlah lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.” (Hadis riwayat Muslim).

Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, di mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan umatmu yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk pintu lainnya bersama orang lain. Rasulullah SAW bersabda: Demi Rabb yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia.

Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti difirman oleh-Nya, bermaksud: “Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (Surah Muhammad, ayat 15). Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW juga bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah.

Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (Hadis riwayat Bukhari). Ketika Rasulullah SAW di Mikraj pun, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Berdasarkan keadaan syurga di atas, hendaklah kita berusaha dengan segigih-gigihnya untuk memasukinya kerana ia adalah tempat abadi yang teramat indah bagi mukmin. Sesungguhnya, Rasulullah SAW mengajar kepada umatnya yang ingin memohon syurga, supaya mereka memohon syurga Firdaus kerana ia adalah syurga yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=55453


KELEBIHAN SEDEKAH

Seseorang itu akan dipanjangkan umur dan dicegah baginya kematian yang buruk. Amru bin Auf menceritakan: “Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu akan memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan buruk.” (riwayat Tabrani)

Terselamat daripada bala bencana. Anas bin Malik menjelaskan katanya: Rasulullah SAW bersabda: Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana tidak dapat melangkahi sedekah.” (riwayat Baihaqi)

Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]