Friday, November 28, 2008

TJ 28 Nov 08 : Keajaiban Selawat, Betul dan rapatkan Saf, Sedekah

Tazkirah Jumaat : 28 Nov. 2008 (30 Zulkaedah 1429)

KEAJAIBAN SELAWAT

Selalu kita dengar di ceramah-ceramah agama, khutbah jumaat, tazkirah di kaca TV selepas subuh, di radio - mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama - berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya.

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, dalam minggu ini kita akan membincangkan tentang 10 daripada 30 keajaiban selawat.

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Wallahu a’lam. (BERSAMBUNG…)

http://soleh.net/2007/09/26/keajaiban-selawat/


BETUL DAN RAPATKAN SAF

Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya ” Betulkanlah saf-saf (barisan) kamu semasa sembahyang berjemaah, kerana sesungguhnya pembetulan saf-saf itu (adalah ia) dari amalan mengerjakan sembahyang dengan sempurna (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Aisyah, dari Rasulullah s.a.w , sabdanya “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang merapatkan barisan-barisannya dalam solat ,” (HR Ahmad, Ibnu Majah disahkan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hiban dan Hakim) Ibnu Majah menambahkan : Barangsiapa yang menutup celah dalam solat berjemaah, maka Allah akan mengangkat orang itu satu darjat .

Betulkan saf sebelum qamat

Nabi s.a.w. membetulkan saf sebelum Qamat. Rapatkan saf dengan merapatkan bahu dan samakan tumit kaki iaitu belakang kaki.
Dari Anas r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Luruskan saf! Aku dapat melihatmu di belakangku. Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya dan tumit dengan tumit. “Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)

Rapat Saf, rapat perpaduan

Rapatkan saf, nescaya ALLAH akan betulkan hati sesama kamu (mencetuskan perpaduan). Walaupun benda ini nampak kecil, tapi ingatlah permulaan sesuatu yang besar (hidayah, rahmat) bermula dari yang kecil (Imam Ghazali, Bidayatul Hidayah).
Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, “Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

Allah terima sembahyang yang sempurna safnya.

Berikan penghormatan kepada Allah, secara zahirnya dengan meluruskan dan merapatkan saf sepertimana askar memberi penghormatan kepada ketuanya yang memeriksa perbarisan.
Syaitan tidak masuk saf yang rapat

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya(kekuasaannya), aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa’i, 2/93. Ahmad, 2/97)
Saf yang rapat tidak dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Begitu juga rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak masuk), atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/11/09/betul-dan-rapatkan-saf/


TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH


Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman Allah SWT; "Ada pun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah." {Qs. Al Lail (92) : 5-8}.

Firman Allah SWT bermaksud; "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

Oleh itu marilah kita bersedekah dengan mewakafkan Al Quran untuk umat Islam seluruh dunia melalui derma sms yang bermula dari RM1 – RM10. Contoh Wakaf1 untuk RM1 dan sms ke 32776. Tolong sampaikan perkara ini kepada saudara, keluarga dan kawan2 kita supaya kita semua mendapat keberkatan. [..]

No comments: