Mutakhir ini kita dapat melihat betapa
masyarakat kita sangat ghairah berhutang dalam mendapatkan barang keperluan dan
perkara yang mereka hajati.
Berhutang pada setengah orang telah
menjadi satu budaya yang dianggap sihat khususnya dalam menunjukkan kemewahan
dan bermegah-megah dengan harta dan barangan yang mereka miliki.
Musim perayaan, cuti persekolahan dan
hujung tahun sebelum sesi persekolahan baru bermula, makin banyak hutang dibuat
kerana mahu menampakkan kemewahan dengan mendapatkan semua yang baru, meskipun
yang lama masih elok dan barangkali hanya baru dipakai sekali dua sahaja.
Istilah biar papa asal bergaya nampaknya makin menular dalam masyarakat dewasa
ini.
Perasan atau tidak, hakikatnya
masyarakat kita kini telah terperangkap dalam fenomena suka berhutang yang
kurang sihat, tetapi dianggap sebagai sihat oleh mereka.
Amat pilu dan menyedihkan lagi, yang
terlibat dalam fenomena ini juga adalah orang melayu yang Islam merupakan
akidah dan pegangan mereka.
Hari demi hari keadaan ini makin
memilukan apabila aktiviti berhutang telah menjadi asas kepada kehidupan
masyarakat dewasa ini.
Tidak dinafikan berhutang adalah
diharuskan dalam Islam bagi mereka yang memerlukan dan berhajat kepadanya,
namun dalam masa yang sama perlu juga kita tahu bahawa Islam sesekali tidak menggalakkan
berhutang dijadikan sebagai cara untuk bermewah-mewah, bermegah-megah dan
dibuat dengan berleluasa tanpa keperluan dan asas yang kukuh.
Lebih memilukan lagi terdapat
sesetengah orang yang beranggapan hutang merupakan mekanisma, kaedah dan teknik
terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan serta mengekalkan
kekayaan sesebuah syarikat atau individu.
Kesannya makin ramai individu yang
berkemampuan membuat pembelian dan transaksi secara tunai telah memilih untuk
berhutang dalam mendapatkan apa yang mereka iginkan seperti membeli rumah,
kereta, perabut dan sebagainya. Alasan mereka, jika perbelian dibuat secara
tunai maka mereka akan rugi.
Statistik hutang dan muflis
Statisti hutang yang dilaporkan melalui
dada-dada akhbar dari badan-badan yang berautoriti dalam negara, cukup
menunjukkan kita betapa hutang sudah menjadi darah daging yang seakan tidak
dapat dipisahkan dari masyarakat dewasa ini.
Kesannya banyak telah muflis disebabkan
hutang. Suka saya petik beberapa keratan akhbar yang menjelaskan tentang
fenomena yang kurang sihat ini:
1. …1,086 penjawat awam diisytiharkan
muflis. Sebanyak 72.74 peratus daripada mereka adalah lelaki. Kebanyakannya
adalah golongan pertengahan, bergaji di bawah RM5,000 sebulan. Mereka yang
berusia di antara 25 hingga 45 tahun muflis kerana menjadi penjamin, membuat
pinjaman bank dalam jumlah yang banyak, sewa beli kereta tanpa deposit dan
penggunaan kad kredit.
Jumlah ini hanya 1.46 peratus daripada
sejumlah 1.27 juta penjawat awam. Bagaimanapun sepatutnya tidak ada penjawat
awam yang muflis kerana mereka bergaji tetap dan perlu menguruskan kewangan
dengan baik mengikut kemampuan gaji masing-masing. Begitu juga dengan ramai
golongan muda yang muflis. Petikan Utusan Online, 21/03/2011 bertajuk “Senarai hutang
menanti pada usia muda”.
2. ...Ramai penjawat
awam di negara ini dibelenggu masalah hutang yang serius sehingga mungkin
membawa kepada kebankrapan.Pada 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia
melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap dengan 72.74
peratus daripadanya adalah lelaki. Petikan Utusan Online, bertarikh
03/03/2011.
3. Menurut Pengurus Besar AKPK [Azman Hasim] sejak
2007 hingga 28 Februari lalu, 144,720 individu menanggung hutang di seluruh
negara mendapatkan perkhidmatan kaunseling dengan agensi itu termasuk 55,225
orang mengikuti Program Pengurusan Kredit.
Menurutnya, individu
paling banyak menghadapi hutang adalah golongan berusia antara 30 hingga 40
tahun, berkahwin dan gaji tahunan kurang RM24,000.
Menurut Datuk Omar Osman Presiden
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada masa
ini 80 peratus daripada penjawat awam mempunyai pelbagai jenis hutang, termasuk
dari bank mahupun koperasi, dan ia dipercayai didorong oleh kebolehan
mendapatkan pinjaman dengan mudah melalui status sebagai penjawat awam.
Semua ini sudah cukup untuk
menggambarkan betapa parahnya budaya berhutang dalam masyarakat dewasa ini,
lebih-lebih lagi bagi penjawat awam yang lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman
dari pelbagai institusi kewangan.
Hutang penyumbang bahana dunia dan
akhirat
Semakin banyak transaksi berteraskan
hutang bermakna makin berkembanglah amalan riba, pecah amanah, rasuah,
penyeliwengan, penipuan, pemerasan dan ugutan, pembunuhan, makin kurang
produktiviti kerja, keruntuhan rumah tangga meningkat dan sebagainya
lagi.
Ini kerana penyakit suka berhutang
merupakan antara faktor dan penyumbang kepada masalah tersebut.
Tamakkan harta dan cintakan dunia telah
melupakan manusia pada akhirat. Kecintaan mereka pada dunia melupakan pada
kesan buruk dari perbuatan tersebut.
Mereka lupa pada sabda Rasulullah SAW:
“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai
hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38).
Mereka lupa yang Rasulullah sentiasa
mohon dilepaskan dari belenggu hutang.
Dalam satu hadis diriwayatkan bahawa
Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: “Ya
Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda
ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai
Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia
dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214).
Tidak kurang banyak juga berlaku dewasa
ini, individu yang suka berhutang atau meminjam dengan niat untuk tidak
memulangkan kembali.
Mereka ini lupa pada
sabda nabi SAW “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin
mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang
meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat
Al-Bukhari, 2/83).
Budaya suka meminjam juga boleh
menyebabkan seseorang individu menjadi muflis diakhirat nanti. Sekiranya mereka
tidak dapat melunaskan hutang mereka didunia, mereka akan dituntut membayarnya
di akhirat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا
الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ
الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ
وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ
هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ
فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ
خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ.
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW, bersabda: "Tahukah kamu
siapakah dia orang Muflis? " Sahabat-sahabat Baginda menjawab:
"Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang
tidak ada wang ringgit dan tidak ada
harta benda;" Nabi SAW., bersabda: "Sebenarnya orang Muflis
dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa
sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun
orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah
darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal
kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya
habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang
ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang
dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam
Neraka.
Kesimpulan
Islam mengharuskan pinjaman dan
berhutang bagi mereka yang memerlukannya. Namun demikian, ia tidak boleh
dijadikan sebagai cara dan wasilah untuk bermewah dan bermegah-megah atau
dibuat dengan berleluasa tanpa keperluan dan asas yang kukuh.
Cintakan dunia, tamak, riya’, takabbur,
hasad, suka menunjuk-nunjuk dan tidak bersyukur dengan apa yang ada antara
faktor penyumbang kepada tabiat suka berhutang yang membawa kepada kesengsaraan
di dunia dan akhirat. Bagi mengatasi sikap suka berhutang, faktor-faktor yang
menjurus kepadanya hendaklah diatasi dan diperangi dengan gigih dan
tabah.
Seorang yang soleh merumuskan cara
menewaskan musuh ketatnya sama ada hasutan syaitan atau mengikut hawa nafsu.
Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk
ke dalam diri manusia. Ternyata ia masuk ke dalam diri manusia melalui sepuluh
pintu iaitu:
1.
Tamak dan buruk sangka. Maka aku
menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa
yang ada.
2.
Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu saya
menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku
saban waktu.
3.
Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku
menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan
buruk pasti menanti.
4.
Kagum terhadap diri sendiri ('ujub)
lantas saya menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada
akibat yang buruk.
5.
Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak
menghormati mereka. Lalu saya menghadapinya dengan mengenali hak-hak serta
menghormati mereka secara wajar.
6.
Hasad (dengki) lalu saya menghadapinya dengan
sifat berpada (qana `ah) dan redha terhadap kuniaan Allah SWT
kepada makhlukNya.
7.
Riya' dan sukakan pujian orang. Lalu saya
menghadapinya dengan ikhlas.
8.
Bakhil (kedekut), lalu saya
menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pads makhluk akan binasa
manakala yang kekal itu berada di nisi Allah SWT.
9.
Takabbur (membesar diri), lalu saya
menghadapinya dengan rasa tawadhu'.
10.
Tamak haloba, lalu saya menghadapinya dengan
mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah SWT dan tidak tamak terhadap
apa yang ada di sisi manusia. (Fathi Yakan, Maza yakni i'timai bi
al-Islam. Lihat juga: Zulkifli Bin Mohammad al-Bakri, Integriti
dalam Islam, Universiti Sains Islam Malaysia:Nilai, 2007, hlm.91-92.
sumber: Abdul Muhaimin Mahmood
sumber: Abdul Muhaimin Mahmood
2 comments:
HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR HAPPY NEW YEAR
DARI-rossastanleyloancompany
Apakah Anda membutuhkan kredit yang urg?
Sangat Cepat dan Transfer Instan ke rekening bank anda
Bayar kembali bulan setelah Anda
akun bank
* Suku bunga rendah 2%
* Pengembalian jangka panjang (1-30) Panjang
* Pinjaman fleksibel dan gaji bulanan
*. Berapa lama waktu yang dibutuhkan untuk membiayai? Setelah mengajukan pinjaman
Anda mungkin mengharapkan jawaban kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam 48 Jam setelah menerima informasi yang mereka butuhkan
Dari kru Di perusahaan pinjaman ROSSA STANLEY, kami adalah perusahaan pembiayaan yang berpengalaman yang menyediakan fasilitas pinjaman mudah untuk tulus, korporat, legal dan publik dengan tingkat bunga 2%. Kami memiliki akses ke koleksi uang tunai untuk diberikan kepada perusahaan dan mereka yang memiliki rencana untuk memulai bisnis tidak peduli sedikit atau besar, kami memiliki uang tunai. Yakinlah yang kesejahteraan dan Kenyamanan Anda adalah prioritas utama kami, di sini kami di sini untuk mengurus Anda.
Hubungi perusahaan pinjaman yang sah dan dapat dipercaya dengan track record layanan yang memberikan kebebasan finansial kepada Perserikatan Bangsa-Bangsa.
Untuk informasi lebih lanjut dan pinjaman yang meminta untuk bisnis anda, belilah rumah, beli mobil, liburan, hubungi kami via,
E-mail Resmi: rossastanleyloancompany@gmail.com
Instagram resmi: Rossamikefavor
Twitter resmi: Rossastanlyloan
Official Facebook: rossa stanley favor
CSN: +12133153118
untuk respon cepat dan cepat.
Silahkan mengisi aplikasi di bawah ini dan kami akan memanggil Anda lagi, Kami tersedia 24/7
DATA PEMOHON
1) Nama Lengkap:
2) Negara:
3) Alamat:
4) Jenis Kelamin:
5) Status Perkawinan:
6) Pekerjaan:
7) Nomor Telepon:
8) posisi saat bekerja:
9) Penghasilan:
10) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan:
11) Durasi Pinjaman:
12) nama facebook:
13) nomor Whatsapp:
14) Agama:
15) Tanggal lahir:
SALAM,
Mrs.Rossa Stanley Favor
ROSSASTANLEYLOANCOMPANY
Email rossastanleyloancompany@gmail.com
Selamat siang Pak / Ibu
Kami menyambut Anda ke PERUSAHAAN PINJAMAN ELIZEBETH ISAAC, tempat kami memberikan pinjaman asli dan serius seperti:
LAYANAN PINJAMAN TERSEDIA TERMASUK:
================================
* Pinjaman Komersial.
*Pinjaman pribadi.
* Pinjaman Bisnis.
* Pinjaman Investasi.
* Pinjaman Pembangunan.
* Pinjaman Akuisisi.
* Pinjaman konstruksi.
* Pinjaman Kartu Kredit
* Pinjaman Konsolidasi Utang
* Pinjaman Bisnis dan banyak lagi:
Kami memberikan pinjaman dengan tingkat bunga 2% tanpa agunan yang diperlukan, jadi kami dapat mengatakan bahwa kami memberikan PINJAMAN TANPA KERJA, Anda tidak perlu merasa buruk atau kecewa dengan bank yang meminta jaminan, cukup hubungi kami dengan mengirim email kepada kami di:
elizebethisaac@gmail.com
Terima kasih
kami menunggu untuk mendengar dari Anda segera
Post a Comment