Solat berjamaah adalah lebih baik dari solat bersendirian
dengan 27 darjat.
Dari Ubay bin Ka’b ia berkata, “Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam melaksanakan shalat subuh, selesai shalat beliau bertanya:
“Apakah ada yang melihat fulan?” para sahabat terdiam, lalu mereka menjawab,
“Ya.” Dan sahabat tersebut tidak hadir. Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya
solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isya’ dan subuh,
seandainya mereka mengetahui keutamaan yang ada dalam dua solat tersebut,
niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Saf (barisan)
pertama adalah seperti safnya para Malaikat, seandainya kalian mengetahui
keutamaannya niscaya kalian akan bersegera menyongsongnya. Sungguh, solatnya
seseorang bersama dua orang adalah lebih baik ketimbang dengan satu orang, dan
solatnya seseorang dengan seorang adalah lebih baik dari ia solat sendirian,
semakin banyak jumlahnya akan lebih dicintai oleh Allah Tabaraka Wa Ta’ala.”
(HR Ahmad,)
Dari http://www.solat.wordpress.com
Solat Berjamaah Satu Tuntutan
Solat berjemaah pada masa kini didalam masyarakat kita hanya dijadikan
sebagai upacara sempenaan tertentu sahaja seperti ada majlis-majlis rasmi dan
keramaian atau dijadikan acara mingguan dan tahunan sahaja seperti solat jumaat dan hari raya. Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari
kalangan kita orang Islam memandang remeh hal solat berjamaah serta beranggapan ianya tidak penting ?!
Kepentingan solat lima waktu sememangnya diketahui umum oleh
kita semua umat Islam, sehingga ia
diletakkan pada kedudukan kedua dalam rukun Islam selepas mengucap dua kalimah
syahadah dan disebut sebagai tiang agama.
Begitupun, keadaan umat Islam pada zaman ini yang
sebahagiannya didapati sengaja mencuaikan perintah Allah ini, apatah lagi untuk
menunaikannya secara berjemaah, adalah suatu hakikat yang amat menyedihkan hari
ini.
Persoalaannya kenapa kebanyakkan dari kalangan kita orang Islam memandang remeh hal solat berjamaah serta beranggapan ianya tidak penting?!
Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak didalam satu
barisan bermula dari solat berjamaah. Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff
ayat 4 :
Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang
berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah
mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
Tanggapan bahawa solat berjemaah tidak penting adalah
sangkaan yang salah dan bertentangan dengan perintah Allah SWT, sebagaimana
firman Nya dalam surah al-Baqarah ayat 43 :
Maksudnya: dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan
keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama
orang-orang Yang rukuk.
Maksud suruhan rukuk bersama orang-orang yang rukuk dalam
ayat di atas, ialah suruhan supaya
solat-solat fardhu itu dilakukan secara berjamaah.
Tuntutan solat fardhu lima waktu secara berjemaah ini adalah sunnah Nabi SAW yang sewajibnya kita sambut
dan ikuti bukan hanya menyambut hari kelahiran Baginda SAW setiap tahun sedangkan sunnahnya tidak disambut dan diikuti. Malangnya, apa
yang diperintah dan dituntut oleh Rasul
tidak diikuti dan diamalkan, malah apa
yang tidak diperintah pula yang dilakukan. Inilah yang mengundang musibah dan
bala daripada Allah terhadap umat-umat yang terdahulu.
Nabi SAW memberi
ancaman yang keras terhadap kaum lelaki yang selalu meninggalkan solat
berjemaah dengan sengaja tanpa uzur
syarei, sebagaimana sabda baginda SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan
oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah RA bermaksud:
“Seberat-berat solat
ke atas golongan munafiq ialah solat `Isya’ dan solat Subuh.
Jika mereka tahu kelebihan pada kedua-dua solat tersebut,
tentu mereka akan menunaikannya (secara berjemaah)
walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat).
Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah
(sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara berjemaah) dengan memerintah seorang lelaki bersolat (menjadi
imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan keluar dengan sekumpulan lelaki bersama seberkas kayu
api untuk mencari mereka yang
tidak menunaikan solat fardhu (secara berjemaah) maka aku akan bakar
rumah-rumah mereka.”
Bertapa penting dan besar kedudukan solat fardhu lima waktu secara berjemaah
disisi Islam, sehinggakan ianya diberi kelebihan pahala dua puluh tujuh kali
ganda bagi orang yang bersolat secara berjemaah daripada bersolat bersendirian,
sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih riwayat Imam
al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra bermaksud: “solat berjemaah melebihi solat bersendirian
dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala”
Marilah kita beramai-ramai menunaikan solat fardhu lima
waktu secara berjemaah dimana sahaja kita berada, sama ada di pejabat, di
pasaraya, di sekolah, taman rekreasi
dan yang paling utama solat berjemaah ini dilakukan di masjid.
Solat berjemaah adalah lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam serta cahaya
keimanan mereka. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malap keimanan
mereka adalah bilamana mereka meninggalkan solat secara berjemaah. Diantara perbezaan seorang muslim yang sejati dan munafik adalah pada solat mereka. Firman
Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 142:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan
tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang
mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka
(dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri
sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak
(memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka
orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan
sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).
KELEBIHAN ORANG MENJAGA SOLAT 5 WAKTU SECARA BERJAMAAH
Diangkat kesusahan dalam kehidupannya.
Diangkat siksa kuburnya.
Surat Catatan amalannya diserah kepadanya dengan tangan kanan.
Melalui Sirat Mustaqim secepat kilat.
Masuk kedalam Syurga tanpa hisab.
Daripada Abu Darda’ r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampung atau di
pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai
oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan
(ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan
an-Nasaaiyy.
Credit to:rahsiarezeki.com
No comments:
Post a Comment