Sunday, January 8, 2017

MEMPERELOKKAN SUARA KETIKA MEMBACA AL-QURAN



Riwayat: 
 al-Bukhari dan Muslim

Hadith: 

Daripada Abu Musa al-Asy‘ari RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya, “Sesungguhnya engkau telah dikurniakan oleh suara yang merdu dan lunak, seperti suara seruling keluarga Nabi Daud AS.


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Di dalam riwayat Muslim disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, (Jika engkau melihat (atau mengetahui) aku mendengar bacaanmu semalam (nescaya engkau gembira).


Huraian Hadith: 

1.   Disunatkan memperelokkan suara ketika membaca al-Qur’an meliputi semua hukum tajwid kerana dengan bebuat demikian dapat mententeramkan hati orang yang membacanya dan juga orang yang mendengar.
2.    Walaupun dituntut oleh syarak supaya berusaha memerdukan suara ketika membaca al-Qur’an tetapi janganlah terkeluar daripada hukum-hukum tajwid seperti yang telah ditetapkan.
3.    Kelebihan Abu Musa al-Asy‘ari yang bacaannya didengar oleh Rasulullah SAW kerana suaranya yang merdu.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Sumber: JAKIM


No comments: