Thursday, December 19, 2013

Tazkirah Jumaat 20 Dis. 2013 (17 Safar 1435) : KELEBIHAN SOLAT DUHA, DUNIA HANYA PERSINGGAHAN SEMENTARA, TABUNG MANGSA BANJIR SMS 13999

Tazkirah Jumaat
20 Dis. 2013 (17 Safar 1435)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW

(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
KELEBIHAN SOLAT DUHA

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya di dalam syurga ada satu PINTU dikenali sebagai Pintu DHUHA. Apabila hari qiamat maka penyeru pun menyeru: mana orang orang yang mengekalkan Solat Sunat DHUHA. Ini pintu kamu. Masuklah melalui pintu ini dgn Rahmat Tuhan mu.  (Hadith riwayat At Tabarani)

Pengajaran :

1. Sesungguhnya Solat Sunat menampung kekurangan Solat Fardhu.

2. Solat Sunat Dhuha solat sunat yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

3. Solat Sunat Dhuha boleh dilakukan 28 minit selepas waktu Syuruk.

Kiriman Ustaz Mohamad Razi Bin Haji Zulkifli, Bentong, Pahang

DUNIA HANYA PERSINGGAHAN SEMENTARA

Syukur padaNya masih dapat merasai pelbagai bentuk nikmat yang sementara ini. Mudah-mudahan ianya tak melalaikan dari tujuan hidup di muka BumiNya.

Hari ini kita semua menyedari & meyakini akan pastinya saat kematian itu & benarnya terdapat Azab & Nikmat disana. Dan Kita jua akan mengadap Tuhan yang telah memberi nikmat akal, kesihatan, pendengaran, penglihatan, rezeki, keluarga, serta nikmat-nikmat lainnya. Justeru itu perlunya kita manfaatkan sebaiknya nikmat pinjaman yang masih berbaki ini.

Renungilah akan pesanan Nabi Muhammad SAW :  Rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara : Masa sihat sebelum sakit, Kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sibuk, Muda sebelum tua, Hidup sebelum mati. (HR al-Hakim & al-Baihaqi)

Andainya kita tahu bila ajal itu akan datang, bila kiamat itu akan terjadi, sudah tentu kita semua akan berlumba-lumba mengerjakan kebaikan & meninggalkan kemungkaran disaat hampirnya waktu tersebut. Namun segalanya hanya Allah swt yang mengetahuinya. Justeru itu perlunya untuk kita menyaksikan sama Hari-hari hidup kita tentang mana Halal Haramnya, mana Perintah & LarangaNya.

1. Sihat sebelum Sakit

Nikmat yang paling besar dikurniakan ialah Kesihatan. (Jika ditimpa kesakitan segalanya terganggu, segalanya terbatas. Disaat itulah mula hadirnya perasaan untuk mengerjakan kebaikan, namun bila kesakitan sudah pulih. Segalanya sudah dilupai) Inilah tabiat manusia. Justeru itu sama-sama kita memanfaatkannya. Berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, fadhilat yang telah dihidangkan. Segalanya untuk ke Akhirat yang Kekal.

2. Kaya sebelum miskin

Segala rezeki dari Allah swt. Dia berkuasa bila-bila masa sahaja untuk mengambilnya. (Berlakunya kecurian, kebakaran & pelbagai cara boleh terjadi). Justeru itu perlunya kita sentiasa bersyukur atas segala pemberiannya, bersedekah menolong saudara kita yang berhajat memerlukannya.

3. Lapang sebelum sibuk

Lazimilah waktu lapang dengan sentiasa berzikir padaNya, membaca Al-Quran, mentadabur maknanya dan perkara-perkara yang menambahkan lagi keimanan padaNya. Agar hari-hari hidup kita hadir rahmat & berkat dariNya. (Ketika di pejabat, waktu pembelajaran & dalam keadaan apapun).

4. Muda sebelum tua

Masa yang semua ingin dicubainya, masa yang semua orang ingin jika dapat kembali semula. Masa yang melalaikan sebahagian besar masyarakat hari ini. Bila ditanya soal kelalaian mereka, akan dijawab (Umur masih muda lagi, dihari tua nantilah baru buat amal). Begitulah keadaannya. Lihatlah dimasjid-masjid, yang kelihatan hanya orang tua sahaja. (Ajal itu tak diketahui, ada yang masih dipanjangkan lagi umurnya, ada yang mati muda kemalangan, ditimpa penyakit dan ada yang terus leka). Justeru itu manfaatkanlah masa Muda kita dengan bersungguh-sungguh melaksanakan suruhanNya, manfaatkan tenaga, menafkahkan diri berkhidmat untuk Islam. Sebelum datangnya hari Tua. Hari yang sudah tidak mempunyai kekuatan. Selepas kematian nanti tak dapat lagi untuk kita beramal.

5. Hidup sebelum Mati

Kemuncaknya adalah ajal, saat yang ditakuti setiap orang. Ia tak mengenal Usia. Bila, dimana & bagaimana keadaannya hanya Allah swt yang tahu.

Marilah sama-sama kita menukar sikap hidup yang merugikan. Pandulah segalanya pada Al-Quran & SunnahNya. Pelajarilah Ilmu Agama. Tak salah nak mencari kenikmatan dunia selagi mana ianya tidak melalaikan dari tujuan Hidup. Cuba kita renungi ungkapan Abdullah bin Umar ra : (Beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari, dan beramallah untuk duniamu seolah-olah kamu hidup selamanya). Dunia itu jambatan Akhirat, keduanya saling memerlukan.

Firman Allah swt : Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi & berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al Qashash 77)

https://www.facebook.com/pages/Islamic-Articles/


TABUNG MANGSA BANJIR SMS 13999

Sistem tabung SMS 13999 yang telah dilancarkan untuk membantu meringankan beban mereka yang menjadi mangsa kepada bencana banjir yang sedang terjadi pada waktu ini. Kepada yang ingin menderma anda boleh melakukan dengan cara hantarkan derma melalui SMS dengan cara Taip : BANJIR kepada 13999. Derma boleh dibuat dengan Amuan RM1/RM3/RM5/RM10/RM15 DAN RM20.

CONTOH: BANJIR 1 untuk amaun RM1 dan hantarkan kepada 13999

No comments: