10 Mei 2013 (29 Jamadil Akhir 1434H)
MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
PENGHAPUS DOSA (5) : BERWUDUK
“Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik mungkin, maka akan keluarlah dosa-dosa daripada tubuhnya hatta terkeluar juga dari bawah jari-jarinya.” (Riwayat Muslim)
Pengajaran : Berwuduk dengan sempurna akan menghapuskan dosa.
TAZKIRAH : IN SHAA ALLAH.
Diriwayatkan pada satu hari beberapa penduduk Mekah datang berjumpa Nabi saw. untuk bertanyakan mengenai roh, kisah ashabul kahfi. Nabi saw. lalu menjawab, "Datanglah esok pagi untuk aku menjawabnya".
Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi saw. dan gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan.
Maka turun wahyu ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi. "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "In shaa Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)
Sebutan "in shaa Allah" bererti "jika Allah mengkehendaki" atau "dengan izin Allah".
Kita dikehendaki untuk menyertakan ungkapan "in shaa Allah" dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan. Allah hendak kita sedar bahawa kita tiada kuasa untuk memastikan kejayaan sesuatu yang ingin kita lakukan. Allah hendak kita sedar dan ingat kepada kekuasaanNya. In shaa Allah.
KELEBIHAN BULAN REJAB
1 Rejab bersamaan Sabtu 11 Mei 2013. Adalah malam 1 Rejab..
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.
Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. In shaa Allah.
KISAH KAPAL TITANIC TENGGELAM TERMAKTUB DI DALAM SURAH YASSIN
Ucaplah ''Subhanallah..''. Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.
Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44, AllahuAkhabar!!:
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.
Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J. Smith.
''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah sayapun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..''.Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan. ''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic. Subhanallah.
https://www.facebook.com/pages/TazkirahRenunganMotivasi-hari-ini/
SOLAT TAHAJJUD
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "Solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” - Surah Al-Israa'; ayat 79.
https://www.facebook.com/pages/TazkirahRenunganMotivasi-hari-ini/
No comments:
Post a Comment