Friday, December 28, 2012

SUNNAH MENGETIP KUKU, PESANAN IMAM AL-GHAZALI


Tazkirah Jumaat
28 Dis 2012 (14 Safar 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
SUNNAH MENGETIP KUKU

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “ 10 perkara yang dikira sebagai fitrah(sunnah) iaitu memotong misai, merapikan janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh celahan jari, mncabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak).”Zakaria menambah:”Aku terlupa yang kesepuluh, kecuali berkumur.”  (Riwayat Muslim)

Pengajaran:

1. Jangan mengabaikan mengetip kuku kerana ia satu sunnah Nabi, membiarkan kuku panjang bersalahan dengan sunnah Nabi.

2. Kekotoran yang ada di bawah kuku yang panjang boleh memudaratkan kita. Walaupun kuku yang panjang itu dijaga supaya bersih, kuman tetap boleh bersarang dibawah kuku itu.

3. Bersih itu sebahagian daripada iman. Bagaimana iman kita  hendak bertambah jika kita tidak menjaga kebersihan?

4. Mari kita renung-renungkan hikmah disebalik sunnah Rasulullah ini. Amal sunnah , hidup indah.

(Sumber:Majalah Gen-Q, Isu 16 m.s1)


PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:

1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”.

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 185)

2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. ” Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’araaf 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 – Pertanyaan keempat adalah, ”Apa yang paling berat di dunia ini?”

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah”

“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 – Pertanyaan yang kelima adalah, ” Apa yang paling ringan di dunia ini?”

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, ” Apakah yang paling tajam di dunia ini?”

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

http://ashamsuri.blogspot.com/2012/06/tazkirah-jumaat-pesanan-imam-al-ghazali.html

Friday, December 21, 2012

SEDEKAH PALING BAIK, 7 SUNNAH PENTING, RENUNGAN BERSAMA : ALHAMDULILLAH, KITA MASIH MAMPU


Tazkirah Jumaat
21 Dis 2012 (7 Safar 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
SEDEKAH PALING BAIK

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: “Sedekah yang paling baik adalah seorang Muslim yang belajar kemudian mengajarkannya kepada Muslim yang lain. (Riwayat Ibn Majah)

Pengajaran:

Kita hendaklah:

1. Tahu satu ilmu sampaikan satu ilmu kemudian cari lagi.

2. Ceritakan keluarga apa yang dipelajari.

3. Membantu anak, adik dan sebagainya menelaah dan menyiapkan kerja sekolah.

4. Membantu rakan-rakan yang tidak memahami sesuatu mata pelajaran.

(Sumber:Majalah Gen-Q, Isu 16 m.s1)


7 SUNNAH PENTING

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya ...kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: 

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150605199072955&set=a.82029397954.80127.754992954&type=1&permPage=1


RENUNGAN BERSAMA : ALHAMDULILLAH, KITA MASIH MAMPU

ALHAMDULILLAH, KITA masih mampu MANDI sendiri SEBELUM orang MANDIKAN KITA..

ALHAMDULILLAH, KITA masih mampu pergi ke SURAU sendiri SEBELUM orang mengANGKAT KITA ke SURAU..

ALHAMDULILLAH, KITA masih mampu SOLAT BERJEMA'AH SEBELUM JEMA'AH yang SOLATkan KITA..

ALHAMDULILLAH, KITA masih mampu SOLAT di BELAKANG IMAM SEBELUM KITA diSOLATkan di HADAPAN IMAM..

ALHAMDULILLAH, KITA masih mampu memBACA YASIN SEBELUM orang memBACAkan YASIN untuk KITA..

ALHAMDULILLAH, KITA masih mampu menZIARAHI KUBUR SEBELUM orang menZIARAHI KITA di KUBUR..

RENUNG2KANLAH..

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150601705517955&set=a.82029397954.80127.754992954&type=1&permPage=1

BALASAN MERINGANKAN BEBAN ORANG LAIN, SAAT MAKBUL DOA HARI JUMAAT


Tazkirah Jumaat
14 Dis 2012 (30 Muharram 1434H)

MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
BALASAN MERINGANKAN BEBAN ORANG LAIN

Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

Maksudnya: Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa memudahkan orang yang tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa menutup aib seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca Kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama, kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya, dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.”

(Riwayat Muslim no.2699 dan at Tirmizi no.2940)

Pengajaran: Kita hendaklah:

1. Menolong saudara Mukmin.

2. Menutup aib.

3. Sentiasa menempuh jalan dalam rangka mencari ilmu pengetahuan.

4. Mempelajari ilmu pengetahuan daripada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW.

(Sumber:HADIS 40 IMAM NAWAWI , huraian dan intisari Zahazan Mohamed, Muhammad Zakaria)


SAAT MAKBUL DOA HARI JUMAAT

Imam al-Ghazali mengungkapkan hari Jumaat sebagai:”Ketahuilah olehmu bahawa hari Jumaat itu adalah Hari Raya bagi orang Islam. Iaitu hari yang mulia yang telah dikhususkan oleh Allah S.W.T kepada umat (Nabi) Muhammad s.a.w. Dan pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa. Seseorang mukmin yang berdoa dan doanya menepati saat itu, Allah akan memberi apa sahaja yang dia minta. Maka bersiaplah engkau menghadapi Hari Jumaat itu mulai dari petang hari Khamis lagi.

Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Imam Abu Hanifah berpendapat waktu doa makbul pada hari Jumaat ialah selepas Asar (akhir waktu Asar). Hadith Jabir ra: Maka peganglah erat-erat akhir dari waktu tersebut jatuh setelah Asar. (Abu Daud, anNasa’iy dan alHaakim).

Baqarah [238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

“Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?” Nabi bersabda: “(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan sesudah sembahyang fardu.”(Hadis riwayat Tirmidzi)

Jaga makan dan minum, syarat Allah terima doa.

Rasulullah menyebutkan berkenaan seorang lelaki yang melakukan perjalanan yang jauh, yang kusut rambutnya lagi berdebu, dia menadahkan tangannya ke langit sambil (berkata): “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (berdoa), (padahal) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram,bagaimana doanya itu hendak dimakbulkan?”(Hadis riwayat Muslim)

Sunnah Nabi berdoa pendek dan kemas (padat) seperti (Rabbana atina fiddunya hasanah…)“

Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyukai doa yang menyeluruh maknanya dan dia tinggalkan selain daripada itu.” (Hadis riwayat Abu Daud). Doa yang paling banyak Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam baca sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu berkata maksudnya :“Adalah doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang terbanyak sekali (Baginda baca ialah): “Ya Allah! Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami daripada azab api neraka.”

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/12/11/saat-makbul-doa-hari-jumaat/

Thursday, December 6, 2012

HADIS : BAIK DAN HALAL SYARAT DITERIMA DOA, KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Tazkirah Jumaat
7 Dis 2012 (23 Muharram 1434H)


MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW
(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)
BAIK DAN HALAL SYARAT DITERIMA DOA

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Baik, tidak menerima sesuatu kecuali yang baik. Dan Allah memerintahkan kepada orang Mukmin sebagaimana Dia memerintahkan kepada para Rasul. Allah SWT berfirman:’Hai para Rasul makanlah segala sesuatu yang baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.’(Surah al Mukminun 23:51). Dia juga berfirman:’Hai orang yang beriman, makanlah apa-apa yang baik daripada yang telah Kami rezekikan kepadamu.’(Surah al Baqarah 2:172). Kemudian Rasulullah SAW menceritakan perihal seseorang yang menempuh perjalanan, rambutnya kusut masai dan penuh debu. Dia menadah kedua-dua tangannya ke langit dan berkata:’Wahai Tuhan! Wahai Tuhan!’, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan perutnya dikenyangkan dengan makanan haram, maka bagaimana akan diterima permohonannya (doanya)?”

(Riwayat Ahmad no.8348, Muslim no.1015 dan at Tirmizi no.2922)

Pengajaran:

1. Allah tidak menerima kecuali sesuatu yang baik.Misalnya sesiapa yang bersedekah dengan barang haram tidak akan diterima.

2. Sesuatu yang disebut baik adalah apa yang dinilai baik di sisi Allah.

3. Berlarut-larut dalam perbuatan haram akan menghalang seseorang daripada termakbul doanya.

(Sumber : HADIS 40 IMAM NAWAWI , huraian dan intisari Zahazan Mohamed, Muhammad Zakaria)


KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Mengenai Solat sunat tahajjud, Pasti ramai yang tercari akan khasiat solat sunat tahjud ini. "Pada paras alfa, frekuensi otak berada dalam lingkungan 7 hingga 14 kitaran persaat. Paras ini merupakan paras seseorang dapat berhubung dengan minda bawah sedar dengan aktif. Pada paras ini seseorang akan berada dalam keadaan pertengahan antara 'sedar dengan lena'. Aktiviti minda pada ketika ini dalam keadaan tenang,santai dan rehat. Pada tahap ini anda akan berada dalam tahap kesedaran yang tinggi.

Paras alpha amat penting kerana anda dapat meneroka dan mengekstrak kemampuan minda anda. Pada ketika ini minda dan jiwa anda begitu hening sehingga anda berada pada tahap fokus yang tinggi. Fikiran anda begitu terang dan jelas dan mampu menjana minda bawah sedar pada tahap yang tinggi

Paras ini adalah sepertimana anda hampir-hampir hendak tertidur. Malangnya anda tidak dapat kekalkan keadaan ini. Hanya waktu yang singkat sahaja anda berada pada paras alfa ,lalu anda tertidur.Ini berlaku secara semulajadi.

Walaubagaimanapun, paras alpha boleh dicapai dengan menurunkan secara sengaja frekuensi otak ke tahap yang lebih rendah daripada keadaan sedar.

Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu mengatakan bahwa Rasulullah bersabda, 'Tuhan kita Yang Mahasuci dan Mahatinggi turun ke langit dunia. setiap malam ketika tinggal sepertiga malam yang akhir dengan berfirman, 'Siapakah yang mau berdoa kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapakah yang mau meminta kepada-Ku lalu Aku kabulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampuni?'"

Salah satu caranya ialah dengan anda melakukan qiaimulail. Pada ketika ini apabila anda bangun tidur terutamanya pada pertengahan malam, otak anda dalam keadaan hening dan tenang. Paras kortisol amat rendah pada waktu ini.

"Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat. (Surah Hud:114)

Anda sebenarnya masih dalam keadaan yang mengantuk seperti mahu tidur lagi.Apabila anda melaksanakan solat tahajud misalnya, anda seperti hendak tertidur tetapi masih dalam keadaan berjaga.Pada ketika ini anda sebenarnya berada pada pertengahan antara sedar dan lena yang mana anda sebenarnya pada pada tahap frekuensi alpha . BIla anda dengan sengaja melakukan solat tahajud, anda dapat berada lebih lama dalam keadaan alpa.

Inilah salah satu rahsia kehebatan solat tahajud pada ketika kita melakukan qiaimulail.Begitu juga dengan amalan-amalan berzikir,membaca alquraan, muhasabah diri dan beristiqfar pada melakukan ibadah qiaimulail pada pertengahan malam adalah merupakan aktiviti yang mana meletakkan anda pada tahap paras alpha.

dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan? Ash-Shaaffat (37)

Pada tahap ini kesedaran dan fokus anda anda begitu tinggi hinggakan emosi anda akan lebih jelas iaitu seperti apabila anda mengenangkan dosa-dosa dan takut kepada azab Allah, hati anda akan mudah tersentuh dan anda benar-benar dapat merasakan kehebatan,kebesaran dan keagungan Allah. Mata hati anda akan menjadi terang supaya anda benar-benar bersungguh-sungguh untuk membuat persediaan bekalan untuk menghadapi kematian anda pada bila-bila masa. INFO @ AGAMA @ KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJJUD

http://nicezones.blogspot.com/2012/08/kelebihan-solat-sunat-tahajjud.html