Friday, January 21, 2011

KELEBIHAN SELAWAT

Tazkirah Jumaat
21 Jan 2011 (16 Safar 1432H)


KELEBIHAN SELAWAT

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.

Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:

1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).

2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).

5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).

6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).

7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).

8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

1. Memperolehi selawat dari Allah.

2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.

3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.

4. Menghapuskan dosa.

5. Mendapat pertolongan

6. Tercapai keperluan hidup.

7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.

8. Memperolehi nur zahir dan batin.

9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.

10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi. Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.

http://berita-harian-online.com/kelebihan-selawat/

Thursday, January 20, 2011

BACAAN ZIKIR & WIRID SELEPAS SOLAT, FADHILAT ZIKRULLAH

Tazkirah Jumaat
14 Jan 2011 (9 Safar 1432H)


BACAAN ZIKIR & WIRID SELEPAS SOLAT

Selepas solat fardu pada tiap-tiap hari biasanya kita berwirid dan berdoa terlebih dahulu sebelum kita bangkit meninggalkan solat. Terdapat wirid dan doa yang panjang dan ringkas, kita boleh memilih antara keduanya sesuai dengan waktu dan tuntutan keadaan.

Sebahagian orang nampaknya lebih suka mengamalkan wirid dan doa yang panjang-panjang, sementara sebahagian yang lain tidak berwirid sama sekali, namun ada juga setelah memberi salam terus pergi meninggalkan tempat solat.

Dengan mengetahui fadilat-fadilat serta kelebihan-kelebihan wirid dan doa selepas solat fardu, Insya-Allah dapat mendorong dan menggalakkan orang berzikir dan berwirid di samping melipatgandakan pengalaman orang yang sebelumnya sudah berjinak-jinak dengan wirid dan doa selepas solat.

1. “Lailaha illallah” dan “Allahuakbar“

katanya “aku tahu sembahyang telah selesai apabila ada zikir”. Rasulullah ada berzikir beramai-ramai selepas sembahyang, cuma tidak diketahui apakah zikir itu “Lailaha illallah” atau “Allahuakbar”. Oleh itu bacalah keduanya sekali.

2. Surah Israa ayat 111- Alhamdulillahillazi….

Dalam satu hadith disebut “Mengucapkan Alhamdulillah akan memenuhi timbangan (mizan)”. Bacaan ini sering dibaca imam selepas sembahyang.

3. Istigfarlah 3 kali (Astagfirullah hal azim) dan membaca “Allahuma antas salam wa minka salam, taba rak ta, ya zal jala liwal ikram”,.

Dari Tsauban,dia berkata: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali,kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”

4. Ayat Qursi

Kalau wirid dengan membaca ayat kursi, lebih baik jika terus dibaca “Allahu la ila”. Tidak perlu baca ‘Waila hukum” kerana ayat kursi itu ayat terbesar, sangat besar fadilatnya dan lebih baik dibaca bersendirian.

Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”

5. Membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat untuk menolak sihir.

Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat(fardu/wajib).”

6. Tasbih (Subhanallah 10x), tahmid (Al-hamdulillah 10x), takbir (Allahuakbar 10x)

Bilangan zikir untuk tasbih, tahmid, takbir 33 atau 10 kali bergantung kepada solat. Lepas maghrib, seelok-eloknya dipendekkan / cepatkan zikir kerana solat sunat lepas maghrib diangkat bersama fardhu maghrib. Kalau ada solat sunat selepas itu, pendekkan zikir dan buat solat sunat. Boleh sambung zikir lagi selepas solat sunat jika mahu.

Kalau dilakukan 10 kali setiap solat, jumlahnya 30 kali 1 solat. Sehari ada 5 solat, maka jumlah zikir ialah 30 x 5 = 150 kali. Pahalanya pula 150 x 10 = 1500. Nabi ada menyebut dalam satu hadith, siapalah yang melakukan sehingga 1500 kejahatan satu hari.

Dari Abdullah bin Amr,Nabi s.a.w bersabda: “Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga (siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah, akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih Subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/ wajib sepuluh (10) kali, memuji-Nya (bertahmid-Alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya (bertakbir-Allahuakbar) sepuluh (10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus (1500) kali pada timbangan. Kemudian bertakbir (Allahuakbar) tiga puluh empat (34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga (33) kali dan bertasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga (33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus (100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratu
s (2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah,mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu, terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kpdnya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/01/16/bacaan-zikir-dan-wirid-selepas-sembahyang/


FADHILAT ZIKRULLAH

Dari Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya. (HR, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

Thursday, January 13, 2011

RAHSIA KALIMAH BISMILLAH, AMALKAN 7 KALIMAT DIBIBIR, AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG, AYAT-AYAT AL-QURAN YG BOLEH DIAMALKAN

Tazkirah Jumaat
2 Safar 1432H (7 Januari 2011)


RAHSIA KALIMAH BISMILLAH

Lafaz: Bismillahirrahmanirrahiim

Diantara rahsia khasiatnya :

Dibacakan Bismillah pada telinga orang yang pengsan sebanyak 41 kali, Insya’allah akan sedar dan kembali siuman.

Supaya cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah Bismillah dengan menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dalam keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pada Allah hajatnya.

Insya’allah segera dikabulkan Allah dengan kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.

Agar sentiasa dilapangkan dan mudah urusan rezkinya serta disegani dimuliakan oleh makhluk,

perbanyakkan membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa: ‘Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu dan kurniamu serta rezkimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu dan bertakwa kepadamu.Mudahkanlah bagiku untuk memperoleh rezkimu dan sekalian makhlukmu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu’.

Mengamalkan membaca Bismillah ketika hendak tidur sebanyak 21 kali nescaya aman dan bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.

Membaca Bismillah ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi orang yang cerdas dan terbuka hati sehingga menjadi anak yang soleh.

Membaca Bismillah pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kiblat sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 kali, Allah menganugerahkan rezki padanya tanpa diduga sama sekali.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W: ‘Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah S.W.T’.

Dalam riwayat yang lain Nabi Muhammad S.A.W bersabda: ‘Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan’.

Oleh yang demikian marilah kita berlumba-lumba mengejar rahmat Allah yang luas dengan memperbanyakkan bacaan Bismillah dalam setiap amalan kehidupan harian kita. Wallahualam.

http://1khalifah.wordpress.com/category/zikir/


AMALKAN 7 KALIMAT DIBIBIR

7 kalimah yang baik selalu diucapkan agar kita mudah-mudahan tidak tergolong dari orang yang lalai dari mengingati-Nya:

1. Bismillahhirrahmannirrahim : pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulillah : pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astaghfirullah : jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insya Allah : jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquwwataillabillah : bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

http://1khalifah.wordpress.com/category/zikir/


AMALAN UNTUK IBU MENGANDUNG

Surah-surah khusus yang baik untuk dibaca serta kesannya:

1. Surah Al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

3. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

4. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

5. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

6. Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

7. Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

8. Surah An-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Insya Allah berhasil.

http://1khalifah.wordpress.com/category/al-quran/


AYAT-AYAT AL-QURAN YG BOLEH DIAMALKAN

Mudah-mudahan berhasil. Insyaallah..

Untuk elak suami/isteri dan anak-anak bergaduh: Surah Al Baqarah – Ayat 102

Anak-anak pandai belajar: Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79

Anak-anak lembut hati/ elak panas baran: Surah Al Anbiyaa – Ayat 69, Surah Al Hasyr – Ayat 22-24

Anak-anak malas sekolah: Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tidak kahwin lain: Surah Toha – Ayat 39 – mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bagi anak-anak yang suka keluar malam: Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

http://1khalifah.wordpress.com/category/al-quran/