Wednesday, December 1, 2010

AL-BADI’, AL-BAQI, SEJARAH DAN FADHILAT AYAT KURSI, CARA KAUT UNTUNG BESAR DALAM SEKETIKA

Tazkirah Jumaat
3 Dis. 2010 (26 Zulhijjah 1431H)


FADHILAT ASMAUL HUSNA

95. AL-BADI’ - MAHA INDAH/TIADA BANDINGAN

"Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. AL-BAQI - MAHA KEKAL

"Ya Baaqi!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.


SEJARAH DAN FADHILAT AYAT KURSI

Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasulullah saw dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Untuk amalan kita semua….. Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya”.

Sabda baginda lagi; “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.” Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. semoga menjadi amalan hidup seharian Insya Allah..

http://1khalifah.wordpress.com/2010/04/17/sejarah-dan-fadhilat-ayat-kursi/


CARA KAUT UNTUNG BESAR DALAM SEKETIKA

Anda boleh membaca SURAH AL-FATIHAH sebanyak 5 kali: Diriwayatkan daripada Abdul Malik bin Umair, katanya sabda Rasulullah SAW: Di dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk semua penyakit.

Anda boleh membaca SURAH AL-IKHLAS sebanyak 15 kali: Diriwayatkan daripada Nabi SAW sabda baginda: Sesiapa yang membaca ayat “Qul huwallahu ahad..” sehingga akhir (surah Al-Ikhlas) sepuluh kali, nescaya Allah membina istina untuknya di syurga. Lalu Umar bin al-Khattab berkata: Jadi saya akan memperbanyakkannya. Jawab baginda: Perbanyakkanlah dan perelokkanlah.”

Anda boleh membaca 20 kali: LAA ILAA HA ILLALLAHU WAHDAHU LAA SYARII KALAHU, LAHUL MULKU WALAHUL KHAMDU WAHUWA NGALA KULLI SYI’IN QADIR. Diriwayatkan daripada Abu Aiyub al-Ansariy RA, daripada Nabi SAW bahawa sabda baginda: Sesiapa yang membaca “Lailahaillah wahdahu la syarikalah….”; sepuluh kali maka ia seolah-olah memerdekakan empat orang hamba dari keturunan Nabi Ismail.”

Anda boleh beristighfar kepada Allah lebih dari 100 kali : ASTAGHFIRULLA HAL AZIM. Daripada Abdullah bin Abbas, katanya: Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang lazim beristighfar, nescaya Allah melapangkannya dari segala kekusutan, mengeluarkannya dari kesempitan dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.

http://1khalifah.wordpress.com/2010/04/15/kaut-untung-besar-akhirat/

No comments: