Tazkirah Jumaat
14 Ogos 2009 (23 Syaaban 1429)
PUASA RAMADHAN
Puasa berasal dari perkataan “puas” dari bahasa sanskrit yang bermaksud tahan….iaitu menahan (IMSAK dalam bahasa Arab) diri dari makan, minum dan seks di siang hari.
Puasa bermula dari waktu Subuh (Subuh adalah permulaan Sembahyang siang) dan bukannya waktu Imsak. Waktu Imsak adalah waktu yang biasanya Nabi kita berhenti makan, kira-kira 10 minit sebelum Subuh. Sekiranya terlambat bangun, masih boleh bersahur selagi azan Subuh belum habis dilaungkan.
Niat
Kaedah niat berpuasa ialah “niat puasa sebelum mula berpuasa” seperti selepas Maghrib atau semasa waktu Sahur, sebelum Subuh.
Kontrak Puasa
Ramadhan ialah satu kontrak yang ditawarkan oleh Allah yang sangat besar tawaran dan ganjarannya. ” Wahai manusia telah datang sekarang satu bulan yang mulia (agung), bulan yang paling berkat yang mana terdapat di dalamnya suatu malam yang sangat besar kelebihannya daripada seribu bulan. Di bulan inilah Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa dan menjadikan sembahyang malam (terawih) sebagai amalan sunat pada malam itu.
Matlamat Puasa
Al-Barqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Matlamat puasa ialah untuk mencapai takwa dan melemahkan nafsu Ammarah (buruk). Untuk mencapai takwa, kenalah berlapar kerana dengan berlapar kita boleh membelenggu dan melemahkan nafsu. Makanan dan minuman menjana darah dan juga nafsu syahwat yang buruk.
“Nafsu manusia itu lebih jahat dari tujuh puluh (70) syaitan”. Syaitan pula akan masuk campur bila nafsu buruk tercetus. Nafsu itu kepunyaan kita, manakala syaitan pula berasal dari bangsa jin.
Al-Kahfi [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, sempitkan perjalanan syaitan dalam darah dengan berlapar. Syaitan berjalan dalam badan melalui saluran darah.
Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.
Matlamat puasa bukanlah tidak makan atau minum
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka Allah tidak berhajat kepadanya meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)
Imam An-Nasai’e dan Ibnu Majah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.“
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/08/06/puasa-ramadhan/
HIKMAH BERZIKIR
Firman Allah s.w.t maksudnya, "Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." ( al-Ahzab 35 )
Dari Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim)

- Perbezaan Cara dan Waktu Niat Puasa Ramadhan Dalam 4 Mazhab.
- Syafie – niat pada waktu Malam. Niat puasa “Aku puasa esok hari kerana Allah Taala“.
- Hanafi – niat pada waktu Malam, tetapi jika terlupa niat pada waktu malam, boleh niat pada waktu siang asalkan sebelum gelincir matahari. Jika niat siang hari “Aku berpuasa pada hari ini kerana Allah Taala”
- Maliki – boleh berniat untuk puasa sebulan pada malam 1 Ramadahan.” Aku berpuasa sebulan Ramadhan kerana Allah Taala”
Kontrak Puasa
Ramadhan ialah satu kontrak yang ditawarkan oleh Allah yang sangat besar tawaran dan ganjarannya. ” Wahai manusia telah datang sekarang satu bulan yang mulia (agung), bulan yang paling berkat yang mana terdapat di dalamnya suatu malam yang sangat besar kelebihannya daripada seribu bulan. Di bulan inilah Allah mewajibkan pada siang harinya untuk berpuasa dan menjadikan sembahyang malam (terawih) sebagai amalan sunat pada malam itu.
Matlamat Puasa
Al-Barqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Matlamat puasa ialah untuk mencapai takwa dan melemahkan nafsu Ammarah (buruk). Untuk mencapai takwa, kenalah berlapar kerana dengan berlapar kita boleh membelenggu dan melemahkan nafsu. Makanan dan minuman menjana darah dan juga nafsu syahwat yang buruk.
“Nafsu manusia itu lebih jahat dari tujuh puluh (70) syaitan”. Syaitan pula akan masuk campur bila nafsu buruk tercetus. Nafsu itu kepunyaan kita, manakala syaitan pula berasal dari bangsa jin.
Al-Kahfi [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Rasulullah s.a.w. juga bersabda, sempitkan perjalanan syaitan dalam darah dengan berlapar. Syaitan berjalan dalam badan melalui saluran darah.
Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.
Matlamat puasa bukanlah tidak makan atau minum
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka Allah tidak berhajat kepadanya meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)
Imam An-Nasai’e dan Ibnu Majah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.“
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2009/08/06/puasa-ramadhan/
HIKMAH BERZIKIR
Firman Allah s.w.t maksudnya, "Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." ( al-Ahzab 35 )
Dari Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim)
- Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
- Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
- Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
- Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
- Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
- Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
- Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
- Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
- Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
- Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
- Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
- Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
- Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
- Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
- Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
- Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil.
- Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
- Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
- Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, "ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu".
No comments:
Post a Comment